Saturday, May 25, 2019

Nilai

Beberapa tahun kebelakangan ini, aku telah belajar satu perkara yang sangat memberi kesan pada hidup aku dan mengubah persepsi aku pada banyak perkara.

Here it is. Kita akan lebih gembira dan bahagia, apabila kita melihat duit itu bukan pada jumlahnya, tapi pada nilai yang diberikan.

Sekeping RM10 kelihatan biasa biasa sahaja, sekali beli nasi bungkus letak dua tiga lauk dah habis.
Tapi RM10 you beli 10 batang aiskrim Malaysia dan berikan pada 10 kanak kanak dan mereka makan dengan gembira dan bergelak ketawa sampai comot seluruh muka, bahagia tak?

Amount yang sama dibelanjakan kesemuanya, tapi memberi nilai yang berbeza. Yes, duit hanya bermakna, jika ianya memberi nilai pada kehidupan seseorang.

I want to share with all of you my experience which is very personal to me, yang sebelum ini hanya suami aku sahaja yang tahu. Saat di mana ketika itu aku memiliki duit yang boleh dikatakan sangat banyak, namun dirasakan LANGSUNG tiada nilai.

When I was seven to eight months pregnant of Maryam Helena, aku mengalami buasir yang sangat teruk yang mana ianya adalah pengalaman paling mengerikan dalam hidup aku. Traumanya aku dengan kesakitan itu jauh mengatasi trauma sakit contraction! I was warded for a few days ketika kandungan berusia 35 minggu, and I felt like I was in hell! Sakit, takut yang menggigil setiap kali mahu ke tandas sampaikan aku sanggup tak makan supaya tidak perlu buang air besar. I cried not only everyday, but ALL DAY everyday ya Allah taip ini sekarang pun meremang lagi bulu roma. Trauma teruk sangat! It was excruciating, I thought I was going to die. 

Disebabkan aku sedang mengandung, aku tidak boleh consume ubat sebarangan dan setiap rawatan perlu dibuat dengan berhati hati kerana bimbang akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Pada awalnya aku diberikan pain killer dengan dosage yang mild sahaja, selepas dirayu sepanjang malam akhirnya doktor tinggikan sedikit dosage, itupun kesakitannya hanya berkurangan terlalu sedikit dan berkesan dalam tempoh yang terlalu singkat.

I really felt like I was at my wits end, bila rawatan hospital tidak mengurangkan kesakitan, aku pun mulalah Google rawatan lain yang mungkin boleh didapati di luar. Dalam hati aku ketika itu, aku sanggup bayar walaupun kosnya RM100,000 sekalipun, jika rawatan itu boleh,

1. Menghilangkan terus buasir itu.
2. Tidak menjejaskan bayi dalam kandungan.
3. Rawatan itu langsung tidak menyakitkan.

As crazy as it sounds, I really was hoping that there were some kind of advanced technology in medicine yang boleh like tidurkan aku, rawat penyakit itu tanpa menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan, dan aku bangun bangun je terus hilang sakit. Haaa. Mental kan? Mental betul aku masa tu. Because reality is, THERE IS NO SUCH THING! Tak ada!

Six-figures in my account, means NOTHING at that moment. Tiada nilai.

It gives me a very big lesson on how invaluable money can be, dan ianya mengubah persepsi aku pada duit hampir 100%. Duit hanya bermakna, jika ia memberi nilai. Semenjak dari itu, my BIG WHY banyak berubah. 

Aku kerja keras, sebab aku taknak ada seorang pun adik beradik aku yang masih struggle financially.
Aku kerja keras, supaya apabila orang orang yang aku sayangi memerlukan pertolongan, they know that they can count on me.
Aku kerja keras so that aku boleh tolong selesaikan pembayaran my parents' new home, tanpa loan.
My biggest why.

I want to help people with EVERY chance I got.

Ya Allah I really hope that every single cents that I have, brings values to many people out there. And do you know, amazingly apabila duit digunakan untuk memberi nilai pada hidup kita dan orang lain, kita tak rasa 'kehilangan' pun. Tak rasa pun duit dah susut. Tak rasa. Aku dulu nak spend something untuk diri sendiri walaupun untuk memudahkan kerja pun, aku berkira-kira. Now if I want something for myself and I know it will bring a lot of benefits, I'll just buy. A Macbook for instant. Masa nak beli rasa macam ridiculous je harga, tapi bila dah beli ya Allah bahagianya! Senangnya kerja, flip up je terus boleh buat kerja tak perlu nak tunggu loading apa apa pun. Segalanya jadi pantas, documents and photos transfer between Macbook and iPhone boleh dilakukan dalam sekelip mata. AirDrop sahaja semuanya. Kerja jadi laju, stress-free! Besarnya nilai Macbook tu, ends up tak rasa pun hilang RM6-7k. I'm sorry if you guys find this post show-off-y, but this is an example of sometimes kita berkira kira nak belanja duit sampai sanggup buat perkara yang menyusahkan diri (even worse, keluarga) sebab nak berjimat.

Drive jalan yang jauh dan jammed sebab nak jimat toll. Padahal kalau lalu jalan toll walaupun banyak boleh mempercepatkan perjalanan dan kita pun lebih tenang pergi dan balik kerja.

Beratur panjang berebut berasak asak di baby expo (akulah tu 7-8 tahun lepas), total pembelian dapatlah jimat RM50-60 daripada harga biasa. Bangga cerita dengan orang konon bijaknya aku berbelanja. Berbaloi ke tu? Tak berbaloi! Benda boleh settled sejam je di pasaraya pada hari biasa, kenapa nak buat 5-6 jam? Membuang masa dengan solat entah kemana berasak berpeluh tolak stroller bercampur lelaki perempuan lepas tu baby balik dapat penyakit pula sebab sana sini orang bersin batuk. Tak berbaloi. RM50-RM60 adalah nilai yang kita bayar untuk sesuatu yang lebih penting. Iaitu masa, tenaga dan ketenangan emosi.

"Eleh banyak duit senanglah cakap!"

By having this kind of mentality already shows how little money you have spend to bring values to other people. Really. Kalau you setiap bulan pun duit tak pernah cukup, hutang makin bertambah tambah, cuba evaluate diri sendiri pernahkah you memberi nilai pada hidup orang lain?  Tak perlu tengok jauh jauh, just look at your parents and your wife. Bersedekahlah sehingga kaya, bukan fikir nanti kaya baru nak bersedekah. Bermurah hatilah dengan isteri, fikir apakah yang you boleh berikan untuk menambah nilai dalam hidup isteri you, yang boleh kurangkan stress isteri, yang buat isteri gembira. Cuba tunaikan satu permintaan isteri yang sudah sekian lama disebut sebut. You nampak macam duit you akan kurang, tapi dengan nilai yang both you and your wife dapat, TAKKAN rasa pun hilang duit tu inshaaAllah. There are a lot of times bila aku keluarkan amount yang besar to help my loved ones and timbul ragu ragu savings makin berkurangan, aku terus cakap dengan diri sendiri, "Takpe work extra hard next month, inshaaAllah akan dapat balik". Indeed, memang dapat balik Allahuakbar. Tak semestinya dapat dalam bentuk yang sama pun, tapi you akan nampak bulan itu banyaknya rezeki lain. Amount dalam savings account tak banyak berubah, tapi bulan itu family rasa bahagia betul, anak anak pun behaving well dan banyak perkara yang kita rancangkan, Allah permudahkan. The same applies bila aku stress, anak anak buat perangai berhari hari, bila evaluate diri sendiri rupa-rupanya dah lama tak bersedekah, dah lama tak buat perkara yang membahagiakan orang lain.

So that's about it. Jika duit itu boleh digunakan untuk mengubah sesuatu yang memberi bahagia pada kita dan orang orang yang kita sayangi, gunakan. Jangan sayang duit hingga kita seakan-akan 'menyembah' duit, itulah sebenarnya punca rezeki semakin sempit. Afterall, bukankah itu tujuan kita bekerja selama ini? Supaya kualiti hidup kita berubah, supaya kualiti hidup orang orang di sekeliling kita juga berubah.




No comments: