Monday, November 27, 2017

Hidup Tenang Tanpa Hutang

Satu perkara yang aku dah nampak keburukannya semenjak kecil dan memang berazam untuk tidak terjebak dengannya;

Hidup berhutang.

And I'm so glad that my husband is also at the same page. Baru baru ini kami berbual panjang tentang banyak perkara, tentang keluarga, tentang masa depan, tentang hidup kami yang tidak kaya tapi sungguh tidak stress when it comes to financial. Then we came to a conclusion; kami berdua berfikiran sama, kami anti-hutang.

 Kami pakai credit card dan undeniably kami memang fully utilized our credit cards untuk banyak perkara, tapi kami tiada tunggakan credit card. Tak pernah terfikir nak bayar minimum payment. Siapa kita nak tipu dengan bayar minimum payment? Guna credit card sebab kita tak suka nak pegang wang tunai yang banyak, dan credit card memang sangat convinient sebenarnya. Cepat dan mudah contoh macam untuk isi minyak, servis kereta and then boleh collect point juga. Tapi gunalah hanya apabila kita yakin mampu nak bayar terus selepas itu. Kami elak guna easy-payment plan, kalau mampu swipe lump sum terus, swipe jelah kenapa nak pilih bayar bulan bulan juga. Sengaja berhutang apabila tak perlu, memang kami akan elak selagi boleh.

Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang dilakukan adalah selesaikan semua financial commitment. Bila dapat bonus, perkara pertama adalah selesaikan secara lump sum hutang besar. Hutang pendidikan memang dah lama kami selesaikan walaupun hanya bergaji sederhana sebelum ini. Yang tinggal sekarang hanya kereta (akan selesai tak lama lagi) dan hutang 2 buah rumah yang kami bayar lebih dari sepatutnya setiap bulan. 

Matlamat kami sekarang adalah selesaikan loan rumah jauh lebih awal dari sepatutnya. Nampak susah nak pendekkan loan 30 tahun ke 7-10 tahun, tapi tidak mustahil. Hanya dengan bayaran extra RM100 sebulan pun dah boleh pendekkan jumlah tahunan, apa lagi kalau letak RM1000, RM2000 extra dari sepatutnya. Bayarlah lebih, call your bank and ask how to reduce the principal. Tahu tak kalau beli rumah, first 10 years tu you hanya bayar interest je dan hanya sedikit principal yang berkurang. You bayar lebih, you akan tingkatkan principal dan kurangkan bayaran interest. Buat apa saja saja nak bayar interest, jadilah bijak. Sayang duit.

Hati aku ni, rasa sayang sangat kalau ada duit lebih, tapi tak guna untuk cuba selesaikan hutang lebih cepat. Peliklah bila ramai rakan sebaya malah ada yang lebih muda dah kantoi CCRIS/CTOS sebab credit card, sebab pinjaman pendidikan, sebab hutang kereta. Belum kira berhutang dengan orang persendirian lagi. Hutang ni sangat memakan diri, ada yang berhutang dengan kawan dan keluarga tapi berlengah bayar dengan alasan nak utamakan hutang lain yang konon lebih penting, tapi mereka tak sedar dengan berlengah hutang itulah menyebabkan rezeki semakin sempit.

Hidup berhutang ni, pahala amalan kita takkan meningkat selagi hutang tak diselesaikan. Tersekat kat pertengahan je, tak meningkat regardless betapa besar amalan kita. Sebab kita berhutang dengan manusia, hanya akan selesai apabila dilangsaikan atau dihalalkan. Bukan boleh selesai hanya dengan bertaubat.
Nak masuk syurga pun tersangkut sebab ada hutang tak selesai, apatah lagi bila orang yang meminjamkan itu tak redha.
Hidup berhutang, hati tak tenang, hubungan sesama manusia jadi renggang. 

Aku ada kenal someone yang sangat tidak bahagia dengan suaminya, tapi tak boleh nak bercerai sebab suami ada buat personal loan dengan jumlah yang besar guna nama isteri. Si isteri bimbang kalau bercerai, suami tak bayar pun loan tu. Sampai begitu sekali hutang memakan diri. Belum lagi kes cerai berai disebabkan lelaki terlalu banyak hutang. Sikit sikit nak hutang, rasa sesak sikit mesti nak hutang orang. Adik adik kalau nak cari suami tu, elakkan lelaki yang sentiasa selesaikan masalah dengan cara berhutang.

Tak cukup duit bayar kereta bulan ni, tak apa boleh pinjam orang.
Tak cukup duit nak kahwin, tak apa personal loan kan ada.
Dan juga jenis yang setiap masa menyalahkan kerajaan dan PTPTN yang menipu kononnya, tapi tak pernah cuba bayar pun PTPTN. Dah pinjam, bila tiba masa kena bayar nak marah marah pula. Orang seperti ini tak mustahil dia adalah jenis yang suka pinjam duit dengan kawan, bila tiba waktu kena bayar hutang kawan itu pula yang salah dan dimarahi.

Dari awal lagi dah nampak betapa sempit pemikiran dan tak ada inisiatif untuk bekerja keras supaya mampu hidup selesa tanpa menyusahkan orang lain.

Biarlah nampak tak kaya, tapi hidup bebas hutang. Nak beli kereta mahal ke bercuti keluar negara ke, biarlah hutang lain dah diselesaikan. Nak beli iPhone X, kumpullah duit dan bayar lump sum jangan asyik nak guna ansuran kad kredit. Mula mula satu barang guna ansuran, lama lama sampai 10 barang pun semua guna ansuran kad kredit. Dari RM200-300 je ansuran dah jadi RM2000-RM3000 setiap bulan. Barang dah rosak pun hutang tak habis bayar lagi. 

Dapat extra money like bonus atau increment gaji, aim untuk kurangkan hutang. Cuba tetapkan mindset macam itu. Dari awal bulan lagi atur kewangan elok elok, so boleh nampak gaji kita cukup atau tidak untuk tampung semuanya. Ada orang, setiap bulan pinjam dengan orang RM300-RM400. Jumlah tu memang fixed setiap bulan dan walaupun dia bayar kemudiannya it's just so irritating sebab obviously gaji dia tak cukup RM300-RM400 setiap bulan takkan tak boleh manage lagi? Kurangkanlah perbelanjaan, ikatlah perut sikit bukan hanya tahu selesaikan masalah dengan hutang. It's like, berhutang RM300-RM400 ni dah dimasukkan dalam monthly planning hidup dia, bermula dengan segan sampai muka dah tak rasa apa apa sebab terlalu biasa berhutang. Apa nak jadi ni? Takkan tak ubah cara itu? Keluarga makin besar, komitmen makin bertambah, takkan tak sedar that dia perlu ubah sesuatu selain hanya berhutang?

Boleh tidur lena ke malam bila hidup banyak hutang ni? Nak pergi reunion kawan kawan pun segan takut terjumpa kawan yang you selalu berhutang, nak angkat telefon pun takut bank call minta hutang. Hidup tak tenang, jiwa kacau, rezeki makin sempit, rumahtangga kacau bilau. Tell me, ada ke rumahtangga yang bahagia bila suami/isteri gemar berhutang? Kerat jarilah, takkan ada. Sebab tak ada keberkatan.

Jadikan BEBAS HUTANG sebagai matlamat hidup. Usia macam kita ni memang susah untuk totally debt-free, sebab kita mestilah ada kereta dan rumah yang generally tak mungkin kita boleh beli cash. Tapi jangan sesekali buat hutang jahat (bad debt); personal loans, credit card, hutang dengan orang, apa lagi hutang Along. DON'T EVEN START IT! Even hutang kereta dan rumah tu pun, cuba selesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Jangan bagi bank untung banyak sangat, fikir satu je--SAYANG DUIT. Aku memang sayang duit. Sayang nak bagi bank ambil banyak, itu duit kita, penat lelah kita, ada ramai orang yang lebih layak dapat duit kita tu daripada bagi bank; anak anak, ibu bapa kita, adik beradik yang lebih memerlukan.

So kalau you guys ada berhutang dengan orang tak kiralah hutang lama atau baru, stop running away. Contact the person now, kalau tak mampu nak bayar sekaligus, bincangkan plan bayaran ansuran. Hutang RM200 pun boleh bayar ansuran, RM20 sebulan pun ada je orang yang boleh accept the deal, ASALKAN YOU BAYAR HUTANG DIA. Itu je sebenarnya. Ramai penghutang malu nak proposed bayaran ansuran, takut nampak miskin sangat. You berhutang pun orang dah tahu keadaan kewangan you macam mana, nak malu apa? Lari dari hutang lagilah memalukan.




2 comments:

Unknown said...

Nice sharing. Tips bayar hutang cepat 2018 https://bit.ly/2oed6MI

shell said...

Really, really good advice! Semua tu betul. Hutang mmg memakan diri sendiri. Biar orang tengok kita live sederhana, tapi BEBAS hutang. Hidup lebih tenang dan bermakna.