Wednesday, November 23, 2016

Working Mom vs Stay-At-Home-Mom

Boring kan topik ni? 

Sepanjang 7 tahun aku bekerja aku dah memang menyampah dengan topik ni, bila aku dah jadi suri rumah lagilah menyampah dengan topik ni. Aku dah baca banyak post pasal ini dari sudut ibu bekerjaya, ibu tak bekerja dan juga ibu yang bekerja dari rumah. Masing masing nak justify pendapat masing masing, entah apa yang nak dibuktikan.

Bila baca topik ini, I can see that some of them were actually missing the point. Bagi aku kan, tak kiralah kau bekerja kat luar rumah ke, bekerja dari rumah atau tidak bekerja dan totally depends on your husband financially, it's about adding values to your life and even better, to other people's life. Maksud aku, okay cuba tanya diri sendiri;

Adakah apa yang kau buat sekarang menggembirakan kau? 
Membuatkan kau menjadi manusia yang lebih baik? 
Membantu orang lain menjadi manusia yang lebih baik?

Tidak kiralah sikit atau banyak, setiap manusia ada tanggungjawab untuk memberi nilai (value added) pada diri sendiri/keluarga/masyarakat. Aku rasa ianya bergantung pada which part of the job we can be awesome at. Sebab kalau kita hebat, gembira dan feel good about ourselves dengan apa pekerjaan kita sekarang (bekerja di luar atau di rumah), it really reflects our behaviour as a mother at home too.

Biasanya orang yang gembira di tempat kerja, pulang saja ke rumah dia akan jadi ibu yang baik juga. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya agak sedih juga bila ramai ibu yang bekerja di rumah, mereka sendiri potray themselves sebagai tak ada kehidupan yang hype dan menggembirakan, hidup mengadap anak semata mata, dan digambarkan sebagai siang malam hanya mengadap anak dan kerja rumah tanpa henti, sunyi, tak dapat melawa, dan sebagainya. Bekerja dari rumah adalah satu nikmat yang tidak seharusnya didustakan. Ramai ya  Allah, ramai sangat yang NAK SANGAT berada di tempat you sekarang, tapi tidak mampu lantaran desakan ekonomi dan tidak jumpa pekerjaan yang sesuai untuk dibuat di rumah.

Bertahun tahun aku mengimpikan untuk berada di tempat aku sekarang. As cliche as it sounds, melihat anak membesar di depan mata sendiri adalah satu kepuasan yang membuatkan aku tersenyum sebelum tidur. Bila anak kita berkelakuan baik dan berprestasi cemerlang, kita boleh berasa bahagia dan bangga kerana kita adalah sebahagian besar yang mendorong kejayaannya, dan bila anak kita bermasalah, kita boleh merangka perancangan dan berusaha mengubah keadaan tanpa perlu rasa bersalah atau cuba menyalahkan orang lain untuk menyenangkan hati sendiri (pengasuh, anak pengasuh, anak jiran, kawan sekolah, anak orang lain yang pengasuh jaga etc).

The truth is, quality is better than quantity. Untuk ibu yang bekerja di luar, cuba seboleh bolehnya untuk meletakkan anak anak sebagai keutamaan teratas; balik on-time, no handphone when you're at home, focus on your children, listen to their stories regardless how tired you are. Kualiti masa bersama anak anak adalah lebih penting berbanding kuantiti. Sebab believe it or not, ramai sebenarnya ibu yang konon bekerja di rumah tapi tak tengok mata anak pun bila berbual (mata hanya fokus pada handphone/laptop), tak spend masa main dengan anak pun, tak masak pun untuk anak, tak monitor schoolwork anak. Tiada pertandingan di sini, you know yourselves better, you know your children better.

Masa aku bekerja di pejabat, aku sedaya upaya untuk spend 2-3 jam bersama anak anak di rumah sebaik mungkin, dan bila aku sudah bekerja di rumah, of course I want to be a better mother than before. Anak anak kalau bawah 6 tahun ni, perangai mereka adalah refleksi kelakuan kita terhadap mereka juga tak boleh nak salahkan orang lain. Bila mereka kecukupan dari segi kasih sayang, kenyang perut dan perhatian, inshaaAllah mereka takkan ganggu pun bila kita cakap "Mummy nak buat work sekejap ya, Abang Adik main dulu". At least that's how my children are. Kalau mereka buat hal terjerit jerit minta perhatian menangis mengamuk, almost always mesti ada sesuatu yang kita kurang berikan ketika itu. For my case, biasanya sebab utama adalah lapar. So kalau aku taknak stress, aku dah plan segala benda seawal mungkin. Mandi awal, makan awal, spend setengah jam ke satu jam untuk layan mereka main Lego atau berlakon/role-play. Masa layan tu memang betul betul layan, bukan layan tapi mata pandang ke lain. I really into their play, bersungguh sungguh siap dengan costume dan suara watak yang berbeza 😆

Sebab bila mereka puas, inshaaAllah mereka takkan ganggu kita. 3 bulan aku berada di rumah, rasanya dah cukup faham how they roll. Bila dah puas makan, badan dah bersih dan wangi, dah puas hati kita main dengan dia, there you can have your own working time. Anak anak ni bukan tamak, mereka hanya nak sekelumit je masa kita bersama mereka itu pun sudah cukup menggembirakan mereka. You tak sedar sebenarnya anak anak kita can be more understanding than we thought. Cuba ikhlas bersama anak anak, ketawa bersungguh sungguh dengan lawak mereka yang innocent tu, you sebenarnya boleh benar benar happy kalau you pandang kehidupan you itu sebagai sangat menyeronokkan dan you pandang anak anak sebagai sangat polos dan menggelikan hati 😂

I take my job seriously, tapi aku taklah bekerja menggila pun. Aku set certain target setiap bulan, bila dah lepas target tu aku tak aim higher dah sebab aku taknak tamak, otherwise you'll lose other things yang lebih berharga, masa bersama anak anak. Jujur aku cakap income aku bukan 5 angka pun, umur macam aku ni income masih belum 5 angka sebenarnya nampak macam tak cukup je kan? Aku dapat RM5-7k sebulan aku dah stop dah takde buat sales dah dan sambung semula pada awal bulan depan. Matlamat utama hanya untuk cukup bayar komitmen bulanan, hulur kat Mama Baba, belanja anak anak sikit dan penuhi keinginan sendiri lebih kurang je bukan nak mewah mewah pun. Sebab aku takut bila aku dah mindset certain target and managed to achieve lepas tu aku tamak nak naikkan lagi target, Allah tarik semula nikmat itu. Aku selalu tanya diri sendiri, aku nak kejar apa sangat sebenarnya? Nak kejar apa Husna oi?? Then only aku boleh rasa tenang dan bahagia. Sebab itulah you kerja di pejabat ke, kerja di rumah ke, even kalau tak bekerja langsung pun, penting untuk setiap dari kita berasa kecukupan. Cukup dengan apa yang kita ada, jangan berlebih lebihan because otherwise you will have to sacrifice something and sadly, most of us choose to sacrifice the wrong thing.

Apa yang you sedang buat sekarang, make the most of it. Masa bekerja di pejabat/di rumah, make the most of it. Masa bersama anak anak, make the most of it. Kita bahagia dan anak anak kita bahagia bukan disebabkan pekerjaan kita, tapi kerana kita pilih untuk ikhlas bahagiakan diri sendiri ketika bekerja dan bahagiakan anak anak apabila bersama dengan mereka 😘


Belajar Matematik

Semalam Yusuf tak bersekolah, entah tiba tiba tak demam tak apa dia kata sakit nak makan, tonsil bengkak rupanya. So biasalah, bila ada Yusuf kat rumah ni memang meriahlah sikit, sebab anak sulung aku tu banyak idea nak main so adik dia memang seronok kalau abang dia ada.

So macam biasa, rumah memang akan bersepah dengan permainan. Aku kalau masa bermain memang aku biar je bersepah habis pun, tahu jelah budak budak ni memang tak boleh bermain dalam keadaan kemas tersusun, kena punggah satu box besar toys tu barulah puas hati kan? 😠. Aku nampak dua orang tu sedang bermain jual beli, geli hati aku melihatnya. Ammar Yusuf jadi penjual, Adam Muaz jadi pembeli. So si Muaz tu dok panggil 'Uncle' je kat abang dia,

"Uncle, saya nak beli lion goreng"
"Uncle saya nak beli zebra"
"Uncle, masaklah hippotamus saya nak makan"

😅😅


Inilah 'makanan' yang boleh dibeli di gerai Uncle Yusuf. Eksotiknya takut nak makan 😂

Aku perhati je dua orang ni dok berjual beli guna duit imaginasi, suddenly aku dapat idea untuk memanfaatkan permainan itu supaya mereka berdua boleh belajar sambil bermain #typicalasianparent. So aku potong potong kertas untuk dijadikan sebagai duit and I self-appointed myself as a cashier at this stall. My children were ecstatic! Depa memang suka bila Mummy join sekali main, Mummy kan cool dan awesome orangnya kahkah diamlah.


Duh. Tak kreatif langsung emaknya. Yelah sebab dah petangggg kena main cepat cepat karang Daddy balik nak kena sambut dengan rumah yang bersih licin berkilat so takde masa lah aku nak buat duit lawa lawa! Berianya explain.


Ammar Yusuf yang Mr. Competitive dan suka belajar ni paling seronok, yalah boleh menunjuk nunjuk kepandaian Matematik.

Permainannya senang je. Bila anak anak nak beli sesuatu, aku bagitahu harga yang memerlukan mereka untuk menambah atau menolak sendiri.

Contoh depa nak beli lion. Aku cakap harganya RM7. Duit RM7 memang tak ada, so depa kena fikir untuk tambah atau tolak duit yang mereka ada supaya dapat amount RM7. Yusuf dah pandai, dia bagi RM5+RM1+RM1. Bila duit kecil semua dah habis, dan harga yang Mummy letak adalah jumlah yang kecil, maka perlu bagi duit besar dan Mummy akan pulangkan baki. Semua kira kira tu aku suruh mereka fikir sendiri. 

Girrafe harga RM3, tapi Abang bagi RM5. Berapa Mummy kena pulangkan?
Iron Man harga RM3, Abang tak ada duit RM3 tapi ada banyak duit RM1. Berapa banyak duit RM1 Abang kena bagi Mummy?


Muka berfikir. It was a fun game for this nerdy yang berdaya saing ni.


But not for this 3-year-old boy. Kesian, banyak yang dia belum faham lagi dahlah dia baru je nak cakap, si Abang yang suara nyaring tu dah potong. Lalu beliaupun diam dan terus membawa diri. Adam Muaz memang macam itu, kalau kita buat sesuatu yang Abang nampak terlalu outstanding maka mulalah berkecil hati dan mula menyendiri kesian aku tengok. Macam sebelum ini dia tidak pandai mewarna, si Yusuf pula berlebih lebihan pandainya mewarna, automatic dia jadi tak minat mewarna. Awak ni pun, abang umur berapa awak umur berapa janganlah berkecil hati! Masa Abang umur macam awak ni pun bukan pandai semua haih. Tapi sekarang bila dia dah mula dapat momentum mewarna, dah mula faham color coordination, dah pandai pegang pensil warna dengan betul, barulah dia bersemangat nak buat perkara yang sama dengan abangnya.


Adam Muaz tengah pilih duit. Rasanya beliau belum betul betul kenal numbers lagi, tak apalah perlahan lahan lah Adik, nanti Mummy ajar sampai pandai ya 😄


Ini saja yang tinggal, nampaknya jualan agak memberansangkan hari ini 😂😂😂

It was a really fun yet educative game for the kids. Kadang kadang kita tak sedar banyak je benda yang kita boleh jadikan sumber untuk mengajar anak anak, tak perlu nak beli educational toys ataupun asyik nak suruh anak belajar mengadap buku semata mata apatah lagi belajar melalui gadget, the risk totally outweigh the benefits. Hanya perlu buka mata dengan apa yang ada di sekeliling kita, be creative and participate in our children activity. Budak budak umur begitu memang otak bergeliga, masa bermain tu bila campur sekali dengan creativity orang dewasa, macam macam perkara menarik boleh berlaku. Nak dekat cuti sekolah ni lagilah, aku dah kena start fikir apa aktiviti nak buat dengan anak anak untuk habiskan masa sehari hari. Kena plan betul betul, kalau takde plan nanti Mummy stress 😅



Thursday, November 10, 2016

Penapis Udara Paling Berbaloi!

Rasanya dah selalu dah aku cakap anak anak aku ni sensitif habuk. Senang je terkena selesemalah, semputlah. Itu baru anak, belum cerita bapa dia lagi. Rumah berhabuk sikit, bersin tak henti henti. Kalau bapa dia lagilah, bersin dia datang sekali dengan pakej lapar dan moody. Akulah yang kena melayan zzzZZzzz -____-"

Dulu kerja aku ni takde lainlah, dok sapu rumah lap perabot je. Rumah aku ni, haih tak tahulah mungkin sebab dikelilingi construction area memang senang berhabuk. Aku memang selalu dalam dilema, nak tutup tingkap rasa macam suffocating dalam rumah sendiri. Tahu kan indoor air quality kalau tutup tingkap lagi teruk dari kat luar? Sebab habuk terperap setempat tinggal nak disedut masuk dalam badan je. Dahlah rumah aku ni bukan besar mana. Scary bayangkan. Tapi bila buka tingkap, macam macam bau ada nak nak jiran bawah entah apasal entah hobi dia memang dok bakar sampah, tension je aku.

Then baru baru ini ada kes denggi area sini, setiap kali ada kes denggi memang berhari hari orang buat fogging keliling flat sini. Lemas gilaaaaaa. So memang nak taknak perlu ada penapis udara dalam rumah.


Aku guna ini, Cuckoo Plasma Ionizer Air-Purifier B-Model. Haa panjang nau namanya, orang panggil B-Model je. Sebenarnya ini bukanlah penapis udara pertama aku, last few years aku pernah pakai jenama lain dari Korea juga. Sama je fungsinya, agak berkesan juga, tapi harganya RM110 sebulan UNTUK 5 TAHUN. Gilaaaaa. Masa tu takde option lain so proceed jelah, fikir anak anak je sebenarnya.

RM110 x 60 bulan = RM6,600.

RM6,600 untuk penapis udara je? Gila ke apa? So habis je minimum kontrak dia 2 ke 3 tahun entah, aku stop terus. I mean, penapis udara hanyalah penapis udara, apa yang specialnya sampai kena bayar RM6,600 betul tak? So lepas tu aku cakap dengan husband nak tukar ke B-Model ni. RM120 sebulan. Husband cakap kalau lagi mahal tak payahlah tukar, sekali rupanya RM120 ni untuk 3 tahun je.

RM120 x 36 bulan = RM4,320.

Adoi total beza 2ribu lebih rugi besar... T_____T. To my defense, masa pakai jenama lain dulu rasanya Cuckoo ni belum masuk Malaysia lagi. Kalau masa tu dah ada memang aku tak fikir panjang dah, terus pakai je Cuckoo ni.


Aku letak B-Model ni tempat di mana kami sekeluarga selalu berkumpul, so ruang tamulah. Dulu masa beli tu study sikit kat website Cuckoo, dia kata boleh cover 500sqft macam tu je. Tapi benda ni aku letak ruang tamu, bila aku masak kat dapur pun dia boleh detect lagi perubahan udara. Apparently dia boleh cover up to 1000sqft. Okaylah kot kan? Takkan nak expect suruh cover satu blok ni pulak :p


Bila anak tidur, aku tarik sekali B-Model ni masuk dalam bilik. Senang, sebab benda ni ada roda. Penapis air jenama lain yang aku pakai last year tu takde roda, duduk statik jelah kat ruang tamu tu so tak dapat nak fully utilized fungsinya. Yelah anak anak aku ni kadang kadang main dalam bilik, takde orang pun kat living room so macam membazir je. Nak harap aku angkat penapis udara ke sana sini dengan tenaga aku yang tak seberapa ni, memang mohon ampunlah. Takde maknanya.




Dah macam bayang bayang dah B-Model ni, mana ada anak anak aku di situlah ada benda alah tu =)))

Bagus tau pakai benda ni, alhamdulillah dah jarang dah anak anak sakit or semput ke. Bapak dia pun dah takde dah bersin bersin so mood sentiasa okay je hehe. Paling penting, aku tak payah dah nak hari hari lap perabot huhuhu penat okayyyy macam menyesal juga pakai perabot hitam, senang je nampak habuk stress aku. Aku notice ramai yang pakai ini kalau rumah ada kucing. Yelah ada orang jenis suka kucing, tapi allergy bulu kucing. Haa macam mana tu? So kenalah ada penapis udara kat rumah untuk perangkap bulu bulu kucing yang berterbangan dan tak nampak dengan mata kasar. Aku ni jenis suka fikir yang bukan bukan, kadang kadang bila pergi rumah orang yang ada kucing tapi takde penapis udara dok terbayang bayang anak aku sedut bulu kucing masuk hidung huhuhu meremang bulu roma. Itulah tak elok fikir pelik pelik sangat kan, but I just couldn't help it :(

Sebab aku dah tengok sendiri setiap 4 bulan Cuckoo ni datang servis, berapa banyak habuk yang terperangkap dalam tu. Memang seram juga fikir kalau takde penapis udara ni, itulah yang aku sedut hari hari rupanya. Bab servis depa memang cekap, tak payah call ingatkan ke apa, in fact depa yang akan call kita inform yang depa akan datang buat servis, bersihkan filter dan tukar sekaligus. Alhamdulillah, memang puas hati.

Aku sebenarnya bukanlah over-protective sangat kat anak anak ni, tapi tak sampai hatilah bila tengok anak anak macam susah nak bernafas, yelah tinggal di kawasan udara tak bersih, anak anak jiran suka membakar kat bawah pula. Kalau musim jerebu lagilah, tutup tingkap pun masih nampak berasap lagi dalam rumah! Teringat ingat waktu diorang kena warded masa baby dulu sebab jangkitan kat paru paru, masa tu rumah tak pakai penapis udara lagi. Well yes mungkin ada banyak sebab lain yang menyebabkan masalah kesihatan, tapi aku memang taknak ambil risiko. Mana yang aku boleh kawal, inshaaAllah aku akan kawal. Kadang Ammar Yusuf tu balik sekolah dok bersin bersin jangkit dengan kawan, dah saspen dah aku. Alhamdulillah kat rumah tak jangkit pun pada adik dia. Sebab tak salah aku B-Model ni berfungsi untuk bunuh kuman yang bertebaran juga. Alah sementara mereka kecil je ni, kontrak Cuckoo ni pun 3 tahun je. 3 tahun kemudian anak anak pun dah besar, tak payah nak high maintenance sangat haha tengoklah nanti nak sambung servis ke macam mana.

Oh yes, kalau you guys berminat nak pasang juga, boleh contact Cuckoo Specialist, 016-2324492. Nak tanya apa pun boleh tanya, inshaaAllah servis memang terbaik. Benda baik memang aku akan share, semoga orang lain pun dapat manfaat darinya.


Friday, November 4, 2016

Dalam Beberapa Saat..

Hari itu aku baru sahaja selesai masak, bersiap sedia untuk suap Adam Muaz makan tengah hari dan makan bersama sama. I cooked my favourite Nasi Ayam that day, harum semerbak bau satu rumah goshh I love my own Nasi Ayam kahkah perasan sangat :p So dah hidang, siap siap dengan secawan air di atas meja senang tak perlu nak bangun dua tiga kali ambil air.

Baru je jari jemari aku kena pada nasi untuk disuapkan pada Adam Muaz, ploppppp! Adam Muaz tersiku cawan, lalu terjatuh ke lantai, air tumpah habis terkena sikit pada sweatpants aku. Dia panik, cepat cepat diangkatnya cawan itu tapi jadi menitis nitis pula sisa air hampir termasuk ke pinggan nasi. I stopped him, partly rasa nak marah haih Mummy baru je nak duduk ni dah kena bangun balik sudahlah kelaparan ni.

Tapi entah macam mana dalam beberapa saat itu tiba tiba aku ter-flashback beberapa bulan lepas ketika aku makan tengah hari dengan rakan sekerja. I was wearing my favourite skirt that day, sedang rancak berbual tiba tiba one of my friends tertampar cawan dia di meja dan terus tertumpah ke meja dan lantai. It was ice lemon tea, if I'm not mistaken. Tertumpah atas skirt aku dan mengalir laju ke bawah hampir mengenai kasut tinggi aku. Kami kelam kabut bersihkan dan sambil sambil itu guess what? We laughed about it.

Kami (termasuklah aku) ketawa besar dengan kecemerkapan kawan aku itu.
She apologized of course dan aku pun straightaway let it go sambil ketawa ketawa tak ambil hati pun.

"Things happened"
"Ala tak sengaja takpelah"
"Kau ni nasib baik aku tak suruh belanja skirt baru" (sambil ketawa ketawa)

Ini antara ayat yang aku guna, dan biasa kita guna, bila kawan kawan kita buat kesilapan yang sama macam anak kita. Kita ketawa, kita gelak besar, kita bahan dia. KITA LET GO, EASILY.

Tapi kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama pada anak kita, sedangkan jika dibandingkan secara logiknya, anak kita berumur 3 tahun. Kawan kawan kita berumur 30 tahun. Dua dua cuai, dua dua tak sengaja. Tapi siapa yang sepatutnya boleh berfikir dengan lebih baik? Siapa yang sepatutnya boleh 'mengawal' kecuaian? Siapa sebenarnya yang lebih layak menerima our kindness, patience and immediate forgiveness? Yet kita boleh memaafkan dengan mudah kawan kawan berbanding anak anak kita atas kesalahan/kecuaian yang sama... :'(

Dalam beberapa saat, segalanya terbayang dalam fikiran dan aku kembali ke situasi sekarang. Adam Muaz masih dengan muka bersalah, mata bulat tepat memandang aku.

"Adik tak sengaja ya?" tanyaku, selepas menarik nafas panjang.

Dia angguk anggukkan kepala, comel je.

"Takpelah. Kesian Adik, sekejap ya Mummy nak lap," kataku lalu bangun ke dapur ambil kain lap, datang semula, bersihkan lantai dan sambung makan. Adam Muaz suka Nasi Ayam, tambah 2 kali. Seronok aku melihatnya. Selesai pun semuanya, happy ending for today. Feels so proud of myself kasi chancelah hey ingat senang ke nak kawal kesabaran bila 24 jam bersama anak kecil ni?

Yes. Sedang belajar untuk mudah memaafkan ketidaksengajaan. It must feels so bad to not being forgiven for the mistakes we've done unintentionally. Afterall it takes barely 5 minutes to clean up the floor, but it will take so much longer to 'clean up' the broken spirit..


Thursday, November 3, 2016

Pekerjaan Yang Memberi Nilai

Baru baru ini aku baru berjaya tolong satu customer ni buat pemasangan penapis air Cuckoo di rumahnya. Kes ini lain sikit, customer ini dah lama teringin nak pasang penapis air sebab rumah dia ada orang tua (dia jaga ibu mertua yang sakit), dan anak kecil. Selama ini dok masak air hari hari susah, dia dah pernah memohon dengan satu jenama penapis air tapi ditolak disebabkan lokasi rumah yang sangat pedalaman (tiada installer boleh datang pasang). So bila dia tanya aku tu, I made several calls to Cuckoo HQ, to Cuckoo negeri sana just to ensure memang boleh pasang. Hari hari aku follow up the process dan finally alhamdulillah berjaya buat pemasangan. Customer itu ya Allah punyalah gembira! Serious dia memang happy betul berapa kali dia say thank you dan sent banyak sangat gambar penapis air itu dengan isteri dialah, dengan anak dialah HAHAHA memang kelakar rasa.

Perasaan aku ketika itu, bercampur baur. Bahagianya perasaan bila pekerjaan kita itu memberi nilai pada kehidupan orang lain. Perasaan yang dah terlalu lama aku tak rasa. You know bila kita bekerja especially makan gaji, most of the time kita tak nampak pun apa sebenarnya fungsi kita kepada masyarakat (doctors and teachers are exception, sebab hubungan mereka dengan end-users adalah secara direct). Yang kita tahu, kita bekerja untuk bos, untuk syarikat. Okay fine kalau tak sama dengan you guys, tapi aku begitulah dulu. Kita tak nampak pentingnya pekerjaan kita, kita tak peduli betapa kalau kita ambil mudah pekerjaan kita, akan ada segolongan manusia lain yang akan terjejas. Dan kalau kita buat kerja dengan baik, kita akan memberi kebahagiaan pada segolongan manusia lain. Dan golongan manusia itu bukanlah bos/syarikat tempat kerja kita. I'm talking about end user.

Perasaan bersemangat untuk bekerja demi berbakti pada masyarakat ni, kali terakhir aku rasa adalah ketika bekerja dengan company pertama selepas aku tamat belajar. I was a Civil Engineer back then. It was a construction company and the projects were mainly to build a solar hybrid system untuk membekalkan tenaga elektrik ke daerah yang sangat sangat pedalaman.

When I say sangat sangat pedalaman, I'm talking about 3 hours perjalanan naik kenderaan darat (meredah hutan belantara) dan another 3 hours naik boat yang seriously banyak gila buaya. Behold, it's Sungai Kinabatangan! Lepas turun bot kena jalan kaki lalu jambatan kayu yang tiada pemegang, ada yang jambatan kayu balak tu semata gila licin tak licin kau kena juga lalu situ sebab itu saja jalan untuk masuk ke perkampungan itu.



Dalam bot. Siapa entah yang ambil gambar aku mengenang nasib ni.


Muka toya dalam bot lagi.


I was the only girl there. OMG look at me last 7 years T___T. Bujang lagi masa ini, gemuk dan comot so walaupun satu satunya perempuan di sana tapi tiada siapa peduli kahkah kesian tak laku.


Si gemuk dan comot lagi. Lamanya nak sampai, kalau orang lelaki bolehlah baring baring tidur bergelimpangan tapi aku ni tiada pilihan selain bertabah sahaja sepanjang perjalanan. Dekat tepi tepi sungai itulah boleh nampak para buaya sun-bathing. Setiap kali ada yang slurppp menggelungsur masuk dalam air seram je rasa.


Ini jalan masuk ke kawasan kampung. Dekat sini masih boleh ambil gambar lagi, dah masuk dalam sana tak ada siapa berani keluarkan handphone/kamera sebab dua dua tangan nak kena guna untuk berpaut di kayu kayuan sepanjang perjalanan. Rumah mereka jenis atas air, tinggi pula tu dan jalan antara rumah ke rumah memang lalu atas jambatan kayu je. Haih I wish I had the courage to take more photos, bukan selalu dapat pengalaman macam itu.


The whole team. Kinda missed them actually, team yang banyak beri pendedahan pada aku (maklumlah, fresh graduate), yang banyak bagi tunjuk ajar yang berguna dan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Hmm, sadly, dua orang dalam gambar ni sudahpun meninggal dunia :'(

So apa yang membuatkan aku rasa bersemangat nak bekerja dan pekerjaan ini memberi nilai pada masyarakat? Okay masa dalam perkampungan ini kita boleh nampak kebanyakan rumah tak ada sumber elektrik langsung, waktu malam mereka pakai lilin je sebagai sumber cahaya. Kalau ada yang agak berkemampuan bolehlah pasang genset, tapi memang tak ramailah yang ada. Budak budak memang kebanyakan mereka tak pakai baju pun, panas siang siang tak ada kipas. Kesian okay. Masa jumpa Ketua Kampung dia cerita waktu malam mereka pergi solat kat surau pun ada lilin je. Sedih sangat tengok.. Then bila projek kami finally siap, memang ada rasa suatu kepuasan dalam diri. Perasaan itu, susahlah nak gambarkan. Walaupun peranan kita kecil sahaja, tapi rasa macam kita dah berbakti besar pada masyarakat. Seronok sangat tau. Memang kita bekerja dan dibayar gaji, tapi personally mesti kita akan rasa bahagia bila dapat tolong orang.

Bila aku bertukar pekerjaan, perasaan itu makin lama makin hilang. Aku masuk dua oil and gas companies yang sangat besar, aku tak pernah direct deal dengan client apatah lagi end-users  Aku bekerja setiap bulan dibayar gaji, tapi aku tak tahu siapa yang aku tolong sebenarnya selain diri sendiri. Aku hilang rasa perlunya berbakti pada masyarakat, aku hilang rasa passion dan semangat untuk bekerja kecuali untuk duit semata mata, Aku bekerja macam robot, aku benci orang atasan aku, aku tidak peduli pun apa hasil akhir projek kami sebab aku tidak tahu siapa yang akan memperoleh manfaat atas segala yang kita buat. Apa pun yang terjadi pada any particular projects takkan memberi kesan pada aku, never a better paycheck not even a satisfaction. I don't know and I don't care.

...

Sekarang, perlahan lahan segalanya sudah berubah. Jujurnya masa awal awal buat Cuckoo dulu aku tidaklah rasa apa apa sangat bila berjaya close deal, aku lebih kepada kejar sales semata mata. Bila hari demi hari kita terima feedback betapa gembiranya reaksi mereka apabila berjaya memiliki apa yang kita jual, baru timbul semula perasaan yang dah lama aku tak rasakan. Perasaan yang dah lama aku rindukan. Perasaan apabila mampu memberi 'nilai' dalam kehidupan orang lain. Itulah keseronokannya bila kita buat sesuatu to pay the bills dan dalam dalam masa yang sama kita nampak dengan jelas betapa pekerjaan kita memberi kemudahan pada orang lain. Keikhlasan bekerja itu perlahan lahan timbul dan bila kita ikhlas, kita boleh rasa yang pintu rezeki makin terbuka luas untuk kita. It feels really good, it feels awesome. Aku harap perasaan ini berterusan dan semoga segalanya dipermudahkan inshaaAllah.




Tuesday, November 1, 2016

Mengajar Anak Anak Tentang Islam

You know when you started to teach your children about Islam i.e pahala dan dosa, syurga dan neraka, Nabi, malaikat dan syaitan, you jangan expect yang you simply bercerita and they will understand dan serap dalam hati begitu sahaja. No, it doesn't works that way with small kids. Brace yourselves, because once you decided to start talking about these topics with your children, you will be encountered so many unexpected questions and thoughts from your 'logical' children!

Budak budak ni, mereka tidak faham alam ghaib. Soal Tuhan, pahala dan dosa, syurga dan neraka, malaikat dan syaitan, semua ini terlalu abstract dan tidak mudah untuk diserap oleh kanak kanak tanpa contoh yang mudah. At least itulah yang berlaku pada anak anak aku. Tambahan pula bila kita hidup berbilang bangsa dan agama, lagilah banyak persoalan yang keluar dari anak anak aku terutamanya si Yusuf. Kadang kadang aku rasa persoalan itu agak berat untuk kanak kanak seusia dia, tapi aku tidak boleh tidak jawab, atau ubah topik, atau even worse, shut him off. So aku perlu juga belajar untuk beri jawapan yang sesuai dengan usia dia, dan jawapan itu haruslah benar, bukan rekaan hanya semata mata untuk mendiamkan dia. 

So here are the list of questions yang pernah/selalu dipersoalkan oleh Muhammad Ammar Yusuf.

1. Orang India/Cina sembah apa?

Soalan ini, nampak macam senang je kan? But no, aku pandang soalan ini berat sebenarnya. Sebab kita perlu jawab sesuatu yang jelas without compromising our aqidah dan tidak mengelirukan, and at the same time we still have to teach our children to respect other religions. Faham tak? What I'm trying to say is, I don't think we can simply say "Orang Cina sembah itu" atau "Orang India sembah ini" sebab bagi aku it's like suggesting that there are other Gods, than Allah. Mesti you guys anggap aku macam terlalu risau tanpa sebab kan? Let me tell you my story.

When I was a little girl, I think masa itu aku dalam darjah 2 atau 3, aku tak suka mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Ustazah aku garang, tulisan Jawi aku buruk so aku rasa rendah diri, solat ibarat paksaan yelah masa kecil kita belum nampak indahnya solat dan kenapa perlunya kita solat. Aku satu satunya murid yang pakai tudung dalam kelas so masa kelas Pendidikan Jasmani selalu jadi isu untuk aku, sebab cikgu asyik suruh buka tudung. Masa sekolah rendah ingat tak setiap kali mata pelajaran Pendidikan Agama Islam semua murid yang bukan Islam akan keluar kelas untuk ke kelas Pendidikan Moral kan? Dan aku pernah tengok buku Pendidikan Moral ya Allah senangnya belajar subject ini. Masa itu, seriously terlintas dalam hati aku, "Bagusnya kalau aku orang Kristian. Senang tak payah tulis Jawi, tak payah pakai tudung, tak payah solat banyak kali, cikgu Pendidikan Moral pun best." Astaghfirullahalazim... T____T. To my defense, memang cikgu Pendidikan Moral masa tu is one of my favourite teacher and I still remember her face until now. 

Aku tak tahu. Aku macam lost dan mempersoalkan banyak perkara tapi tiada jawapan yelah sebab dulu aku pun jenis pendiam dan memendam rasa bukan berani nak tanya. Berani kau nak persoalkan pasal agama dengan Mama Baba? Depa garang okayyy masa tu HAHAHA. Orang suruh solat, aku solat. Orang suruh pakai tudung, aku pakai tudung. Tak tahu sebab apa, yang aku tahu kalau tak buat nanti masuk neraka. Itu je. Seriously. So aku memang takut anak anak aku experienced benda yang sama, hidup penuh persoalan tapi tiada jawapan, sebab itu setiap soalan anak anak aku memang aku akan cuba cari jawapan yang paling bernas dan paling sesuai untuk dijawab, and I never shut them off. Don't get me wrong, I grew up well, I found my answers well eventually and I embraced my religion more (I'm so grateful to be born Muslim alhamdulillah), I'm very thankful that my parents were so strict in raising us up, but I want my children to be a lot better person than I am/was.

So jawapan yang aku mampu bagi untuk soalan di atas adalah, 

"Allah satu je Tuhan. Allah Tuhan semua orang. Cuma, mereka belum tahu.. Mungkin suatu hari nanti mereka akan tahu.."

Soalan seterusnya memang buat aku terdiam juga.

2. Kenapa orang Islam taknak bagitau orang (non-Muslims) suruh sembah Allah? Kita dah tahu, kita kenalah bagitahu orang lain sembah Allah

He's talking about dakwah. I don't know how to explain and I feel ashamed too. All I can answer is kita sendiri perlu jadi manusia yang baik, tunjuk yang orang Islam ini baik baik, barulah orang lain akan suka dengan Islam dan berminat nak sembah Allah. Hey kita sendiri juga kenalah sembah Allah, rajin solat, awak tak boleh asyik kata penat bila Mummy suruh solat haaaa. The ugly truth yang aku tak terucap pada dia adalah, sebenarnya tak perlu susah susah nak tengok agama lain, orang yang lahir beragama Islam pun ramai yang tak sembah Allah :(

Banyak lagi sebenarnya soalan Ammar Yusuf yang buat aku berfikir dan berhati hati dalam mengeluarkan jawapan.

3. Kalau Syaitan jahat, kenapa Allah jadikan syaitan?
4. Kalau orang Islam tak boleh makan pig, kenapa Allah jadikan pig juga?
5. Orang jahat tu, masa Mummy dia lahirkan dia, dia dah memang jahat ke?
6. Orang miskin tu tak solat ke? Kenapa dia tak minta dengan Allah suruh bagi duit untuk beli makanan?
7. Kenapa Mummy pakai tudung, ada Mummy kawan Abang tak pakai tudung pun?

Haaaa. Seram tak nak jawab? So you guys yang pernah encounter this kind of situations, boleh tak share macam mana you jawab soalan soalan ini dengan betul, berhemah dan tanpa prejudis? Mungkin aku perlu lebih mendalami ilmu agama dan belajar cara untuk menangani persoalan anak anak dengan betul. Thank you in advance.