Sunday, September 22, 2019

Melancong ke Perth Bersama Anak Kecil - Persiapan Awal

Hi semua! Lamanya tak update blog tapi kali ini mesti kena update cepat cepat untuk memori anak anak di masa depan. Banyak percutian yang aku planned nak update, tapi bertangguh sangat last last tak update. Sayanglah, kadang nak tengok balik kenangan percutian itu kena scroll jauh di Instagram. Dahlah aku bukan jenis letak hashtag! 

Krabi
Redang Island
Lexis Hibiscus PD
Avani Gold Coast
Bukit Tinggi

Sayangnyaaaa tak simpan di dalam blog! Walaupun tempat yang kami pergi itu mungkin biasa biasa saja tapi kenangan itu yang tak dapat dijual beli. Seronok bila baca semula dalam blog, tak sama macam baca di Instagram ataupun Facebook tau.

Okay alhamdulillah kami baru sahaja pulang dari Perth, Western Australia semalam, selepas berada di sana selama 6 hari 5 malam. Sebenarnya ketika merancang percutian untuk tahun ini, Perth was not our first option. It was Tokyo, tapi masa kami hampir nak booking flight ticket to Tokyo baru tahu September adalah bulan Tokyo menjadi tuan rumah Rugby World Cup 2019! So kami batalkan hasrat kami ke sana, sebab taknaklah bersesak sesak dengan orang ramai. Kami nak percutian yang tenang tenang sahaja, sebab ini merupakan kali pertama nak bawa Maryam ke negara yang luar dari Asia Tenggara so we want to avoid as many problems as possible.

We cancelled Tokyo, lepas tu diam lama tak decide tempat lain untuk pergi sebab kami terlalu sibuk dengan pekerjaan dan urusan anak anak. Until last two months, apabila kami dapat rezeki yang tidak disangka-sangka alhamdulillah, hari yang sama itulah kami discuss sikit suami isteri dan terus booked flight tickets ke Perth yeay!

Kenapa Perth?

1. Sebab Perth adalah negeri yang tempoh penerbangan tidaklah terlalu lama. 5 hours is acceptable for beginners, before this kami biasa dengan penerbangan 2-3 jam sahaja so up sikit ke 5 jam should be okay for the kids.

2. Sebab Perth adalah negeri yang sangat sesuai untuk family vacation; it is peaceful, ramai Malaysian di sana, banyak makanan halal, transportation yang mudah dan places of attraction in Perth juga sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak anak kecil.

3. Sebab currency Australia sekarang rendah! Masa kami book tu AUD1 = RM2.81. Memang rendah, even Singapore dollar pun lagi tinggi. So that's it.

It was a blessing yang kami tidak book tiket ke Tokyo sebab thinking back, banyak persedian yang perlu dibuat untuk pergi ke negara yang tidak berbahasa Inggeris ni, tambahan kami sekeluarga tidak makan makanan Jepun! Bukanlah tidak makan, but given a choice, Japanese food is never on our top list 😅. So perhaps untuk ke Tokyo kami perlu membuat persedian yang lebih mendalam dan teliti, setiap perkara perlu diambil kira dan yang penting kami sebagai ibu bapa juga perlu kuat mental dan fizikal. Maklumlah kami bercuti ni semuanya DIY, tak ambil travel agent. Husband suka cara itu, sebab lebih bebas atur itinerary sendiri; bercuti dengan anak anak ni kan macam macam halnya, semuanya nak kena ikut mood dan tahap kesihatan mereka, lepas itu anak anak pula bukannya jenis duduk behave saja so kalau percutian DIY bolehlah berleter pada bila bila masa 😝 (dan cubit bila perlu 🙊).

Persiapan awal selepas book tickets

1. Visa

Kami apply Visa selepas book ticket, which is kinda nerve-wrecking. Sebab ticket sudahpun dibeli kan, kalau Visa tak approved mcam manaaaa??? 😩 Bila baca blog orang lain, baru tahu sepatutnya apply Visa dahulu baru beli ticket. But actually to apply Visa, kita perlu bagi tarikh kita akan tiba di Australia. So perhaps you tengok flight tickets dulu, dah confirm date and time kemudian apply Visa. Visa approved je, terus beli ticket. Itupun kalau tickets tu jenis tak perlu rebutlah kan hehe.

Masa tunggu Visa approved ke tidak itu memang mendebarkan, kami apply Visa dengan ARBA Travel (Farisya) 0149188455. Harga servis RM20 per pax untuk standard time (results in 24 hours), dan RM50 kalau kita nak Visa tu urgent (dapat in 3 hours). We opted for standard dan alhamdulillah semua approved. Tapi pelik tau, aku, Hanis, Adam Muaz dan Maryam punya approved serentak, tapi Ammar Yusuf punya dia kata needs further assessment 😨. Berdebar jantung, takkan nak tinggal dia seorang! Alhamdulillah selang beberapa minit, Ammar Yusuf punya pun diluluskan.

So untuk Visa 5 orang, total adalah RM100.

2. Hotel

Kami pilih Perth Central City Stay Apartment melalui apps Traveloka untuk 6 hari 5 malam. Awalnya kami nak ambil 1-bedroom apartment sahaja, sebab hotel ini ada couch di ruang tamu. Perhaps the boys boleh tidur di ruang tamu. Tapi risaulah sebab bilik itu untuk 2 dewasa 1 kanak kanak, kami pula ada 2 dewasa, 2 kanak kanak dan 1 bayi; kalau di Malaysia kami tak kisah sangat tentang number of people yang ditetapkan oleh hotel, tapi kami ada baca pengalaman orang lain di Australia yang hotel tidak membenarkan extra people more than what they have stated, due to their fire-insurance policy. Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh so untuk mengelakkan apa apa masalah, kami booked je 2-bedroom apartment, extra RM200 je pun.

So 2-bedroom apartment at Perth Central City Stay Apartment = RM1640.79.


Hotel ini ada dapur untuk masak, fridge besar, microwave, washing machine dan dryer (kami basuh baju hari hari!), tapi masa kami di sana malangnya rice-cooker rosak. Ingatkan nak complaint tapi hari hari keluar pagi sampai petang balik tu dah lupa dah, last last masak nasi atas dapur je dan hari lain tak masak juadah berasaskan nasi pun.

And then, hotel ini takde room service. Sepanjang 6 hari kami di sana tak ada sekali pun orang datang bersihkan bilik. Just so you know la ya. Toilet tak ada paip, so we bought a big bottle of mineral water yang mana botol itu kami sentiasa refill dengan air paip di sink kemudian letak di sebelah toilet bowl, baru boleh bersuci dengan sempurna. Hotel ada heater, malam malam suhu sejuk memang wajib on heater, sangat selesa. Bilik boys tak boleh tutup tingkap so malam malam sejuk sangat they end up bawa semua tilam ke ruang tamu dan tidur depan heater.

Advantage hotel ini adalah terletak betul betul berhadapan dengan shopping mall Watertown Outlet, memang walking distance. Boleh tunggu bus di hadapan hotel (if you opt to travel by bus around Perth), kami tidak berkesempatan naik bas sebab we rent a car and also kami banyak berjalan kaki sahaja so tak dapat nak review tentang kemudahan bas di sini.

Ha kalau you ada kereta, parking dalam hotel ini AUD10 1 hari, so kami 5 hari di sana kena bayar siap siap AUD50.

If you want to stay here, make sure book nama yang sama tau, sebab ada 2 nama yang hampir sama di Agoda/Traveloka.

Perth City Stay Apartment.
Perth City Apartment.

Book yang ada perkataan Stay, sebab the other one tu banyak sangat bad reviews about their front desk staff and management.

3. Car rental

Nak sewa kereta ni, I think you have to plan your itinerary first. Sebab for me ianya bergantung you duduk hotel mana, nak jalan ke mana. Sebab kalau tinggal di Perth city sebenarnya tak perlu pun sewa kereta, sebab ada banyak bas available yang you guys boleh naik untuk explore the city. We chose to rent a car sebab ada baby malas nak lipat stroller naik turun bas, senang nak breastfeed and senang nak cari tempat makan, Google map je and drive. Disadvantage naik kereta adalah, parking mahal! Perhaps you guys boleh atur elok elok itinerary, contoh you berada di Perth 6 hari 5 malam, tapi sewa kereta 2 hari je untuk pergi attraction places yang luar bandar/daerah lain. Mana yang dalam bandar macam Kings Park, Blue Boat House, Araluen Botanic Garden tu boleh naik bas. But I cannot recommend pasal bas la, sebab sekali pun takde naik bas. Ada sehari tu kami nak cuba juga, tapi masa itu dah pukul 4pm rasa risau pula nak cuba, sebab last bus is at 6pm. Kang jalan jalan nak balik dah takde bas, naya anak anak.

Kami sewa kereta dari Aries Car Rental, dan ini adalah quotations yang mereka sediakan;


Ini harga sewaan untuk 5 hari. Kanak kanak 7 years old and below diwajibkan booster seat, bayi pula as usual, baby seat. Harga termasuk pick-up and drop-off at the airport, unlimited mileage and comprehensive insurance package.

Tak termasuk: GPS and second driver. GPS tak penting pun sebab boleh guna Google map, cuma area rural seperti Pinnacles Desert tu takde line but inshaaAllah takkan sesat, you just have to follow the signboard je.

Kami pilih option kedua, KIA Cerato Sedan Auto, they required booking fee RM200, nanti dia akan deduct AUD64 dari total AUD395 itu. Aku argue la RM200 kalau ikut currency sekarang equal to AUD70, kenapa deduct AUD64 je? Banyak kot beza AUD6 tu. They said their standard exchange rate for deposit is RM3.125. Mahal betul, current exchange rate RM2.83 je masa tu. Takpelah kami just proceed je.

Honestly for me it's quite expensive, tapi since ramai yang guna this service dan kami pun tak ada masa sangat nak survey lagi, we just proceeded. If you have an ample time to study, you can opt for other company, memang ada banyak lagi sebenarnya which is much more affordable.

The service is quite OKAY. You can contact Jo by Whatsapp at 0122805540 if you need to be in touch.

4. Plan your attire

Study the weather forecast! Kami pergi ke sana pada musim bunga, a month before that ada one of our friend ke sana and they said it's cold but bila jalan jalan taklah cold sangat, and that was winter. So kami berpendapat spring should not be so cold. Kami bawa sweater biasa saja, tapi rupa-rupanya sejukkkkkk!! Angin kuat dan sejukkkkk sangat! Kesian juga pada Maryam, alhamdulillah Maryam sihat walafiat sahaja sepanjang berada di sana hinggalah hari ini. Kalau your hotel/apartment ada washing machine and dryer, pakai je berlapis lapis, balik hotel boleh terus basuh je.

Suhu masa spring waktu siang around 18 - 23 degree, waktu malam boleh turun sehingga 5 degree! Nasib baik waktu malam kami duduk diam diam di apartment saja.

5. Plan your food list

Perth ada banyak tempat makan yang menarik untuk dicuba, tapi trust me you need to have your food ready every morning especially when you bring small children along. Alangkan aku yang malas gila nak memasak ni pun, tetap memasak juga kat sana! Hahaha. Memasak during holiday memang bukan akulah, please. Orang bercuti nak senang lenang berehat tenangkan fikiran, lagi nak suruh masak masak pula. Tapiii!! Kedai makan buka pukul 9 pagi, dan itinerary you setiap pagi bermula seawal 6-7 pagi. Takkan nak keluar dengan perut lapar kan? Pastilah moody anak anak termasuklah diriku juga haha. Waktu bercuti memang wajib perut kenyang, baru semua orang happy.

Australia has a very strict rule tentang makanan luar yang dibawa masuk ke dalam. Apa pun yang you bawa, WAJIB declare! Buat list siap siap, print kan cantik cantik nanti tunjuk je kat kaunter kastam tu. Kalau declare and mereka check and end up tak benarkan bawa masuk, mereka akan buang je. Kalau tak declare and mereka check kantoi, kena saman AUD300! Gilogon dekat RM900.

Aku bawa benda basic je,

Beras
Perencah nasi goreng Adabi
Garam
Minyak masak 1kg
Maggi
Sardin
A lot of biscuits

Itu je kot. Yang lain semua beli kat sana. Groceries kat Perth murah sangat!!! Segar bugar pula tu. Kami biasa beli telur, roti, sayur dan buah buahan saja. Ada je kedai runcit yang jual barangan basah macam ayam, daging yang halal tapi kami tak sempatlah nak cari. We just bought something yang enough for breakfast bagi kenyang sebelum keluar rumah saja. Lunch and dinner kita enjoy local foods.


Masa kat kastam tu dia ada tanya did you bring garlic, onion? Haha lawaklah bawang pun nak bawa dari rumah, makcik bawang sangat. Mestilah tak! Alhamdulillah kastam tak check bag pun. Orang depan dan belakang kami both kena buka beg. Tak boleh tipu tau, sebab mereka ada anjing pengesan tu. Saspen juga masa itu.

6. Sunglasses and sunblock

For you and your kids!!

Australia ni matahari tinggi, walaupun berangin kuat dan badan rasa sedap sedap je tak berpeluh ketiak, tapi kulit pedih tau. Masa mandi rasa pedih kena air. Someone told us that negara yang langit dia biru sahaja takde awan awan ini kan, very bad for skin. Sebab matahari direct terus ke kita tanpa melalui awan awan itu. Boleh kena skin cancer 😱. Haa baru nak seronok tengok langit biru clear tanpa awan. Anak anak aku semua kulit menggelupas, aku punya bibir bahagian atas yang berdekatan dengan hidung itu paling teruk keringnya. So make sure you bring sunblock (reapply) and get your children to put on sunglasses at all time.

I think that's all for now. Will continue with our first day experience in Perth on the next post!

Klik di sini untuk entri yang berkaitan:



3 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

last time 2016 kami pon duduk kat city stay. depan mall. senang nak sopim

Teenz Abu Bakar said...

So basically semua sekali damage done berapa tu Una? hehe. if u can share...Tazabar nak tunggu next post! lamaa xbaca blog una ni sejak dah tgk update kat IG..hehe

Teenz Abu Bakar said...

So basically semua sekali damage done berapa tu Una? hehe. if u can share...Tazabar nak tunggu next post! lamaa xbaca blog una ni sejak dah tgk update kat IG..hehe