expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 23, 2016

Working Mom vs Stay-At-Home-Mom

Boring kan topik ni? 

Sepanjang 7 tahun aku bekerja aku dah memang menyampah dengan topik ni, bila aku dah jadi suri rumah lagilah menyampah dengan topik ni. Aku dah baca banyak post pasal ini dari sudut ibu bekerjaya, ibu tak bekerja dan juga ibu yang bekerja dari rumah. Masing masing nak justify pendapat masing masing, entah apa yang nak dibuktikan.

Bila baca topik ini, I can see that some of them were actually missing the point. Bagi aku kan, tak kiralah kau bekerja kat luar rumah ke, bekerja dari rumah atau tidak bekerja dan totally depends on your husband financially, it's about adding values to your life and even better, to other people's life. Maksud aku, okay cuba tanya diri sendiri;

Adakah apa yang kau buat sekarang menggembirakan kau? 
Membuatkan kau menjadi manusia yang lebih baik? 
Membantu orang lain menjadi manusia yang lebih baik?

Tidak kiralah sikit atau banyak, setiap manusia ada tanggungjawab untuk memberi nilai (value added) pada diri sendiri/keluarga/masyarakat. Aku rasa ianya bergantung pada which part of the job we can be awesome at. Sebab kalau kita hebat, gembira dan feel good about ourselves dengan apa pekerjaan kita sekarang (bekerja di luar atau di rumah), it really reflects our behaviour as a mother at home too.

Biasanya orang yang gembira di tempat kerja, pulang saja ke rumah dia akan jadi ibu yang baik juga. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya agak sedih juga bila ramai ibu yang bekerja di rumah, mereka sendiri potray themselves sebagai tak ada kehidupan yang hype dan menggembirakan, hidup mengadap anak semata mata, dan digambarkan sebagai siang malam hanya mengadap anak dan kerja rumah tanpa henti, sunyi, tak dapat melawa, dan sebagainya. Bekerja dari rumah adalah satu nikmat yang tidak seharusnya didustakan. Ramai ya  Allah, ramai sangat yang NAK SANGAT berada di tempat you sekarang, tapi tidak mampu lantaran desakan ekonomi dan tidak jumpa pekerjaan yang sesuai untuk dibuat di rumah.

Bertahun tahun aku mengimpikan untuk berada di tempat aku sekarang. As cliche as it sounds, melihat anak membesar di depan mata sendiri adalah satu kepuasan yang membuatkan aku tersenyum sebelum tidur. Bila anak kita berkelakuan baik dan berprestasi cemerlang, kita boleh berasa bahagia dan bangga kerana kita adalah sebahagian besar yang mendorong kejayaannya, dan bila anak kita bermasalah, kita boleh merangka perancangan dan berusaha mengubah keadaan tanpa perlu rasa bersalah atau cuba menyalahkan orang lain untuk menyenangkan hati sendiri (pengasuh, anak pengasuh, anak jiran, kawan sekolah, anak orang lain yang pengasuh jaga etc).

The truth is, quality is better than quantity. Untuk ibu yang bekerja di luar, cuba seboleh bolehnya untuk meletakkan anak anak sebagai keutamaan teratas; balik on-time, no handphone when you're at home, focus on your children, listen to their stories regardless how tired you are. Kualiti masa bersama anak anak adalah lebih penting berbanding kuantiti. Sebab believe it or not, ramai sebenarnya ibu yang konon bekerja di rumah tapi tak tengok mata anak pun bila berbual (mata hanya fokus pada handphone/laptop), tak spend masa main dengan anak pun, tak masak pun untuk anak, tak monitor schoolwork anak. Tiada pertandingan di sini, you know yourselves better, you know your children better.

Masa aku bekerja di pejabat, aku sedaya upaya untuk spend 2-3 jam bersama anak anak di rumah sebaik mungkin, dan bila aku sudah bekerja di rumah, of course I want to be a better mother than before. Anak anak kalau bawah 6 tahun ni, perangai mereka adalah refleksi kelakuan kita terhadap mereka juga tak boleh nak salahkan orang lain. Bila mereka kecukupan dari segi kasih sayang, kenyang perut dan perhatian, inshaaAllah mereka takkan ganggu pun bila kita cakap "Mummy nak buat work sekejap ya, Abang Adik main dulu". At least that's how my children are. Kalau mereka buat hal terjerit jerit minta perhatian menangis mengamuk, almost always mesti ada sesuatu yang kita kurang berikan ketika itu. For my case, biasanya sebab utama adalah lapar. So kalau aku taknak stress, aku dah plan segala benda seawal mungkin. Mandi awal, makan awal, spend setengah jam ke satu jam untuk layan mereka main Lego atau berlakon/role-play. Masa layan tu memang betul betul layan, bukan layan tapi mata pandang ke lain. I really into their play, bersungguh sungguh siap dengan costume dan suara watak yang berbeza 😆

Sebab bila mereka puas, inshaaAllah mereka takkan ganggu kita. 3 bulan aku berada di rumah, rasanya dah cukup faham how they roll. Bila dah puas makan, badan dah bersih dan wangi, dah puas hati kita main dengan dia, there you can have your own working time. Anak anak ni bukan tamak, mereka hanya nak sekelumit je masa kita bersama mereka itu pun sudah cukup menggembirakan mereka. You tak sedar sebenarnya anak anak kita can be more understanding than we thought. Cuba ikhlas bersama anak anak, ketawa bersungguh sungguh dengan lawak mereka yang innocent tu, you sebenarnya boleh benar benar happy kalau you pandang kehidupan you itu sebagai sangat menyeronokkan dan you pandang anak anak sebagai sangat polos dan menggelikan hati 😂

I take my job seriously, tapi aku taklah bekerja menggila pun. Aku set certain target setiap bulan, bila dah lepas target tu aku tak aim higher dah sebab aku taknak tamak, otherwise you'll lose other things yang lebih berharga, masa bersama anak anak. Jujur aku cakap income aku bukan 5 angka pun, umur macam aku ni income masih belum 5 angka sebenarnya nampak macam tak cukup je kan? Aku dapat RM5-7k sebulan aku dah stop dah takde buat sales dah dan sambung semula pada awal bulan depan. Matlamat utama hanya untuk cukup bayar komitmen bulanan, hulur kat Mama Baba, belanja anak anak sikit dan penuhi keinginan sendiri lebih kurang je bukan nak mewah mewah pun. Sebab aku takut bila aku dah mindset certain target and managed to achieve lepas tu aku tamak nak naikkan lagi target, Allah tarik semula nikmat itu. Aku selalu tanya diri sendiri, aku nak kejar apa sangat sebenarnya? Nak kejar apa Husna oi?? Then only aku boleh rasa tenang dan bahagia. Sebab itulah you kerja di pejabat ke, kerja di rumah ke, even kalau tak bekerja langsung pun, penting untuk setiap dari kita berasa kecukupan. Cukup dengan apa yang kita ada, jangan berlebih lebihan because otherwise you will have to sacrifice something and sadly, most of us choose to sacrifice the wrong thing.

Apa yang you sedang buat sekarang, make the most of it. Masa bekerja di pejabat/di rumah, make the most of it. Masa bersama anak anak, make the most of it. Kita bahagia dan anak anak kita bahagia bukan disebabkan pekerjaan kita, tapi kerana kita pilih untuk ikhlas bahagiakan diri sendiri ketika bekerja dan bahagiakan anak anak apabila bersama dengan mereka 😘


No comments:

Post a Comment