expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 10, 2016

Penapis Udara Paling Berbaloi!

Rasanya dah selalu dah aku cakap anak anak aku ni sensitif habuk. Senang je terkena selesemalah, semputlah. Itu baru anak, belum cerita bapa dia lagi. Rumah berhabuk sikit, bersin tak henti henti. Kalau bapa dia lagilah, bersin dia datang sekali dengan pakej lapar dan moody. Akulah yang kena melayan zzzZZzzz -____-"

Dulu kerja aku ni takde lainlah, dok sapu rumah lap perabot je. Rumah aku ni, haih tak tahulah mungkin sebab dikelilingi construction area memang senang berhabuk. Aku memang selalu dalam dilema, nak tutup tingkap rasa macam suffocating dalam rumah sendiri. Tahu kan indoor air quality kalau tutup tingkap lagi teruk dari kat luar? Sebab habuk terperap setempat tinggal nak disedut masuk dalam badan je. Dahlah rumah aku ni bukan besar mana. Scary bayangkan. Tapi bila buka tingkap, macam macam bau ada nak nak jiran bawah entah apasal entah hobi dia memang dok bakar sampah, tension je aku.

Then baru baru ini ada kes denggi area sini, setiap kali ada kes denggi memang berhari hari orang buat fogging keliling flat sini. Lemas gilaaaaaa. So memang nak taknak perlu ada penapis udara dalam rumah.


Aku guna ini, Cuckoo Plasma Ionizer Air-Purifier B-Model. Haa panjang nau namanya, orang panggil B-Model je. Sebenarnya ini bukanlah penapis udara pertama aku, last few years aku pernah pakai jenama lain dari Korea juga. Sama je fungsinya, agak berkesan juga, tapi harganya RM110 sebulan UNTUK 5 TAHUN. Gilaaaaa. Masa tu takde option lain so proceed jelah, fikir anak anak je sebenarnya.

RM110 x 60 bulan = RM6,600.

RM6,600 untuk penapis udara je? Gila ke apa? So habis je minimum kontrak dia 2 ke 3 tahun entah, aku stop terus. I mean, penapis udara hanyalah penapis udara, apa yang specialnya sampai kena bayar RM6,600 betul tak? So lepas tu aku cakap dengan husband nak tukar ke B-Model ni. RM120 sebulan. Husband cakap kalau lagi mahal tak payahlah tukar, sekali rupanya RM120 ni untuk 3 tahun je.

RM120 x 36 bulan = RM4,320.

Adoi total beza 2ribu lebih rugi besar... T_____T. To my defense, masa pakai jenama lain dulu rasanya Cuckoo ni belum masuk Malaysia lagi. Kalau masa tu dah ada memang aku tak fikir panjang dah, terus pakai je Cuckoo ni.


Aku letak B-Model ni tempat di mana kami sekeluarga selalu berkumpul, so ruang tamulah. Dulu masa beli tu study sikit kat website Cuckoo, dia kata boleh cover 500sqft macam tu je. Tapi benda ni aku letak ruang tamu, bila aku masak kat dapur pun dia boleh detect lagi perubahan udara. Apparently dia boleh cover up to 1000sqft. Okaylah kot kan? Takkan nak expect suruh cover satu blok ni pulak :p


Bila anak tidur, aku tarik sekali B-Model ni masuk dalam bilik. Senang, sebab benda ni ada roda. Penapis air jenama lain yang aku pakai last year tu takde roda, duduk statik jelah kat ruang tamu tu so tak dapat nak fully utilized fungsinya. Yelah anak anak aku ni kadang kadang main dalam bilik, takde orang pun kat living room so macam membazir je. Nak harap aku angkat penapis udara ke sana sini dengan tenaga aku yang tak seberapa ni, memang mohon ampunlah. Takde maknanya.




Dah macam bayang bayang dah B-Model ni, mana ada anak anak aku di situlah ada benda alah tu =)))

Bagus tau pakai benda ni, alhamdulillah dah jarang dah anak anak sakit or semput ke. Bapak dia pun dah takde dah bersin bersin so mood sentiasa okay je hehe. Paling penting, aku tak payah dah nak hari hari lap perabot huhuhu penat okayyyy macam menyesal juga pakai perabot hitam, senang je nampak habuk stress aku. Aku notice ramai yang pakai ini kalau rumah ada kucing. Yelah ada orang jenis suka kucing, tapi allergy bulu kucing. Haa macam mana tu? So kenalah ada penapis udara kat rumah untuk perangkap bulu bulu kucing yang berterbangan dan tak nampak dengan mata kasar. Aku ni jenis suka fikir yang bukan bukan, kadang kadang bila pergi rumah orang yang ada kucing tapi takde penapis udara dok terbayang bayang anak aku sedut bulu kucing masuk hidung huhuhu meremang bulu roma. Itulah tak elok fikir pelik pelik sangat kan, but I just couldn't help it :(

Sebab aku dah tengok sendiri setiap 4 bulan Cuckoo ni datang servis, berapa banyak habuk yang terperangkap dalam tu. Memang seram juga fikir kalau takde penapis udara ni, itulah yang aku sedut hari hari rupanya. Bab servis depa memang cekap, tak payah call ingatkan ke apa, in fact depa yang akan call kita inform yang depa akan datang buat servis, bersihkan filter dan tukar sekaligus. Alhamdulillah, memang puas hati.

Aku sebenarnya bukanlah over-protective sangat kat anak anak ni, tapi tak sampai hatilah bila tengok anak anak macam susah nak bernafas, yelah tinggal di kawasan udara tak bersih, anak anak jiran suka membakar kat bawah pula. Kalau musim jerebu lagilah, tutup tingkap pun masih nampak berasap lagi dalam rumah! Teringat ingat waktu diorang kena warded masa baby dulu sebab jangkitan kat paru paru, masa tu rumah tak pakai penapis udara lagi. Well yes mungkin ada banyak sebab lain yang menyebabkan masalah kesihatan, tapi aku memang taknak ambil risiko. Mana yang aku boleh kawal, inshaaAllah aku akan kawal. Kadang Ammar Yusuf tu balik sekolah dok bersin bersin jangkit dengan kawan, dah saspen dah aku. Alhamdulillah kat rumah tak jangkit pun pada adik dia. Sebab tak salah aku B-Model ni berfungsi untuk bunuh kuman yang bertebaran juga. Alah sementara mereka kecil je ni, kontrak Cuckoo ni pun 3 tahun je. 3 tahun kemudian anak anak pun dah besar, tak payah nak high maintenance sangat haha tengoklah nanti nak sambung servis ke macam mana.

Oh yes, kalau you guys berminat nak pasang juga, boleh contact Cuckoo Specialist, 016-2324492. Nak tanya apa pun boleh tanya, inshaaAllah servis memang terbaik. Benda baik memang aku akan share, semoga orang lain pun dapat manfaat darinya.


1 comment:

  1. bila nak cerita pasal rumah baru...huhuhuhu berzaman dah tunggu ni

    ReplyDelete