Monday, June 27, 2016

Nak Beli

Muhammad Adam Muaz tu, setiap kali ambil dari rumah babysitter ayat pertama yang dia keluar bila masuk kereta mesti ayat minta dibelikan apa apa. Lepas tu apa yang diminta tu berderet deret pula tu sampai tak cukup nafas dia nak habiskan senarai barangan untuk dibeli.

"Mummy boleh tak Adik nak beli topeng Spiderman, baju Spiderman, selipar Spiderman, topi Spiderman?"

Semuaaaaa yang diminta tu bukannya tak ada, malah dah banyak pun kat rumah tu tahu tak? Adam Muaz ini tak ada lainlah dia tu, sah sah nak bersaing dan menunjuk nunjuk dengan seorang lagi budak kat rumah babysitter tu. Asal budak tu ada benda baru, mesti si Muaz tu pun suruh beli juga sabar jelah aku -____-". Sebelum ini aku rajinlah nak menasihati dia yang semua yang diminta tu kan dia dah ada, tak elok membazir, tak elok menunjuk nunjuk etc tapi dia bukan faham pun. Last last aku cakap "Okay" je setiap kali dia cakap nak beli apa apa, dan dia pun tersenyum tanda puas hati padahal tak pernah pun aku beli kahkahkah. Dia nak kita setuju dengan dia je, bukan nak paksa beli sangat pun. Dengan Muaz ni beranilah aku nak iyakan saja apa dia cakap sebab dia tu jenis cakap je nak itu nak ini tapi tak pernah kisah pun dia dapat ke tidak, tapi kalau dengan si Yusuf tu janganlah kau nak berjanji sebarangan, sampai ke lubang cacing dia tuntut!

Recently bila dia minta apa apa, aku tukar jawapan lain pula; aku minta duit dari dia :p

"Mummy boleh tak Adik nak topeng Tobot X, baju Tobot X, selipar Tobot X dengan topi Tobot X??" (memang itulah senarai yang diminta, nama watak je yang bertukar -__-")

Aku jawab,

"Hah bagi sini duit, Mummy belikan."

Dijawabnya pula,

"Adik takde duit. Mummy kan work, mestilah ada duit."

Senang je awak kan!

Ada satu hari tu aku dengar dia berbual dengan Abang dia,  "Abang, nantikan Adik nak suruh Mummy beli _______(insert senarai yang sama seperti di atas)"

Abang balas, "Aah Abang pun nak suruh Mummy beli _______ (insert senarai yang sama tapi watak yang berlainan)"

Dengar je Abang cakap macam tu terus dia cakap, "Ish habislah duit Mummy nanti!" hahaha tahu pun! Bila dia yang minta minta tak fikir pula duit Mummy habis.

Malam tadi, sedang kami berehat selepas berbuka tiba tiba Adam Muaz berlari lari pegang purse bunga bunga dalam tu ada beberapa keping duit syiling dan ditunjukkan pada aku.

"Mummy! Tengok ni Adik dah ada duit! Tengok ni!" bersinar sinar mata dia tersenyum lebar bagitau. Aku ambil purse itu dan kira berapa banyak dalam itu, adalah lebih kurang 85sen beserta duit syiling Siam hehe. So aku cakap dengan dia, "Haa bolehlah Adik beli topeng Spiderman, baju Spiderman, selipar Spiderman, topi Spiderman kan?" Saja nak uji dia faham ke tidak makna duit ni.

Dia diam berfikir, "Ala tak bolehlah Mummy...". Aku tanya kenapa and expecting him to say something like "Mana cukup duit ni" or "Duit ni sikit sangatlah Mummy" whoaaaa anak aku dah faham nilai duit rupanya! Berbunga bunga hati kecilku.

Sekali dia jawab, "Sebab dah malam, kedai dah tutup.."

T_______T


Cheeky.



Thursday, June 23, 2016

HforHOME: Harga Lampu dan Kipas di Houses Lightings, Puchong

Lampu dan pencahayaan memang memainkan peranan penting dalam membangkitkan seri rumah. Kalau tengok contoh interior rumah yang cantik kat internet ni, aku rasa kebanyakan rumah memang nampak classy kalau pandai manipulate penggunaan lampu ni. Aku ni lately memang takde benda lain, siang malam dok Google tengok rumah contoh je sambil berangan itu ini, takpe berangan tak kena bayar haha.

Selasa lepas balik kerja nak ambil anak, budak budak baru bangun tidur belum mandi dan belum makan so Kak Ha tak bagi ambil dulu. Jadi kami berdua terpinga pinga tak tahu nak buat apa sementara tunggu waktu berbuka, aku ajak H pergi Houses Lightings ni untuk survey lampu kipas for our new home. Baca banyak blog pasal ini, memang ramai yang recommend this shop (but they mentioned the name as House of Lightings huh mana depa dapat nama tu?? Signboard kedai clearly shows Houses Lightings hmmph).


Please excuse my pale face, sesungguhnya aku sedang berpuasa :p

Anyways, awal awal lagi kami dah senaraikan apa jenis lampu/kipas, berapa banyak lampu/kipas yang diperlukan dan di mana lampu/kipas itu akan diletakkan. Proses ini memerlukan kita bekerjasama dengan kontraktor sebab mereka nanti yang akan tarik wayar dan pasangkan lampu kipas itu nanti. Kami juga minta kontraktor kami itu untuk tolong pasangkan lampu kipas sekali, kos pemasangan sahaja adalah RM10 untuk setiap lampu (pasang sahaja), dan RM20 untuk setiap kipas. Kalau pemasangan itu melibatkan penambahan wiring, caj yang dikenakan adalah RM20 untuk setiap lampu dan RM120 untuk setiap kipas. Tak tahulah murah atau mahal, asalkan kami tak payah pening kepala jelah nak pasang semua itu nanti.


List lampu dan kipas beserta upah pemasangan.

Houses Lightings ni 5 minit je dari rumah aku, dekat sangat so bolehlah datang selalu buat survey. Masuk masuk kedai ini, tak ramai orang sangat seperti yang diperkatakan di kebanyakan blog, mungkin sebab weekdays dan kami terus dilayan oleh pekerja di sini. Dia memang akan ikut je kau ke sana sini dan explain semua yang kau tanya. Perkara pertama yang kami cari adalah downlight. Rumah kami memerlukan 26 biji downlights 4", dan 8 biji downlights 6" so kenalah cari yang murah. Datang sini, baru tahu downlights ada banyak jenis rupanya, dari yang paling murah ke paling mahal.


Ini yang paling murah boleh didapati di sini.

Brand: Ledeon
Downlight LED 4" = RM11
Downlight LED 6" = RM16


Ini medium range.

Brand: Philips
Downlight LED 4" = RM29
Downlight LED 6" = RM39


Ni paling mahai. High end katanya.

Brand: Philips
Downlight LED 4" = RM85
Downlight LED 6" = RM95

Gilaaa T___T

Orang kedai ni cakap beza murah dengan mahal ni, kalau murah pakai lepas 9 bulan lampu dia mula malap sikit, warranty pun setahun je. Kalau yang mahal tu tahan lama, warranty 2 tahun. Kalau ada masalah tak perlu tukar lampu, just tukar benda ni je (refer below).


Entah apa nama 2 benda alah ini. Tapi kiranya kalau rosak kena tukar ini lah. Kontraktor kami cakap nak bawa kami ke satu kedai lampu di Kajang untuk beli downlight, dia boleh dapat murah katanya, harga kontraktor. So kami KIV dulu downlight ni, sebab nak guna banyak kan so kena cari yang murah tapi taknak compromise the quality. Haish. Tapi satu yang kami tak tahu nak decide, seelok eloknya pakai lampu cahaya kuning atau putih ye? Aku suka lampu kuning, nampak macam romantik sikit. Tapi lampu putih macam lebih praktikal. What do you think?

Next, kami tengok kipas pula.


Senarai harga kipas terkini untuk brand Panasonic dan KDK. Kami planned untuk living hall, dining area dan family area je pakai remote fans. Kalau ikutkan aku nak pakai semua kipas regulator je takyah nak remote bagai sebab rumah kami sekarang ni dulu pernah pakai remote fan cepat rosak. Tapi H nak remote fans at certain area, cantik sikit katanya.


Aku sukalah kipas hitam. Classy (padahal malas nak bersih kipas selalu haha). Tapi kipas hitam memang tak nampak pun kalau kotor, kalau kipas putih tu, sakit mata aku huh!


Macam macam jenis kipas, lagi banyak blades lagi laju katanya. We opted for 4-blades fan, brand KDK tapi jenis paling murah. Nak jimat kan.

Next, my favourite part. Chandelier! Kami tak letak chandelier kat ruang tamu, sebab malas nak serabutkan dengan kipas kat tengah tengah plaster ceilings tu. Kalau letak 1 je sebelah kipas macam tak kena la kat mata aku. Kalau nak letak 2 kiri kanan kipas tak muat pula sebab ceiling rumah kami tu ada beam kat tengah tengah herghhhh kenapa kau ada kat situ hah?? 

Tapi sebab aku ni merengek rengek nak juga ada chandelier, kami plan nak letak kat ceiling atas tangga. Tapi ceiling tu tinggi! Kontraktor kami kata nanti dia tengok dulu boleh tidak nak panjat dari bilik dan pasang dari dalam entah macam mana entah. Wuuuu sedihnya kalau takde chandelier :((


Chandelier idaman. Fits my staircase ceiling perfectly. Tapi.... harga.... RM2980.... *pengsan*.

Lek luuu. So tengok jenis lain pula.


Ni murah sikit, RM640 hehehe. Aku suka jenis kristal gantung gantung macam in, nampak romantik dan rasanya agak moden kot. Jenis cangkuk cangkuk tu aku memang tak minat langsung, macam pattern lama. Tapi lain orang lain citarasa kan.


H pakai macam apek pasar malam je dengan T-shirt pagoda dengan seluar pendeknya, nasib baik orang masih nak layan kami wuwuwu. Kat sini setiap lampu kipas boleh dicuba immediately, memang power la wiring kat kedai ini. The thing about chandelier is, cahaya dia bukan terang mana pun, just lampu hiasan yang nampak cantik je tapi tak membantu pencahayaan pun. Kalau chandelier ni manusia, dia macam perempuan bimbo la, cantik tapi takde akal tiba tiba nak samakan chandelier dengan manusia -___-"


Yang spiral ni RM800++, tapi tak minat lampu dia bentuk square, dari dekat nampak cheap je.

Then kami tengok lampu gantung juga, untuk counter bar kami. Lampu gantung ni aku lebih berminat dengan lampu IKEA. Lebih moden dan cantik, tapi tak survey lagi harga berapa nantilah pergi survey.




Seterusnya, lampu ceiling untuk yard, store, guest room, balcony and car porch.


Aku berkenan yang simple camni je. Tapi tak decide lagi yang mana.


Kalau nak yang cantik sikit pun maybe macam ini je. RM49. Okay kot. 

Beralih ke lampu pagar pula.


Cantik yang dalam box kaca tu. Tapi tahan ke eh letak kat luar rumah tu?


Berkenan dengan yang ini.


Ke warna putih? Tapi warna putih ni mudah mendatangkan penyesalan dalam hidupku.


Yang warna bronze paling kiri tu cantik! Tapi macam besar untuk pagar rumah aku tu.

And last but not least, lampu dinding untuk bahagian tangga. Masa ini kami dah penat dah mendongak plus mata berpinar pinar mengadap banyak sangat cahaya maklumlah dah tua. So sempat tengok yang ini je.


Berminat dengan yang atas tu, yang RM59 tu. Tengok dah murah dah, sekali masuk dengan mentol LED terus jadi RM130++. Kalau boleh memang nak guna LED untuk semua lampu, jimat tenaga elektrik. Kos untuk tukar ke mentol LED adalah RM14 sebiji. Mahai! Tapi bagus untuk long term la. 

Kami sebenarnya berkenan yang macam simple ada warna hitam dengan mentol terkeluar tu alah lupa nak ambil gambar, tapi sekali tengok macam hipster sangat pula. Rumah kami konon konon nak buat konsep moden minimalis ececeyyy. Yelah nak yang moden, dalam masa yang sama nak yang simple dan menenangkan je, perabot pun taknak banyak sangat nanti serabut aku nak mengelap -___-"


Dan ini adalah anggaran kos untuk lampu dan kipas selepas berkunjung ke sini. Burst budget terus! Budget asal kami maksimum RM3000 je sebenarnya wuwuwu. Tengoklah, nanti nak tengok lampu kat kedai recommended by our contractor kat Kajang tu juga, situ boleh dapat lampu macam downlight dan kipas tu dengan harga murah. Nanti dah beli nanti aku share actual cost, kalau ada yang nak tahulah ye. 



Tuesday, June 21, 2016

Blazer Untuk Bergaya

Aku rasa semua orang ada satu jenis baju sebagai baju penyelamat, you know, baju yang dicapai di saat kau bangun lambat tak sempat nak iron baju nak pergi kerja or nak pergi any function which require you to dress appropriately. For me, I always opt for a jacket or a blazer.


Bangun pagi tak sempat iron baju, belasah je pakai t-shirt apa apa kat dalam, sarung blazer and tadaaa! I'm all set and ready to go =) 


Bila sebut blazer ni, ramai yang nampak bayangkan macam formal sangat je pakai blazer ini kan. That is the conventional blazer you are talking about.  Tahu tak ada banyak jenis blazer ni sebenarnya?


Conventional blazer merupakan jenis rekaan blazer yang paling biasa ditemui di pasaran dan paling banyak digayakan oleh wanita untuk ke pejabat. Tengok pun nampak serious je kan, ini merupakan jenis blazer yang paling sesuai untuk dipakai bagi majlis formal. 

Sebenarnya blazer juga sesuai digayakan untuk secara kasual, you just have to opt for a different type of blazer, seperti di bawah ini.
Drape blazer. Ni cantik! Just put this on with a plain white shirt and jeans.
Another color for you to choose. Drape blazer ini adalah rekaan blazer tanpa butang dan biasanya dihasilkan menggunakan fabrik yang lembut dan membentuk potongan yang 'flowy'. Biasa kalau pakai blazer tanpa butang ini aku still akan pin kan sikit di kiri dan kanan di sebalik tudung sebab kadang terlebih dramatik style jalan tu terbang terbang baju ni nampak pula lengan kat dalam -___-"


Aku suka yang overflow macam ini, bila berjalan dihembus angin memang rasa princess sangat kekeke.

