Thursday, October 17, 2019

Rumah Bersepah Tanda Anak Bijak (Not)

Kami sebenarnya dalam proses nak pindah rumah sekarang ini. Slowly lengkapkan perabot di rumah sana dan pindahkan barang dari sini ke sana. Kami kemas rumah sekarang dan lengkapkan rumah sana ikut room by room. Supaya kami kekal waras haha banyak sangat benda nak buat so kena buat dengan teratur.


Now Mommy tengah termenung memikirkan playroom ni, macam mana nak bawa semua ini ke sana?? Obviously banyak yang akan dibuang terlebih dahulu. Yang dah patah patah semua tu janganlah disimpan lagi. Anak anak aku jenis sayang toys, Spiderman dah tak ada kepala Ultraman yang dah kudung kaki pun masih dibuat main lagi 😅

Teringat masa kami baru berpindah ke sini. Kami enforced peraturan sangat ketat semenjak tinggal di sini tau. Rumah lama dulu (our first apartment), boleh makan depan TV siap buka flip table IKEA itu bawa ke depan TV, bakul toys siap diletakkan di ruang tamu senang anak nak main, setiap malam angkut tilam bawa ke ruang tamu dan tidur ramai ramai depan TV. Since Ammar Yusuf bayi, di ruang tamu siang malam terbentang tilam kekabu (remember that big red Mickey Mouse mattress??). Rumah tak pernah ready untuk tetamu, tidaklah kotor atau bersepah (gila nak bersepah laki aku neat-freak okay?), tapi ruang tamu macam bilik tidur! Kalau orang nak datang mesti kena bagitau at least seminggu awal haha!

Bila pindah ke sini April tahun lepas, since ini adalah kali pertama kami menyewa semenjak berkahwin, kami freak out betul. Yelah rumah orang kan. Stress rupanya duduk menyewa ni (sebab itu tahan setahun lebih je menyewa, tak sanggup!). Kami pindah je sini, terus my husband and I enforced peraturan baru yang penuh disiplin. Nak makan hanya dibenarkan di meja makan walaupun makan roti, atau buah je pun even makan gula gula! Asal namanya mulut mengunyah, kau duduklah kat kerusi meja makan tu sampai habis! Sebab taknak rosakkan sofa rumah ini. Nak main semua hanya di dalam playroom. DILARANG BAWA TOYS KELUAR. Nak tunggang terbalik ke apa, hanya di dalam playroom. Still, playroom wajib dikemaskan setiap malam! Dan anak anak belajar tidur di bilik masing masing. Hanya semenjak pindah ke sini saja (masa tu Abang 7 tahun dan Adam 5 tahun) yang the boys start tidur sendiri. Sebelum itu kami semua sleep ramai ramai haha. Seminggu sekali (Friday night) kami akan angkut tilam bawa ke ruang tamu tidur ramai ramai tidur sempena Movie Night. Seminggu sekali sahaja, dan itulah malam yang sangat ditunggu tunggu oleh anak anak.

The new enforced rules were hard to follow at first, sebab bukan senang nak ubah habit bertahun tahun, mereka hidup tanpa peraturan itu semenjak lahir kot? Tapi alhamdulillah dengan kerjasama both Mommy dan Daddy yang strict langsung tak bagi chance, tak lama pun mereka ambil masa untuk adapt. Dah lebih setahun tinggal di sini, anak anak sekarang hidup dengan lebih berdisiplin, mereka lebih faham fungsi setiap bilik dalam rumah ini; you know toys mesti berada di dalam playroom, buku pelajaran dalam bilik mereka dan bilik Mommy Daddy adalah kawasan larangan, nak masuk kena ketuk pintu minta izin dulu. Yang paling penting rumah sekarang sentiasa guest-ready; seriously rumah sekarang sebelah je dengan kedai agen Cuckoo ambil flyers so selaluuu sangat agen Cuckoo singgah rumah haha! But kids being kids, of course ada masanya yang mereka akan bawa komik baca di ruang tamu, pegang toy bawa keluar bilik especially bila TV menayangkan movie Avengers, penuhlah Avengers bersusun sama sama menonton TV haha TAPI, the boys sentiasa tahu yang toys letaknya di dalam playroom, it is wrong untuk membiarkan toys berada di ruang tamu so they will bring it all back inside.

From that I realized that sebenarnya bab peraturan dalam rumah ini kita sebagai ibu bapa yang kena tentukan dan kemudian patuhi dengan tegas. Everytime baca artikel “Rumah Bersepah Tanda Anak Bijak” disertai dengan rumah tunggang langgang kain baju bersepah atas sofa sos cili bertaburan kat lantai air tumpah bergelumang dengan toys, hmm aku hanya senyum sinis je. Takda maknanya!! Ada beza rumah bersepah dengan rumah kotor okay! Dan either way, kenapa nak defensive sangat cakap rumah bersepah menandakan anak you bijak instead of parents malas? Haaa. Aku hanya boleh terima keadaan itu jika anak di dalam rumah itu adalah children with special needs saja. You know, autism ke, ADHD ke, down syndrome ke, or parents itu anak terlalu ramai, 6-8 orang kecil kecil susah nak kawal kan haa. Sebab aku dulu membesar adik beradik 8 orang rapat rapat, memang rumah sentiasa bersepah 🙊. Jika anak baru seorang dua, anak itu pula adalah an ordinary-active child yang sedang membesar, membiarkan mereka setiap hari dengan keadaan kotor seperti itu is actually bad for their mental health. Bukan untuk anak je, malah untuk parents juga. It’s just ridiculous untuk membiarkan rumah kotor bersepah berjam jam dan tiba waktu tidur baru kemas (itupun kalau kemas!). And even more ridiculous bila you gunakan keadaan itu untuk justify yang rumah you macam itu menunjukkan anak you bijak 💁. I believe kalau parents spend masa masa bermain bersama sama anak, tak mungkin rumah boleh jadi sekotor itu. Ada masanya rumah aku pun boleh jadi bersepah juga, but I know it’s because at that particular time aku sendiri yang malas. And I know that I shouldn’t let my children get away with it let alone cakap mereka buat semua ini sebab mereka bijak 😆. Mereka wajib kemas sendiri every messed they made!

Bab disiplinkan anak ini memang suami dan isteri WAJIB tag team. Anak anak ni kan otak dia macam sponge tau, mereka sangat boleh adapt dengan rules and routines, sometimes even better than us adults. Kita sendiri yang kena make extra efforts untuk menerapkan rules and routines itu pada mereka. Jangan underestimate their capabilities dengan menganggap mereka budak budak, tak faham apa. They CAN understand, if we taught them. Dan aku rasa paling penting suami yang kena lebih tegas baru anak anak akan ikut. Come on lah suami isteri kan satu team. Kerjasamalah! Between both of us, H sebenarnya yang neat-freak. Aku kadang kadang ada juga curi curi makan depan TV bila anak pergi school haha! Mommy deserves a break once in a while okay! My husband sometimes dia boleh tolerate toys ada di ruang tamu, tapi bab makan bersepah minuman tumpah memang beliau boleh naik angin! So the boys selepas makan mesti akan bersihkan sekeliling, kutip nasi yang jatuh di lantai semua sendirilah. I really love my husband for this, alhamdulillah. 

So seeing our current situation, rasanya untuk rumah baru nanti, macam dah agak berani nak beli furnitures yang berwarna agak cerah haha. Dulu rasa macam mustahil je, bab furniture mesti yang gelap gelap, furnitures gelap kan tak berapa cantik sangat. Teringin sangat light colors dari dulu lagi tapi takuut anak anak buat kotor. But now, mungkin it’s about time dah. Takpe, nanti dah tinggal di rumah baru kita enforced undang undang yang lebih ketat lagi haha!