Tuesday, September 24, 2019

Hari Pertama di Perth: Kings Park and Botanic Garden

Penerbangan kami untuk ke Perth menaiki AirAsia adalah pada 16 September 2019, pukul 12:05 pagi. So 15 haribulan itu kami perlu berada di KLIA2. Pada mulanya H mencadangkan untuk pergi ke sana selepas Isyak, senang settle-kan terus solat Isyak di rumah. Aku mulanya bersetuju, tapi bila baca review orang lain, ramai mencadangkan untuk berada di lapangan terbang at least 3 jam awal. Hoh risau pula. So lepas Maghrib, jam 8 malam kami terus menaiki Grab untuk ke KLIA. Grabcar 6-seater from Puchong to KLIA berharga RM65.

Sampai KLIA, terus check-in luggage, had a dinner and solat.



Masa banyakkk lagi, nasib baik KLIA sekarang sangat happening, ada play area for the children and banyak kedai makan untuk kunyah kunyah. Penting tau kunyah kunyah ni, semua orang mesti kenyang sentiasa demi mood yang ceria sentiasa 😂


We boarded at 11:20pm, make sure the boys dah buang air di toilet airport, sebab penerbangan 5 jam kan malaslah nak nak guna tandas aeroplane. Sebelum naik lagi Maryam sudahpun sleep alhamdulillah, dan boys pun tidur juga sepanjang perjalanan sampai Adam Muaz langsung tak makan flight meal. Membazir je sebab tak boleh bawa turun tau, upon arrival itu before nak turun tu kena check semua hand carry, semua pocket termasuk anak anak punya, make sure tiada makanan yang dibawa turun. Sebab ada kes pelancong yang beli makan di McDonald's airport, anak dia tak habiskan dan simpan dalam bag, kena saman sebab tak declare! AUD300 is no joke, man. Of course we didn't want to take any chance 😪.

Masa di kaunter kastam, officer tanya did you bring any food? Aku mula mula sebut semua yang aku bawa secara hafalan, suddenly teringat yang kami ada buat list hahahaha bongok punya nervous sampai terlupa. So tunjukkan saja list itu, then off we go alhamdulillah tak perlu pun sampai kena buka beg. Semuanya dipermudahkan syukur sangat.


Safely arrived!!! Muka mengantuk masing masing. Leganyaaa dah sampaii!


Ini di luar Perth airport tengah tunggu kereta sewa datang jemput kami. Masa dalam bangunan rasa biasa biasa je, buka sliding door keluar perghhhhh menyerbu angin sejuk masuk ke dalam menggagau cari sweater!


Baju yang Maryam pakai di bahagian dalam tu tebal tau! Still has to put on a jacket. But she looks really comfortable in cold weather alhamdulillah. This is her very first experience in such cold weather, Maryam ni Cameron Highlands pun tak pernah naik lagi.

We arrived at 6am, but kereta sewa hanya boleh diambil paling awal 7:30am, itupun mereka sampai around 8pm juga. Sementara itu bolehlah beli simcard, solat Subuh, susukan Maryam di parent's room.

Aku roaming je, sebab my Digi plan includes free roaming up to 5GB. 2 hari terakhir itu pakai hotspot data H saja. H beli simcard OPTUS AUD30, dapat 60GB data gilo banyak. Masa itu fikir sebab kami drive dan perlu guna Google maps at all time. Tapi 6 hari di sana, pakai internet habis habis siap boleh tengok Netflix malam malam pun, baru habis tak sampai 5GB! Takpelah, this is first time for us kan. So kalau you guys pergi ke Australia beramai ramai, cukup seorang sahaja beli simcard AUD30 dan semua orang gunakan hotspot dia sahaja okay?


Pejabat Aries Car Rental. Di sini mereka akan minta driver's credit card untuk bayaran bond AUD200. Bond ini adalah other cost on top of rental AUD395 yang kami pilih itu tau. Tapi bond in mereka hanya lock pada credit card sahaja, tak caj pun. And the bond will be released selepas pemulangan kereta.

Selepas buat pembayaran, kami dibawa untuk check kereta. Di sini mereka akan check setiap inci kereta itu dan tandakan di dalam kertas every single existing scratch on the car tau. Means kalau you tercalarkan sikiiiiit je pun kereta, they will know. And you should also take photos and videos of the car luar dan dalam juga, for your own record.

Dapat je kereta, kami decided untuk drop barang di hotel. Sebab kami baca in Australia ini tourist vehicle always targeted untuk dipecahkan. Macam mana mereka tahu kereta tourist? Sebab plat nombor kereta terang terang tulis ARIES CAR RENTAL! Duh. Obviously hanya tourist saja yang rent kereta kan? So dilarang letak apa pun barang dalam kereta.

So we headed to our hotel. Kali pertama memandu di luar negara, jelas kelihatan betapa nervousnya H haha. Serious aku di sebelah pun nervous.


Nasib baik kids masuk je kereta terus sleep. So bolehlah Daddy memandu dengan tenang. Dari jauh nampak traffic light kuning H dah slow dah hahahaha. Berbeza betul bawa di Malaysia. Better safe than sorry! Pemanduan di Australia sama saja dengan Malaysia, driver di sebelah kanan. Traffic light semua pun sama je macam di sini, yang penting bawa ikut had laju, tengok local people bawa lajuuuu kau jangan nak rasa tercabar ke apa. Biarrr je. Ikutttt je had laju okayy.

Sampai di hotel masa itu baru pukul 8 lebih je, hotel kata check in bermula pukul 2pm, tapi front desk person kata pukul 12 boleh datang dah. So we dropped our luggage, parked our car and decided to have a walk to the shopping mall named Watertown Outlet opposite our hotel.

Dalam Watertown Outlet ini ada banyak kedai makan, tapi tak tahulah halal ke tidak so kami pilih yang terang terang halal iaitu ISPA Kebabs.


Kami beli Chicken Kebab and Doner Kebab. Doner Kebab adalah gabungan beef and lamb. Dua ketul saja pun dah sangat mengenyangkan untuk kami sekeluarga. Isinya penuhhh!! Seriously, kami makan dua kali di sini and both pun sangat kenyang.


Chicken Kebab - AUD11
Doner Kebab - AUD11
Tambah fries yang dipanggil chips - AUD4


Makan separuh sahaja kebab, H ajak pergi ke Kings Park dengan berjalan kaki, sambung makan di sana. Termenung aku seketika haha. Tengok Google maps, kalau berjalan kaki ke Kings Park akan sampai dalam 25 minutes, oh bolehlah. So kami pun memulakan perjalanan ke sana. 

It was fun, really. Matahari kuat tapi angin sejuk so tak rasa penat pun. A really new experience for all of us.


Lagi 700m.

Banyak bangunan yang menarik dan cantik cantik di sini tapi disebabkan aku fikir nanti balik akan lalu sini lagi, aku takdelah snap gambar. Sayang pula, sebab balik itu kami lalu jalan lain.


Almost there. Kalau nak berjalan kaki guna Google maps, please search Kings Park and Botanic Garden. Sebab H asalnya search Kings Park sahaja, rupanya punyalah besar Kings Park ni!


Sampai dah! Belakang itu ada monumen memperingati askar perang mereka. Aku tak baca sangat apa yang tertulis di situ.

Kat sini ramai orang bawa picnic mat, berkelah makan di sini walaupun cuaca panas panas pun.


Mommy tak ready tapi Maryam omel sangat so wajib upload! Saja tak pakaikan Maryam socks, sebab nak bagi kaki dia pijak rumput. It was weird tau, masa duduk rasa sejuk macam basah, bila bangun takdelah basah pun kain. Tak faham aku cuaca sini haha.

The boys berlari lari di sini, Maryam even MERANGKAK kat rumput itu OMG tapi bestlah tengok.


Sepanjang bulan September ada Kings Park Festival, ada pelbagai aktiviti dan banyaklah hiasan dibuat di Kings Park ini, jalan sana sini memang cantik sangat berwarna warni tengok. Haih I wish I took more photos!



Cantiknya langit biru mashaaAllah. Haih cantiklah. Alhamdulillah. Betullah orang cakap, jauh perjalanan luas pemandangan 💙

Dekat Kings Park ini ada banyak water cooler or mereka panggil 'fountain', so memang boleh sentiasa topup airlah. Bagus untuk my children yang banyak sangat minum air ni.


Bergambar di Perth viewpoint ini. Dari sini boleh nampak Elizabeth Quay which now I'm questioning myself KENAPA KITA TAK BERGAMBAR KAT SANA? Huwaaa lupalah kena pergi Elizabeth Quay!


The boys sekarang sedang addicted dengan All Blacks' Haka. Ammar Yusuf siap hafal nama pemain rugby All Blacks tau! Geram betul kat mana mana pun dua orang ini nak buat Haka dance dahlah Australia dengan New Zealand musuh ketat rugby! Takutnyaaa that it can be culturally insensitive, tak tahu macam mana nak stopkan dah banyak kali berleter dah. Menyesal pun ada bagi tengok Haka di Youtube selalu sangat 😑


The wife took this photo.


The husband took this photo.

Husband 1 - Wife 0 😝😝😝

Aku ingat dah cantik sangat dah aku snap gambar H, sekali tengok dia snap gambar aku wow sejak bila begitu berbakat?? Geram je laki aku hahahahaha nak snap semula beliau dah malas pula.

Dari Kings Park, kami ingat nak berjalan kaki ke Blue Boat House pula. Sekali tengok 40 minutes perghh malaslah. Longgar dah lutut hahah, nak kena jalan kaki balik hotel lagi.

So we decided to just go back to our hotel, freshen up and have a good rest.

Dalam pukul 6, kami ke Coles untuk beli groceries. We went there by car, sekali tengok parking dalam mall itu setengah jam AUD7!! Giloooo, terus kami turun, laju laju capai barang yang nak dibeli dan terus berlari turun hahahahha macam Amazing Race pun ada lawak betul. Mahal weii 7 dollar! Ada ke kat Malaysia ni parking setengah jam RM21? Gilo kan. Taubat nak pergi Coles naik kereta lagi.

Dalam perjalanan pergi itu lalu Blue Boat House tengok berbaloi ke tidak nak berbaris untuk bergambar, tengok queue panjanggggg lalu kami pun membatalkan hasrat. So takpelah, lain kali jelah. 


Berakhirlah post tentang hari pertama berada di Perth. Memang tak banyak aktiviti sangat, sebab badan penat kot. Malam malam kami tengok map yang diambil di Perth, haa lupa nak pesan. Jangan lupa ambil kupon Hello Perth kat airport. Banyak aktiviti boleh dapat coupon discount dari situ. Ada juga peta Perth untuk kita tengok, bolehlah study sikit and tick mana yang kita sudah pergi.

Jumpa lagi on the next post!


Klik di sini untuk entri yang berkaitan:



No comments: