Tuesday, November 12, 2019

Usaha Untuk Anak, Usaha Untuk Generasi Masa Depan

Hari keempat berada di Sunway Medical Centre taking care of Maryam Helena yang mengalami high fever dan jangkitan kuman di tekak. Hari ini alhamdulillah Maryam sudah 24 jam suhu badan Maryam berada di paras normal, inshaaAllah petang ini dah boleh discharged alhamdulillah. To be honest, I have no problem getting my children to be admitted to hospital, in fact I like them to be admitted sebab di hospital hati aku lebih tenang kerana anak dijaga secara professional sehingga sembuh, tak adalah aku runsing di rumah memandai-mandai rawat sendiri dan thinking of the worst thing. Aku kalau anak tak sihat, otak aku terus fikir the worst. Contoh ada satu hari itu Adam Muaz mengadu sakit kepala, aku dah terfikir brain tumor dah nauzubillahiminzalik. Memang begitulah aku ini, so bila anak sakit, usually aku memang akan request them to be admitted. Biar professional sahaja yang diagnosed dan rawat anak aku. Aku suka Sunway Medical Centre sebab dari awal hanya specialist yang attend to my child, even cucuk tangan untuk masuk drip pun dibuat oleh specialist, sekali buat je terus jadi. Trauma mengenangkan Ammar Yusuf masa bayi admitted di hospital lain, nurse yang cucuk tangan untuk masuk jarum drip air itu banyak kali cuba cucuk sana sini patah betul hati aku melihatnya menangis aku terduduk kat tepi rasa nak marah je semua orang 😭. Those were the days.

Empat hari berada di sini, I have a lot of time for myself. Tengok Maryam sekarang, rasa bertuahnya anak yang lahir masa kehidupan stabil. Sedih kalau dibandingkan dengan Ammar Yusuf ketika seusianya. Anak sulung, banyaknya yang mereka korbankan untuk ibu bapa sebenarnya. Lahir ketika ibu bapa baru nak mulakan hidup, baru nak belajar menguruskan banyak perkara dalam rumahtangga, financially, emotionally.. Kalau orang yang baru berkahwin diusik usik bila nak ada baby bila nak ada baby, akulah orang yang akan terus cakap "Bina hidup dulu! Stabilkan dulu kewangan! Stabilkan dulu emosi! Bercinta berdua puas puas dulu!". At least, bagilah 2 tahun hidup berdua dahulu, baru fikir pasal anak. Tidak, bukan aku menyesal kerana tidak puas bercinta. Come on, kami dah tua tua ini percintaan lebih hot kot 🙊. Tapi kasihan mengenangkan kebajikan anak anak yang lahir di kala kedua ibu bapa tidak bersedia. Seriously setiap kali kami suami isteri bercerita tentang Ammar Yusuf masa bayi, atau melihat semula video Ammar Yusuf dulu dulu, bergenang air mata kami berdua. Even bercerita ketawa ketawa pun boleh tiba tiba meleleh air mata, we are such an emotional parents 😂

Tapi satu yang kami berdua tidak berubah dari dulu hingga sekarang, miskin atau kaya, I believed usaha kami untuk melindungi anak anak memang beyond standards. Eh itu tagline Cuckoo, beyond standard #asalbolehnakpromote 😆. Semestinya kami tidak sempurna, tapi dalam apa apa keputusan yang kami buat, kebajikan anak anak adalah di tangga teratas. Teringat masa aku aku kecil dulu, hidup kami sekeluarga sangat susah, tapi Mama protected us very fiercely walaupun dengan anak anak Mama sangat garang. Kami nak bermalam rumah kawan pun tak boleh, nak pergi kem motivasi pengawas pun kena menangis baru dapat pergi. Mama takut sangat apa apa terjadi pada kami. Sebab itu bila keluar kes budak 7 tahun mati dibelasah di tahfiz dan aku question kenapa usia sekecil itu sudah dihantar ke asrama dan ada yang jawab, "Parents orang susah kot", I cannot accept that at all! Ada orang susah yang berniaga pasar malam siang malam bawa kesemua anak kecil sekali, sebab nak anak sentiasa bersama sama. Susah atau senang, anak mesti bersama sama. Itu sebenarnya perkara yang penting untuk anak anak, attachment with parents. 

For me, regardless apa yang orang zaman sekarang cakap, aku tetap rasa kebahagiaan ibu bapa datangnya dari kebahagiaan anak anak. Anak anak ini bukan nak tengok hasil sangat tau, mereka bukan kisah yang kita ni kerja keras untuk kesenangan mereka di masa depan, apa yang penting untuk mereka adalah usaha ibu bapa untuk mereka sekarang. Sibuk macam mana pun parents, setiap hari kena pastikan anak anak TAHU dan RASA bahawa mereka disayangi. Kena tunjukkan dan beritahu dengan jelas. Berapa ramai antara kita yang semasa kecil hingga remaja sering rasa tidak disayangi, tapi bila sudah besar, sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri baru tahu yang parents kita buat itu sebab sayang, parents kita buat ini sebab sayang. Alhamdulillah kita boleh membesar dengan baik, tapi anak anak zaman sekarang memerlukan pendekatan berbeza. Tough love is no longer working. Tak boleh nak buat macam ibu bapa kita dulu, ibu bapa yang hari hari garang, jarang jarang sentuh anak belai anak peluk anak. Kita membesar dengan baik despite growing up in tough love tidak bermakna anak anak juga akan membesar seperti kita. Zaman dah berbeza. Dah ada terlalu banyak teknologi dengan radiation yang depressing. Parents sibuk dengan gadget, anak sibuk dengan gadget, parents dulu tough love tapi dunia mereka tetap untuk anak anak, parents sekarang konon nak buat tough love tapi dunia mereka bercampur baur dengan banyak perkara lain disebabkan internet dan social media.

Absent parents is a very big issue. Aku kuat rasa anak anak yang membesar tanpa rasa disayangi ini cenderung untuk terjebak dengan perkara yang menakutkan dengan lebih mudah berbanding anak yang rasa dan tahu dia disayangi dan dilindungi. Kita nak anak kita tetap cari kita tak kira apa masalah pun yang mereka buat, instead of cari orang lain yang mungkin akan membuatkan mereka terjebak dengan masalah lebih dalam lagi. It's impossible untuk anak berkongsi issue yang besar apabila mereka meningkat remaja, jika dari kecil mereka tidak pernah didengari. Kerana issue mereka  kongsikan dengan kita sewaktu kecil itu juga adalah issue yang besar BAGI MEREKA walaupun remeh BAGI KITA. Dari kecil mereka sudah 'ditolak', what makes you think mereka akan kekal bersama kita apabila dewasa. Hati mereka akan semakin jauh, perasaan tidak disayangi is no joke. It is easier to teach a child than to fix a broken adult. Sedihnya jika anak anak membesar sebagai seorang yang broken inside. 'Cedera' yang kita tidak nampak, dan hanya sedar akan keparahannya apabila sudah terlambat.

Kawan kawan, kita boleh ubah semua ini. Kita masih muda, anak masih kecil. Jomlah kita bentuk kehidupan keluarga yang lebih harmoni. I know ramai kawan kawan di luar sana yang masih struggle, it's okay. IT'S GOING TO BE OKAY. Kalau you rasa yang you adalah seorang yang gagal, ingatlah you mampu untuk jadi seorang hero di mata anak anak. Ubah satu rutin dalam hidup you, dalam rutin kita semua. Setiap hari, tidak kira betapa sibuknya kita, cuba ambil masa sekurang kurangnya 20 minit untuk panggil anak anak kumpulkan setempat, peluk mereka, cium mereka dan ucapkan betapa kita sangat mengasihi mereka.

Mommy sayang Abang, Adam dan Maryam
Abang, Adam dan Maryam adalah yang paling penting dalam hidup Mommy.
Apa sahaja yang Mommy buat, semuanya untuk buat Abang, Adam dan Maryam happy.
Mommy akan buat apa sahaja untuk melindungi Abang, Adam dan Maryam.

Daily affirmation. Sebutkan setiap nama anak anak dengan jelas. InshaaAllah jika diulang setiap hari, mereka akan membesar dengan rasa sangat disayangi, dilindungi dan inshaaAllah membentuk keyakinan yang tinggi dalam diri mereka sekaligus melahirkan rasa ihsan dan belas kasihan terhadap orang lain pula.



No comments: