Thursday, November 3, 2016

Pekerjaan Yang Memberi Nilai

Baru baru ini aku baru berjaya tolong satu customer ni buat pemasangan penapis air Cuckoo di rumahnya. Kes ini lain sikit, customer ini dah lama teringin nak pasang penapis air sebab rumah dia ada orang tua (dia jaga ibu mertua yang sakit), dan anak kecil. Selama ini dok masak air hari hari susah, dia dah pernah memohon dengan satu jenama penapis air tapi ditolak disebabkan lokasi rumah yang sangat pedalaman (tiada installer boleh datang pasang). So bila dia tanya aku tu, I made several calls to Cuckoo HQ, to Cuckoo negeri sana just to ensure memang boleh pasang. Hari hari aku follow up the process dan finally alhamdulillah berjaya buat pemasangan. Customer itu ya Allah punyalah gembira! Serious dia memang happy betul berapa kali dia say thank you dan sent banyak sangat gambar penapis air itu dengan isteri dialah, dengan anak dialah HAHAHA memang kelakar rasa.

Perasaan aku ketika itu, bercampur baur. Bahagianya perasaan bila pekerjaan kita itu memberi nilai pada kehidupan orang lain. Perasaan yang dah terlalu lama aku tak rasa. You know bila kita bekerja especially makan gaji, most of the time kita tak nampak pun apa sebenarnya fungsi kita kepada masyarakat (doctors and teachers are exception, sebab hubungan mereka dengan end-users adalah secara direct). Yang kita tahu, kita bekerja untuk bos, untuk syarikat. Okay fine kalau tak sama dengan you guys, tapi aku begitulah dulu. Kita tak nampak pentingnya pekerjaan kita, kita tak peduli betapa kalau kita ambil mudah pekerjaan kita, akan ada segolongan manusia lain yang akan terjejas. Dan kalau kita buat kerja dengan baik, kita akan memberi kebahagiaan pada segolongan manusia lain. Dan golongan manusia itu bukanlah bos/syarikat tempat kerja kita. I'm talking about end user.

Perasaan bersemangat untuk bekerja demi berbakti pada masyarakat ni, kali terakhir aku rasa adalah ketika bekerja dengan company pertama selepas aku tamat belajar. I was a Civil Engineer back then. It was a construction company and the projects were mainly to build a solar hybrid system untuk membekalkan tenaga elektrik ke daerah yang sangat sangat pedalaman.

When I say sangat sangat pedalaman, I'm talking about 3 hours perjalanan naik kenderaan darat (meredah hutan belantara) dan another 3 hours naik boat yang seriously banyak gila buaya. Behold, it's Sungai Kinabatangan! Lepas turun bot kena jalan kaki lalu jambatan kayu yang tiada pemegang, ada yang jambatan kayu balak tu semata gila licin tak licin kau kena juga lalu situ sebab itu saja jalan untuk masuk ke perkampungan itu.



Dalam bot. Siapa entah yang ambil gambar aku mengenang nasib ni.


Muka toya dalam bot lagi.


I was the only girl there. OMG look at me last 7 years T___T. Bujang lagi masa ini, gemuk dan comot so walaupun satu satunya perempuan di sana tapi tiada siapa peduli kahkah kesian tak laku.


Si gemuk dan comot lagi. Lamanya nak sampai, kalau orang lelaki bolehlah baring baring tidur bergelimpangan tapi aku ni tiada pilihan selain bertabah sahaja sepanjang perjalanan. Dekat tepi tepi sungai itulah boleh nampak para buaya sun-bathing. Setiap kali ada yang slurppp menggelungsur masuk dalam air seram je rasa.


Ini jalan masuk ke kawasan kampung. Dekat sini masih boleh ambil gambar lagi, dah masuk dalam sana tak ada siapa berani keluarkan handphone/kamera sebab dua dua tangan nak kena guna untuk berpaut di kayu kayuan sepanjang perjalanan. Rumah mereka jenis atas air, tinggi pula tu dan jalan antara rumah ke rumah memang lalu atas jambatan kayu je. Haih I wish I had the courage to take more photos, bukan selalu dapat pengalaman macam itu.


The whole team. Kinda missed them actually, team yang banyak beri pendedahan pada aku (maklumlah, fresh graduate), yang banyak bagi tunjuk ajar yang berguna dan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Hmm, sadly, dua orang dalam gambar ni sudahpun meninggal dunia :'(

So apa yang membuatkan aku rasa bersemangat nak bekerja dan pekerjaan ini memberi nilai pada masyarakat? Okay masa dalam perkampungan ini kita boleh nampak kebanyakan rumah tak ada sumber elektrik langsung, waktu malam mereka pakai lilin je sebagai sumber cahaya. Kalau ada yang agak berkemampuan bolehlah pasang genset, tapi memang tak ramailah yang ada. Budak budak memang kebanyakan mereka tak pakai baju pun, panas siang siang tak ada kipas. Kesian okay. Masa jumpa Ketua Kampung dia cerita waktu malam mereka pergi solat kat surau pun ada lilin je. Sedih sangat tengok.. Then bila projek kami finally siap, memang ada rasa suatu kepuasan dalam diri. Perasaan itu, susahlah nak gambarkan. Walaupun peranan kita kecil sahaja, tapi rasa macam kita dah berbakti besar pada masyarakat. Seronok sangat tau. Memang kita bekerja dan dibayar gaji, tapi personally mesti kita akan rasa bahagia bila dapat tolong orang.

Bila aku bertukar pekerjaan, perasaan itu makin lama makin hilang. Aku masuk dua oil and gas companies yang sangat besar, aku tak pernah direct deal dengan client apatah lagi end-users  Aku bekerja setiap bulan dibayar gaji, tapi aku tak tahu siapa yang aku tolong sebenarnya selain diri sendiri. Aku hilang rasa perlunya berbakti pada masyarakat, aku hilang rasa passion dan semangat untuk bekerja kecuali untuk duit semata mata, Aku bekerja macam robot, aku benci orang atasan aku, aku tidak peduli pun apa hasil akhir projek kami sebab aku tidak tahu siapa yang akan memperoleh manfaat atas segala yang kita buat. Apa pun yang terjadi pada any particular projects takkan memberi kesan pada aku, never a better paycheck not even a satisfaction. I don't know and I don't care.

...

Sekarang, perlahan lahan segalanya sudah berubah. Jujurnya masa awal awal buat Cuckoo dulu aku tidaklah rasa apa apa sangat bila berjaya close deal, aku lebih kepada kejar sales semata mata. Bila hari demi hari kita terima feedback betapa gembiranya reaksi mereka apabila berjaya memiliki apa yang kita jual, baru timbul semula perasaan yang dah lama aku tak rasakan. Perasaan yang dah lama aku rindukan. Perasaan apabila mampu memberi 'nilai' dalam kehidupan orang lain. Itulah keseronokannya bila kita buat sesuatu to pay the bills dan dalam dalam masa yang sama kita nampak dengan jelas betapa pekerjaan kita memberi kemudahan pada orang lain. Keikhlasan bekerja itu perlahan lahan timbul dan bila kita ikhlas, kita boleh rasa yang pintu rezeki makin terbuka luas untuk kita. It feels really good, it feels awesome. Aku harap perasaan ini berterusan dan semoga segalanya dipermudahkan inshaaAllah.




2 comments:

aNgAh_aLiFaH said...

dlu masa kat uni, prof saya ckp, engineer lebih penting dari doktor sbb bile doktor buat silap satu nyawa tergadai, bile engineer buat silap (kira load masa design cthnya), pastu bgnn runtuh beratus nyawa terkorban.. masa tu kira bangga giler ni sbb bakal jadi engineer. tapi sekarang masa kerja, aduhaiiii.. hari2 heret kaki g kerja sbb tak rase keseronokan kerja, macam awak ckp tak nmpk hasil kerja kita pada masyarakat. hmmm, tapi belom ada rezeki nak jadi WAHM. sbb tu saya buat part time dengan young living, nak share kebaikan essential oils kepada masyarakat. yeaay me.. hidup lebih bererti sejak join young living ni..

Anonymous said...

tapi sebenarnya, ko tetap menyumbang kepada masyarakat secara tak lansung. tanpa ko perasan.