Wednesday, November 23, 2016

Belajar Matematik

Semalam Yusuf tak bersekolah, entah tiba tiba tak demam tak apa dia kata sakit nak makan, tonsil bengkak rupanya. So biasalah, bila ada Yusuf kat rumah ni memang meriahlah sikit, sebab anak sulung aku tu banyak idea nak main so adik dia memang seronok kalau abang dia ada.

So macam biasa, rumah memang akan bersepah dengan permainan. Aku kalau masa bermain memang aku biar je bersepah habis pun, tahu jelah budak budak ni memang tak boleh bermain dalam keadaan kemas tersusun, kena punggah satu box besar toys tu barulah puas hati kan? 😠. Aku nampak dua orang tu sedang bermain jual beli, geli hati aku melihatnya. Ammar Yusuf jadi penjual, Adam Muaz jadi pembeli. So si Muaz tu dok panggil 'Uncle' je kat abang dia,

"Uncle, saya nak beli lion goreng"
"Uncle saya nak beli zebra"
"Uncle, masaklah hippotamus saya nak makan"

😅😅


Inilah 'makanan' yang boleh dibeli di gerai Uncle Yusuf. Eksotiknya takut nak makan 😂

Aku perhati je dua orang ni dok berjual beli guna duit imaginasi, suddenly aku dapat idea untuk memanfaatkan permainan itu supaya mereka berdua boleh belajar sambil bermain #typicalasianparent. So aku potong potong kertas untuk dijadikan sebagai duit and I self-appointed myself as a cashier at this stall. My children were ecstatic! Depa memang suka bila Mummy join sekali main, Mummy kan cool dan awesome orangnya kahkah diamlah.


Duh. Tak kreatif langsung emaknya. Yelah sebab dah petangggg kena main cepat cepat karang Daddy balik nak kena sambut dengan rumah yang bersih licin berkilat so takde masa lah aku nak buat duit lawa lawa! Berianya explain.


Ammar Yusuf yang Mr. Competitive dan suka belajar ni paling seronok, yalah boleh menunjuk nunjuk kepandaian Matematik.

Permainannya senang je. Bila anak anak nak beli sesuatu, aku bagitahu harga yang memerlukan mereka untuk menambah atau menolak sendiri.

Contoh depa nak beli lion. Aku cakap harganya RM7. Duit RM7 memang tak ada, so depa kena fikir untuk tambah atau tolak duit yang mereka ada supaya dapat amount RM7. Yusuf dah pandai, dia bagi RM5+RM1+RM1. Bila duit kecil semua dah habis, dan harga yang Mummy letak adalah jumlah yang kecil, maka perlu bagi duit besar dan Mummy akan pulangkan baki. Semua kira kira tu aku suruh mereka fikir sendiri. 

Girrafe harga RM3, tapi Abang bagi RM5. Berapa Mummy kena pulangkan?
Iron Man harga RM3, Abang tak ada duit RM3 tapi ada banyak duit RM1. Berapa banyak duit RM1 Abang kena bagi Mummy?


Muka berfikir. It was a fun game for this nerdy yang berdaya saing ni.


But not for this 3-year-old boy. Kesian, banyak yang dia belum faham lagi dahlah dia baru je nak cakap, si Abang yang suara nyaring tu dah potong. Lalu beliaupun diam dan terus membawa diri. Adam Muaz memang macam itu, kalau kita buat sesuatu yang Abang nampak terlalu outstanding maka mulalah berkecil hati dan mula menyendiri kesian aku tengok. Macam sebelum ini dia tidak pandai mewarna, si Yusuf pula berlebih lebihan pandainya mewarna, automatic dia jadi tak minat mewarna. Awak ni pun, abang umur berapa awak umur berapa janganlah berkecil hati! Masa Abang umur macam awak ni pun bukan pandai semua haih. Tapi sekarang bila dia dah mula dapat momentum mewarna, dah mula faham color coordination, dah pandai pegang pensil warna dengan betul, barulah dia bersemangat nak buat perkara yang sama dengan abangnya.


Adam Muaz tengah pilih duit. Rasanya beliau belum betul betul kenal numbers lagi, tak apalah perlahan lahan lah Adik, nanti Mummy ajar sampai pandai ya 😄


Ini saja yang tinggal, nampaknya jualan agak memberansangkan hari ini 😂😂😂

It was a really fun yet educative game for the kids. Kadang kadang kita tak sedar banyak je benda yang kita boleh jadikan sumber untuk mengajar anak anak, tak perlu nak beli educational toys ataupun asyik nak suruh anak belajar mengadap buku semata mata apatah lagi belajar melalui gadget, the risk totally outweigh the benefits. Hanya perlu buka mata dengan apa yang ada di sekeliling kita, be creative and participate in our children activity. Budak budak umur begitu memang otak bergeliga, masa bermain tu bila campur sekali dengan creativity orang dewasa, macam macam perkara menarik boleh berlaku. Nak dekat cuti sekolah ni lagilah, aku dah kena start fikir apa aktiviti nak buat dengan anak anak untuk habiskan masa sehari hari. Kena plan betul betul, kalau takde plan nanti Mummy stress 😅



No comments: