Tuesday, November 19, 2019

HforHome: Beli Perabot IKEA Secara Online

Hi! Lamanya tak cerita progress our #HforHome di blog ini, most of the time aku banyak update di Instagram Stories sahaja, eh boleh follow my Instagram ya, search je HusnaHadzarami. Tapi bila fikir balik sayanglah tak cerita dalam blog ini, feel bercerita dalam blog ini lain sangat berbanding Instagram. Dan boleh taip panjang lebar tak ada limit huruf berapa haha.

Okay, untuk rumah baru (yang tak berapa baru sangat tu haha), selain living hall, dining hall dan masterbedroom, bilik dan ruangan lain semuanya kami decided untuk beli dari IKEA sahaja. Kenapa? Alah tak payahlah explain kenapa, sebab semua orang tahu perabot IKEA adalah sangat praktikal untuk kebanyakan saiz rumah di Malaysia ini dan konsep IKEA memang jimat ruang, selain jimat duit. Barang IKEA ini mostly affordable dengan kualiti yang not bad. Hahaha not bad je kau rate. Yelah yelah kualiti yang okaylah. 

So dua tiga minggu lepas kami pun berbondong bondonglah ke IKEA untuk membeli perabotlah kononnya. Sebelum ke sana aku dah survey online dulu, tapi macam tak puas pula rasa sebab tak tengok depan mata so ajaklah husband ke IKEA juga. Di sana kami survey survey, ukur ukur dan rasa rasa terutamanya tilam dan katil, takkanlah nak terus beli sebarangan kalau boleh mestilah nak baring baring dulu sejam dua haha. Takde maknanya! Geli je nak baring baring kat kedai perabot ini, tak hygienic kot. So lepas dah puas hati tengok depan mata, kami membuat keputusan untuk membeli secara online sahaja. 

Kelebihan beli barang IKEA secara online:

1) Tak penat nak jalan setiap department untuk tengok satu barang. Masuk je website IKEA Malaysia dan klik je Shop By Room. 

2) Tak perlu cari sendiri barang dari rak tingkat bawah itu, kemudian kena bawa sendiri barang pergi ke kaunter untuk buat pembayaran, especially kalau you nak beli barang yang besar besar. Sebenarnya boleh je bagi list kat staff IKEA untuk tolong ambilkan, tapi ada bayaranlah, RM30. Kuikui RM30 pun Husna nak berkira eh diamlah.

3) Tiada masalah barang tiada stok. Contoh kalau pergi IKEA Damansara, almari yang kau nak itu warna putih tapi takde stok maka terpaksalah berputih mata. Tak lawak okay dah pergi sana jem jem beratur panjang panjang beli meatball (TAKKANLAH PERGI IKEA TAK MAKAN MEATBALL??) lepas tu almari idaman kau takde stok! Tapi kalau beli online, stok itu akan diambil dari IKEA seluruh Malaysia, not limited to satu branch sahaja.

4) Boleh baca product description dengan tenang tenang, sambil baca product sambil kau study product itu melalui Pinterest dan hashtag di Instagram. Aku banyak study pasal perabot IKEA ini melalui Pinterest dan hashtag di Instagram sahaja sebab IKEA kan worldwide so boleh refer banyak susunan perabot dari rumah orang lain di luar negara. Contoh kau nak beli bookcase kan. Kau aim satu bookcase itu contohnya seperti di bawah.


Ini namanya BILLY Bookcase. Kalau tengok macam ini tak nampak gambaran sebenar especially di rumah sebenar, bukan showroom IKEA, so aku suka taip keyword nama perabot ini di Instagram hashtag atau Pinterest.


Instagram


Pinterest.

So boleh nampak gambaran yang lebih realistik berbanding showroom IKEA kan? Lepas tu boleh saved gambar gambar ini untuk rujukan in future.

5) Senang nak plan mana yang nak minta tolong mereka pasangkan selepas deliver nanti. Boleh fikir take your time tidur dulu esok pagi sambung fikir lagi. Kalau beli di kedai sana, masa bayaran itu kena decide which one yang nak termasuk dalam pemasangan (caj pemasangan adalah 10% dari harga barang so kena decide carefully), nanti panik panik di cashier counter terus kau buat keputusan terburu buru lalu menyesali. Kot ada yang nak dipasang kau kata nak pasang sendiri, yang kau boleh pasang sendiri kau suruh mereka pasang. Begitulah. Sesal kemudian tiada gunanya, bukan boleh marah sesiapa kecuali husband eh tiber 😆

Kekurangan beli barang IKEA secara online:

1. Tak boleh 'rasa' produk depan mata. Ini kalau kau macam nak beli fabric or tilam or sofa. Ada orang kan jenis nak kena rasa dulu, duduk duduk dulu etc.

2. Emm itu saja kot. Malaslah nak fikir, letak satu sajalah baru orang nampak aku bijak sebab beli online 😆😆😆😆

Allahu blogger apa yang kau orang follow ini punyalah malas berfikir malah perasan pula 💆

Okay so kami membuat keputusan untuk membeli secara online sahaja, dan kebetulan tarikh kami beli itu IKEA ada buat IKEA Sale 11.11 yang mana you akan dapat discount 20% untuk setiap product! Dia ada tema, 1st November tema barangan dapur contohnya, esoknya tema kabinet, esoknya tema lampu. Begitulah. Dan aku pilih hari yang mana temanya adalah bed and mattress, dan esoknya adalah bookshelves and cabinet. Ya Allah semua barang yang aku dah lama senaraikan dan beli masa sale 11.11 itu total cost jimat lebih RM1000!! Nak menangis sebab bersyukur tak beli awal awal. Haih first time jumpa kelebihan bertangguh 😅

Macam mana cara beli online ini? Alah senang je. What you need:

1. Website IKEA Malaysia/Apps IKEA.
2. Measuring tape, sebab kita nak tahu anggaran panjang dan tinggi. So dari measurement product yang you nak beli itu, you ukurlah sendiri dengan perabot sedia ada at your home so that you boleh dapat gambaran berapa saiz perabot yang you nak beli itu. Eh bestlah shopping online ini.

So sepanjang sale 11.11 IKEA itu memang memanjang aku mengadap website IKEA sahajalah, dan akhirnya make my purchase.


Antara barang yang dibeli. Di sini you boleh tick mana product yang you nak request them to assemble. Kalau aku tick semua, kos pemasangan sahaja dah lebih RM400 gilo 😱. So aku tanyalah H, mana yang boleh pasang sendiri. Last last daripada banyak banyak yang beli ini kami tick 1 sahaja hahahaha confident betul boleh pasang sendiri. Nak jimat punya pasal!


Lepas tu, kena select delivery date and time pula. Masa yang diberi pada hari yang dipilih itu adalah 10-2pm dan 2-6pm sahaja. Jika you tinggal di kondo yang memerlukan kebenaran dari pihak pengurusan kondo untuk bawa masuk lori, make sure you already obtained permission first, sebab jika lori IKEA dah sampai dan tak dibenarkan masuk, they will charge again for re-delivery.

Untuk delivery ke Nilai bagi semua barang aku tadi, harganya adalah RM163. Hmm okay kot, SSF pun caj lebih kurang harga itu juga for delivery.

Lepas select apa nak dipasang dan bila nak dihantar, bolehlah buat payment je seperti biasa, kalau jumlah besar rasanya boleh buat easy payment plan credit card tapi aku tak study pula cara itu sebab kami bayar full payment terus saja.


Delivery date kami pilih on 16th of November, pukul 2 hingga 6 petang.

So on the 16th, pukul 2 kami sudah berada di sana, sebab ada appointment dengan tukang cat dan delivery of dining set at the same day. Tunggu punya tunggu, pukul 5 petang barulah lori IKEA sampai. 




Rasanya rumah kami adalah rumah terakhir untuk hari ini sebab barang di dalam itu semua untuk rumah kami sahaja. Masa nampak je dia buka lori, aku dengan husband terus berpandangan 😳. Banyaknyaaaaaa!! Banyaknyaaaaa nak kena pasang sendiri!!

Setiap code barang diperiksa dengan teliti terlebih dahulu sebelum bawa turun.


Lepas dah turunkan semua dan letakkan setempat di porch, mereka akan tolong bawa masuk dan letakkan di bilik yang berkenaan.



Boys' room punya paling banyak. Settle terus satu bilik punya keperluan. Nasib baik mereka tolong bawa naik atas, berat okayyyy aku hari itu tolong H sama sama angkat rak buku naik atas, mongah!


Inilah rak buku itu. H kata setiap satunya seberat 30kg, tak percayalah aku! Aku angkat berdua dengan beliau pun rasa macam 100kg! Berattttt!!


Inilah barang yang kami 'tick' untuk assembly hari itu. Single bed with pull out bed for our guest room. NASIB BAIK TICK MINTA PEMASANGAN, SUSAH!! Aku tengok mereka buat dua orang pun ambil masa 45 minit jugalah walaupun smooth je mereka pasang. Kalau kami yang amatur ini yang pasang rasanya 5 jam pun belum tentu siap! 😫


Siap dah! SLAKT bedframe with underage and storage namanya ini, dah lama aim dengan harga RM939 (without mattress), beli masa sale hanya RM751 sahaja wuhoooo! Banyaklah jimat masa sale 11.11 ini. Syukur alhamdulillah.


Ini TROFAST toys storage kami baru pasang semalam, yang ini senang je pasang itupun jadi sejam jugalah, sebab ada budak baju hijau yang sibuk 'menolong' kan! Jadilah 'cepat!


Dan semalam sempat pasang BILLY bookcase yang pendek ini juga. Ada dua lagi yang tinggi punya itu, yang berat 30kg itulah!

6 jam di sini, baru selesai 3 kotak sahaja kahkahkah! Ala yelah termasuk makan rehat solat uruskan Maryam susukan dialah ambil screw driver dari tangan dia keluarkan skru dari mulut dia eh banyaklah kerja dia ni! Geramnyaaa budak metot ini bila ingat balik.

Hari ini inshaaAllah nak cuba sambung pasang lagi mana yang boleh. Paling saspen nak pasang bunkbed untuk the boys itulah, H dah tengok banyak Youtube tutorial and memang nampak susah sangatlahhh hahaha takpe takpe. Nothing is impossible. In the end mesti akan siap juga, walaupun makan masa dua hari untuk satu barang 😆😆😆











4 comments:

Azhafizah MN said...

wah seronok memborong barang IKEA untuk deko rumah. Memang syok juga beli online tak payah nak susah² ke store IKEA.

Husna Hadzarami said...

Aah memang best beli online, tapi berbaloi kalau memang nak beli barang yang besar besarlah! Kalau macam setakat nak beli lampu or set pinggan mangkuk ke baik datang je sana sendiri hehe, jimat delivery charge!

ezy.xixii said...

bestnyaaa!

Husna Hadzarami said...

ezy.xixii,

Tnank you!