Speaking of princess-y look, haaa kat bawah ini lagilah sesuai untuk you guys yang suka perasaan baju terbang terbang bila berjalan hehehe macam akulah tu. 


This one is called long cape blazer perghhh cantikkkk feeling superwoman habislah kalau pakai ini =)))


Cardi-blazer. A combination of a cardigan and a blazer. Clever!
Boyfriend blazer. Kalau dah kahwin kira husband blazer ke camne?? #lawakhambar.

Another boyfriend blazer. Kalau you suka pakai dress tapi taknaklah nampak ketiak kan, maka koleksi boyfriend blazer merupakan jenis blazer yang paling sesuai untuk gayakan sebagai outerwear. Looking feminine and strict at the same time, it's like telling people that "I'm a woman I'm so soft but you don't ever mess with me" tetiba.
 
Belted blazer. Major love! Sebab ianya memberikan effect kurus dan aku rasa belted blazer ini sangat stylish untuk ke pejabat. Definitely gonna get one for myself.


Oversized blazer. Untuk awek yang keluar pakai ketat ketat tiba tiba pakwe ajak jumpa ibu bapa hahahaha. Memang baju penyelamat.

Aku rasa semua orang patut ada at least satu jenis blazer dalam wardrobe masing masing. Truly a saviour ;) So which one is your favourite?


Monday, June 20, 2016

HforHOME: First Stage Checklist

Sebenarnya kalau nak diikutkan hati ini macam malas nak cerita sangat progress rumah baru kami tu. Sebab.... segan. Rumah kami biasa biasa saja, well of course I love the house deeply but the fact is banyak je lagi rumah yang lagi besar dan lagi cantik yang boleh dijadikan reference huhu. But thinking back, knowing how forgetful I am, I think it's better for me to jot down every progress yang berlaku dalam rumah kami in this precious blog (cewah!), senang untuk rujukan sendiri di kemudian hari. 

Untuk rumah ini, aku memang sangatlah excited dan nervous juga sebab inilah kali pertama for both of us to start everything by our own from scratch. Nervous tau nak pilih which contractor yang reliable and with reasonable price, nak study every particular things sekarang barulah tahu plaster ceiling ada banyak jenis, lampu kipas ada banyak jenis, tinted grill etc semua tu ada bermacam macam jenis dan datang dengan harga yang berbeza. We have to be very careful since we are on a tight budget (memang kena korek habis savings!) dalam masa yang sama kami mahukan hasil yang cantik dan menggembirakan juga. Nampak tak konflik di situ?

Tapi kami tidaklah tergesa gesa sangat, sebab bukan nak pindah dalam masa terdekat ni pun so we just take our time request for quotation from a few contractors, baca blog blog yang berkenaan, share pendapat dengan our community WhatsApp group (belum pindah lagi dah ada Whatsapp group penduduk situ haha!) it helps a lot actually. Since kami lambat lagi nak pindah, kami lebih pada tunggu dan lihat hasil kerja subcontractors untuk rumah jiran jiran kami, dan kalau hasilnya bagus we'll just use the same contractor. Senang sikit macam itu, dah ada reference depan mata kan?

Kalau nak fikir kos nak lengkapkan rumah baru ini, memang boleh stress rasa so we decided to take one step at a time based on priority. And we come up with this list.


Banyaknyaaaaa nak pakai duit T___T

Mula mula ingatkan nak terus pasang grill dulu, penting for safety kan. Tapi semua contractors yang kami temui memang advise untuk mula dengan ceilings dulu, tinted dan baru pasang grill. Kalau tidak dikhuatiri akan merosakkan grill nanti. Kami pun ikutkan sahaja, but perhaps lepas pasang kipas lampu tu kena immediately pasang grill la, takut orang masuk rumah rembat kipas lampu huhu. Walaupun setakat apa yang kami nampak, security guard memang very strict scanning orang yang keluar masuk, but we can never be too careful kan? Risaulah.

So that are all the things yang kami nampak sangat penting for the first stage. Harga yang aku letak itu adalah based on harga kontraktor yang kami pilih buat masa ini, tapi harga kipas lampu tu hanyalah anggaran sahaja based on several blogs yang kami baca, perhaps esok lusa kami akan pergi ke kedai lampu yang popular itu sendiri untuk dapatkan the exact price for each items. Ni belum masuk harga langsir dan cat lagi ni. Nanti dah betul betul buat each and everything in the list I will update again the actual cost. Then, dah settle first stage nanti barulah kita boleh move to the second stage. Second stage nanti merangkumi segala furnitures, TV cabinet, wardrobe, etc which kami takkan fikir lagi buat masa ini untuk mengelakkan keserabutan. Lepas raya nanti inshaaAllah kerja kerja pemasangan akan bermula, hopefully everything goes smoothly.. Nanti aku update dengan lebih detail for each item inshaaAllah. Harap kau orang tak bosan aku cerita pasal rumah je lepas ni..


Friday, June 17, 2016

Yahoo Messenger


Banyak kenangan aku dengan Yahoo Messenger ni, kadang kadang aku rasa Yahoo Messenger ni lebih menarik dari Skype, contohnya kalau kita send something and no feedback, kita tekan 'Buzz' berulang kali, Skype tak ada kan function itu? Then aku rasa emoticon Yahoo Messenger lebih kelakar dan menyeronokkan. Lepas tu kalau Yahoo Messenger ni kita boleh save conversation, kalau Skype aku tak sure pula boleh save conversation atau tidak. Nampak sangat aku ni suka save conversation kekeke cheesy betul.

Masa awal perkenalan aku dengan H dulu, kami memang banyak berhubung melalui Yahoo Messenger sahaja, last 6-7 years applikasi WhatsApp masih belum meluas lagi, handphone pun tak berapa canggih tak boleh nak install WhatsApp -___-". So nak jimat kredit telefon, memang Yahoo Messenger jelah penyelamat golongan cheapskate macam kami ini kekeke. Lepas tu Yahoo Messenger ni kalau nak voice call, kena pakai headphone so kat rumah melekat jelah headphone kat kepala tu sebab boleh berborak. Masa zaman single dulu ada siapa entah kawan aku tak ingat siapa, yang kalau berborak kat Yahoo Messenger mesti nak pasang lagu kat Yahoo Messenger tu, kiranya sepanjang berbual lagu itu akan berkumandanglah kat headphone tu hahaha romantik habislah agaknya macam itu.

There was one time, around last 7 years I think. I went for outstation at Sabah. Malam tu H (who was at KL that time) ajak borak borak through Yahoo Messenger, masa itu masih kawan kawan lagi tak bercinta pun and we were more to close friends. After a while, I realized that the conversation has became a little bit serious and at that point of time I kind of catched the hint that he wanted to move to the next step further than 'just friends'. Masa itu rasa berdebar debar as I thought he was going to say something like,

"I like you, you are exactly the girl I've been looking for and I want to be serious with you", you know, something that shows his feelings towards me, but instead, he went,

"Do you want me?"

*krik krik krik*

What kind of proposal is that T___T

Sampai sekarang everytime I bring up that subject to him, he will laugh and say, "Baguslah macam tu straight to the point je!" That was my 'so romantic' husband.

Terima kasih Yahoo Messenger kerana mewarnai zaman muda kami, you have served us well :)


Thursday, June 16, 2016

Rambut Lebih Sihat Dengan Syampu Tissa

Hehe tajuk pun dah self-explanatory ;)

Well, disebabkan sambutan yang menggalakkan untuk Tissa Advance Hair Tonic kami, our HQ has announced that we are now having a new hair product, it's Tissa Shampoo! A perfect combination to be used with Tissa Advance Hair Tonic.


Masih lagi mengekalkan bahan semulajadi 100% sebagai ramuan, Tissa Shampoo ini dijangka akan menjadi produk yang hit juga seperti tonik rambutnya. Minggu lepas HQ kami keluarkan stok 1,000 botol, habis dalam masa 3 hari jeeee suspen aku yang dah pandai pandai berjanji dengan customer yang stock is available T__T



"Saya sangat suka syampu ini saya harap saya boleh bawa ia tidur bersama," kekeke caption tak boleh hambar lagi ke?

Fokus Tissa Shampoo ini adalah untuk membersihkan rambut berminyak dan berkelumumur, sepertimana syampu rambut yang lain jugalah. Yang membezakannya adalah, tiada bahan kimia digunakan di sini dan sebab itulah ianya dibotolkan kecil kecil supaya dapat dapat dihabiskan dalam 2-3 bulan jangan sampai terperap setahun nanti rosak pula kandungannya. So maknanya, haruslah ianya dipakai dengan konsisten sekurang kurangnya 2 hari sekali untuk kesan yang lebih optimum. Baunya juga segar dan menyamankan, kepala terasa ringan je selepas dibasuh.



Tissa Shampoo (100ml)

Waktu terbaik untuk basuh rambut beserta syampu adalah waktu malam sebenarnya, sebab kita boleh biarkan ianya kering secara semulajadi without hairdryer tidak perlu tergesa gesa lap rambut dengan kasar menggunakan towel, ish ish rosak rambut. Dah kering rambut tu, bolehlah spray sahaja tonik rambut pula dan terus tidur dengan tenang dan selesa biarkan ramuan itu meresap dan bekerja sendiri sepanjang malam.

Sangat sangat bagus digunakan bersama Tissa Advance Hair Tonic, tapi kalau rambut you taklah disaster sangat just nak repair sikit sikit je, guna salah satu pun tidak mengapa. I recommend if you already have you own favourite shampoo, you can stick to it and just use the Tissa Advance Hair Tonic to improve your hair condition.

Harga?

Tissa Shampoo (100ml) = RM130 sebotol (termasuk postage)
Tissa Advance Hair Tonic (50ml) = RM130 sebotol (termasuk postage)

Nak ambil dua dua sebab dah dapat bonus raya? Haa lagi bagus.

Tissa Shampoo + Tissa Advance Hair Tonic = RM240 sahaja termasuk postage. 
Jimat RM20!

Boleh WhatsApp 016-232 4492, atau boleh sahaja Direct Message melalui Facebook/Instagram kalau malas nak simpan number hehe.

Thank you! =)



Monday, June 13, 2016

Common Sense In Marriage

Teringat perbualan dengan Oyah tidak lama dahulu ketika kami berdua di dalam kereta tak ingat untuk ke mana. Satu ayat dia yang agak menarik perhatian aku,

"Sebenarnya nak hidup bahagia ni kita bukan kena jadi orang yang paling baik di dunia pun. Kita hanya perlu ada common sense je.." Amboi budak kecil ni pandainya berfalsafah :p. Tapi betul juga kan?

Ayat ini bermain main di fikiran aku malam tadi selepas baca kisah menantu yang dibuli mertua dan ipar duai seperti yang diceritakan dalam Facebook page IIUM Confession baru baru ini. Betul juga, we can actually save ourselves a lot of trouble if we just use a common sense, terutama dalam rumahtangga ini.

Orang tua perlu dihormati - common sense.
Anak kecil perlu disayangi - common sense.
Tanggungjawab kewangan ke atas mertua bukan di bahu menantu - common sense.
Membantu suami adalah berbeza dengan menanggung suami - common sense.

Ini antara contoh yang boleh digunakanlah.

Aku rasa kita sebagai orang perempuan ini kena cuba bawa bertenang sikit, sebab apa yang aku nampak ramai isteri yang bertahun tahun merana menjeruk rasa dengan suami/mertua/ipar duai ini adalah kerana terlalu mencuba (trying too hard) untuk jadi isteri terbaik, menantu terbaik, ipar terbaik. Berpada pada sudahlah, lek lek je orang cakap. Just use a common sense, kiranya kalau kita merasakan diri kita tidak disukai mertua / ipar duai, tidak perlulah terlalu mencuba sangat untuk mengambil hati. Kita jalani hidup macam biasa, hormat dia sepertimana ibu bapa kita mengajar kita menghormati orang lain, buat apa yang perlu sahaja tidak perlu berlebihan berhabis wang ringgit untuk memancing kasih sayang. Bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan wang ringgit pun. 

Begitu juga isteri dengan suami. Apa yang aku nampak, biasanya kes isteri sakit hati dengan suami kebanyakannya adalah isteri jenis yang mengeluarkan terlalu banyak perbelanjaan untuk rumahtangga berbanding suami. Common sense sikitlah, wajar ke perempuan yang menanggung keluarga? Tengok dengan akal fikiran, bukan dengan hati. Kalau kita tengok guna hati memanglah akan rasa yang kita patut buat begitu demi cinta, kasihan dan sebagainya. Bila orang perempuan ni buat sesuatu yang bukan sepatutnya di atas tanggungjawabnya, memang akan nampak banyaklah kesan negatif di kemudian hari. Isteri hilang hormat pada suami, isteri jadi hilang keikhlasan pada suami. Hati mula timbul rasa benci, mulut mula mengungkit ungkit.

Jujurnya, di awal perkahwinan dulu aku juga termasuk dalam golongan yang berazam nak jadi segala gala yang terbaik untuk orang lain. Nak jadi isteri terbaiklah, menantu terbaiklah, kakak ipar terbaiklah. Lama lama kita jadi stress and when things did not go as what we planned, kita jadi down dan mula mempersoal "Aku dah buat macam macam dah, kenapa jadi macam ni??" Siapa suruh buat macam macam haha! Trying too hard may leads to a huge disappointment when things go wrong. Bertenanglah, ini bukan satu pertandingan. Bila aku mula berfikir dan menggunakan common sense dalam segala tindakan aku, perlahan lahan segalanya berubah ke arah yang positif; hubungan suami isteri menjadi lebih baik, hubungan dengan mertua menjadi lebih mesra dan 'natural', yelah kita sudah menjadi diri sendiri dan hanya buat sesuatu ke atas keupayaan kita sahaja. Jangan paksa diri, tak ada siapa suruh kita masak lauk pauk yang bombastik, atau beli hadiah yang mahal mahal, atau selesaikan segala bil dalam rumah. Kita nak guna duit kita untuk sesuatu yang menggembirakan diri sendiri kita guna jelah, hal yang lain lain cuba biar suami kita yang uruskan. Tapi aku memang bersyukur sangat sebenarnya sebab my husband's family pun bukan jenis yang cerewet dan banyak karenah, mereka sebenarnya manusia yang simple dan mudah sahaja seperti aku juga alhamdulillah.

Jangan salah anggap yang aku nak ajar kita jadi berkira dengan suami dan mertua/ipar duai, apa yang aku cuba katakan di sini, you just have to have a common sense in order to live happy. Kita berbuat baik sahaja dengan semua orang; bila orang berbuat baik dengan kita, kita balas dengan lebih baik lagi dan kalau orang buat tak baik dengan kita, kita teruskan buat baik juga tapi berpada padalah jangan sampai kita kelihatan seperti si bodoh pula. Kita pun bukan budak budak lagi, kita sendiri tahu dosa dan pahala. Hadkan tindakan kita asalkan kita tak buat dosa cukuplah. Kita semua nak hidup gembira kan?  Do not try too hard, jangan paksa diri melampau lampau untuk 'membeli' bahagia, cinta tak sepatutnya buat kita lebih susah/lebih menderita/lebih miskin dari sebelumnya. If you are with the right person, your partner takkan biar you jadi lebih susah/lebih menderita/lebih miskin bila bersamanya. It's okay to follow your heart, but please take your brain with you.



Thursday, June 9, 2016

"Kenapa Sekarang Marah Adik?"


Adam Muaz ini adalah jiwa jiwa orangnya. Eh kalau nak diikutkan, kedua dua anak aku pun jenis jiwa jiwa :p Jenis yang mudah tersentuh perasaanlah senang cerita. Cuma bezanya Abang dengan Adik ni, Abang (despite his talkative character) jenis memendam rasa bila terluka, Adik pula jenis akan meluahkan perasaannya dengan sedih pilu apabila perasaannya dilukai. 

Kalau dulu dulu bila Adik terguris hati, dia cuma merajuk dan ungkit di kemudian harinya. Contohnya bila dimarahi, lepas 10 minit kemudian kita panggil dia suruh makan nasi, dia akan ungkit,

"Tadi Mummy malah (marah) Adik tadi" sambil terkelip kelip mata menjeling dengan wajah mencuka.

Tapi sekarang ayat memori cinta luka beliau sudah berubah. Saat dimarahi, dia akan ungkit peristiwa sebelumnya.

"Tadi Mummy buatkan susu Adik, kenapa sekarang Mummy marah Adik??" 

Mula mula aku tak dapat tangkap apa yang dimaksudkan, lama lama baru faham yang dia cuba maksudkan "Tadi Mummy sayang Adik, kenapa sekarang Mummy marah Adik" hoh apa kaitannya?!

Banyak lagilah yang dia pernah sebut,

"Tadi Mummy suapkan Adik nasi, kenapa sekarang Mummy marah Adik?"
"Tadi Mummy main Tobot X dengan Adik, kenapa sekarang Mummy marah Adik?"
"Tadi Mummy potongkan apple untuk Adik, kenapa sekarang Mummy marah Adik?"

T__T

Begitulah, habis segala kenangan manis kau dan aku diungkit apabila dimarahi -____-". Terpaksalah aku jelaskan,

"Tadi Mummy suap Adik nasi/main Tobot X dengan Adik/potongkan apple untuk Adik sebab tadi Adik good boy. Sekarang Mummy marah Adik sebab Adik naughty boy!"

Kalau berkelakuan baik sudah tentulah disayangi, kalau nakal haruslah dimarahi adoilah Adik ni, tak tahulah nak geram ke nak kesian ke apa. Kadang rasa nak ketawa pun ada because I never see that coming from a 3-year old boy haha sabar jelah aku. 


Tuesday, June 7, 2016

Pedophilia, dan Cara Mengajar Anak Tentang Bahagian Sulit

This very disturbing topic has been flooding my Facebook timeline for the past few days and I couldn't help reminiscing a lot of things and I think it might be good if I can share my thoughts with all my friends here.

Perkataan pedophilia ni aku dah memang tahu sejak 7-8 tahun dulu, dan kali pertama aku tahu perkataan itu adalah melalui siri Prison Break; siapa yang ikut siri ini memang akan kenal salah satu watak utama penjenayah, T-Bag a pedophile yang merogol kanak kanak. Ish Google lah kalau tak tahu. Then sejak dulu lagi aku memang sangat mengikuti cerita cerita penyiasatan macam CSI, NSIC dan paling best Law & Order (SVU), SVU ni lagilah, memang sangat banyak kes pedophilia so memang dah sedia aware.

Aku rasa perkataan itu bukanlah suatu perkara asing, but surprisingly ramai betul orang sekeliling yang apparently tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun apa maksud pedophile ini. Mungkin jarang digunakan di sini, mungkin perkataan itu adalah sesuatu yang dikira taboo, atau kurangnya pendedahan tentang jenayah seks terhadap kanak kanak ini membuatkan masyarakat kita sangat kurang kesedaran tentang isu yang sebenarnya sangat sangat menakutkan ini. Perkataan pedophilia di Malaysia hanya lewat 2-3 tahun kebelakangan ini yang rancak diperkatakan, hinggakan perkataan pedophile di-Melayukan menjadi pedofil oleh beberapa akhbar tempatan.

Masa zaman remaja belasan tahun dulu bila dengar kes child sexually abused ni selalu rasa geram and cakap "Kenapalah buat kat budak budak, kalau tak tahan sangat pergilah cari pelacur sana!". Itulah ketidakfahaman aku ketika itu; bahawa pedophilia ini bukanlah jenayah seks biasa, tapi ianya adalah psychiatric disorder yang mana seorang dewasa itu dapat merasakan suatu tarikan seks terhadap kanak kanak SAHAJA. Seram kan?

Growing up, frankly speaking I've witnessed beberapa kejadian yang aku rasa tidaklah aneh ketika itu, tapi bila dah meningkat dewasa barulah aku sedar yang ianya merupakan satu pencabulan. Yang paling aku ingat:

1. Pakcik pemilik kedai runcit (yang aku kira ketika itu umurnya dalam 40-an), ada beberapa kali aku pernah nampak dia ramas kemaluan seorang budak lelaki yang aku rasa merupakan anak jirannya. Budak itu memang selalu aku nampak datang ke situ, setiap kali aku datang beli barang memang adalah budak tu bermain sekitar situ. Dan kerap juga nampak pakcik tu panggil dan ramas ramas kemaluan dia haishhh meremanglah bila ingat balik! Budak itu hanya diam tersipu sipu termalu malu OMG terbayang bayang rasa. That boy is around 6-7 years old.

2. Seorang tenaga pengajar, taknaklah sebut di mana tapi aku pernah nampak depan mata yang dia mengusap usap buah dada pelajarnya yang ketika itu sedang membaca di hadapannya. Sambil usap sambil dia betulkan bacaan ya Allah at that time I already know that it was wrong but I was too scared to do anything. I actually told my parents a few days (or perhaps weeks?) later when something related to that man came up but they found it was very hard to believe; couldn't blame them though as that person is kind of respectable man with high reputation as a 'teacher'. Tak berapa ingat macam mana kesudahannya, yang pasti kejadian itu selamanya menjadi bayangan ngeri dalam ingatan aku. I was 10-11 at that moment, sebaya dengan the other girl :(

Bila jadi seorang ibu, aku jadi terlalu berhati hati, aku jadi sangat paranoid dan jadi overly protective towards my children. Masa anak aku baby baby dulu bila orang dok kata anak aku jenis tak mesra dan hanya nak melekat dengan kami orang nak dukung sikit pun dah menangis, I don't mind at all. Aku memang nak anak aku lekat dengan aku, bagi aku itu lebih baik daripada budak yang terlalu mesra sampai nak ikut semua orang. Jangan ingat anak kita lelaki kira dah selamat, jenayah seks kanak kanak TIDAK MENGENAL JANTINA, jadi anak lelaki atau perempuan kita sebagai parents kena jaga sebaik mungkin jangan pandang enteng.

Tahap paranoid aku ni kan, yang bilamana anak aku menangis cakap sakit bontot (sebab sembelit ke apa) aku akan terus check bontot anak aku habis habis supaya aku tak missed out anything yang membuatkan aku menyesal di kemudian hari nauzubillahiminzalik. Ya Allah jauhkanlah kami semua dari kecelakaan itu ya Allah. Teringat dulu kat Cerekarama ada satu cerita yang Fasha Sandha berlakon tu, anak dia menangis nangis mengadu sakit kemaluan dia lagi marah anak dia sebab dia ingatkan anak dia hanya mengada ngada, turns out anak dia sebenarnya mangsa rogol suami pengasuhnya =((((((( So don't take things for granted, LISTEN TO YOUR CHILDREN TAK KIRA BETAPA KECILNYA PERKARA ITU DI MATA KITA.

Untuk itu, aku percaya yang memang sangat penting untuk kita ajar anak anak kita dari awal tentang private parts, supaya mereka tahu that parts should remain private and should be protected at all time. I Googled and found these illustrations which I think very child-friendly and easier to understand.


Private parts for a boy: Genital and backside (bottom).


Private parts for a girl: Genitals, backside (bottom) and chest. And additionally I think as Muslims, perhaps we can teach our daughters to not letting themselves to simply be touched at all, bukan hanya private parts.

Tunjukkan pada anak anak kita bahawa bahagian ini tidak boleh disentuh sesiapa pun, kecuali sebab kesihatan itupun atas pengetahuan dan kehadiran kita. Satu lagi bahagian yang kita selalu terlepas pandang; MULUT. Jangan fokus pada bahagian sulit yang tertutup/terlindung sahaja, kita perlu juga ajarkan anak bahawa bibir/mulut juga perlu dijaga. Ajar anak untuk tidak membiarkan mulut mereka disentuh, sama ada disentuh oleh mulut orang lain atau dimasukkan apa apa yang tidak sepatutnya. Mulut hanya untuk makan, minum, bercakap. Macam aku pernah baca (maaf tak ingat sumber asal), contohnya kita boleh buat begini.

"Ini mulut Adik. Kalau orang masukkan pensil dalam mulut Adik, boleh ke?"
"Ini mulut Adik, kalau Adik tak demam boleh ke orang nak suruh Adik makan ubat?"

Ini adalah untuk mengelakkan oral sex, kecenderungan menggunakan mulut sebagai pemuas nafsu. Parents sendiri perlu faham tentang oral sex at the first place, because believe it or not I have met a few (married) people yang tak ada pengetahuan langsung tentang oral sex -___-".

Berikan senario yang mudah difahami. Gunakan bahasa yang jelas, dalam masa yang sama kita perlu yakinkan anak anak untuk sentiasa bercakap dengan kita, untuk sentiasa meluahkan perasaan dan kita pun kena latih diri kita untuk bersabar dan mendengar setiap yang mereka ceritakan walaupun ianya adalah perkara perkara kecil sahaja. Bagi aku, kalau kita maintain our communication with our children everyday even if it's just for petty matters, mereka akan lebih terbuka dan lebih selesa untuk bercerita dengan kita sekiranya berlaku hal hal yang besar juga. The key word is listen. Have some empathy, listen and respond. Anak anak bukan hanya untuk dilihat (asalkan selamat depan mata sudah), tapi lebih penting untuk didengari (untuk mengetahui apa yang berlaku ketika di luar penglihatan kita). Pernah aku baca this quote suatu ketika dahulu"Tiada seorang pun anak yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada hanyalah anak yang merasakan dirinya tidak didengari.."" :(

Bantulah banteras jenayah terhadap kanak kanak, lindungi anak anak kita dari dunia yang sakit ini. Mulakan dari rumah. Kita mampu mengubahnya.


Monday, June 6, 2016

First Ramadhan

It was the first Ramadhan and I couldn't sleep because I cannot afford missing our sahur, what more my husband. Nervous takut tak dengar bunyi alarm so I was like setiap jam bangun check whether it's already sahur time or not haha (that explains the panda eyes this morning). Kami berdua memang wajib sahur dan mesti ambil makanan berat demi kelangsungan hidup kekeke, tak laratlah kalau tak sahur. Plus dapat pahala okayyy bangun sahur. Rugi hangpa tak bangun :p It was good that we've already tapau-ed beef rendang from my MIL's last night, so I just have to re-heat the rendang and add some telur dadar, yes telur dadar adalah pembangkit selera setiap masa. Bangun bangun, anak anak pun bangun tapi depa tengok TV je langsung taknak makan. Abang bangun mandi (he wet his bed -____-" dah lama tak basah tilam perhaps penat sangat kot Terawih malam tadi tak larat nak bangun shi-shi hehehe padahal penat main je kat surau tu).

Abang dah belajar banyak perkara pasal puasa di sekolah, dia memang sangat bersemangat nak puasa dan solat Terawih dan makan kurma haha, tapi sebab dia tak ambil sahur plus malam tadi pun dia tak dinner sangat, macam tak sampai hati nak suruh dia puasa. Oh his teacher already informed us that there will be only light breakfast during Ramadhan at school and knowing my kids, they always need heavy breakfast. So lebihan nasi pagi tadi I terus tangtungtangtung masakkan nasi goreng untuk Ammar Yusuf dan Adam Muaz. Selama ini Ammar Yusuf ni jenis suka bawa bekal, even letak sebiji banana dalam bekal pun dia dah seronok hahaha sebab nak sama dengan kawan kawan kan. So I expected he to be very happy that I prepared him Nasi Goreng this morning.

But instead, dia malu rupanya! He was embarrassed and refusing to take out his bekal at school this morning T____T Sebab dia kata kan bulan puasa, kena puasa. I actually wouldn't mind at all to train him to fast at 4 years plus, only if he takes his sahur with us hmmphhhh good intention backfired -____-". But it's okay, we'll try again tomorrow :)

Ramadhan Kareem, everyone! Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna dan mencetus perubahan yang baik pada kita semua, bagi aku tak apalah walaupun mungkin kita berubah pada bulan ini for the sake of menghormati bulan Ramadhan sahaja, sambil sambil itu kita berdoa banyak banyak mana tahu diberi hidayah oleh Allah untuk dibukakan hati meneruskan segala perubahan positif yang dimulakan itu untuk bulan bulan seterusnya pula. One of my resolution (among all other resolutions) I've meaning to work out for this Ramadhan is, 30-Day Baju Kurung Challenge to my workplace hehehe petty I know tapi ianya adalah satu cabaran juga untuk aku. Sehari seinci tutup aurat, biar hari ini lebih baik dari semalam mudah mudahan inshaaAllah. So, what's yours? ;)


Friday, June 3, 2016

Membentuk Anak Yang Baik Rohaninya

Bila dah jadi ibu bapa ni, bagi aku cabaran terbesar adalah membentuk anak anak menjadi seorang manusia yang baik budi pekertinya. Zaman sekarang ini menakutkan. Tekanan pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi membuatkan ibu bapa bekerja secara berlebihan demi menampung keluarga. Bila di rumah badan pun dah penat, jumpa anak anak sehari 4 jam maksimum (ambil dari sekolah/pengasuh pukul 6 petang, pukul 10 dah tidur) tapi 4 jam itupun kita masih curi juga untuk buat perkara lain; nak masaklah membasuhlah dan bila semua kerja rumah dah siap kita duduk bersandar kat sofa tangan pegang handphone. Anak anak terpinga pinga buat hal sendiri, lost. Lagi teruk, anak anak pun dibiar mengadap gadget juga, asalkan kau tak kacau aku. Kesian okay.

Akibatnya anak terabai, parents ramai yang mengharapkan guru semata dan anak anak hilang sentuhan kekeluargaan. Anak anak mungkin membesar jadi si bijak pandai, tapi tiada adab, tiada sikap hormat menghormati, tiada nilai kemanusiaan. Lepas itu pula zaman sekarang ni semua benda nak diviralkan, cikgu tadika komen anak kat report card pun nak viral, anak sekolah tadika kena ambil peperiksaan pun nak viralkan, you know, all those petty matters. Kenapa aku kata petty? Sebab aku nampak parents yang suka membesar besarkan hal sebegitu sebenarnya lebih pada menutup kelemahan sendiri. Tugas mendidik anak bukan solely pada guru sekolah, malah peranan mereka dalam pembesaran anak anak mungkin paling banyak pun 50% sahaja. Selebihnya adalah terletak pada bahu kita, kitalah sebenarnya pendidik sebenar mereka. Pendidikan terbaik adalah bermula dari rumah, kalau asas pendidikan kita untuk anak anak di rumah sudah memang kukuh, kita tidak akan risau pun apa cara guru sekolah mendidik anak kita. Kita cubalah hormat pendekatan guru guru, they mean no harm pun, mereka cuma nak anak kita menjadi lebih baik je. Kita hormat kerjaya orang, inshaaAllah kita juga akan dihormati. Itu pendapat akulah. Tak paksa semua orang setuju pun.

Jujurnya aku kurang risau mengenai pencapaian anak dalam akademik; well aku of course ambil tahu apa perkembangan mereka tapi yelah mereka pun kecil lagi kita tak perlu pun nak stress sangat. Bila cikgu tadika bercerita tentang perkembangan akademik anak yang memberansangkan, sedikit sebanyak aku rasa gembira dan bangga juga. Tapi jujur aku cakap, I'm more interested to know about his behaviour at school, his social skills, his level of confidence. Adab dia di sekolah, cara dia bergaul. It's a very long way to go, tapi kita kenalah cuba semaikan dari sekarang.


Bagi aku, apa yang aku harap sangat adalah anak anak aku membesar sebagai seorang manusia yang humble, modest and full of compassion. The trick is, kami sebagai parents juga perlu jadi manusia yang humble, modest and full of compassion juga and that will be the hardest part. Obviously kita memang tak baik mana, tapi bila dah ada anak nak taknak kena berubah juga. Ajar anak supaya merendah diri, ajar anak supaya bersederhana, ajar anak untuk memiliki rasa belas kasihan dan empathy.

1, Bila dalam kereta yang berhenti di lampu isyarat, ada budak budak ketuk tingkap minta sedekah, cuba ajar anak kita untuk bersimpati. Kesian budak tu tak ada Mummy Daddy. Abang dengan Adik ada Mummy Daddy. Abang dengan Adik naik car, budak tu jalan kaki je dahlah panas terik. Ajar mereka erti belas kasihan dan bersyukur.

2. Bila selesai makan di restoran, biasakan kemas sendiri meja. Kalau tidak boleh buang dalam tong sampah pun, sekurang kurangnya kita susun pinggan dan cawan kita, lap sedikit apa yang tumpah dengan menggunakan tisu dan letakkan semua sisa makanan kita dalam pinggan. Begitu juga bila kita bercuti, biasakan untuk kemas bilik hotel kita sendiri. Aku memang akan kemas bilik hotel; tujuan utama sebenarnya lebih pada untuk mengelakkan kita overlook barang peribadi kita (bila dah kemas kan nampak lebih jelas setiap sudut) tapi bila anak tanya kenapa Mummy kemas, aku akan jawab supaya Aunty/Uncle tak susah nak bersihkan bilik kita. Ajar mereka untuk menghormati pekerjaan orang lain. Macam baru baru ini kami makan di restoran, selesai makan Ammar Yusuf insisted nak habiskan minuman dia selicin licinnya, katanya, "Nanti terus bersih cawan, Uncle tak payah basuh dah".  Haha innocent je, but the idea is there. Helping people with every chance we had :')

3. Bila nampak orang kutip botol kat tong sampah, jangan ajar anak anak untuk memandang jijik mereka. Masa ini you boleh explain pasal recycle; what's the process, what can be recycled, what's the benefit. Antiti (my sister, whom they called Aunty Ti) pun recycle surat khabar lama. Jangan buang buang kertas. Secara tak langsung mereka dah belajar menghormati alam sekitar. Bagitahu yang kalau tidak ada Uncle yang kutip botol tu, tak dapatlah nak recycle, lama lama bumi kita penuh dengan sampah. It's never too early for them to learn all those things.

4. Anak anak aku jenis suka bawa toys ke sekolah/rumah pengasuh. Beritahu mereka kalau bawa barang dan ditunjukkan pada kawan kawan yang tidak ada barang yang sama, kena ready untuk berkongsi. Jangan bawa kalau tiada niat untuk main bersama. Jangan biasakan anak anak bermegah megah, jangan ajar mereka menunjuk nunjuk. Kesian friends yang tak ada apa yang Abang/Adik ada. Allah tak suka macam tu, Kalau tiada niat untuk berkongsi, jangan bawa.

5. Ajar mereka erti sabar, Bila anak sakit--contoh baru baru ini Ammar Yusuf tumbuh ulser besar di bibir dan dia frust bila sakit tergigit ketika makan, kena explain yang Allah jadikan sakit supaya kita belajar sabar. Masa itu bolehlah ulang balik cerita Nabi Nabi kita yang diuji dengan macam macam, tapi mereka sabar je dan sebab itu Allah bagi nikmat dan ganjaran yang lebih besar kemudiannya. Dalam masa yang sama kita kena latih diri bersabar juga, jangan dok lecture anak pasal sabar tapi bila kaki kita tersepak bucu katil dah terus melompat memaki hamun pula -___-"

6. Ajar anak untuk menerima yang setiap manusia diciptakan berbeza beza. Ada yang cerah ada yang gelap, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang gemuk ada yang kurus. Jangan pernah memberi gelaran apa pun pada sesiapapun, contoh "Kawan Abang yang gemuk tu nama dia siapa?" Jangan. Jangan ajar anak menilai orang lain dari segi luaran, please. Biasakan anak mengasihi tanpa mengenal paras rupa. Macam mana kita sedih anak kita digelar yang bukan bukan, begitu juga perasaan ibu bapa lain :(

7. Anak lelaki perlu diajar menghormati orang perempuan. Bila dia bercerita pasal gegirl at school, kita kena ajar dia jadi gentleman. Jangan berebut toys dengan girls, jangan berebut nak naik gelongsor dengan girls. Jangan pegang girls tak semena mena. Risau aku. Bab menghormati perempuan ni memang peranan seorang bapa sangat crucial di situ. Children see, children do. Bapa kena sayang emak, kena tolong emak di rumah, kena generous dengan emak. Bapa yang menghormati emak akan membentuk anak lelaki yang turut sama menghormati emak dan golongan wanita yang lain.

Aku taip ini semua lebih pada panduan dan peringatan untuk diri aku sendiri. Ramai yang cakap nak besarkan anak perempuan lebih susah, tapi bagi aku sama je anak lelaki ke anak perempuan. Jangan berat sebelah, jangan biased. Lelaki atau perempuan, dua dua pun amanah dan pinjaman dari Allah untuk kita. Bagi aku, anak kalau kurang pandai dari segi akademik tidak mengapa, sooner or later mereka akan pandai juga. Tapi bila akhlak anak anak tidak memberansangkan, memang rasa patahnya hati ni :(

Kalau kita ajar anak kita kejar Allah, dunia akan jadi lebih mudah untuk mereka. Kalau perasan anak yang membesar dalam suasana agama biasanya akan lebih cemerlang juga dalam pelajaran. Ramai parents muda mudi sekarang ni nak tunjuk chill sangat dalam mendidik anak anak. Aku chill, chill juga. tapi kena sedar yang berat sebenarnya tanggungjawab mendidik anak anak ni. Kadang kadang bila anak buat perangai aku dok fikir mana silapnya kami berdua ini. At times rasa macam nak biar go with the flow, tapi kalau flow tu dah obviously kelaut kita still nak biarkan lagi ke? Umur bawah 6 tahun ini memang umur bermain, tapi bukanlah kita biar mereka bermain tak tentu hala, kita kena turut involve dalam permainan itu barulah mereka boleh belajar melalui bermain. Bagi aku, lebih baik berwaspada daripada tidak ambil peduli langsung. 

Panjang sangat dah ni, nampak tak banyak perkataan 'bagi aku' yang aku gunakan di sini? Sebab semua ini adalah pendapat peribadi aku sahaja, afterall kita yang lebih kenal anak kita masing masing. Harap boleh baca dengan berlapang dada lah. Aku pun ibu muda juga (dah 31 tahun pun nak mengaku muda kuikui), masih terlalu mentah dan masih dalam proses mencuba banyak kaedah dari pelbagai generasi dan budaya. Ada sesetengah cara orang barat kita boleh ikut, ada sesetengah cara orang Melayu kita ni pun tidak kurang bagusnya. Ada perkara kita boleh ikut buku/parenting websites, ada juga perkara yang kita sebenarnya boleh belajar dari pengalaman orang tua kita sendiri. Aku suka cuba, kalau boleh diteruskan aku akan teruskan dan kalau rasa tidak sesuai aku ubah cara lain pula, asalkan jangan lari dari landasan agama je. Tidak berkesan untuk aku bukan bermakna cara itu salah, kita bertenang sajalah dan move on dengan cara yang lain pula. There's no manual on how to be a great parents, kita redah dan cuba je satu persatu. For me, it's better to try and fail than not trying at all. Cuma bila gagal itu kita janganlah putus asa. We parents should never ever give up on our children. Sekurang kurangnya bila dipersoalkan Allah tentang amanah ini di Akhirat kelak, I hope I can say, "I've tried my very best".


Thursday, June 2, 2016

Vitamin D3

Semalam aku tak kerja, tak berapa sihat. Pagi itu aku ke klinik yang kami biasa pergi, doktor owner klinik tu jenis ranggi, pakaian pun macam orang muda (aku tak rasa dia muda, perhaps around 40++ camtu) she always wear a short sleeves top with jeans, dengan rambut panjang hitam lebat yang di-rebonding-kan. Kiranya memang bergayalah, sekali tengok langsung takde rupa doktor pun. Doktor ni memang ramah, kami selesa juga ke situ plus klinik itu tak mahal sangat kiranya bayaran masih dalam jumlah yang dibenarkan untuk claim kat company.

Doktor itu check aku lebih kurang, dan tanya pekerjaan aku.

"Saya engineer, contract engineer," jawabku.

"You engineer tak ada keluar keluar ke?" Doktor tu tanya.

"Taklah, saya bukan engineer yang kena pergi site tu, saya desk engineer je."

"Oh. Bukan apa, I tengok muka you pucatlah. Yes you putih, tapi putih yang tak lawa tu" dan disambung dengan hilai ketawa dia yang biasa tu sabar jelah aku -___-". Doktor ni memang sikit sikit ketawa, H memang selalu macam tak berapa yakin je dengan dia tapi sebab anak anak kami dah biasa dengan klinik ni, kami suka jugalah ke sini.

Then dia sambung lagi,

"I suka matahari pagi. The sun is a natural source of Vitamin D3, penting tau Vitamin D3 ni untuk tulang. And it's free! I galakkan betul anak anak I keluar berjemur pagi pagi. Janganlah berjemur masa matahari terik tu." Lepas tu dia bagi tips yang kira something new untuk aku.

"Kalau you keluar and your shadow lagi tinggi dari you, that's the perfect time untuk berjemur. Kalau your shadow is shorter than you, that's a bad sun. Jangan berjemur masa itu."

Then dia ambil tangan aku dan bandingkan dengan tapak tangan dia. Aah yelah, tapak tangan aku putih pucat berbanding tapak tangan dia yang kemerah merahan. Obviously aku kekurangan Vitamin D3. Tapi fikir balik, bilanya aku ada masa nak keluar pagi pagi. So I asked for other option,

"Boleh beli je kot Vitamin D3 tu kan doktor?"

"Buat apa nak beli?? Kan boleh dapat percuma je dari matahari!" bidas doktor itu. Lepas itu dia terdiam sekejap. Dan sambung.

"Tapi I rasa you better beli jelah kot."

Aku tanya kenapa.

Dia ketawa ketawa lepas tu cakap, "You berselubung atas sampai bawah! Macam mana nak dapat Vitamin D3 dari matahari hahaha. Rugilah you! Tengok I (bangga usap lengan dan rambutnya yang terdedah). I memang senang senang je boleh berjemur dapat Vitamin D3 percuma je" dan ketawa ketawa lagi.

Terkesima aku sekejap. Boleh tahan jugak kau ni kan doktor -___-". Nasib baik aku memang dah biasa dengan dia. Bila dah keluar, aku terfikir perhaps I shoud answer , "Kalau saya pakai macam doktor ni, bukan Vitamin D3 je saya dapat, Vitamin N pun dapat. Vitamin Neraka." tapi tak sampai hati pula huhuhuhuhu T____T