Sunday, November 3, 2019

6 Langkah Untuk Mencapai Apa Sahaja Impian

Sudah masuk bulan November, fuhhh tinggal 2 bulan sahaja untuk penuhi azam tahun 2019. Bulan Oktober, kali pertama in 16 months since I've become Sales Manager, yang group sales Husnazara tidak mencapai target. Many people say that it is normal; this kind of situation happens every year, everytime towards the end of the year to be specific. And it happens not only to our group but all business line in general.

I don't know. I didn't feel right about it. Aku boleh terima ianya berlaku jika aku sudah betul betul berusaha bersungguh sungguh. But I know how much efforts I have put for last month. Aku memang tahu. Aku kalau tidak berjaya dalam apa apa, jarang aku tak tahu apa sebabnya. Biasanya, aku memang tahu dan sedar akan puncanya which I believed disebabkan kurangnya usaha, motivation dan inspiration dari diri aku sendiri.

I have been reading and listening about ways to achieving goals this couple of days, dan I think it's safe to say that most of the articles/videos are talking about the same thing. Basically, untuk achieve apa sahaja impian dan sasaran dalam hidup kita, caranya adalah sama sahaja. Seriously, sama. I summarized here that there are 7 ways to achieve basically ANY of your goals in life. Be it career goals, family goals, fitness goals, financial goals and so on.

1. Be extremely extremely extremely clear what you want and write it down

Ramai orang gagal capai apa apa dalam hidup, sebab dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan. So you have to sit down, fikir dengan mendalam, fikir dengan spesifik apa yang you mahu.

Contoh you goal adalah to lose weight, you tak boleh kata "Impian aku adalah nak turunkan berat badan". Jika itu adalah impian you, you lose 1kg pun dah kira mencapai impian. Betul tak? But I bet when you say that you want to lose weight, you didn't only aim to lose 1kg right? So untuk weight loss goals, kena tulis dengan jelas nak dapatkan berat badan 55kg, turun 10kg dari berat sekarang, nak bodyfat 13%, nak size perut berapa inci. You know, very clear and specific. Because you cannot hit a target that you cannot see. So mesti ada target yang specific.

So for me, my career goal is I want my group to hit 100 units for November 2019. In that 100 units mesti ada jualan outright iaitu cash sebanyak certain units, mesti ada Normal Plan sebanyak certain units. My faith goals I nak habiskan 2 juzuk Al-Quran on November, sehari mesti baca at least 4 pages, so setiap selesai solat kena baca berapa ayat. Very clear, very spesific.

And most importantly, you have to WRITE IT ON. Be it in your journal, your dream board, anything as long as you write it down. Bukan taip dalam smartphone, dalam iPad. No it does not feel the same. Do you know, orang yang menulis impiannya menggunakan pen dan kertas adalah 10 kali ganda lebih berjaya berbanding mereka yang tidak menulis? Haa nak tak jadi orang yang 10 kali ganda berjaya berbanding sekarang? Take out your journal now, and TULIS.

Aku ingat lagi masa aku putus cinta 10 tahun dulu haha, the way aku pujuk hati adalah aku buat journal yang listdown semua perkara yang aku mahukan pada seorang lelaki 😆. Aku letak juga semua perkara baik yang aku mahu capai dalam hidup aku untuk bangkit semula and it isthat everytime aku buka journal itu, aku serap semua itu dalam minda and alhamdulillah, banyak perkara yang aku tuliskan dalam journal itu, aku sudah pun perolehi sekarang. Sometimes apa yang kita mahukan itu seperti jauhnya untuk dicapai but write it anyway. Mesti tulis. InshaaAllah, mesti boleh capai 💛

2. Determine what you need to let go/give up/stop doing it, to achieve the goal

Aha! Untuk tulis apa yang kita mahukan, memang for me senang sangat. Because I always know what I want in my life. Tapi kita jarang tulis apa yang kita perlu 'buang' demi mencapai impian kita. The ugly truth is, untuk mendapatkan kehidupan yang you TAK PERNAH ADA, you kena buat perkara yang you TAK PERNAH BUAT, dan you KENA BUANG perkara yang menghalang you untuk mencapai perkara itu. You know what I mean? You kena tahu dengan jelas apa yang you kena buang, and then tuliskan di sehelai kertas yang berlainan, atau mukasurat sebelah journal yang you sudah tuliskan goal tadi.

Contoh your goal adalah untuk dapatkan berat badan 55kg turun 10kg dari bulan lepas dan bodyfat 15% dengan saiz peha berapa inci itu, you kena tulis yang perhaps you kena stop minum air manis. You kena stop tidur siang lebih 20 minit. You kena stop makan fast food. Mesti tulis! Sebab walaupun hati kita tahu kita memang perlu stop all these nonsense, tetap tidak sama jika you tidak tuliskan semuanya.

In my case I want to achieve group sales 100 units, so I have to give benda yang membuatkan fokus aku lari. Aku kena give up Netflix series, you know Netflix series berhantu! Sekali dah terjebak tengok first episode, apa kerja pun tak jadi huwaaaa 😩. In order nak sempat habiskan 2 juzuk al Quran sebulan, aku kena give up scrolling benda yang tak penting di Facebook dan Instagram. Baca gosip orang ke, dengar gosip orang ke, give up! And use  every free time yang aku ada untuk mengaji.

So itu dia, tulis!!! Start tulis apa yang you mahu, dan apa yang you mesti kena give up. Malam nanti dah tenang tenang anak semua dah sleep, duduklah di workdesk atau meja makan, dan start tulis. Kalau boleh bagi husband tengok sekali, sebab for me penting untuk husband tau apa goals kita dan apa yang kita perlu give up, so that we can work together to achieve it. Kita kan satu team? 😉

3. Set deadline!

Establish a definite date that you are supposed to hit your goal. Tarikh tamat. Tanpa deadline, you takkan hit your goals, sebab tak ada urgency! Deadline ini akan menjadi sebab untuk you work harder, deadline ini akan push you bila you bermalas malasan. Macam you bekerja dengan deadline dan tanpa deadline, adakah usaha you akan sama? Of course not! Even urusan sehari hari pun kita akan buat ikut priority, dan priority itu ditentukan oleh deadline. So set a dead. Tuliskan deadline itu siap siap di setiap goals. For me my deadline terbahagi pada beberapa kategori, ada yang daily, weekly, monthly, yearly. Matlamat jangka pendek dan jangka panjang. I suka plan for short term, for me it's healthier for my mind. Everytime dapat achieve every short term goals, hati dan fikiran rasa puas.

4. Make a plan

Obviously. Dengan step 1 hingga 3 tadi kita sudah tahu APA yang kita mahukan dan BILA yang kita perlu capat target itu, now kita kena fikir BAGAIMANA cara untuk kita mencapai goal tersebut. Dan sama juga seperti step di atas, apa yang kita kena buat sekarang? Yes take a pen and a paper/journal/diary/dream board dan tuliskan, bukan taip dalam smartphone, bukan taip dalam iPad. Mesti tulis guna pen di atas kertas. Sebab kita mesti 'keluarkan' idea dan plan itu daripada otak kita ke dunia luar baru kita akan nampak.

Take time untuk buat empat perkara di atas. Kita nak capai gol kita sendiri ini, bukan gol orang lain. So ambil masa untuk betul betul buat. Study plan apa nak buat, study dari mentor yang you kagumi, kalau your goal is career goal, study orang berjaya yang latar belakangnya sama seperti you. Kalau body goal, tengok rutin orang lain yang berjaya kurus secara sihat, ikut regim senaman dan pemakanannya. MAKE A PLAN! If you fail to plan, you really plan to fail.

5. Read your goals out loud

At least dua kali sehari, pagi sebaik sahaja bangun tidur dan malam ketika berbaring sebelum tidur. Sebab selalu sangat terjadi, hari ini kita semangat tulis semua, lepas 3-4 hari kita dah lupa. So kita nak make sure semangat itu sentiasa ada, kekal dan kita takkan lupa semua goal kita, kita takkan lupa semua perkara yang kita perlu give up, dan kita takkan lupa apa plan yang kita perlu buat. Semua itu sentiasa ada di dalam fikiran kita. Antara cara yang boleh membantu kita untuk kekal fokus pada goal kita selain dari tulis pada kertas/dream board dan tampalkan atau letakkan di tempat yang kita senang nampak, kita juga boleh snap gambar impian kita itu dan letak as screensaver phone! For sure akan selalu nampak, dan akan selalu ingat. Penting untuk masukkan semua ini di dalam our subconscious mind, sebab dari situ akan drive kita untuk kejar our goal. Minda kita seriously very powerful, even lagi powerful dari kekuatan fizikal. We can achieve a lot of things with one very strong mind.

6. Find a 'WHY'

A big WHY.

Cari sebab kenapa you naakk sangat capai your goal. Paling berkesan adalah emotional attachment. Kenapa nak sangat kurus? Sebab pernah kena hina, sebab pernah kena sindir. Sometimes 'sebab nak sihat' itu tak cukup kuat. Kena cari reason yang lebih kuat. Aku pernah kenal seorang yang dahulunya gemuk dan sekarang looks sangat cantik, dengan semua orang dia kata nak kurus sebab nak sihat, sebab nak senang cari baju. One day aku berkesempatan berbual panjang apa dengan dia, katanya satu sebab yang kuat sangat yang terus mengubah dia untuk bersungguh sungguh kejar goal untuk kurus itu adalah kerana satu kejadian di mana dia berjalan melintasi sekumpulan orang dan mereka tutup hidung sambil ketawa. Gemuk kan sering dikaitkan dengan badan berbau? Kejam gila dihina begitu, so that is her WHY. Untuk stop penghinaan. Untuk buktikan kita boleh juga jadi kurus. Untuk hidup lebih berkeyakinan dengan badan yang cantik.

Cari satu reason yang besar untuk your goal, mesti ada.

Aku nak ada banyak sales, sebab nak kumpul duit untuk support bayar construction rumah parents. Inilah BIG WHY aku sekarang. Aku nak kuruskan badan, sebab hati sakit bila tak banyak baju tak muat, nak kena beli baju 1 size larger is very heartbreaking. Ini akulah. Mesti ada sesuatu yang membuatkan you aim for the goal and it is mostly involving emotional.

Nak extra income, supaya anak tidak lagi menangis berebut toys orang lain sebab rumah tak ada toys.
Nak extra income, supaya boleh menyewa rumah sendiri tidak perlu lagi tinggal di rumah mertua asyik disindir ipar duai.
Nak extra income, supaya tidak perlu lagi bersembunyi dan anak isteri bebas cengkaman along.
Nak extra income, supaya boleh beli barang yang diingini tanpa perlu menyusahkan suami.

Ini antara BIG WHY my team members aku share with you guys, dan semuanya melibatkan emosi. Hanya you yang tahu what is your big why. Semua orang ada big why, tak kira macam mana kaya pun seseorang itu. Mesti ada, kerana BIG WHY itulah yang 'memaksa' kita untuk keluar dari comfort zone dan buat sesuatu yang kita pernah cuba buat.

6 langkah di atas, jom kita buat satu persatu dan paksa diri untuk berdisiplin patuhinya. InshaaAllah kita semua akan berjaya capai impian masing masing dan tergolong di kalangan mereka yang 10 kali ganda lebih berjaya dari orang lain.



No comments: