Wednesday, November 13, 2019

Petua Gembirakan Isteri


Semalam nampak artikel ini keluar di Facebook, I literally laughed my heart out!

Growing up, aku dibesarkan dalam suasana yang Mama setiap hari berleter. Sebagai anak memang peninglah mendengarnya haha, aku selalu rasa kenapalah Mama ni tak penat ke berleter setiap hari. Ada masanya aku saja tutup telinga sampai habis leteran ya Allah teruk betul perangai. Seriously. Mama hanya stop berleter masa solat dan tidur saja. Jadi, bila berkahwin dan kini lebih 9 tahun hidup sebagai seorang isteri yang mana aku merupakan isteri yang TIDAK berleter, aku rasa macam banggalah dengan diri sendiri. Sebab berjaya jadi cool, berjaya untuk tidak menjadi typical nagging wife. Department berleter diambil alih oleh suami aku. Selalu sangat berleter! Which is fine with me, sebab at least bukan watak aku yang anak aku tutup telinga bila dia remaja nanti 😆

Until I read that article.

Memanglah aku tidak berleter, dah awal perkahwinan sehingga sekarang hampir semua kerja rumah husband aku yang buat!!! 😝😝😝. Ewah kau isteri cool konon 😝😝😝. Bukanlah sebab aku ni pemalas (maybe, maybe not 🙊), tapi H adalah seorang neat-freak yang langsung tidak boleh compromise dengan rumah yang tidak terurus! Dari awal beliau sudah susun jadual apa yang perlu dibuat, supaya rumah sentiasa kemas sedap mata memandang. Anak anak pun dah tahu rutin Daddy, nowadays the boys pun dah pandai buat beberapa kerja rumah walaupun kadangkala perlu dileter baru nak bergerak 😑

On serious note, hati rasa bersalah betul teringatkan Mama dulu, besarnya pengorbanan Mama untuk kami semua. Lelaki zaman dulu dulu mana ada jenis buat kerja rumah. Aku impressed adik adik lelaki aku sekarang boleh jadi suami yang pandai uruskan anak dan rajin buat kerja rumah walaupun dalam masa yang sama isteri masing masing adalah suri rumah (yes semua adik ipar aku adalah suri rumah, blessed them 💖), sebab Baba dulu tak macam tu haha! Tugas Baba adalah keluar bekerja cari rezeki, dan tugasan rumah semua di bahu Mama. Bayangkan uruskan 8 orang anak sendirian kerja tak pernah habis dalam suasana yang serba tidak cukup, sepanjang hidup aku dari kecil tidak pernah sekalipun aku nampak Mama bersosial keluar jumpa kawan atau at least berbual di telefon dengan kawan kawan, tidak sama sekali. Dah tua tua anak dah besar besar ini barulah Mama mula pergi bercuti dengan adik beradik Mama, alhamdulillah seronok aku tengok.

Itu lelaki zaman dulu. Lelaki Melayu zaman dahulu to be specific. Zaman di mana kesedaran tentang kerjasama suami isteri tidak meluas lagi. Zaman yang jika suami buat kerja rumah akan kelihatan janggal, dan isteri akan dikata queen control. Zaman di mana hanya suami yang bekerja manakala isteri merupakan seorang suri rumah. Itupun sudah cukup memenatkan bagi seorang isteri. Apatah lagi zaman sekarang di mana kebanyakan rumahtangga, both suami dan isteri juga bekerja! Sedihlah baca luahan isteri yang balik kerja terus sinsing lengan uruskan dapur uruskan anak while suami balik kerja terus boleh melingkar tengok TV tengok handphone. Sudahlah sama sama bekerja, bab tanggung keluarga isteri boleh tolong, bab uruskan rumah isteri buat seorang diri. Adilkah anda pada isteri?

Sebenarnya ada penyelesaian mudah untuk lelaki yang tidak suka/tidak tahu/tidak larat tolong isteri buat kerja rumah; gajikan pembantu rumah. Daily maid pun boleh jika tidak suka orang asing tinggal bersama. Selesai masalah kan? You happy isteri happy betul tak? Tapi masalahnya, lelaki yang pemalas ini selalunya dia pakej sekali dengan miskin! Dah tahu diri tak cukup duit, sedarlah diri sikit. Bahagiakanlah isteri dengan meringankan beban isteri pula sepertimana isteri membahagiakan you dengan meringankan beban kewangan.

Happy wife, happy life tau. Orang sebut quote ni macam lawak je selalunya kan, padahal itulah realiti sebenarnya. Isteri yang gembira akan membawa pada kehidupan yang bahagia. Isteri yang bahagia akan sentiasa doakan yang terbaik untuk suaminya. Isteri yang digembirakan, akan buat suaminya gembira berkali ganda. Betulll!! Suami yang rajin membantu isteri akan membentuk anak perempuan yang ada self-respect dan anak lelaki yang menghormati wanita apabila dewasa. It goes a loooong way, besar sangat impaknya pada masa depan. Banyak lelaki pemalas zaman sekarang adalah disebabkan turun temurun memang pemalas. Tak rasa ke nak break the chain already? Susah senang bersama-samalah. Bukan senang sama-sama, susah isteri tanggung seorang! 

Start today, buat rutin baru. Start small, mungkin daripada tak pernah buat apa apa you start dengan tolong lap meja selepas dan basuh pinggan selepas makan. Semua perkara boleh belajar. Kalau isteri jenis fussy yang ada SOP tahap kebersihan rumah dia sendiri (macam suami aku 🙊), perhaps you boleh gembirakan isteri dengan cara kewangan pula, you know, 'angkat' satu dua beban kewangan dari bahu isteri. Offer bayarkan bil telefon isteri setiap bulan contohnya. Or offer bagi belanja bulanan pada ibu bapa isteri. Apa apa sahajalah. Tak mampu? Kalau tak boleh nak tambah side income, korbankan perbelanjaan sendiri. Stop smoking contohnya. See susahkan? Lagi senang tolong isteri kemas rumah mop lantai basuh pinggan lipat baju betul tak? 😆

Semua sayang isteri kan? Semua cinta isteri kan? Semua kasihkan isteri kan? Isteri manusia paling penting dalam hidup kan? Nak masuk syurga sama sama kan?? Start today okay!




No comments: