Wednesday, October 9, 2019

Hari Keempat di Perth: Lancelin Sand Dunes dan Pinnacles Desert, Nambung

Alhamdulillah sudah masuk hari keempat kami berada di bumi Perth. Bangun awal hari ini sebab itinerary hari ini akan membawa kita ke perjalanan yang sangat paling jauh berbanding hari hari yang lain.

Pagi itu aku masak mushroom spaghetti carbonara as breakfast, dan di samping pelbagai jenis biskut, kami juga rebus telur dengan banyaknya untuk dibawa sebagai bekalan hahaha. Macam Mama dah aku ni, my mother kalau pergi travel mesti beliau akan bawa telur rebus tau, senang bila lapar terus kopek and makan je 😂. Sebenarnya sebab dah terbeli telur banyak, esok dah nak balik dah so might as well habiskan hari ini. Memang bagus pun bawa telur rebus, mudah dan cepat kenyang.

Kami bertolak seawal 7 pagi rasanya. Destinasi pertama adalah Lancelin Sand Dunes, dari apartment kami di Perth city mengambil masa hampir 2 jam perjalanan. Aku rasa tempatnya tidaklah terlalu jauh, tapi disebabkan speed limit yang membuatkan kita drive slow terus jadi 2 jam. Kalau kat Malaysia tu 1 jam dah boleh sampai 🙊

Sepanjang perjalanan ke sana hujan renyai renyai, dalam hati berdoa sangat janganlah hujan kat sana, tak dapatlah nak main main nanti. Sebaik sahaja tiba, masih lagi hujan and my boys nak pergi toilet pula, so kami drive sekitar situ to look for a public toilet. Jumpa dalam 1km (or maybe less) from Lancelin Sand Dunes. Turun je kereta nak ke toilet tu sejukkkkk dan angin kuaaattt sangat! Eh peliklah. So selesai sahaja uruskan anak anak membuang, kami pun jalan sikit ke belakang toilet tu.

Whoaaa ada laut rupanyaaa!!! Laut yang saaangat cantik pasir putih tepi pantai ombak saling berkejaran tiber nyanyi. Laut biruuu walaupun di bahagian pantai. Eh sangat cantiklah!


Kan, cantik kann? Hanya boleh selfie sahaja sebab angin terlalu kuat sampai tak boleh berdirikan tripod!


Mommy and the boys. Jelas kelihatan awan mendung berarak kelabu. I believed this is part of Indian ocean. Sunyi sepi tak ada sesiapa langsung.



Mommy and the cutest girl in the world 😻

Sejuukk, terus kami laju-laju berjalan ke kereta untuk kembali ke Lancelin Sand Dunes, cuaca semakin baik ketika ini alhamdulillah, bolehlah main sandboarding! Dah sampai ke kawasan gelongsor pasir, the boys proceed first while Mommy stayed in the car for a while untuk susukan Maryam. Anak anak kenyang barulah semua orang akan gembira.




Mommy keluar kereta pergi ke arah mereka, sampai sampai semua tengah berseronok main sandboarding. Oh papan luncur tu boleh sewa je di situ, AUD10 untuk 1 jam. Sini parking free je. So expenses hanya untuk papan luncur itu saja. Mula mula macam nak ambil dua boards, tapi H cakap try satu dulu, kalau tak puas berkongsi tambah jelah lagi satu. Apparently sewa 1 saja untuk 1 jam pun cukup je. Perhaps sebab sejuk, nak main lama lama pun macam menggigil pula menggelongsor ditiup angin.


Daddy's turn. Sebelum tu H kononnya nak tunjuk aksi depan anak anak, try meluncur berdiri tak sampai separuh turun dah tergolek hahahaha nasib baik aku sempat rakam kat IG story 😝


Sebenarnya bila tengok gambar ini rasa bersalah tak pakaikan Maryam lebih tebal lagi. Tak sangka matahari tinggi pun angin sejuk bertiup kuat sangat! Alhamdulillah sepanjang di sana hinggalah pulang ke Malaysia, Maryam sihat walafiat saja, kalau tak mesti Mommy rasa bersalahhhh sangat. Mommy's sorry Maryam 😢


Maryam being curious as always. Nasib baik masa ini Maryam dah melepasi fasa masukkan pasir dalam mulut, dulu dulu asal ke pantai rilek je beliau kunyah pasir 😑


As always, Daddy wanted Maryam to also be part of the experience too.


My loved ones all in one photo, berlatarbelakangkan langit biru dan pasir bersih memutih 💕


Maryam's first sandboarding experience with Daddy. 



Her brothers all cheering up for her awww 😍


My two handsome boys.


Getting ready to sandboard.




Priceless moments. Mommy harap Abang dan Adam ingatlah semua kenangan ini sampai bila bila. Ingat tau betapa Mommy Daddy berusaha untuk cipta memori yang best best untuk semua anak anak.

Emm actually Mommy pun ada cuba juga naik sandboarding ni, tapi mestilah takkan upload gambar sendiri tergolek sana sini kakakaka! #macampausterdampar



Little lady in her very own world..


Forever Daddy's little girl 💕

Masa bersiap untuk datang ke sini kami dah prepare bawa topeng muka dan make sure all the boys pakai sunglasses, sebab baca review kata sini selalu berlalu ribut pasir. Kalau berlakulah ribut pasir tu memang tak boleh buka mulut langsung, mesti akan masuk pasir apatah lagi nak bernafas barely. Dan sebenarnya tak digalakkan sangat bawa anak kecil ke sini, sebab ribut pasir itulah. Asalnya risau juga sebab Maryam ini jenis rimas kalau ada apa apa kat kepala atau muka dia, jangan haraplah dia nak pakai sunglass apatah lagi face mask, tak sampai beberapa saat mesti dia akan cabut! So kami plan jika berlaku ribut pasir kami akan bungkus je Maryam ini guna sweater dan bawa lari masuk kereta. Tapi alhamdulillah sepanjang 1 jam lebih kami di sana, ribut pasir tidak berlaku walaupun angin kuat. Syukur sangat.



Two family portraits in two different backgrounds. I love both photos so much! Lancelin Sand Dunes, checked! Highly recommended, wajib pergilah kalau datang ke Perth ini. Digalakkan bawa bekalan makanan sebab kami tak nampak any restaurants around. Perjalanan pun jauh, nanti lapar tak seronoklah. Yang paling berharga adalah pengalaman anak anak. Mereka tak pernah langsung merasai sandboarding di mana mana pun sebelum ini, it was soo much fun and a very good family activity. InshaaAllah apabila dikurniakan rezeki yang banyak selepas ini, Mommy Daddy akan bawa kita semua main snowboarding pula ya! 💗

Dari Lancelin, kami terus bergerak menuju ke Pinnacles Desert. Memang kalau dah ke arah sini, wajarlah untuk terus ke Pinnacles sebab ianya dah satu jalan dah. Cuma nak balik nanti akan jadi lebih jauhlah. Dari Lancelin ke Pinnacle mengambil masa 2 jam juga, tapi di sini speed limit dah increase ke 110km/h so takdelah rabak sangat mata nak driving tu. The kids were sleeping throughout the journey, while Mommy and Daddy berbual panjang tentang percutian kami ini. 

Driving ke Lancelin dan Pinnacles ini kami guna Google Map. Tapi apabila semakin hampir ke Pinnacles tu dalam 1 jam tak ada internet connection langsung so kami hanya berpandukan signboards semata mata. Jalannya pun lurusss je taklah susah sangat, tapi kalau drive malam malam memang scarylah! Pinnacles Desert ini terletak di dalam Nambung National Park tau, so ikut saja direction ke Nambung National Park ini.


Sampai dah! Kat kaunter pembayaran itu akan ditanya berapa orang dalam kereta, dan perlu bayar parking AUD15. Ketika ini juga kami diberi pesanan agar jangan panjat di atas batu pinnacles tu. Ala, baru nak bergambar atas batu acah acah berada di Grand Canyon 😆

Masuk masuk, park kereta dan kami terus jalan kaki untuk melihat Pinnacles Desert. Sebenarnya boleh je drive masuk dalam, boleh habiskan seluruh National Park ini sepanjang 4km, tapi kami tak tahu. Masa dah masuk ke dalam desert tu baru tahu apabila nampak banyak kenderaan di dalam. 

Takpelah, kami proceed je ke dalam. Jumpa first pinnacles, terus set tripod lekatkan pada stroller, dan teruslah bergambar.


Maaflah anak anak aku bab bergambar memang EXTRA 😆


Bila emak suruh makan sayur.


Bila emak cakap tahniah dapat nombor satu tapi malam tadi baru lepas kena marah.


Bila emak ajak makan aiskrim masa kau tengah merajuk tapi dalam hati kau mahu.


Bila baru lepas bergaduh dengan adik tiba tiba dia ajak main sama sama.


Bila baru lepas bergaduh dengan adik tiba tiba dia ajak main sama sama (tukar tangan sebab dah lenguh).

Melihatkan pelbagai gaya si Abang, Adam Muaz pun mulalah menunjukkan belang.


Wow spek terkeluar dari telinga bukan penghalang untuk bergaya.


LAWAK LAA WOI SPEK KELUAR DARI TELINGA! 😆😆😆😆


Okay dah ada orang tegur kot pasal spek tadi.


I love you la my middle child yang banyak sangat perangai!


Kaki mesti nak naik.


Halah halah halah.......

Bukan sahaja mereka bergaya bukan main tak menahan lagi, malah tanpa diminta mereka turut memberi tunjuk ajar kepada Daddy tentang cara berposing dengan lebih bergaya. Mungkin pada pandangan mata mereka Daddy adalah seorang yang sangat noob 😆 #Mommylainlah #modelsemulajadi #naturalbeautykahkahkah


"Daddy Daddy buat macam fikir!"


"Daddy tengok jam Daddy!!!" OMG gelak guling guling aku 😆😆😆😆


Okaylah fine, gaya ini Daddy cipta sendiri tanpa tunjuk ajar.


Giliran Mommy pula. Wow begitu jelita bahahahahaahahaha mesti Daddy, Ammar Yusuf dan Adam Muaz menyesal kerana tak jadi blogger. Kalau tak, bolehlah buat caption yang best best untuk diri sendiri 😝😝😝


Happiness is a choice. Choose to be happy.

Apeni gambar pandang tempat lain mesti diiringi caption yang deep deep ke?

Cukuplah dua keping gambar Mommy. Yang lain nak simpan untuk upload di Instagram dengan caption kata kata motivasi apabila perlu hahahaha. #takbergurau #akanbetulbetulbuat #mohonpeminatbertabah


You cannot sit with us.

Because we will finish all your food.



Everything around here is so breathtaking. Sangat menakjubkan. Sepanjang berjalan kaki di dalam ini my husband and I talked about these pinnacles. Kami masuk ke kawasan ini tanpa study dahulu macam mana batu batuan ini terbentuk, nak Google tak ada line pula so my husband and I made our own assumptions on how these rocks are formed. Which is; dulu sini semua adalah laut, dan batu batu ini sebenarnya di dasar laut. Giloo scarynya kalau itulah yang berlaku! 😱 Tapi tidaklah, semua batu batuan ini adalah limestones yang terbentuk dari seashells beratus tahun dahulu. Tak faham sangatlah bab geology ini tapi yang penting, ini bukan batu dasar laut yang now dah kering jadi padang pasir haha. 

Hampir sejam di sini, nampak seperti hujan akan turun. Kami bergegas ke parking area, at the same time the boys nak ke toilet pula nasib baik berhampiran dengan parking itu ada public toilet. Selesaikan apa yang patut, kami yang kelaparan ini excitedlah nak pergi makan, ikutkan perancangan kami sepatutnya makan di Cervantes Lobster Shack yang terletak berdekatan dengan Pinnacles. Sekali tengok Google map, TUTUP!!!! Dia tutup pukul 3pm rupanyaaa apooo 😩. Punyalah frust kami suami isteri. Terdiam lama dua dua orang tak tahu nak makan kat mana, H suggested untuk balik je ke Perth city dan cari makan di sana. Sebab nak Google pun takde line sangat sekarang.

Maka kami pun drive balik melalui perjalanan hampir 4 jam dengan hati yang lara kecewa tak dapat makan lobster dahlah lapar ni wuwuwuuuu 😭. Nasib baik kids tidur sepanjang perjalanan dan tidak meragam. Bila dah ada internet connection, aku terus Google restoran yang aku dah listkan untuk dicuba sebagai back up plan. Baguskan siap ada back up plan, bab makan je ada back up plan. Aku dah listkan semuaaaa halal restaurant in Perth okay.

Kami terus heading to one Turkish restaurant named Thornlie Kebabs, located at Thornlie district in Perth city. Sampai sampai, tak ramai orang, terus order apa yang terlintas di fikiran sebab terlalu lapar.


We ordered Lamb Pizza, two plates of cheesy chips, a cup of cappucino and hot chocolate. Initially wanted to order two pizza tapi selepas beristighfar kami order satu plate dahulu. Kalau tak cukup baru tambah.


The Lamb Pizza, ya Allah seriously sedap tak tergambar dengan kata kata!! Atas pizza itu penuh dengan hirisan daging kambing yang nipis dan garing, semuanya bahagian isi tak ada yang liat langsung! Layan sangat makan lamb pizza ini, sampai sekarang teringat ingat aduhhhh sedapnyaaaa!



Close up hirisan daging kambing yang nipis dan garing. Tak muak, tak lenguh mulut mengunyah, only joyful. Sangat sangat nikmat! Emmm taip ini pun rasa bergelodak perut mengidam yumm 😋😋


Hot chocolate.



Sangat kenyang. Seriously sangat sangat kenyang. Semua dinner tadi cost AUD41. The best AUD41 we ever spent! Kenyang sampai mengantuk tak larat nak jalan. 

Selesai dinner, kami beli buah-buahan di pasaraya Coles yang terletak di belakang restorang Thornlie Kebabs tadi dan terus bergerak pulang ke apartment.

Letih dan puas, syukur itinerary hari keempat di Perth semuanya berjalan lancar except Cervantes Lobster Shack tu je. Frust sampai dah plan dengan husband balik Malaysia nanti nak naik Genting Highlands makan kat Burger & Lobster hehe. Masa itu jelah plannya, dah balik sini dah tak rasa dah. Tomorrow's gonna be our last day here, so not ready to be back! 😩


5 comments:

Dilah said...

cantik2 picture kat sana.. anak2 tu pun sporting pandai berposing..

Husna Hadzarami said...

Thank you Dilah!

hani said...

Sukanye baca n tgk gambar yg superb cun una sekeluarga.. Kat sana apa survenior yg menarik tuk kenangan bw blk Malaysia selain memori2 Indah di gambar ye una?

hani said...

Sukanye baca n tgk gambar yg superb cun una sekeluarga.. Kat sana apa survenior yg menarik tuk kenangan bw blk Malaysia selain memori2 Indah di gambar ye una?

Husna Hadzarami said...

Thanks Hani! Haha souvenir kami tak beli pun! Tak terkejar nak singgah souvenir shops sobs.