Sunday, September 29, 2019

Hari Ketiga di Perth: Caversham Wildlife Park dan Margaret River Chocolate Company

Hari ketiga, hari yang paling ditunggu tunggu oleh setiap anak anak Muhammad Hanis but a total opposite for his wife; pergi tengok animals!

Pagi ini anak anak bangun awal bersiap siap dengan gembira. Sebab as quoted by Ammar Yusuf, "Kita nak tengok animals yang tak ada kat Malaysia!" Ambui beliau. And yes, we are heading to Caversham Wildlife Park! Perjalanan dari Perth city ke Caversham Wildlife Park ini hanya mengambil masa 25 minit sahaja, so tidak perlu terkejar kejar. Kami gerak dari hotel lebih kurang pukul 8:40 pagi, dan sampai dalam 9 lebih. Park dibuka pukul 9 anyway.

Caversham Wildlife Park


Di pintu masuk selepas membuat bayaran.

Admission fee
Adult: AUD30
Child: AUD14 (3 to 14 years old)

So total for our family is AUD88.

Masa di kaunter pembayaran kami diberi daily attractions schedule beserta peta, so we can plan our journey inside there.
Sampai sampai, terus menuju ke kawasan kangaroo. Selalu kalau pergi zoo mesti dalam hati rasa sedih je tengok binatang binatang ini kan, tapi kat sini memang nampak binatang semua sangat bebas. Padang kangaroo tu sangatttt besar! Aku rasa kangaroo itu tak tahu pun mereka sebenarnya dalam zoo 😂


Sampai sampai je Maryam dah tak tentu arah dah. Menjerit jerit dia panggil kangaroo hahaha.


Meronta ronta beliau nak keluar dari stroller geram laaa 😂


Eh dah keluar dari stroller dah?? 😆


Semakin dekat beliau dengan kangaroo.


Bahaya ni budak ini. We literally have to pull her hand away sebab dia nak grab bulu kangaroo!!


My fearless daughter, unlike her mother. Such a new experience for her, I wonder she will remember it when she grows up.


The boys are really ecstatic, Adam Muaz tak fikir apa terus grab kangaroo's food di dalam tong dan terus meluru ke arah kangaroo.


This one on the other hand, took his time. Sebab geli katanya haha. But lepas tu he's really enjoying it. It feels good to see our children have some bonding with animals, we want them to love animals despite Mommy ni takut sangat animals 😖

Kami berada di sini lebih kurang 15 minutes, then Daddy ajak ke tempat lain. Sebab kangaroo feeding ni berlangsung setiap masa from 9am to 5.30pm, manakala other shows pula ada waktu waktu yang tertentu untuk kita sertai.

Farm Show

10am, 12pm, 1pm dan 3pm

Meet the Wombat and Friends

9.30am, 11am, 2pm and 3.45pm

Meet the Koalas

9 to 9.30am, 11.30am to 12pm, 2.30 to 3pm and 4 to 4.30pm

Penguin Feedings

12 to 4pm

So from kangaroo park kami bergegas ke Farm Show, we wanted to catch up the 10am session. Masuk masuk, dah ramai orang duduk di bench seperti stadium kecil, menunggu kambing biri biri datang.



Ketika ini kami semua ditunjukkan cara cara mencukur bulu biri biri. I feel so bad at the beginning, and then baru tahu rupa rupanya bulu biri biri tu akan tumbuh semula haha. Kesian okay kalau cukur sampai togel macam itu kemudian kekal seperti itu sampai bila bila. I did not take a lot of photo here sebab sibuk record video je.

Selepas itu, setiap pengunjung diberi kesempatan untuk perah susu lembu yeayyy for the kids! I was looking forward this new experience because we missed out this one when we went to Kundasang last year, rasa ralat tak dapat bagi anak anak rasa this new experience.



Adam Muaz started first, my middle child always the carefree one. The moment right before Adam Muaz nak melangkah ke arah lembu tu memang tak boleh dilupakan, lembu itu kencing!!!! First time tengok lembu kencing depan mataaa huwaaaaa punyalah melimpah macam orang simbah air sebaldi tuuuuu!! Giloo sikit lagi nak kena hahaha naya betul kalau kena, dahlah tak bawa baju spare!



And then Ammar Yusuf pula. Haha nampak terpancut susu! Abang kata geli lembik lebik 😅

Sebenarnya both my boys beratur dua kali untuk perah susu ni, sebab the first one both my husband and I recorded videos and none of us take a photo! So they have to do it another round just for the sake of photos haha geram je budak budak itu tengok kami 😜

Selesai Farm Show, kami tengok peta dan bergegas ke bahagian wombat pula, for the Meet The Wombat and Friends. Acara bermula pukul 11am so sementara menunggu itu we jalan jalan and take some photos around there. 


Kami suruh buat tangan macam kaki kangaroo, pelik pula bila guna sebelah tangan je.


Maryam is happy on the inside 😑 #comeonMaryam


Curious little lady.


Lepas bergambar ini mereka terus bergaduh sebab nak bergambar aksi pelik pelik sekali tertumbuk betul betul 💆


Aww... 😍😍😍

Okay now the show is open! Masuk masuk tengok beratur panjangggg nak bergambar dengan wombat, but surprisingly laju je tau ke depan. Sebab memang ada seorang staff yang ditugaskan untuk mengambil gambar setiap orang, I think it is really a plus point for this place. Very convenient, sangat memudahkan tak perlulah nak tebalkan muka minta orang belakang ambilkan gambar. 

I even said to my husband, sepatutnya Blue Boat House semalam pun kena ada seorang yang stay situ untuk jadi tukang ambil gambar je. Barulah queue berjalan lajuuu macam ini.


Cantik pula itu dia snap, bukan ala kadar je.


Sebelum bergambar petugas inform siap siap yang kita hanya dibenarkan sentuh bahagian peha wombat sahaja. Terus letak Maryam jauh sikit haha, dia bukannya faham!

Selesai bergambar dengan wombat, kami ke bahagian biawak pula. Eh ke iguana. Entah yang penting dua dua pun aku geli. Gedik kan asyik nak geli, tapi seriouslah aku memang geliiii dengan animals. Geli yang meremang remang jantung berdegup kencang macam itu. Hmm.


Cantiklah awek ini. Petugas perempuan di Caversham Wildlife Park ni aku rasa semuanyaaa cantik cantik. Untunglah rupa cantik dan sayang binatang pula, tak macam aku rupa cantik tapi takut binatang eh kau kenapa tiber?? 😆😆😆


First time pegang big lizard. Sorrylah tak sempat nak study apa nama binatang ini.

And thennn, nampak sesi bergambar pegang ular. Aku beratur sekali dengan Abang dan Adam sebab ingatkan nak jadi tukang ambil gambar je, rupa-rupanya di sini pun ada dedicated photographer jugaaaaa so aku pun kena masuk bergambar sekaliiii pegang ularrrr apeniiiii


Mestilah aku tak pegang!! The boys kata berat! Dan kasar! Rasalah Mommy! No thank you.


Ada banyakkk sangat gambar di sini tapi semua muka aku macam sireh so cukuplah hanya dua sahaja aku paparkan untuk tontonan umum. Kau orang ingat eh Abang dan Adam, ingat pengorbanan Mommy ini sampai bila bila.

(Lama lagi ke nak habis cerita dalam zoo ni.... taip sekarang pun rasa meremang lagi....)

Dari wombat area, kami berjalan menuju ke kawasan koala pula. Hari nampak mendung ketika ini, memang weather forecast menunjukkan hari itu sepatutnya hujan pun. Sayangnya kalau hujan, so kami tidak boleh membuang masa!


Eh berhenti bergambar kejap tak dikira membuang masa kan? 😆. Apparently Maryam's face explained everything 😑


Trying to explain to my daughter why nature is good and we should love animals 😿

Kami singgah di Molly's Farm untuk seketika.


Kat sini bagi makan kat kambing je, takpelah kat Malaysia pun ada kambing hahaha so sekejap je kat sini and off we go to see the koala.

Di tempat koala, as always beratur panjang juga tapi sekejap je sebab laju je ke depan. Don't worry if you're here and see a lot of people queuing. Just masuk je queue, tak sampai 5 kot dah sampai giliran.


Mommy was really trying there so please give Mommy an A for effort.


Boring je koala tu. Ke tengah sleep tu? Di sini pun petugas maklumkan awal awal yang koala ini boleh disentuh bahagian peha juga. Baguslah mereka ini, kalau tak inform karang orang memandai mandai pegang sana sini kesian koala.


Begitulah kehidupan ini berubah apabila menjadi seorang ibu, tiba tiba kau terjebak dengan acara bergambar dengan binatang 😑

Selesai di sini kami cari kawasan tersorok sebab Maryam dah cranky nak milk. Alhamdulillah boleh susukan Maryam dengan tenang dan selesa, yang penting kena bawa nursing cover ke mana mana, dan suami pun kena tolong coverkan juga.


Dah milk terus sleep. Lamaaa Maryam sleep masa ni. Selesa kan, sebab sejuk nyaman je.


Sini adalah tempat penguin. Comellah penguin ni jalan kedek kedek. Tapi kami tak sempat nak tengok penguin feeding session. Rasanya dah terlepas kot, sebab dalam pool tu ada nampak banyak ikan ikan yang ditinggalkan. 


Haaa kat previous entri aku ada cakap pasal quokka kan? Inilah rupa quokka itu. Macam tikus besar kan? 'The Happiest Animal In The World'. 

Dari sini, the boys pada mulanya ajak tengok crocodile pula, tapi lepas itu ubah fikiran dan ajak kembali ke padang kangaroo tadi. Situ memang paling best pun.


Mendung dah masa ini, but alhamdulillah tak hujan lagi.


Forever my handsome husband 😘


Adam Muaz banyak kali kena tegur dengan petugas di sini sebab dia berlari. Dilarang berlari! Sebab bila kita lari, kangaroo pun akan lari ketakutan huru hara nanti. Memang merata ada signboard 'Please Do Not Run'.  


He's really loveee being here.



Banyak tau gambar muka aku macam itu. Spoil betul 😤


Macam tak percaya kami berada di dalam ini lebih 4 jam. Kangaroo pun banyak dah kekenyangan dan baring bergelimpanag to have some rest. Plan asal macam maksimum 3 jam je, based on our previous experiences coming to places like this, 3 jam sudah mencukupi. Tapi kali ini 4 jam itu pun kena kerah kerah ajak balik dan dicampur dengan gerimis mengundang. Kalau bukan sebab dah nak hujan lagi memang susah sangat nak ajak balik, they really love being there. Banyak sangat pengalaman baru, betul betul berbeza berbanding other petting zoos we have ever been. Staff di sana semuanya friendly, masa ambil gambar setiap orang pun takde pun macam nak suruh kita posed cepat cepat walaupun queue panjang. Memang selesalah.

Seriously, HIGHLY RECOMMENDED!

Dari Caversham Wildlife Park, kami terus menuju ke Margaret River Chocolate Company yang perjalanannya hanya 11 minit saja menaiki kereta. Alhamdulillah sana tak hujan, so terus turun masuk. 

Margaret River Chocolate Company

Sampai sampai kat depan pintu masuk je ada chocolate pastelles seperti ini yang boleh dimakan secara percuma. Ada white chocolate, milk chocolate and dark chocolate. I always loveddd dark chocolate, rasa pahit pahit tu mmmmmmmm dapppppp tapi kat sini, I think white chocolate dia laaaagi sedapp!! Anak anak makan tak henti henti, sekejap sekejap ambil. H tegur anak anak jangan ambil kerap sangat, malu kat orang. Sekali nampak ada orang putih tu ceduk baikkk punya masuk dalam tupperware! Hoh. Lagi teruk dari Asian rupanya.


Aku pun sama stopkan anak anak, tapi bukan sebab malu kat orang, tapi sebab taknak mereka hyper! Pantang makan benda manis terus hilang kawalan. Kita juga yang nak handle nanti 😤

Dalam kedai ini ada cermin besar yang menunjukkan pemprosesan coklat, tapi kecil sahaja. Aku bayangkan macam kilang coklat besar besaran tu, tapi memang kecil dan boleh dilihat dari luar sahaja. Masuk dalam sikit, ada chocolate cafe di belakang. Emm laparlah pula, sebab tak lunch lagi kan. Emm orderlah sikit sikit boleh duduk duduk, sementara Maryam sleep ini kan rugilah tak enjoy the moment 😆



 

 There's something about pencahayaan di Perth, yang membuatkan gambar semua nampak cantik sangat biarpun tanpa edit. I've received a lot of compliments about how my skin looks in the photos! Padahal selama ini biasa biasa je kulit aku, tapi kat sana kulit tiber jadi macam pink pink.


Thank you lighting yang ON POINT! 🙈

Okay makanan sampai dah.


Hot chocolate.


Chips with sour cream and sweet chilli dips. 


And scones with jam and cream.

Total AUD26. Okaylah untuk try, tapi kalau tak lapar takyah try pun takpe hahahaha sebab beshe beshe je.

Lepak sekejap, nampak segerombolan pelancong baru masuk. Ha sepanjang kami kat sini kan, kami selalu berada di situasi yang kami baru je habis suatu tempat, tiba tiba datang orang ramai macam satu bas turun. There were a lot of times yang we were like, "Pheww kalau lambat sikitt je tadi mesti kena bersesak sesak". Alhamdulillah banyaknya dipermudahkan.


My all-time favourite boys. Belakang itu sebenarnya kilang wine, ada winery tasting dan penanaman anggur untuk dijadikan wine. Bukan sengaja nak bergambar berlatar belakang itu, tapi situ je yang langitnya tidak mendung kelabu dan agak cantik di dalam gambar 🙊 #priorities.


Lawaklah Adam Muaz. Dia tengok Abang pose macam itu dan Daddy pose macam itu, dia panik tak tahu nak buat apa terus pose macam itu 😆


Your face when you were scolded by netizen yesterday sebab pontengkan anak sekolah semata mata nak pergi holiday and end up sekolah cuti seminggu sebab jerebu 😎 #iwin



Ya memang perlu post tiga gambar sebab Mommy posing lain lain. #anakanaktakbergerakpun #taklenguhke

Selesai bermain main, hujan pun turun dengan lebatnya dan kami masuk kereta terus menuju ke Dianella. Dianella ini terkenal dengan apa kawan kawan??? Yaaa betul!! Charcoal Chicken Dianella!!

Masuk masuk, dah beratur panjang. Alhamdulillah masih ada seat. Penuh dengan Malaysians je dalam ini.  


Dan sepertimana cadangan para netizen, kami order beriyani and charcoal lamb ribs with salad. AUD19 per plate.


Kami beli DUA SET!! Punyalah lapar. Bila dah dapat tu, perghh banyaknyaaaa ini habis ke macam iniiiii siapa nak habiskannnn. 


 

HABIS LICIN! Sejuk sejuk penat penat memang licin menjilat tulang. 

My score for this meal out of 10, I rate 11. SANGAT SEDAP!!! Tolonggglah datang makan di sini kalau you guys pergi Perth. Portion besar. Untuk keluarga yang tak berapa kuat makan, sepinggan boleh makan 3 orang kot. Kami keluarga kuat makan.

Selesai sudah hari ketiga, dari sini kami terus balik apartment. Kekenyangan, kepenatan dan hati yang penuh kegembiraan. Puasnya tak terkira, syukur alhamdulillah. Semua rezeki dari Allah SWT 💘


Klik di sini untuk entri yang berkaitan.


No comments: