Thursday, October 6, 2016

Belum Terlambat

Kalau korang ada follow aku kat instastories (wakakaka bajet popular :p), korang akan notice that recently aku sudah mula training Adam Muaz on something academical, started with writing practice. Well, you know my second son, beliau adalah sangat berbeza dengan abangnya.

Adam Muaz sangat suka tengok TV, masa dijaga babysitter dulu first thing dia minta sebaik sahaja sampai rumah adalah "Nak tengok TV". Dan cerita kegemarannya semua adalah cerita yang aku tak suka dia tengok; Ultraman (sebab tak logik dan takde faedah), Upin Ipin (sebab cakap aku-kau); I'd rather let him watching kartun berbahasa Inggeris, sekurang kurangnya dia boleh belajar berbahasa Inggeris melalui apa yang dia lihat.
Adam Muaz tak minat, langsung tak minat benda berkaitan dengan buku. Mewarna, melukis, membaca. No. Paling lama dia pegang buku adalah lebih kurang 10 saat -__-"
Adam Muaz adalah seorang kanak kanak yang langsung tidak boleh sit still, kecuali masa tengok TV.
Adam Muaz sangat mudah marah, dan setiap kali marah dia akan berkelakuan tidak sopan, seperti menjerit "Adik tumbuk Mummy nanti!" ataupun dia akan baling barang. Aku syak dia belajar dari TV, dan aku juga baca perangai short-tempered adalah berpunca dari penggunaan 'things in the box' (TV, gadgets) yang tidak terkawal.

RISAU OKAYYY T_______T

And truth be told, antara sebab terbesar yang mendorong aku untuk berhenti kerja adalah untuk mengubah Adam Muaz sebelum terlambat. Kelakuan Adam Muaz memang sangat merunsingkan, sebab nak atau tidak, orang akan membandingkannya dengan Ammar Yusuf yang sopan, yang suka belajar, yang disenangi ramai kawan kawan.

Bila aku meluahkan kegusaran aku tentang Adam Muaz ni dengan family and friends, kebanyakan mereka akan cakap "Hoi normal lah tu budak budak! Abang dia yang beyond normal, matang sangat tak macam budak budak sebaya dia" OMG.

I get it that budak budak memang tak boleh duduk diam, I get it that kita tak boleh paksa budak budak belajar (Adam Muaz is only 3 years 5 months at this time), I get it that budak budak memang suka bermain dan mereka lebih banyak belajar menerusi bermain, tapi bagi aku we need to have some control. Aku tak pernah halang anak anak aku bermain, in fact aku akan turut sama bermain dengan mereka, tapi aku cukup tak suka anak aku attached dengan TV. Aku tak suka anak aku bercakap tanpa adab, walaupun sesetengah orang beranggapan "Takpelah budak budak memang macam tu" no no no, budak budak dari kecil perlu diterapkan nilai murni dan adab sopan dalam diri mereka. Kanak kanak yang tidak beradab memang a complete turn-off to me, kau pakailah baju comel panda ke renda renda pink satu badan ke tapi kalau kau takde adab, takdenya nak nampak comel di mata aku #auntygarang.

Bab belajar pula, aku memang mahu anak anak aku expose dengan buku seawal yang mungkin. Sebelum masuk alam persekolahan patut sudah tahu basic things, ABC 123, colors and shapes, sudah master basic skills seperti cara pegang pencil dengan betul, menulis atas garisan atau dalam kotak. Kenapa? Adakah aku typical Asian parents yang hanya mementingkan kepandaian dan memaksa anak belajar di luar kemampuan mereka? NO. Jujur aku cakap, matlamat aku untuk kedua dua anak aku bukanlah supaya mereka jadi kanak kanak terpandai dalam kelas (if this happens it's considered a bonus to them alhamdulillah), tapi aku taknaklah mereka jadi yang paling ketinggalan antara kawan kawan... Jadi paling corot antara semua akan buat kita rasa rendah diri, senang putus asa, tiada keyakinan diri. It makes me sad, seriously. Macam kita masuk kelas mengaji dan kita paling tak pandai mengaji, rendah diri tak? Macam kita pergi swimming class, tengok orang lain swimming macam dolphin dan kita baru nak belajar breathing dan floating, rendah diri tak? Kita yang dewasa ni pun kalau mental tak cukup kuat memang boleh give up. Itu realiti sebenar yang tak mampu aku nafikan. And I'm trying hard so that my children will not have to face that kinda thing. 




Writing practice.

I have a long list of what I'm going to do with this little boy. I started with writing practice, aku beli buku yang exactly sama dengan Ammar Yusuf masa awal awal belajar menulis dulu. I think this book is awesome, and it's cheap too. Instead of terus belajar tulis letters or numbers, mereka dibiasakan dengan garis garisan terlebih dahulu. Ianya lebih kepada ajar cara pegang pensil dengan betul, enhancing their focus and improving their motor skills. Surprisingly, I think Adam Muaz's performance is beyond my expectation, and I think so far hasil kerja dia nampak lebih bagus bila compare the same page of the book with his brother's, dan dia jauh lebih muda juga. He can actually do it, taappiiiiii sangatlah memerlukan dorongan dan sokongan aku di sebelah. For. Every. Single. Line.

T___T

Seriously, baru buat 1 line, dia dah kata penat. Siap sebaris, muka dah terlepek kat atas buku. Siap 2 baris mulut dah potpetpotpet bercerita benda lain TAPI TANGAN TAK JALAN PUN! Aku tahu dia boleh buat, tapi dia tak minat. Memanglah setiap anak adalah unik dan setiap minat mereka adalah berbeza, tapi realiti hidup kita ini bukan sentiasa boleh tolerate dengan apa yang kita minat. Contohnya aku minat menulis, but writing doesn't pay the bills. Reality hits us hard, man.

So far tidaklah pernah guna paksaan terhadap dia, budak 3 tahun kot agak agaklah. Tapi aku lebih kepada mendorong dia, pujuk dia, puji dia, buat sampai dia siapkan kerja alah bukan banyak pun, sehari 1 page je! Dan setiap kali siap kerja (which usually takes forever to finish -____-), dia akan jadi excited sangat dan tak sabar nak tunjuk kat Abang dan Daddy. At that moment I realized that dia memang nak jadi budak yang pandai, dia nak jadi macam Abang, dia nak jadi kebanggaan Mummy Daddy, dia hanya perlukan dorongan dan kesabaran kami dalam membimbing dia.

Another plan for him, is to change his daily Malay-Kelantanese words to English. Nobody says it's going to be easy, sebab Adam Muaz tidak boleh berbahasa Inggeris langsung. Well, adalah sikit sikit seperti jenis warna (red, green, blue, etc), sleep, wash hands, come here, go get your pillow.. English ni, tak tahulah you guys rasa macam mana tapi bagi aku penting sangat untuk setiap daripada kita menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa dengan lancar. It's such a shame because my husband and I, we speak full English at home with each other, but not with the kids entahlah mungkin kami rasa macam susah sebab tak synchronize dengan bahasa mereka di sekolah dan di rumah pengasuh (alasan alasan alasan!!). Tiada cara yang lebih baik untuk menguasai bahasa Inggeris, selain bercakap menggunakan bahasa Inggeris. So I decided to start to speak in English with him, secara sepenuhnya nasiblah hang paham ke tak. Hari pertama kedua, memang dia tak paham satu habuk pun but I give him some hints and answers dengan cara menggayakan apa yang aku cakap. 

Contohnya; 
"Sayang what are you doing?"
(Terpinga pinga)
"Oh you're playing Lego?"
(Dia tersenyum and anggukkan kepala)

Setiap hari aku ulang ayat yang sama sampai dia dapat tangkap apa yang aku perkatakan. Alah ayat basic je like,

"Let's take a shower!"
"Mummy is going to cook, are you hungry?"
"What do you want to eat today? Chicken or fish?"
"Come Mummy teach you how to write"
"Let's put some lotion on your hands and legs"

Alah English aku bukannya perfect pun, grammatical error here and there. But I try my very best to speak a proper-civilized English with my chidren. Alang alang dah ajar, biarlah ajar betul betul janganlah ajar ala kadar or guna bahasa pasar/rojak macam "Don't la eat play play later Mummy angry how" OMG. Ajar budak budak umur macam ni, perubahan memang cepat je nampak sebab otak kanak kanak kan macam sponge, cepat je serap. Kita ulang ulang setiap hari for sure dia akan dapat tangkap punya. Awal awal dia memang tak faham apa, slowly dia dah boleh faham apa yang kita cakap walaupun dia masih respond dalam bahasa Melayu, soon tak mustahil dia pun boleh speak English fluently, just like the way he speaks in Bahasa. Kadang kadang rasa macam haihhh patutnya dari baby lagi aku dah ajar dia barulah senang, tapi cepat cepat I pull myself together dan bagi semangat pada diri sendiri, "Dia baru 3 tahun, boleh je nak ubah lagi ni. Belum terlambat lagi!". I even said the same thing for his big brother bila ada benda yang aku tak happy dengan dia dan rasa dia perlu berubah.

"Dia budak lagi. Baru 5 tahun, boleh lagi nak ubah. Belum terlambat lagi."

Keep having faith in our children. Segalanya tidak pernah terlambat, it's just the matter of kita nak buat atau tidak je.



8 comments:

ily♥ said...

Hats off to you Husna. May all of your efforts dirahmati dan diredhai Allah.

Husna Hadzarami said...

Thanks Ily, you're an amazing mom too <3

mother is a verb said...

Keep on writing dik. Sgt dekat2 di hati all ur story.

Husna Hadzarami said...

Awww.. terharu :')
InshaaAllah, thanks for reading ya!

Unknown said...

Salam Husna...
Bleh ajim tau buku tu aper yer tajuk nyerr..
Ingat nak beli tuk anak ajim =)
Thanks Husna.. =)

Husna Hadzarami said...

Salam Ajim. Buku tu tajuk dia Jom Menulis ABC, kat tepi dia ada tulis Siri Kucing. Beli kat bahagian stationery kat Giant je, harga dalam RM4 camtu

Unknown said...

Thanks husna =)

Rinah said...

Assalamualaikum, Husna.
Dapat faham perasaan Husna ni.
Anak kedua saya pun begitu. 3yrs10mth sekarang.
Saya hantar dia ke Tadika tapi tak banyak perubahan.
Main & tonton kartun juga kegemarannya.