Wednesday, February 20, 2019

Kenapa Anda Perlu Join Cuckoo

Jarang cerita pasal kerja dalam blog ini. I think I should write more about my job here because I think pekerjaan aku itu banyak membentuk siapa aku dan banyak mengubah perjalanan hidup kami sekeluarga selama lebih 2 tahun ini.

Ahad lepas telah berlangsungnya Majlis Anugerah Cemerlang Usahawan Cuckoo (MACUC) bagi meraikan pencapaian cemerlang usahawan Cuckoo untuk bulan October hingga December 2018. MACUC memang biasanya dibuat by quarterly; dulu masa aku baru baru bersama dengan Cuckoo ni memang sentiasa ternanti-nantikan majlis seperti ini, sebabnya, well sebab sudah menjadi nature seorang manusia, kita suka sangat apabila segala usaha kerja kita dihargai dan diraikan, apatah lagi apabila pencapaian kita berjaya memberi inspirasi pada orang lain untuk berusaha dengan lebih bersungguh sungguh untuk mengubah hidup. Allah kan suka hamba-Nya yang berusaha, dan Allah hanya akan mengubah kehidupan hamba-Nya yang ingin berubah.

Cuckoo is a very genuine business, I can't stress enough how rugi orang yang taknak buat Cuckoo ni betul betul. I honestly tak pernah rasa bersalah atau rasa takut untuk ajak orang join Cuckoo. Sebab to be a Cuckoo agent, TAK PERLU BAYAR SATU SEN PUN! Seriously, tiada apa yang berkurangan dari poket you when you have decided to join Cuckoo, in fact there is a BIG CHANCE yang jumlah dalam poket you akan bertambah. Cuckoo ini MLM ke? Think now, ada ke MLM yang you TAK PERLU BAYAR APA APA untuk join? Even to be an insurance agent pun kena bayar, kena ambik course/exam. Sayanglah. 

You join, tak rugi apa apa. 
You join tapi tak berjaya macam orang lain, still tak rugi apa apa. 
You join dan you berjaya, untung besar. 
You taknak join, rugi besar! 
Haa that is exactly the correct way to put it.

Yesterday was my third MACUC even as a manager. Perasaan apabila melihat how much my teammates earn in 3 months last year, Allahuakbar... bestlah. The amount might not be so much for certain people, but for me and for us, it is big! Masing masing datang dari latar belakang yang berbeza, ada yang part time ada yang full time, masing masing mungkin berbeza cara berniaga but one thing they have in common; kesemuanya tidak pernah berhenti berusaha dan mencuba walaupun apa pun cabaran. Kerja menjual ni bukan senang tau, macam macam jenis orang kita akan jumpa but they never give up.


My backbone. The boys were not coming, pergi berkelah dengan my in-laws.


#HusnazaraHotshots

Semua di sini adalah ibu ibu anak dua dan ke atas 😁. Kalau berbual dengan teammates ni memang hati aku sentiasa rasa berbunga bunga. Seronoklah dapat menambah value dalam kehidupan orang lain. Ada yang dulu dulu gaji cukup makan, now tidak lagi perlu berjimat jimat catu makanan menunggu hari gaji malah sudah mula mempunyai simpanan. Dulu berkira kira nak tunaikan permintaan anak, sekarang boleh selalu belanja anak anak dengan senang hati. Dulu risau sangat nak tambah komitmen, nak beli rumah, nak menaikkan tahap kualiti hidup. Yelah takkan dari 2009 ke 2019 kita masih menjalani kehidupan yang sama, now alhamdulillah sedikit demi sedikit dah boleh menaik taraf kehidupan. Dulu bagi parents RM100 setiap bulan, now boleh tambah ke RM200 setiap bulan. You know, perubahan yang biarpun nampak kecil tapi sangat besar impaknya bukan sahaja pada penerima malah menaikkan kesihatan emosi dan mental si pemberi juga. Don't you agree? 😉


Ini Farah. Aku kenal dia dari sekolah menengah lagi. Farah buat Cuckoo full time, kebanyakannya secara offline. Offline means dia bekerja dari brandkiosk Cuckoo. Farah memang pandai offline, aku rasa sesuailah dengan sifat peramah dia. Tapi sebenarnya buat Cuckoo ni takde kaitan pun dengan peramah atau tidak, tapi kesanggupan untuk membuang rasa malu dan keluar dari zon selesa. Farah ada ups and downs dia (who doesn't?), tapi dia tak pernah give up dan berhenti. Satu cerita menarik Farah ni pernah sekali dia jalan jalan pakai tshirt Cuckoo, ada orang panggil dan terus beli penapis air dari dia 😂. Macam macam cara kita boleh buat marketing, ada kalanya cara itu senang sangat dan semua orang pun boleh buat, tinggal diri kita sendiri nak buat atau tidak saja betul tak?


Ini Nisa, ex-coursemate sewaktu di UITM Shah Alam dulu. Sama background in Civil Engineering, Nisa adalah ibu kepada 4 orang anak. Nisa buat Cuckoo full time juga. Dulu Nisa pernah ada kedai makan, pendek kata Nisa agak biasa dengan hidup berniaga. Alhamdulillah skill itu digunakan di dalam Cuckoo juga. Kadang kadang Nisa akan menjual di brandkiosk atau join roadshow, tapi kebanyakan masa Nisa menjual guna WhatsApp dan Facebook saja. Nisa ni aku suka sebab apa sahaja event yang Cuckoo buat, mesti dia semangat nak join. Aku suka ada teammate macam Nisa, sebabnya dari events sebegitu kita akan jumpa pelbagai jenis orang dan kita boleh bertukar tukar tips dengan orang yang berjaya. Nisa ni semangat kuat, dulu ke sana sini Nisa bawa baby. Jujurnya, melihat kekentalan Nisa ni yang membuatkan aku rasa 'kuat' untuk bawa Maryam ke sana sini. Our children should be our motivation, not our excuse. We moms are a lot stronger than we think, banyak perkara kita boleh buat, jika kita sendiri mahu buat.



Ini Ina. Ina ni cikgu sekolah menengah, buat Cuckoo secara part time saja. Ina dan suami memang rajin, sebelum ke sekolah Ina buka tapak pasar tani dulu untuk menjual, masa weekend pula Ina join carboot sales Pelangi Semenyih dari pukul 7 hingga 12 tengahari. Mempunyai 2 orang anak, setiap bulan performance Ina maintain je tak pernah merudum pun. Ina punya petua senang je, dalam handbag perlu sentiasa ada flyers so that bila ada chance je terus hulur flyers kat orang. Contoh dalam lif nak naik rumah nampak orang usung botol air mineral besar besar, terus hulur flyers. Bila dengar orang berbual tentang kesusahan bangun malam nak buat susu anak tapi air dalam thermos dah habis, terus hulur flyers cerita sikit. Memang sangattt membantu bila dalam handbag kita ada flyers, flyers yang dah siap dicop dengan nama dan contact number kita. Kita tak tahu siapa yang Allah hantar untuk memudahkan rezeki kita, we just have to try, buang rasa malu, tanamkan niat yang kita hanya nak cari rezeki yang halal. Apa yang Ina buat ni memang bagus sangat tau, sebab aku dulu pernah keluar dari grocery store nampak orang bawa botol besar nak ambil air di mesin air tepi bangunan tu, teringin sangat nak approach tapi alangkah bagusnya kalau aku ada bawa flyers ketika itu. Senang, bagi je flyers sambil senyum. Taklah awkward sangat nak cerita dengan tangan kosong "Hi saya Husna, kalau encik nak beli penapis air boleh hubungi saya. Paling murah RM75.47 blabla" 😅


Ini Ella, one of the strongest woman I ever known. Ella ni memang kaki bisnes. Setiap hujung minggu Ella akan buka carboot sale di Mercato Enstek, Nilai bawa sekali anak anak tau. Dari kecil dah biasakan anak anak dengan dunia perniagaan. Selain Cuckoo, Ella jual susu Farm Fresh juga di carboot sale tu. Kalau nak order susu Farm Fresh bolehlah cari Ella, siap boleh deliver lagi. Setiap bulan Ella tak pernah tak ada sales, so every month bila saya buat celebration untuk Top Achievers memang sentiasalah ada Ella ni hehe. Ella cakap buat kerja macam ni memang penat tapi seronok sangat. Niat nak berniaga kerana Allah SWT, inshaaAllah banyak perkara akan dipermudahkan.


Ini Aida. Civil Engineer sebuah badan kerajaan di Pulau Pinang. Haa nak join jadi usahawan Cuckoo under my team tak semestinya tinggal di KL dan Selangor, serata Malaysia ada team Husnazara tau. Aida ni determination dia kuat. Baru je join Cuckoo 6-7 bulan, income bulanan tak pernah kurang RM5000 tau. Sebab bulan pertama Aida join Cuckoo tu adalah bulan pertama yang Aida perlu start bayar installment rumah baru. So Aida tekad taknak guna gaji engineer dia tu untuk bayar rumah. And believe it or not sejak dia tambah komitmen bulanan tu, tak pernah sekali pun rumah itu dibayar oleh gaji kerja hakiki dia. Serious tau, dengar pun rasa impressed sangat. Padahal Aida buat part time je! I love her principal. Bila perbelanjaan keluarga semakin meningkat, instead of kita catu perbelanjaan lain, Aida tambah pendapatan lain. Instead of being defensive, she being offensive. Alhamdulillah, I foreseen this mother of 4 memang mempunyai masa depan yang cerah di Cuckoo ni. If you are from Penang and very interested untuk join Cuckoo dengan orang Penang juga, boleh pm saya nanti and I'll get Aida to contact you. Boleh join her team, inshaaAllah Aida akan guide dan dengan kegigihan yang sama seperti Aida, inshaaAllah you will be successful too.


Ini Saidatul, or fondly known as Eton. Eton adalah antara teammate Husnazara yang paling lama. Paling otai, paling besar groupnya di dalam organisasi kami. InshaaAllah bulan April ini genap 2 tahun kami bersama sama. Saidatul ni aku kenal dia sebagai pendiam dan pemalu tau semasa di universiti. Satu attitude Eton yang aku suka, Eton ni sangat tenang dan positif. Dia kerja kuat, juggling between Cuckoo and her four children is not easy, but alhamdulillah she made it. Masa awal awal dengan Cuckoo tu, pernah Eton sampai demam demam sebab nak kejar target haha. Paling tak boleh lupa, masa kat labor room pun boleh close deal dengan customer hahaha! Sayang Eton cakap, sebab kerja guna handphone saja, anak depan mata. Oh Eton dulu bekerja in engineering field dah pangkat manager tau, alhamdulillah diberi peluang untuk bekerja dari rumah. Jika tiada aral melintang, inshaaAllah tahun ini Eton juga akan promoted as Cuckoo Natural Sales Manager. Dah layak sangat dah Eton ni, aku yakin Eton akan jadi manager yang hebat untuk team dia nanti.





Alhamdulillah atas segala kemudahan dan kenikmatan yang Kau berikan ini ya Allah. Bila dengar cerita setiap ahli Husnazara ini, tak putus putus aku berdoa agar mereka dilimpahi dengan rezeki bukan hanya dari segi wang ringgit tapi juga kesihatan yang baik dan kebahagian bersama keluarga. They deserved all the best things in the world and hereafter, usaha yang mereka buat memang bukan biasa biasa. They grab the opportunity while others masih 'bermimpi' dan mereka menggunakan apa sahaja yang mereka ada ketika itu tanpa bertangguh tangguh dan beralasan. You know, people say that we should not let perfection becomes procrastination, do it now. And they did. Tak perlu nak tunggu hingga kita betul betul bersedia, sebab honestly, we can never be fully prepared. Walaupun kita rasa dah bersedia sangat nak keluar dari comfort zone, pasti ada sahaja perkara baru comes up. So don't wait. Just take the chance before it's too late.

Be part of #HusnazaraHotshots now, klik link di bawah untuk terus Whatsapp saya 😉



No comments: