Saturday, February 28, 2015

Jam Hebat

Ammar Yusuf adalah seorang yang sangat appreciative. Berbeza sangat dengan Adam Muaz, yang aku boleh kata, ermm well, maybe he's just too curious hehe. Masa Adam Muaz belum dilahirkan dulu, setiap kali orang datang rumah memang akan amazed betapa eloknya segala permainan Ammar Yusuf. Semua macam baru je, elok sangat tak seperti permainan budak budak lelaki. Sekaranggggg, bola dah penyek sana sini, bola plastik yang berloceng loceng tu boleh pula locengnya sudah terkeluar (tak tahulah macam mana Adam Muaz manage to keluarkan locengnya), lori sampah yang Daddy beli at hundred something kat Toys R'Us tu dah terpatah dia punya tong sampah, dan banyak lagilah kenderaan (bulldozer, tractor, etc) yang sudah cacat sana sini. Sigh Adam Muaz. Lasak betul mainnya. Semua benda dia mahu korek, cabut dan buka, terlalu curious!

Jadi, membelikan barang untuk Ammar Yusuf memang sangat menyeronokkan dan membahagiakan. Sebab dia akan sangat menghargai. Walaupun sekecil kecil figurine yang dapat percuma atas pembelian barang di Tesco tu pun, dia sangat appreciate--setiap masa ada di tangannya, setiap kali bangun pagi benda itulah yang dicarinya, dan akan bersemangat untuk dibawa ke rumah pengasuhnya untuk ditunjuk pada 'abang-abangnya' di sana hehe. Ada sekali pergi rumah Cik Hana dia (my sister), Kakak Asha bagi bawa balik Ninja Turtle 2 biji, berhari harilah benda itu yang jadi perkara pertama yang dicari setiap pagi. Mungkin sudah menjadi lazim anak sulung, memang jenis appreciative, cermat dan tertib begitu. Atau mungkin juga kerana Ammar Yusuf itu semenjak kecil kami tidak berapa memewahkannya dengan harta benda, membuatkan dia lebih menghargai pemberian orang? Heee bagus juga jadi cheapskate ni :p

So last couple of days I bought each of them a watch; 1 warna hitam, 1 warna dark blue. Sebenarnya nak beli untuk Ammar Yusuf sahaja sebagai hadiah atas kepandaiannya menggunakan toilet. You know, something small to motivate him. Tapi mana boleh beli untuk Abang sahaja, kesian pula Adam Muaz nanti takkan nak tengok saja, berebutlah nanti. Jadi terpaksa reka satu alasan untuk beli untuk Adik juga. Okay, a watch for Adam Muaz too sebab pandai makan sayur. Haha. Anything as an excuse.

Jam murah je, RM15 je each tapi awesome okayyy ada lampu ada hari dan tarikh, ada alarm, timer. Awesome kan? Macam nak beli satu lagi untuk Mummy je HAHA. These are not their first watch anyway, sebelum ini pernah je beli tapi yang macam budak budak punyalah ada gambar Batman Spiderman la apa, tapi ini adalah jam pertama yang nampak matang. Something like Baby-G. A cheap Baby-G hehe. Seronoklah masing masing, "Macam jam Daddy," kata Ammar Yusuf hehe.


Seperti dijangka, Adam Muaz sekejap je seronoknya. Lepas tu dah rimas dan tarik tarik nak buka. Tak apalah. Dia 2 tahun pun belum, belum faham apa sangat pun lagi. Cuma bila nampak Abang pakai, mesti dia akan minta juga, just to be the same with his brother. Tapi Ammar Yusuf, memang betul betul pakai taknak buka pun. Tidur pun pakai jam haha.

Tadi selepas mandi, dia terus minta dipakaikan jam. Tiba tiba jam itu berbunyi. Oh, alarm rupanya. Macam mana entah boleh ter'set' alarm. Daddy dia tolong matikan alarm itu. Ammar Yusuf nampak seperti sangat amazed, tapi dia diam saja tersenyum senyum. Kemudian dia baring to take a nap. Hampir hampir tidur, tiba tiba perlahan dia cakap, "Hebat betul jam yang Mummy beli ni...."

Hehehe... Kembang hati Mummy. Mudahnya membahagiakan kanak kanak. This boy... really knows how to make Mummy feels appreciated :')



3 comments:

Muis Ismail said...

Sy takde anak lagi..tapi rasa bahagia je bila baca stories pasal anak org lain.
Terharu. :D

Unknown said...

*sigh*
Anak akak macam adam muaz, mainan semua dah tercabut, patah, lekang anggota badan. Dah terbayang macam mana keadaan beg, buku sekolah, stationary dia nanti, haha! Hope my next newborn would be a girl, bolehlaa nak ajar jadi cermat sikit

Arifah said...

oh..tidak seperti anak sulung saya...tak padan dengan baby girl,lasak jugak..mainan tahan 5 minit je.hahaha..bagusnya Ammar Yusuf ni. cerdik betol.