Tuesday, May 31, 2016

Rezeki Orang, Rezeki Kita

Petang tadi I lend my ears to listen to my friend's rambling about her children's Taska. Macam macam hal lah, pendek kata kawan aku ini memang tak dapat nak ngamlah dengan guru Taska anak anak dia. Kawan aku ni jenis kelakar, kadang aku tengok dia tengah stress pun macam dia boleh buat kelakar. So aku cakaplah dengan dia,

"Kau ni kenapanya nak bergaduh je dengan cikgu anak kau tu?" masa tu dia dok cerita yang mereka berbalas balas ayat dalam WhatsApp group Taska tu.

Lepas itu kawan aku tu pun bagitahulah dia yang dekat tempat kerja lama dia dulu, dia pernah berpindah 5 kali Taska, dan anak dia belum pun 4 tahun hoh why is that?? I was surprised, then selamba aku cakap dengan dia,

"Kalau dah banyak kali tukar Taska ni, entah entah hang yang problem kot, bukan depa". Kawan aku ni orang utagha, biasalah bila berbual dengan orang yang ada accent ni kita mengada terikut ikut sekali hihihi. Lepas tu kawan aku ni ceritalah pengalaman dia dengan taska taska sebelum ini.

Taska 1 - Minggu pertama di situ anak dia (masa tu berumur 8 bulan) dah benjol dahi. Taska kata terjatuh tangga. 
Taska 2 - Anak dia tercabut kuku, Taska kata sebab dia main pintu pastu tersepit jari.
Taska 3 - Anak dia kena buli dengan budak lain (dirampas bantal busuk pastu anak dia dok merangkaklah kejar budak yang rampas tu kesian aku dengar)
Taska 4 - Anak kedua dia pula terhempap or terjatuh macam mana entah, retak tulang dada.
(Tak ingat turutan cerita tapi beginilah lebih kurang)

Bulat mata aku dengar, OMG ngerinya cerita Taska anak kau!

Then dia tanya aku, "Kalau kau, kau buat macam mana?"

Aku terdiam. Sebab aku memang tak ada pengalaman seperti itu. Kawan aku pun sambung,

"Entahlah. Banyaknya dugaan aku dengan Taska ni.. Sebab itulah aku jadi defensive macam ini dengan cikgu Taska aku sekarang"

Aku memang simpati dengar cerita dia. Dalam hati aku meruntun runtun rasa syukur yang aku tidak ditemukan dengan orang orang yang menyakiti anak aku (nauzubillah). Sebab, sepertimana soalan dia tadi, aku memang tak tahu apa reaksi aku kalau anak anak aku diperlakukan sebegitu. I mean, benda kadang kala boleh jadi tanpa disengajakan, tapi bila berulang kali anak kita kena macam itu, kalau aku pun entah entah dah tukar Taska 10 kali agaknya. It is unfair for me to judge on something I've never experience, and I hope it can stay that way-- janganlah diduga dengan anak anak ni. Patah hati aku nanti :(

Ammar Yusuf dan Adam Muaz, kedua duanya membesar dengan sangat disayangi pengasuh mereka, Kak Ha. Bila Ammar Yusuf bersekolah, dia dijaga dengan sangat baik juga oleh guru tadikanya dan dalam hati aku memang berdoa sangat agar perkara itu berterusan dan dia akan sentiasa dijaga dengan baik sampai bila bila, masuk sekolah rendah, sekolah menengah, universiti wuuuuu nak kena masuk private school sampai ke besar ke apa ni T___T. Aku tak rasa aku kuat dan tabah untuk hadapi kalau anak aku disakiti orang lain, aku rasa reaksi aku akan lebih menggila dari kawan aku tu kalau anak aku dicederakan (nauzubillah).

Alhamdulillah direzekikan dengan orang sekeliling yang baik baik, I can never be grateful enough for all these. Benda macam inilah yang we tend to take for granted. Bukan semua orang dihadirkan dengan orang yang baik baik dalam hidup mereka, kalau kau rasa macam dah usaha dan doa banyak banyak minta rezeki dari Allah tapi still tak kaya kaya, cuba lihat dari sudut ini. Allah anugerahkan rezeki bukan dari segi kebendaan dan wang ringgit semata, jiran yang baik juga rezeki, mertua yang baik juga rezeki, kawan kawan yang baik baik baik juga, and of course penjaga anak anak yang baik juga adalah rezeki. So tak apalah hidup tak mewah mana pun, asalkan hati kita sentiasa tenang dan anak anak juga menjalani kehidupan seharian dengan gembira :')




Wednesday, May 25, 2016

H for Home

So we have collected our new house key yesterday yay! Kawan kawan dok minta tunjuklah gambar rumah tapi segan aih. It is just an ordinary 2,194 sq.ft double storey with 4 bedrooms and 4 bathrooms, but I love the location, I love the surroundings and I pray hard that it will be the best place for our children to grow inshaaAllah.

Keputusan untuk beli rumah di sini memang tak disangka sangka, it was on Sunday last December when we decided nak jalan jalan area sini, pergi show house dan terus book HAHA. Tapi book RM1,000 je pun, depa minta RM5,000 tapi of course la kami nego sampai turun RM1,000. Rumah kami adalah prime unit di mana saiznya adalah slightly bigger dengan balkoni yang lebih besar berbanding unit di lorong lain, and the best part is, kami dapat beli rumah yang hampir siap dengan harga soft launch. You know kan harga rumah adalah berbeza mengikut keadaan rumah itu, masa soft launch lain, masa construction lain, masa dah siap lagilah lain; paling mahal kalau beli rumah yang dah siap lah. So when we managed to get the house with RM100k cheaper than current market value, kami pun taknak lepaskan peluang keemasan dan proceed jelah. Alhamdulillah, rezeki anak anak. Harap harap keputusan kami ini adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga.


Sebelum masuk rumah, kami singgah Customer Service office at the post guard where we were given a bunch of key (total of 22 keys!), a welcome souvenir (a thermos), checklist untuk electrical wiring and piping (kena check semua point lampu/kipas/aircond boleh berfungsi atau tidak dan kena buka semua pipe and flush the toilet to make sure the water is running), alatan untuk mark the defect (masking tape and pen) and defect list form. Sebelum pergi tu memang dah baca banyak blog that we have to check everything, the electical wiring, the piping, the tiles, the roof (OMG nak kena naik bumbung ke??), the doors and windows adoi baru baca checklist rasa nak migrain. Nervous betul takut we missed out anything!

Semalam kami diberitahu yang for electrical wiring, piping, other small things like tombol pintu or kunci tak match, kita kena check terus and boleh file for complaint in 2 weeks only. So kena check habis habis sekarang sebelum habis warranty. But for house structure macam tiles tak even, retak di mana mana, warranty cover for 2 years. Part itu lega sikitlah ada banyak lagi masa.

So semalam kami masuk rumah dengan developer punya in-house contractor, check details segala point lampu kipas, ada several defects yang kami dah listkan dalam form tu dan akan diperbetulkan immediately and expected to complete in 5 days.





Aku sebenarnya expect that everything will be perfect during inspection, tapi ada juga problems sikit tapi malas nak stress stress sebab depa akan rectify immediately as long as it still under warranty. Weekend ni kami akan datang lagi with my parents-in-law, pak mertua aku jenis cerewet so harap beliau dapat tolong inspect dengan lebih teliti. Beli rumah ni bukan main main okayyyy, kena very teliti sebab silap hari bulan boleh makan cost ribu ribu nak perbetulkan. Hal rumah kan, takdenya nak puluh puluh ratus ratus, mesti nak makan ribu juga T__T


Aku suka area sini, ada tasik nanti bolehlah pergi jogging ke apa (kahkah jogging konon), ada shaded playground, ada maze garden, memang perumahan dalam taman dan jauh dari hiruk pikuk dunia yang sementara ni eh kau kenapa. Dah selesai our first inspection, kami pergi lunch dan jalan sekeliling untuk tengok sekolah rendah yang berdekatan yelah by the time pindah sini mesti Ammar Yusuf dah Darjah 1. Awal awal dulu we are interested in one private school kat sini, tapi bila tengok lokasi sekolah itu yang terletak di kawasan rumah kedai, potong stim terus adoilah what kinda private school is that? Tapi nanti nak pergi jugalah, jalan jalan surroundings tengok keadaan sekolah itu. Mungkin it is not so bad as it seems. Tak banyak sekolah di kawasan ini, atau mungkin kami tak habis round lagi.

Now kunci dah dapat, ada baaaaanyakkkk lagi perkara yang kami perlu buat satu persatu rasa macam adrenaline rush dah tak boleh fikir benda lain dah. Once rumah tu dah perfect dari segala defects, kami kena terus buat perkara perkara ini;

1. Grill dan tinted for all sliding doors/windows (nasib baik tak banyak sangat pintu tingkap, rasanyalah)
2. Wiring dan install lampu/kipas/aircond
3. Kitchen cabinet and build-in wardrobe (semalam tengok kitchen kabinet kat IKEA paling murah RM10k *pengsan*. Baru tahu harga! Yang rumah sekarang ni dulu kitchen cabinet dan build-in wardrobe parents-in-law belanja huhu).
4. Tempah langsir
5. Furnitures for each room. Kami plan nak lengkapkan bilik satu persatu, means dah perfect 1 bilik, baru beralih ke bilik seterusnya.
6. Furnitures for living room (sofa tak beli baru kot, sofa rumah sekarang tu elok sangat lagi sayang!). Barang lain H cakap tak payahlah bawa pindah, beli je lain sebab dah lama lagipun rumah kecil kami sekarang tidak akan disewakan pun.

Hah apa lagi eh? Betul ke tidak entah susunan kat atas ni. Yang penting, kena kerja rajin rajin dan doa banyak banyak minta Allah tolong. Kalau ikutkan sebenarnya at this moment tak tahu macam mana nak mulakan dan tak nampak lagi mana nak dapat allocation to complete the house, tapi entah kenapa aku optimis je yang mesti akan ada jalannya nanti. Mesti ada rezeki nanti inshaaAllah. Nervousnya aku!


Saturday, May 21, 2016

Facebook Page Re-activated

Hehehe. Hi! If you haven't notice I have re-activated this blog's Facebook page. If you've been with me for the past 6-7 years you would've known that this Facebook page has been created long time ago, but being abandoned once I deactivated my Facebook account.

Now I think I better fully utilize it as it already has its own follower kan, easier for you to get the latest updates of this blog without having to sign in to Google account and follow this blog.

Kalau sudi, bolehlah like page Being Husna Hadzarami, aku dah letak siap siap kat sidebar blog ini (tengok belah kanan) hehehe malu kittew, tapi mahu (terus terang jelah :p). Thanks for following, I hope this blog is still relevant to you after all these years :')



Friday, May 20, 2016

Syaitan Suruh

Remember Buku Kisah Nabi which we used for our bedtime stories?

Buying the book is one of the best decision ever, because our bedtime stories now is not only the time to tell and listen to stories, but I can also use the time for some words of wisdom, selitkan nasihat nasihat yang kalau diberikan pada waktu lain mereka tidak berapa nak dengar sangat tapi bila kita gunakan nasihat itu selepas bercerita tentang kisah Nabi, ianya sangat memberi kesan pada mereka.

Contohnya masa kisah Nabi Adam, Iblis menghasut Nabi Adam untuk memakan buah khuldi yang menyebabkan Nabi Adam dicampakkan ke bumi. Di penghujung cerita, aku selitkan nasihat yang iblis/syaitan memang sentiasa akan suruh manusia buat jahat, bila kita rasa nak buat jahat atau nak marah marah, itu sebab syaitan dah hasut kita la tu. Kita jangan kalah dengan syaitan, kita kena kuat lawan syaitan.

Contoh lain adalah seperti kisah Nabi Ayub yang diuji dengan pelbagai musibah, tanaman mati, binatang peliharaan mati, anak anak mati dan Nabi Ayub terkena penyakit kulit pula. Syaitan dah hasut Nabi Ayub supaya berpaling dari agama, tapi Nabi Ayub sabar dan terus memohon ampun dari Allah. Akhirnya Allah turunkan pertolongan pada Nabi Ayub. So aku nasihat anak anak, kita kena banyak bersabar, kalau Adam Muaz buat Abang marah, Abang kena sabar, begitu juga dengan Adik. Sebelum itu Adam Muaz ada terbaling toys pada Ammar Yusuf, tapi to my surprise Ammar Yusuf tak balas pun. So aku jadikan itu sebagai compliment untuk dia, "Macam tadi Adik baling toys kat Abang, Abang tak balas pun. Abang sabar je kan? Macam itulah Allah suka."

Lepas itu Ammar Yusuf jawab,

"Tadi Daddy marah Abang pun, Abang sabar je"

HAHAHAHAHA. Terus H datang hug Ammar Yusuf and says sorry, itulah, anak sulung awak ni memendam rasa jangan tak tahu :p

So last night, Adam Muaz entah merajuk apa dengan aku dia pergi kat Daddy dia nak sleep. Mummy tanyalah,

"Adik sinilah sleep dengan Mummy, Adik merajuk ke?"

Lepas itu Daddy dia pun tanya juga,

"Adik kenapa taknak sleep dengan Mummy?"

Dengan suara sedih pilu Adam Muaz (seperti biasa) tu, dia jawab,

"Sebab Mummy tak sayang Adik....."

Laah. Pasal apa pula ni?

Tiba tiba Ammar Yusuf tak semena mena bersyarah,

"Mummy sayanglah Adik! Mummy sayang semua orang! Adik tak baik cakap macam itu. Syaitan lah tu yang suruh Adik cakap macam tu! Adik janganlah ikut cakap syaitan!"

Hoh? Alamak. Macam ter-extreme sangatlah pula.

How do I fix this? :/



Thursday, May 19, 2016

Si Sedih

Adam Muaz ni ya Allah sentimentalnya bukan main lagi. Modal dia memang ayat sedih ye. Seriously, setiap kali mahukan sesuatu tapi tidak diperolehi, memang ayat yang dikeluarkan mesti ada perkataan 'sedih'.

Budak bertuah ni setiap pagi selalu sangat nak bawa segala mak nenek toys dia sumbat dalam beg kecil dia ke rumah Ibu (pengasuh). Aku memang awal awal lagi kalau dah nampak dia dah pegang patung Spiderman big kat tangan kanan, mainan motorcycles kat tangan kiri, teddy bear yang dipanggil Baby Boy dikepit di ketiak sebelah kanan, dan Tobot X dikepit di ketiak sebelah kiri, aku akan larang dan suruh dia pilih satuuuu je untuk dibawa ke rumah Ibu.

Tapi ayat dia memang tak ada lain,

"Nanti Spiderman sedih macam mana?"

Nanti Tobot X sedih macam mana?"

"Nanti_________(insert nama toys yang ditinggalkan) sedih macam mana??"

Pandailah awak! Takde maknanya depa nak sedih!

Sekarang ni dalam seminggu ada 2-3 kali malam yang H akan keluar jumpa client. Bila nampak Daddy dia bersiap siap selepas Maghrib, mesti dia akan tanya,

"Daddy nak pergi mana??"

Bila dibagitahu yang Daddy kena work, mulalah drama swasta, "Adik nak sleep dengan Daddy. Nanti Adik sedih macam mana?"

Kadang kadang memang sedih okayyyy dengar ayat dia, tapi lama lama dah biasa dah dan Adik pun dah boleh dipujuk dah seakan akan memahami yang Daddy perlu keluar bekerja malam sekali sekala. Tapi dia twist pula ayat lain, "Daddy kena work, nanti nak belikan Adik toys banyak" hehehe pandai pandai je dia.

And then, masa nak tidur, sekali lagi Adam Muaz ni dia akan bawa sekali segala mak nenek toys dia tidur bersama, disusun siap siap atas pillow Spiderman, Tobot X, Baby Boy dia tu, patung Elmo (besar okay Elmo ni, parat lutut orang dewasa kot!). Sudahlah kami memang tidur berhimpit himpit 4 orang, tambah pula 'anak anak' si Muaz ni, eh dah tu Mummy nak sleep kat mana??

Bila disuruh letak tempat lain, of course jawapan dia, 

"Nanti semua ni sedih macam mana???"

Dah tu toys awak jelah yang tahu sedih? Mummy Daddy takde tempat nak sleep ni tak sedih??


Adoilah anak bertuah ni.

Itulah Adam Muaz, lembut hatinya. Mudah dipujuk, manja tak terkata macam mana nak jadi abang ni? Bila gembira, tak pernah lekang ucapan "Terima kasih Mummy, terima kasih Daddy", bila buat salah, senang juga "I'm sorry Mummy, I'm sorry Daddy". Budak budak kan, they are so cute without even trying. Bila teringat anak anak ni memang rasa kembang je hati, tersenyum senyum setiap pagi drive ke tempat kerja. Alhamdulillah :)

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Wednesday, May 18, 2016

Change, For The Greater Good

Setakat bulan May 2016 ini, aku rasa inilah tahun yang paling banyak mengubah kehidupan kami suami isteri, baik dari segi personaliti, rutin harian dan pemikiran. You know, benda yang sebelum ini kita tak sangka yang kita boleh lalui dan boleh kita buat. Semuanya bermula apabila kami membuat keputusan untuk keluar dari zon selesa dan mengambil langkah untuk berniaga secara online ini. Antara perkara yang aku dapat belajar dan membawa perubahan pada diri aku;

1. Buang rasa malu

Bab buang rasa malu ini sebenarnya aku rasa tak ada masalah sangat, sebab pekerjaan tetap aku sekarang ni memang dah train aku untuk hidup tanpa muka pun hahaha. Dah biasa masuk meeting dengan muka tebal, berdepan dengan kerja yang bermasalah besar tapi perlu berdiri dengan yakin seolah olah kita bukan punca masalah, begitulah lebih kurang jadi bab malu ni aku rasa aku dah lama overcome. 

Tapi untuk promote barang kita tanpa kelihatan terlalu mendesak tapi dalam masa yang sama kita mahu prospect itu yakin dengan kita, that is the art that I need to master. Tapi untuk berniaga ni, memang kita tidak boleh malu. Jangan fikir sangat yang orang akan annoyed dengan kita, jangan malu promote barang kita, alah promote online je pun bukan kena pergi rumah ke rumah pun hehe. Sebenarnya ramai je yang tahu product kita bagus, cuma perlu diyakinkan dan perlu diberi pengetahuan dan kefahaman dengan lebih mendalam je. Itu based on my experiencelah. So nak berniaga, kena buang jauh jauh rasa malu. Buat promosi habis habisan, orang tak beli tak apa, tapi kita mahu orang tahu yang kita ada product itu dan mereka tahu siapa yang perlu dicari apabila tiba masa mereka memerlukan product itu suatu hari nanti. Itu je aku fikir.

2. Always ready for rejection

Bila aku approach 10 orang, aku memang perlu ready mental fizikal untuk di-reject 11 kali HAHA. I mean, we do our very best, we aim for the sky but at the same time we prepare ourselves for the worst. Aku rasa ini adalah antara perubahan yang I actually proud of myself jugalah. Sebab kalau you guys kenal aku ni, aku adalah jenis perempuan yang langsung tidak boleh kalah sebenarnya. If it is worth to fight, aku akan fight habis habis and I make sure I win my battle. Tapi bila berniaga, aku perlu latih diri aku untuk biasa dengan penolakan. Masa first few times kena reject tu memang frust jugalah. I mean, my product is soooo awesome why can't you seeeeeeeeeeee??? Tapi my husband relax je, kat Malaysia ni ada 25 juta orang, sorang reject ada 24,999,999 orang lagi kita boleh approach HAHAHA. So now I'm all prepared for rejection, be it through social media or face to face rejection. Okay je, dah tak rasa apa dah. Biasalah tu, ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi alhamdulillah, so far orang yang menolak proposal aku pun semuanya cakap baik baik, tak ada yang tolak kasar kasar or cakap yang bukan bukan, so thanks for making it easier for me :')

3. Be optimist

Haaa ni kesinambungan dari point kedua. Bila dah boleh menerima penolakan itu, kita jadi optimis yang mereka tolak bukan kerana mereka tidak mahu, tapi mereka BELUM mahu lagi. Kita yakin dengan product kita, lambat laun orang lain pun akan mempunyai keyakinan yang sama. Kadang kadang orang ingat kita sebagai penjual ni nak ambil untung sangat, tapi hakikatnya pembeli sebenarnya yang lebih untung. It is a business with win-win situation, if only you can see.

"Law of Attraction: When you truly want something and you go after it without limiting yourself with disbelief; the Universe will make it happen."

Kalau dah memang rezeki kita, macam mana pun ianya tetap akan jadi milik kita juga :)

4. Bekerja sebagai satu pasukan

My husband and I, we are a very competitive couple. It is good actually, except that we were competing against each other -____-". Kami sebelum ini sangat berusaha untuk menjadi yang lebih baik sampaikan ianya menjadi seolah olah satu persaingan. I think bukan kami yang  begitu, perhaps aku seorang sahaja yang begitu. I've always had this little Miss Competitive in me that makes me trying too hard to prove that I can be the best. I never intend to compete actually, not in a million years. I just want to be the best, not knowing that it leads to an unnecessary competition between me and my husband. Sigh.

But! Every since we started to involve in business line, we have become a very good team. We support each other, we share new ideas everyday, we've become so aggressive and energetic. When we are a team, we are a lot stronger. When we are a team, we are unbeatable. When we are a team, you can just bring it on.


Team H. 
Helpful and Honest. 
(Kekekeke kasi chancelah :p)

So di bawah ini aku letakkan ringkasan pelan yang ditawarkan oleh AIA Public Takaful for your better understanding.

(Klik gambar untuk lebih jelas)

Ramai sebenarnya yang memang dah ada awareness tentang Takaful ni. To my surprise, most of them are very young and still single. I mean, masa aku muda muda dan belum kahwin dulu mana peduli sangat, tapi sekarang aku tengok budak 24-25 tahun pun dah ada Takaful, dan faham pula polisi dia (ada sesetengah orang memang jenis yang subscribe Takaful tapi langsung tak tahu apa yang di-covered) dan dah boleh sembang macam macam pasal Takaful dengan kami.

Ada yang minta quotation based on what they need; contohnya jenis yang dah tahu siap siap dia nak coverage bilik RM200 sehari, setahun dilindungi sebanyak RM100,000, yang nak certain amount of hospital allowance, means dia memang dah study banyak pasal Takaful dan nak buat perbandingan dengan Takaful jenama lain. We are up for comparison, okay je nak minta quotation just to compare, we understand everyone nak yang terbaik. Ada juga yang minta quotation based on budget, means dia cakap dia ada budget RM150 je sebulan, apa yang AIA boleh offer. No problem at all, either way we are always willing to help you.

Ambillah masa sikit untuk baca, fahamkan dan tanya/bincang dengan kami. InshaaAllah you will finally get the best for yourselves too. Help us to help you. Just contact the above number, and we'll get back to you as soon as possible.


Tuesday, May 17, 2016

Boleh Percaya ke Jobdirumah.com?

One of my close friends recently asked me,

"Wey yang kau iklankan Job Di Rumah tu betul ke???"

Haha. Wey ingat aku iklan benda tipu keeeee sampainya hati sobs. But I didn't blame her though, because I also have the same skepticism sebelum cuba dulu. Masalah yang buat orang selalu ragu ragu sebenarnya bab nak beli E-Book RM50 tu je, I know. But seriously, this is serious business that you can actually try, especially when you don't have many things to do or you tak terikat dengan kerja hakiki yang lain.

For me, it is a little bit difficult because I have my own fulltime job and my job does not end at 5.30pm, it continues until night as I have to do my real job as a mother and a wife at home as well. That is why I choose the Job Di Rumah (JDR) Affiliate Program sahaja. Nanti bila dah resign kot baru aku nak betul betul fokus on doing other jobs offered.

Antara pekerjaan yang boleh dicuba;

Data-entry
Translation
Wording for Instagram/Facebook
Typing works
Or you just have to 'like' and 'comment' some Youtube channel (tapi baaanyak tau nak kena 'like' and 'comment', not as simple as that)

Semua kerja kerja yang boleh dibuat di rumah, tapi taklah semudah disangka because it requires your full commitment and a dedicated time, kalau you dah assigned to one particular job but you failed to submit within the stipulated time, your record in JDR will be affected. Benda tu macam Jobstreet juga. You know, you create your own resume, for example for data entry/typing you take a typing test (you can do it online, banyak je website for typing test) and print screen your result, that can enhance your resume in JDR and attract the employer to hire you and at the same time, you have to maintain a good record as an employee too.

Faham ke tak ni?? Itulah, susah juga nak explain kat sini, that is the reason why you need to purchase the E-Book, dalam tu memang dah explain segala benda step by step siap dengan video on how you can create your resume and apply for a job. Ambil masa sikit study the e-book, lama lama you boleh faham sendiri. Yang penting, you just need to have internet access at home untuk memudahkan kerja.

How the payment is made?

For the job that you have done, payment will be made by your employer through Paypal account, or sometimes ada yang bayar direct by online banking to your bank account. This is depends on your employer, sebelum memulakan apa apa kerja they will clarify with you (once you got the job). But choose your employer wisely, if they request you to pay for anything (like previously aku pernah kena dengan employer from Pakistan, dia suruh bayar dulu like USD20 for the software to be used to perform the job), DO NOT PAY ANYTHING. Look for other jobs. You shouldn't pay anything on top of the RM50 for the E-Book. Be careful.

How about payment for Affiliate Program?

This one is a lot easier and straightforward (that's why I only focus on this! :p). Okay for every new registration you made under your advertisement, you will be receiving and email from Jobdirumah saying that you have earned a commission of RM25.


Masa first time dapat email ni last few months rasa nak melompat HAHA. Yelah kita register bayar RM50, so bila seorang register under kita, dah balik modal RM25. Tapi based on my experience memang tak ambil masa lama pun untuk balik modal tu provided, you kena rajin.

Macam aku ni taklah aktif sangat, sebab ada banyak benda lain nak buat kan. Kalau betul betul polish lagi mesti boleh dapat banyak lagi. Tapi payment bukan dapat terus pun, and bukan dapat fixed on certain date, dia macam entah, last month punya earning, this month baru masuk. Something like that. Disebabkan payment lambat dan takde fixed date so aku takdelah anggap macam income sangat, aku just jadikan itu sebagai savings je.

And payment will be credited to your bank account (which you have to provide earlier upon YOUR registration with JDR) online. Once the payment have been made you will receive an email for notification, like below;

So kalau you guys nak some passive income sambil sambil mengadap komputer/laptop/smartphone je, bolehlah cuba. 

Click this link to register for Jobdirumah.com (JDR) or kalau nak fikir dulu and dah decide in future untuk sertai program ini, klik je banner Jobdirumah warna biru kat sebelah kanan ni. Anytime je. Walaupun duit masuk tak banyak pun, tapi okaylah untuk income sambil sambilan kan? Selamat mencuba ;)




Monday, May 16, 2016

Ammar Yusuf dan Solat

Ammar Yusuf alhamdulillah dah tahu semua bacaan solat dari mula sampai akhir. Bacaan doa selepas solat pun dia dah hafal tapi ya Allah punyalah panjang aku takut dia penat je sebenarnya. Sebab dia masuk sekali surah surah yang dia hafal dan tak boleh skip pula surah surah tu sebab dia macam perlu ikut turutan kalau tidak dia akan lost track apa yang perlu dibaca. 

Dia juga sudah beberapa kali dilantik menjadi Imam di sekolah, kalau nak diikutkan kebiasaannya hanya pelajar kelas 6 tahun yang dipilih sebagai Imam; Ammar Yusuf baru 5 tahun (mengikut kelas, kalau ikut bulan, Ogos ini baru masuk 5 tahun). Sebagai ibu bapa, sudah tentulah kami berasa senang sekali dengan perkembangan itu, malah hampir setiap masa sama ada sedang bermain atau sedang menunggu atau di dalam kenderaan, mulut dia memang hanya menuturkan bacaan solat dan juga surah surah lazim. Okaylah kan, Ammar Yusuf ni terlalu banyak cakap dan mulut dia macam tak boleh nak berhenti bergerak so daripada cakap entah apa apa baik kau betulkan hafazan sana, ada faedah sikit ;)





Photos sent by his teacher. Kecil je anak aku ni kan compare to saiz badan budak budak lain.

Tapi masalahnya, bila sudah terbiasa jadi Imam yang mana perlu baca dengan suara yang kuat ketika solat, bila di rumah dia hanya nak solat kalau dia yang jadi Imam. Kalau tidak, dia taknak solat. Kalau solat dengan Daddy dan Daddy jadi Imam pun, dia di belakang tetap baca dengan kuat juga adoi macam mana ni? Tak kusyuk Imam sebenar di depan dengar suara makmum yang nyaring di belakang T__T. Jadi untuk tidak meruntuhkan semangatnya yang sedang berkobar kobar tu, setiap kali waktu solat, kami biarkan dia sentiasa jadi Imam, dengan bermakmumkan Adam Muaz :')


Mendidik anak ke arah hidup yang berlandaskan agama ini jujurnya memang tidak mudah, bagi kamilah. Kami ibu bapa perlu jadi contoh yang paling baik supaya dapat menghidupkan suasana agama di dalam rumah. Susah nak didik anak ke arah agama, kalau kita sendiri ke laut. Serious aku cakap, sebab anak anak akan ikut apa yang dia nampak kita buat, bukan ikut apa yang kita nasihat. Kita nasihat panjang berjela tapi kita sendiri tak practice what we preach, macam mana anak kita nak percaya apa yang kita nasihat kan?

Untuk melakukan semua itu, we have to be very very patient. Anak tengah bersemangat nak buat benda baik, kita jangan lemahkan semangat dia. Contohnya Ammar Yusuf ni kadang kala pukul 9-10pm baru nak solat Isyak, masa itu dah tutup lampu semua dah siap sedia untuk tidur dah, dia kata nak solat. Aku jujurnya memang dah ngantuk sangat rasa nak merungut juga, tapi takkan kita nak kata tak payahlah solat, or solat esok jelah. Kita kena juga bangun dan buka lampu, teman dia ke bilik air untuk ambil wudhu, tunggu dia di tepi sambil dia bersolat sampai habis. Ataupun selepas solat Maghrib biasanya aku peruntukkan 10-15 minit untuk aku membaca Al-Quran, masa itu jugalah dia nak suruh aku tengok dia baca Iqra', biasanya memang begitulah dia, bila nampak Mummy mengaji dia pun nak mengaji (which is good actually) cumanya kita kena fokus pada dialah instead fokus pada bacaan kita. Kadang kadang kalau macam penat sangat aku hampir je nak cakap "Abang nantilah mengaji, bagi Mummy mengaji dulu" or "Abang tak payahlah mengaji malam ni, esok jelah Mummy tengok Abang mengaji" tapi memang tak sangguplah nak cakap, karang elok elok dia nak buat benda baik terus taknak buat dah sampai besar, satu hal pula.

So the key point is, kita memang kena banyak bersabar, and obviously being patient is not really my best talent.

Aku sebenarnya tengah sedih sikit ni. Pagi tadi adalah kali pertama Ammar Yusuf bangun untuk solat Subuh, dari malam tadi sebenarnya lepas solat Isyak aku bagitahu dia, 

"Esok pagi kalau Abang bangun awal, boleh solat Subuh. 2 rakaat je"

Masa tu dia tanya, "Macam sunat Dhuha ke 2 rakaat?"

"Ye sayang, macam sunat Dhuha. Tapi ni solat Subuh."

Ammar Yusuf is not really a morning person jadi untuk bangun pagi itu memang satu kesukaran bagi dia, kena berkelahi, ugut itu ini baru dia bangun. So aku mulakan pendekatan baru, malam tadi aku cakap dengan dia esok kena bangun awal, tapi bukan sebab Abang perlu ke sekolah, tapi SEBAB ABANG KENA SOLAT SUBUH. 

Agak berkesan jugalah, sebab pagi tadi dia bangun awal sedikit, sedikit je dari biasa taklah awal sangat. Semangat nak mandi, dan sedia untuk solat Subuh. Masa itu dah pukul 7 lebih dah pun. Subuh gajah, tapi tak apalah dia kecil lagi harap harap esok esok boleh improve. Tapi bila tiba waktu untuk solat, dia insist nak baca niat sunat Dhuha. Sebab dia kata niat rak'ataini tu untuk sunat Dhuha. Aku pagi pagi memang perlu segalanya berjalan dengan lancar so aku dah geram sikit berulang kali ajar dia niat solat Subuh pun dia insist nak baca niat sunat Dhuha. It's like he didn't trust me, teacher je betul Mummy ajar tak betul stress okayyy. Di sekolah memang tak ada belajar niat solat Subuh, dia hanya belajar untuk solat sunat Dhuha, solat Zuhur dan Asar sahaja. Solat Maghrib dan Isyak kami sendiri ajar di rumah, cuma untuk Subuh ini adalah kali pertama untuk dia.

Aku sudah bersiap untuk ke tempat kerja, dan jenis aku ni kalau aku dah bangun awal and make sure everything is in order, I don't want anything to spoil it. My morning has to be perfect, because it reflects my mood for the whole day. Kalau mood pagi aku jahanam, sampai ke petang aku akan badmood. Jadi untuk tidak merosakkan suasana, aku biarkan je dia berdiri terpinga pinga atas sejadah, refusing to recite niat for Subuh but didn't have the confidence to carry on with Dhuha in case it might be wrong. Ammar Yusuf begitulah dia, dia perlu diyakinkan dengan bersungguh sungguh, dipujuk dengan kelembutan dan diberi sepenuh perhatian untuk dia baru dia boleh bergerak. It's so time consuming and I don't have that much of a time this morning. Ianya berakhir dengan I stormed out of the house, not even salam and kiss him as usual because I was so upset that he refused to listen to me.

Later at the office I called his father and asked whether he performs the Subuh prayer, H said he didn't, sampai ke sudah dia taknak solat. I feel so guilty. I mean, he already had the intention and the understanding about it, we just have to be more patient! We should be more patient. Sigh. Tak apalah, we'll try again tomorrow. Perhaps we should wake up a little bit earlier than usual so that we have enough time for him alone. Ya Allah permudahkanlah urusan aku dan tingkatkanlah kesabaran aku dalam mendidik anak anak. Ameeen..


Saturday, May 14, 2016

Peperiksaan Pertama Ammar Yusuf


Received this from my son's school teacher and I straightaway informed my husband,

"Sayang, Abang exam tau next week."

We both tergelak kecil. Besar dah anak aku ni, dah kena mengadap peperiksaan dah hehehe.

"Nak suruh dia study apa weekend ni?" tanyaku. Takdelah panik ke apa, tapi taknaklah ambil mudah je. Kesian kat teachers kalau semua parents ambil mudah. Kesian kat anak juga.

"Hmm entahlah. Suruh dia tengok tengok buku dia la kot."

Ammar Yusuf tu tak perlu disuruh pun balik sekolah akan buka buku dan baca dengan suara nyaring dia tu, such a nerd, like Aunty Hana hahahaha. Mama cakap Kakna masa kecil begitulah, takde berkawan sangat, hanya berkawan dengan buku saje tipikal anak sulung betul :') Harap harap Abang membesar sebagai seorang yang awesome lah macam Aunty Hana juga. Mummy dia ni mediocre sangat, nothing extraordinary.

So anak 5 tahun nak exam ni, nak suruh study apa? Mummy dia dok tergelak gelak je tak serius pun nak ajar anak hadoi. Taknak dia stress sebenarnya, and most importantly taknak Mummy stress. Tapi tak boleh dibiarkan tanpa panduan, karang terumbang ambing pula anak aku.

Suruh dia baca buku santai santai jelah ye ek. Aku rasa bab membaca macam okay je nampak, bab menulis je ya ampun! Tak cukup latihan motor skills agaknya semasa bayi alah kesian dia. Tapi nak marah sangat pun tak boleh, sebab tulisan Mummy pun sama buruk juga! T__T





Thursday, May 12, 2016

Sesuatu Untuk Disyukuri

Bangun pagi dengan semangat membara lain macam. Solat Subuh dengan tenang, doa dengan tersenyum senyum. Allah Maha Baik.

H managed to close another 2 deals for Takaful last night and I couldn't be any happier. Setiap kali beliau keluar untuk jumpa his potential customer, berkoyan koyan doa aku panjatkan supaya dia dapat yakinkan potential customer itu tentang kebaikan memiliki Takaful. Jujurnya apa yang aku lihat sekarang, ramai yang dah bijak pandai dan sedia maklum tentang Takaful, I mean bukan macam zaman dulu yang orang lari dari Takaful agent. Sekarang ni dah ramai yang cari sendiri Takaful agent, mereka sudah faham, sudah tahu kepentingannya dan bersedia untuk melabur untuk hari esok yang kita tidak tahu apa akan terjadi. Cuma yang jadi their main concern hanyalah Takaful jenama apa yang offer the best coverage at the best price.

Tak apa, this handsome man is always ready to explain further (haha tak boleh blah).


Born to be a champion. He's marrying a champion too so of course, you know.... :p


Kalau korang rasa macam nak tahu apa yang AIA Public Takaful can offer, you can just WhatsApp the above number and he will try to call you secepat mungkin. Nak explain dari WhatsApp ni leceh sikit nak taip panjang panjang, lagi senang kalau cakap melalui telefon or even better, set an appointment to meet up. No pressure, just a leisure talk, cerita dengan lebih mendalam dan tiada paksaan.

On a different note, a happy note I must say; we've just being informed that we can already collect our new house key!! OMG I almost jump with excitement the moment H called me to save the date for the key collection. After all the sweat, blood and tears (lebih lebih pula), segalanya hampir menjadi nyata ya Allah rasa syukur sangat. This is our dream house, my children totally in love with this house and already booked their own room eleh entah entah dah ada bilik sendiri pun still tidur bergelimpangan lagi 4 orang hug hug haha =))))

Honestly when we decided to buy this house, we were not actually in a good financial situation. Selepas membuat perkiraan and taking into accounts every single thing, memang nampak bajet akan jadi terlalu tight dan ngam ngam sangat! Tiada allocation untuk emergency fund langsung. Masa itu dah set dalam otak yang bila rumah ini dah siap dan dah start kena bayar nanti, kena berjimat cermat gila gila, kena catu perbelanjaan, dah tak boleh pergi bercuti, kena rajin puasa (huhu sedih tahap macam itu). But when the time really comes, well, it isn't that bad pun. Like seriously, I still eat whatever I want during lunch time, I still buy new clothes for me and my children, we still go on holiday once a month or two.. In fact ada kawan aku pun cakap benda yang sama. Bila dah commit untuk beli rumah, dia sangka lepas ni hari hari akan makan nasi dengan ikan bilis jelah, tak mampu dah nak beli benda lain, but turns out kehidupan kita selepas itu berjalan seperti biasa saja. Masih makan apa yang kita makan sekarang, masih boleh berbelanja lebih kurang. What I'm trying to say is, rezeki Allah itu sangat sangat luas. datang dalam pelbagai bentuk dan hadir pada masa yang kita tak sangka sangka pun! Mesti ada jalannya, mesti akan ada caranya yang sebelum ini kita tak pernah tahu pun. We have to have faith in Him. Tawakkal dulu, baru usaha. Sebab kita berjaya bukan kerana usaha kita, kita berjaya kerana tawakkal kita pada Allah.

Bersedekah ketika kita miskin.
Berbuat baiklah dengan keluarga, make your parents happy setiap masa, bukan occasionally.
Jangan jangan jangan berkira dengan adik beradik.
Solat awal waktu (nak kena improve lagi ni!)
Be positive!!

Terlalu banyak perancangan untuk rumah baru kami ini. We want to do it right this time from the very beginning, slowly pasang apa yang patut, letak perabot satu persatu. Nak buat cantik cantik, bukanlah bombastik sangat tapi at least cantiklah di mata kami. Kena kerja kuat lagi ni, kena doa banyak banyak merintih merayu minta Allah tolong. Rumah yang kami duduki sekarang inshaaAllah tidak akan dijual atau disewa, kami nak simpan untuk tempat persinggahan pada bila bila masa, that is our plan for the time being. Sayang tau rumah ini! Walaupun kecil, tapi sangat bermakna buat kami, this is the place where our children grow up, terlalu banyak kenangan kami di sini. Haih sedih pula rasa.

Alhamdulillah for everything, it might be insignificant for some, but it means a lot to us. We want to do better everyday in every single way. Physically, financially, spiritually dan dalam masa yang sama kami mahu lakukan segalanya dengan gembira. Trying my best not to stress out and trying to focus one thing at a time. Banyaknya benda dalam kepala aku ni, nervous, but we can do it inshaaAllah :)


Monday, May 9, 2016

BIG SALE!

Just a quick update on a big sale for Tissa Advance Hair Tonic.


1 bottle for RM130
2 botttle for RM230
3 bottles for RM330
(All prices inclusive of postage fees)

OMG T_____T

So kalau beli 3 botol, harga sebotol jatuh RM110 wuwuwuwu murahnya rugi sangat kalau tak grab sekarang. Bolehlah ajak kawan kawan share beli sama sama or beli untuk simpanan stok sendiri for your long term benefits.

Cepatlah weyyy geram aku. Excited tahu tak! Grab your own bottle now =')

WhatsApp/SMS/Telegram: +6016 - 232 4492
Takpun kalau malas nak simpan nombor ni boleh send je private message at Husna Hadzarami's FB Messenger or Instagram.


Jangan biarkan kebotakan menghantui hidup anda.

Alert: This promotion is valid until 31st May 2016 only, or while stocks last. Thank you!



Sunday, May 8, 2016

Happy Mother's Day!


So today I received the first Mother's Day card ever from Ammar Yusuf which he made at school.


Or rather, Ammar Y4s4t =))))))))) Tak pernah lagi betul ejaan nama Yusuf tu, yang 'Ammar' dia memang pandai dah.


'Saya sayang mama'. Apparently 'Mummy' is too difficult to spell =)))

Aku tanya dia, "Ni Abang sayang Mama siapa ni?"

Ammar Yusuf jawab, "Sama je Mama dengan Mummy, sama je. Kadang kadang Abang panggil Mama juga" Bila masa entah. Tapi takpe, it's the thought that counts :') Anyway nampak tak gambar dua orang lidi kat atas tu, hah itulah Mummy dengan Abang katanya. Mummy pakai kain kembang warna purple dia cakap. I asked kenapa Mummy tak pakai tudung? Dia jawab, "Abang terlupa!" Hahahaha. Ada ada je awak ni. Yang 7 kuntum bunga tu dia baru lukis tadi, sebab dia kata terlupa nak lukis bunga kat school hari itu. Sabar je aku tunggu dia habis lukis dan color tadi baru boleh ambil gambar :')

Menjadi seorang ibu, aku takkan kata ianya indah setiap masa. It was exhausted and frustrated at times. But it's definitely something that I won't ever trade for the whole world. Menjadi seorang ibu, membuatkan hidup kita lebih bertujuan. Menjadi seorang ibu menjadikan kita seorang yang tidak akan pernah berputus asa; mothers never give up! If you feel like the whole world is against you, know that you are never alone. It's you and your mother, against the world.

Happy Mother's Day to my most incredible women; my mom and my mother-in-law. Both Mama and Ummi adalah ibu kepada anak yang ramai and hanya Allah yang mengetahui apa yang mereka telah lalui dalam membesarkan anak anak mereka. I pray for the highest Jannah for my moms, because they definitely don't deserve any less than that for everything they have done. Also to my sister, my sisters-in-law, and my children's babysitter, you guys are amazing moms and I learn a lot from you too. And to all mothers out there, have a good rest today :)


Friday, May 6, 2016

Buku Kisah Nabi (Part 2)

Thanks to Wanie Mahir, Ily and Aisha for the suggestions on where should I get the Buku Kisah Nabi in the previous post, I really appreciate all your suggestions! However I had actually bought it myself during lunch time yesterday at one of the bookstore at The Mines, but still, thank you for your kind recommendations :)


25 Nabi Utusan Allah. RM34.90. Aku memang nak buku yang ringkas, yang menarik untuk dibaca kanak kanak, yang mudah difahami. Sebab untuk budak budak kan, kalau untuk bacaan aku memang kita nak cari yang se-detail yang boleh, sedalam dalamnya ilmu kan. This book is quite nice, I must say. The moment I told him that I have bought his Buku Kisah Nabi, bulat terus mata dia bersinar sinar OMG priceless betul reaction dia =')


Isi kandungan. Cerita ringkas 25 orang Nabi,


Setiap suku kata dibezakan dengan warna so I think it is good for young children yang baru belajar membaca.


Di penghujung setiap kisah Nabi itu disertakan juga pengajaran yang boleh diperoleh.

I'm actually glad that I bought this book, it's like, bringing our bedtime stories to a whole new level. I decided to tell one story a night so that we'll have 25 nights to finish this book. So malam tadi kami bermula dengan Nabi Adam (yang membuatkan Adam Muaz tersipu sipu sebab sama dengan nama dia haha), but one thing I have to tell you, bila you dah decide nak cerita kisah Nabi dengan anak anak, you kena prepare yourselves to answer banyak soalan dari anak anak. Because you know, cerita Nabi ni banyak mukjizat, banyak perkara ghaib yang tak dapat digambarkan oleh anak anak secara logik akal.

Contoh soalan Ammar Yusuf malam tadi;

Kenapa Allah cipta Nabi Adam dari tanah? Abang pun dari tanah ke? Dalam perut Mummy ada tanah ke?
Allah turunkan dari Nabi Adam dari syurga ke bumi, syurga tu kat mana (sambil bagi his earth globe, expecting me to show which part in the globe is 'syurga').
Buah khuldi tu macam mana? Kenapa tak boleh makan? Dalam syurga tak ada ke buah epal untuk Nabi Adam makan? Buah oren?
Kenapa syaitan pun ada dalam syurga masa Nabi Adam dalam syurga?

Soalan soalan macam itu, kita tidak boleh simply jawab sebarangan just to satisfy him, tapi tak boleh juga jawab dengan detail disertai dalil dalil untuk budak 3 tahun dan 4 tahun lebih, so kena pandai pandai dan jawapan itu kena benar walaupun tidak secara detail.

Anyway, selepas mengulangi kisah Nabi Adam untuk kali ketiga (they never had enough of it and keep on saying, "Nak lagi Mummy!" everytime I finished T___T), I switched off the light and kami berbaringan while hugging each other. Ammar Yusuf tiba tiba tanya,

"Syurga tu best kan Mummy?"

"Yes sweetheart, best sangat. Abang dengan Adik kena jadi anak yang baik, baru masuk syurga."

"Bila kita boleh masuk syurga?" he asked again.

"Nanti lepas meninggal dunia, dah hari khiamat, lepas Allah dah tengok Abang ni memang budak yang baik, bolehlah masuk syurga," I explained, trying to make it as simple as possible.

"Mummy nak masuk syurga?" tanya dia lagi.

"Mestilah! Semua orang nak masuk syurga.."

"Tapi Mummy tak meninggal pun," innocent je ayat kau kan HAHAHA.

"Abang nak ke Mummy meninggal? Abang tak sayang ye Mummy??" aku pura pura kecil hati.

"Abang sayang Mummy. Kalau Mummy meninggal dunia, nanti Abang cry sampai mata Abang tak nampak apa apa dah.."

T_______T

Walaupun cerita itu macam Kassim Selamat, tapi tetap mampu menyentuh hati Mummy, nak :')


Thursday, May 5, 2016

Buku Kisah Nabi

Baru baru ini pulang sahaja dari sekolah, Ammar Yusuf tidak henti henti bercerita tentang kisah Nabi yang dipelajari di sekolah. Masa itu hanya dua Nabi yang dia tahu, Nabi Nuh dan Nabi Yunus.

"Nabi Yunus masuk dalam perut ikan nun, dalam perut ikan nun Nabi Yunus doa minta maaf dengan Allah banyak banyak, Allah keluarkan Nabi Yunus."

(Mummy straightaway Googled 'apa itu ikan nun' haha. Sebab setahu aku Nabi Yunus ditelah ikan paus. Apparently ikan nun adalah ikan yang mirip ikan paus, oh baru tahu).

"Nabi Nuh naik atas kapal. Animals semua ikut Nabi Nuh. Tapi ramai orang taknak ikut. Sebab Nabi Nuh sembah Allah. Orang lain sembah patung. Lepas tu Allah turunkan bahala (bala) kat semua orang yang tak sembah Allah".

Begitulah lebih kurang kisah Nabi Yunus dan Nabi Nuh yang diceritakan oleh Ammar Yusuf. Then Ammar Yusuf tanya Nabi kita ada 2 orang je ke?? Dalam otak Mummy cepat cepat sing lagu Adam Idris Nuh Hud Salleh yang lagu Raihan ke siapa entah tu HAHAHAHA nak kira berapa orang Nabi kita sebenarnya. Dah tua, banyak perkara dah lupa.

"Taklah, Nabi kita ada ramai, yang wajib kita ingat ada 25 orang." jawabku dan terus nyanyikan lagu itu bersama sama. Lepas itu aku dengan ringan mulut terus berjanji manis, "Nanti Mummy belikan buku cerita kisah Nabi ye, Mummy bacakan untuk bedtime stories kita". Lesson learnt; JANGAN BERJANJI SEBARANGAN DENGAN KANAK KANAK, SEBAB MEREKA TIDAK AKAN LUPA!

Keesokan harinya, balik sahaja dari sekolah, first thing dia tanya adalah, "Mummy dah beli ke buku kisah Nabi??" Allah. Mummy lupa! Memang lupa okay! Begitu juga hari hari berikutnya sampai dia pun dah tak tanya, aku assume dia sendiri dah lupa.

So yesterday was Adam Muaz's 3rd birthday. Biasanya untuk birthdays anak aku dua orang tu, kami akan beli hadiah yang boleh digunakan bersama, or bermain bersama atau kami pergi bercuti bersama, you know, to avoid jealousy or berebut ke apa kan. But this time around, my husband and I have decided to buy something personally for Adam Muaz (and will do the same for Ammar Yusuf for his birthday too don't worry). So bila Ammar Yusuf masuk kereta dan nampak kotak hadiah Adam Muaz tu, aku dengan lembut menjelaskan,

"Abang, hadiah ini untuk Adam Muaz ye. Sebab ini birthday Adik. Kalau Abang nak main, kena minta izin dengan Adik dulu okay? Nanti birthday Abang, Mummy beli hadiah untuk Abang seorang pula. Boleh kan?"

Ammar Yusuf hanya menganggukkan kepala.

"Birthday Abang bila? Tahu tak?" Saja aku menguji.

"Birthday Abang bulan August," jawabnya. Dia baru belajar nama 12 bulan setahun tu, melalui lagu Didi & Friends hehe. You guys should really let your children watch that show.

Sambil memandu, I casually asked,

"Nanti birthday Abang bulan August tu, Abang nak hadiah apa?"

Slowly, dia jawab,

"Abang nak buku kisah Nabi....."

DEFINITELY. THE. WORST. MOM. EVER.

Dia ingat lagi rupanya OMG WHAT IS WRONG WITH ME permintaan senang macam itu pun aku tak dapat nak ingat untuk belikan oh Tuhan T_________T

Now you guys please help me, mana aku nak cari buku kisah Nabi yang menarik untuk kanak kanak???


Wednesday, May 4, 2016

Cheeky Boy Turns 3!

Adam Muaz main sepah sepahkan Lego. Mummy suruh kemas.
Adam Muaz jawab, "Nanti Adik penat macam mana??".

Habis tu awak jelah yang tahu penat??!

Dalam kereta pasang aircond kuat, Adam Muaz pegang buku Boboiboy. Mummy tanya, "Adik baca buku apa tu?"
Adam Muaz jawab, "Adik tak baca pun. Nanti angin masuk dalam mulut Adik macam mana?"

Awak cakap banyak tu lagilah banyak angin masuk mulut!

This boy, I tell you, can be very sarcastic at times too.

Dalam bilik kedengaran Ammar Yusuf memarahi adiknya, entah tidak tahu apa punca.

"Adik tak baik cakap tipu tau! Nanti Allah marah, Allah turun bahala (it's actually 'bala', new word he just learnt selepas mendengar cerita Nabi Nuh naik bahtera dan Allah turunkan bala pada umat Nabi Nuh yang ingkar). Adik kena minta maaf dengan Allah!"

Adam Muaz dengan selamba menjawab, "Okaylah. Minta maaf Allah."

T___T

Ada suatu malam Adam Muaz refused to kemas toys yang disepahkan (again -____-"). Sebelum itu mereka berdua tu baru pulang dari rumah Nanny dan masing masing memegang sebungkus biskut. Ammar Yusuf dengan tegasnya berkata,

"Adik kalau tak kemas toys, Adik tak boleh makan biskut!'

"Malam malam tak elok pun makan biskut," Adam Muaz responded, full of sarcasm sampai abang dia terdiam tak tahu nak balas apa =))) Totally inherited from his father.

My goodness, this cheeky little boy.



Happy 3rd Birthday, Muhammad Adam Muaz. You have no idea how much you have brighten our lives. Sangat menghiburkan hati, sangat menceriakan suasana. No word can describe how much I love you and I hope you know that I will always be by your side, showering you with all the loves in the world. May Allah make it easy for you, always guide you the right path and protect you from any harm. For more and more birthdays to come, inshaaAllah.