Monday, October 21, 2019

Hari Kelima dan Terakhir di Perth: Rainbow Sea Containers and Exploring Fremantle

Sudah masuk hari terakhir di Perth. Duit AUD banyak lagi hahaha so I suggested to my husband hari kelima ini tak payah masaklah, kita breakfast, lunch and dinner kat luar je #impiansetiapisteri #keimpianakuseorangje? 😆. Duit AUD banyak kan hahahahaha janganlah membazir bawa balik sini, gunakan je 😝

Hari kelima ini tak ada rushing rushing, sebab itinerary hanyalah nak explore Fremantle sahaja. Fremantle dari apartment kami lebih kurang 30 minit je, dan hari sebelum ini pun dah pernah singgah 2-3 kali so macam dah biasa jugalah. Fremantle ini ada dua bahagian, kalau nak ke Rainbow Sea Container ini Google je nama dia, tapi bahagian yang lebih happening dan banyak bangunan cantik itu adalah di bahagian Fremantle Port. 

Sampai Fremantle, park untuk sejam 20 minit kot, AUD4 macam itu kot parking situ. Dah bayar parking baru nampak ada je tempat parking yang takyah bayar grrr. Rasanyalah tak payah bayar, tak ada any signboard pun. Tapi takpelah, dah nama pelancong ini kita buat cara yang selamat je. Dari parking area, jalan kaki sikit naik ke atas bukit. Masa kami sampai tu ada beberapa pelancong lain sedang bergambar so kena tunggu sekejap sambil settingkan camera pada tripod.


Rainbow Sea Container, salah satu tarikan pelancong yang berkunjung ke Perth.


Alhamdulillah hari kelima di sini baru nampak langit biru yang kosong macam ini. Selalu tempat yang kami kunjungi semua langit birunya dilitupi awan putih. Masih cantik anyway tapi langit biru kosong macam ini cantik dalam gambar haha #priorities.


Maaflah kami memang hyper bab bergambar 😆


Mengah terus lepas bergambar di sini. Melompatlah. Berlarilah. Tak padan dengan dah tua!

Dah selesai bergambar sekeluarga, tempat ini masih tiada orang lagi so haruslah diteruskan dengan gambar secara individu pula haha. Gambar individu diambil mengikut peringkat ketuaan.


Dimulakan dengan yang paling tua haha.


Wow kacaknya 😍


Dari depan pun kacak apatah lagi dari tepi 😆

Okaylah cukuplah tiga, lama pula suamiku kena tahan napas bahahahhaa.


Gambar Mommy pula. Tak bersedia lagi masa ini namun sudah kelihatan cantik Allahu apa aku taip ni.


I really love this photo. I looked genuinely happy here 💜


Skirt yang mendapat perhatian ramai itu adalah dari jenama Estrella I bought on FashionValet. Dah beli lama, tapi tak confident nak pakai tanpa any special occasion. Tengok contoh model pakai macam kena pergi event yang havoc baru sesuai, apparently pakai pergi holiday padankan dengan plain shirt and a pair of sneakers pun nice juga kan?


Full photo of OOTD with my little lady.


Always so cheeky, always so happy that girl.



“A mother and a daughter always share a special bond, which is engraved on their hearts.”


And finally, of course the photos of these two posers.


Tak over tak sah. Adam memang menjadikan Abang sebagai idola, beliau banyak mempelajari teknik bergambar melalui Abang 😆




Tak puas rasa bergambar kat sini, walaupun sebenarnya sini hanyalah kontena berwarna warni yang disusun berbentuk pelangi. Tapi rugilah kalau datang western Perth tak singgah sini. And for these two, I think percutian ini paling bermakna untuk mereka. Sebab mereka sudah faham banyak perkara kan? Umur 4 tahun ke atas aku rasa dah memang sangat berbaloi untuk bawa ke tempat yang jauh sikit. Alhamdulillah.


Hashtag Follow Me To. Maryam kenapa menguap bosan ke tengok adegan percintaan ini? 😝


Anak anak, mohon bertabah menyaksikan aksi ini kahkahkah!

Rainbow Sea Containers, checked!

Dari sini, kami drive menuju ke Fremantle port to have breakfast dan explore kat sana pula, tak jauh pun tapi tetap kena naik kenderaan la, lecak juga ketiak kalau nak jalan kaki. Dalam 10 minit kot driving.

Fremantle port ini happening sikit berbanding tadi, ada banyak muzium yang boleh dilawati, ada banyak bangunan yang cantik untuk bergambar. Pilihan Mommy pastilah yang kedua hahaha. Bergambarlah yang paling penting 😆


Singgah makan di Cicerello's untuk kali kedua. First time hari tu masa di Mandurah on our second day here.


Again, seafood chowder dan fish and chips! Really can't had enough of this. Beza ke rasa meal ini di Fremantle dan Mandurah? Beza!! Cicerello's di Fremantle ni seafood chowder datang sekali dengan bread and butter, fish and chips datang sekali dengan tartar sauce. Masa kat Mandurah tu both datang kosong je, kalau nak tambah side dish kena add on harga lain. Aaaaa sedapnyaaaa dua dua ini!!! Teringat ingat sampai sekarang aduh

Makan di Cicerello's ni, banyak burung akan hinggap meja. Besar besar burungnya, entah tak ingat nama apa burung tu. Scary juga. Dah ada signboard tulis jangan bagi makan burung tu sebab nanti burung akan berak atas kita. Damn. Tapi banyak je tourist yang bagi makan kat burung burung tu so semakin banyaklah burung datang tepi tepi meja geramnya. Abang dengan Adam jadi penghalau burung tak berbayar haha. Seronok mereka kejar burung.


Belakang ada Ferris Wheel.


Cantiklah bangunan bangunan kat sini!


Seronok eh boleh naik 'dog'?


Notre Dame University of Australia.


Bukan selalu boleh bergambar di tengah tengah landasan keretapi.


Eh dari tadi gambar boys dengan Mommy je ke Daddy jadi jurufoto je ke kahkahkah!


Singgah kejap Western Australia Shipwrecks Museum. Masuk percuma je sini.


Dalam ini penuh dengan bangkai kapal karam. Scary juga tengok. Gelap nak ambil gambar so tak lama pun dalam ini.


Sepanjang di Fremantle port ini kami berjalan kaki sahaja ke semua tempat menggunakan Google Map. Banyak juga tempat yang tak pergi sebab tengok map kena jalan 30 minit macam itu so kesian pula anak anak (sebenarnya kesian kat emak tak larat haha! Anak anak aktif je 😝). Ada banyak sangat muzium di sini yang boleh pergi, itu kalau you guys jenis minat dengan sejarah sejarah inilah. Park kereta di C Shed AUD7 untuk 4 jam. Bayar guna credit card masa itu, sebab tak cukup coins. Nampak kat statement credit card bank kira current exchange AUD1 = RM2.93 so not bad la. Kami sini jarang guna credit card sangat, sebab tukar duit terlebih pula.


Dari Fremantle tadi, kami drive singgah di sini! 


Untuk beli ini!!!!! The famous apple strudel by Corica Pastries aaaaaa sedapnyaaaa! Masa beli dan makan tu sebab banyak sangat tak terhabis nak makan. Now teringat teringat pula yum yumm. Sedap dimakan sejuk sejuk aduh!

Satu kotak sebesar ini berharga AUD25. Saiz besar ini boleh dimakan dalam 5 dewasa 5 kanak kanak kot haha memang besar! Tak sure ada saiz kecil ke tidak. 

Bawa apple strudels ini pergi berkelah di Kings Park sekali lagi. Hari pertama itu tak puas jalan jalan di Kings Park, sebab tak jumpa dream catcher yang Mommy dah survey kat Instagram dan dah aim nak bergambar di bawahnya.

Alhamdulillah kali ini kami park kereta, jalan sikit terus jumpa! Rezeki betul. Tak perlu nak tengok map pun hahaha. Hari pertama kami cari menggunakan map, tak jumpa!


One happy family, under the art of dream catcher. So beautifully made. So breathtaking 💖


Alamak dah messy sikit. Takpe. Biar messy asalkan sedap!


Apple strudel. Manis. Sedap. Tapi jangan makan banyak banyak sangat, rasa pening kepala sebab manis!





Yang ini pula the apple of my eyes. Ini pun sangat manis namun tak pernah menjemukan walaupun kadangkala ada juga memeningkan kepala hahaha.


The apple of my eyes with her very first (and probably the only) man in her heart.

Memang banyak gambar Maryam je kat sini, sebab Abang dengan Adam berlari lari jauhhhhh sayup mata memandang. Puas tengok anak anak really had a good time. Sejuk sebenarnya masa ini tapi the boys macam tak sejuk pun, especially Adam, siap buka sweater lagi.



Adam taknak pakai sweater bagi Maryamlah pakai. Nampak pucat dah muka babygirl Mommy ni.



Anak sulung dan anak bongsu. Yang memang sangat sayangkan each other and really showing it. Adam Muaz pun sayang juga, tapi Adam garang dengan Maryam walaupun Maryam tak takut pun hahahahaha.


Don't let someone else catch your dream. You be the dream catcher.


Alhamdulillah. Hari terakhir di sini dan diakhiri dengan tempat yang aku tersangat ingin pergi. Hampir semua yang kami rancangkan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Bahagia rasa hati ini Allah sahaja yang tahu, syukur dipermudahkan semuanya alhamdulillah..

Hampir gelap, kami pun beransur pulang, nak kena bersiap siap packing sebab flight balik tengah malam ini pukul 6:50 pagi, tapi pukul 2 dah nak kena pulangkan kereta. Untuk dinner only husband and the boys keluar pergi tapau je dari ISPA Kebabs di Watertown Outlet berhadapan dengan apartment kami sementara Mommy and Maryam stayed inside. Sejuk sangat kesian my baby.

Malam itu kami basuh semua pakaian dan keringkan, dalam bag memang bawa balik semua baju bersih sahaja. H was barely sleep sebab takut terbabas tidur karang naya je. Mommy sempat sleep sekejap sementara tidurkan Maryam.

Pukul 2 pagi H sent us to the airport and after that he returned the car to Aries Car Rental, di airport anak anak sambung sleep lagi berempat dengan Mommy. Flight at 6:50am memang terlalu awal kami berada di airport tapi Aries Car Rental tu tutup pukul 3 pagi, so kena return kunci lebih awal dari itu. Itu yang leceh sikit bagi kami yang ada anak kecil ini, 3 jam tidur di airport memang exhausted rasa. 


Perjalanan balik selama 5 jam, Maryam slept for 4 hours.


Lagi sejam dia bangun dan main main.


Nasib baik tak meragam, bila lapar Mommy suap makanan flight and bagi milk je, and she stayed awake until arrival in KLIA.


Alhamdulillah berakhir sudah percutian kami di Perth yang sangat menyeronokkan ini. Di rumah I keep on monitoring my chidlren's health sebab kat Perth kan terlalu sejuk and we underestimated the weather. Pakaian tak cukup tebal! Risau balik sini anak anak sakit, alhamdulillah up until today dah sebulan kemudian pun anak anak semua sihat walafiat dan baik baik sahaja.

Baru baru ini my husband asked, "Berapa Mommy rate untuk percutian kita kali ini?" Out of 10, I actually wanted to rate 10 tapi I said 9, sebab takut aku seorang je seronok dia tak rasa seronok haha. Yelah everytime bercuti memang my husband akan extra penat uruskan anak anak, Mommy nak melawa nak bergambar je kannn hahaha. But to my surprised, he said, "9 je?? Daddy rate 10! Bestlah holiday Perth ini. Sebab anak anak semua happy, takde yang cranky or unhealthy dan semua berjalan lancar". Cuaca sejuk memainkan peranan rasanya, sejuk kan seronok. I think kalau pergi negara yang panas boleh moody je semua orang. So note-to-self in planning future vacation, pergi negara sejuk!!

That is all about our Perth vacation. I couldn't express more how happy we are and jika you guys ada extra budget sikit yang nak ke negara yang taklah terlalu mahal dan tidak terlalu jauh, please please pleaseee go to Perth. Pergi masa musim bunga tau, looking at our condition there I don't think we are ready for winter. Mommy la especially. Hoi nak bangun Subuh pun menggigil sejuk sampai ke tulang, itupun dalam apartment ada heater! Maybe not just yet. Tunggu anak anak besar sikit la, especially Maryam yang jenis tak suka pakai apa apa atas kepala, macam mana nak pakai snowcap nanti? Hahaha.

Thank you for reading guys! Hope you are having a good time reading my journey there. InshaaAllah later I will summarise all the budget and itinerary in one post for your easy reference okay? Nak kena ingat balik semua cost minyak parking groceries makan makan semua hahaha. Banyak yang kami tak keep track pun!



No comments: