Thursday, September 8, 2016

Penang Trip Day 2: Toys Museum and Hard Rock Hotel Penang!

Hi! Okay kena sambung cepat cepat sebelum cerita basi dan aku hilang mood.

Hari kedua, selesai sahaja bersarapan kami terus check-out Hotel Royal Penang, dan menuju ke Toys Museum! Sebenarnya kalau diikutkan itinerary asal, terlalu banyak tempat untuk ditujui tapi bukan semuanya sesuai untuk kanak kanak. Jadi untuk kebahagiaan sejagat, kami hanya memilih apa yang menggembirakan anak anak sahaja. Mereka gembira, kami lagilah dua kali ganda akan gembira. Itulah betapa penyayangnya kami ini huahuahua.

Sampai sampai, eh. Ini seperti berbeza dengan di dalam blogs yang kami pernah baca.


Dari pandangan hadapan.

Bayaran masuk:
Dewasa: RM26
Kanak kanak (bermula 2 tahun): RM19

Jumlah keseluruhan: RM90 T___T

Hampir sahaja aku menyuruh Ammar Yusuf dan Adam Muaz menyamar seperti kanak kanak 1 tahun 11 bulan, tapi memikirkan ketidaklogikan situasi tersebut, aku pendamkan sahaja niat aku. H kata tak apalah teruskan sajalah, sudah sampai pun. Apatah lagi apabila melihat kedua dua kanak kanak ini sudahpun terlonjak lonjak keseronokan, haih tidak mengapalah bukannya selalu.


Yang seronok pastilah real size toys ini. Jarang dijumpai kan. Ada Superman.


Ada Ironman.



Ini kegemaran terkini mereka, Mike Wazowski dan Sully!


Ada The Dark Knight. Adam Muaz takut Joker tu. "Baduk," katanya. Begitu Kelantanese.


Hampir pitam beliau ketika berjumpa Spiderman besar ini. Obsesi terhadap Spiderman memang sangat sukar dibendung.


Spiderman lagi.


Masih lagi Spiderman. Tidak tentu arah dibuatnya.



Si Abang lebih bertenang. Sudah dewasa katakan.


Mummy dan Abang bersama 'Baduk'. Adik mungkin sedang melarikan diri ketika ini. "Takuk baduk!" (Takut badut -____-")


Di belakang belakang baru nampak Captain America. Histeria lagi si Adam Muaz. Teruja bukan kepalang.



Bersama watak Star Wars entah apa nama.


Me taking photo of my husband doing selfie.



Nampak Ultraman kecil kecil yang sudah ribuan ada di rumah ini pun tetap mahu teruja.


Ammar Yusuf mahu melihat dengan lebih dekat, lalu meminta si bapa mendukungi beliau.



Si bapa ini.... macamlah dia seorang sahaja yang ada anak, diciumnya budak besar itu bertalu talu.


Another public display of affection caught -____-" Tapi apalah yang mahu dihairankan, kerana aku juga begitu kehkehkeh.


Dua beradik berbincang tentang jet pejuang.


Bukan patung besar itu yang menjadi tarikan, iguana di bawah itu yang lebih menarik perhatian.





Feeding their interests and curiosities. 


Ada lebih kurang 5-6 lorong sebegini. Boleh tahan besar muzium ini, tapi masih juga rasa harganya agak keterlaluan.




Adam Muaz kata itu Mimi Mouse. Lalu dimarahi Abangnya. "Orang Mickey Mouse!" Terpaksa Mummy campur tangan. "Kalau girl nama dia Minnie Mouse lah". Minnie Mouse juga boleh dijadikan tajuk perkelahian.


They LOVEEE thiss! Mummy juga. Best lah Toys Story.


"Daddy Daddy, ini yang selalu kat dalam handphone Daddy tu kan?" Duh. Memang pun! Sepanjang di Penang ini si bapa sangat gembira kerana berjaya menangkap banyak Pokemon yang 'rare' katanya dan beberapa kali dijeling tajam oleh si isteri yang tidak memahami.

Lebih kurang 30 ke 40 minit, habislah perjalanan mengelilingi muzium ini sambil Mummy di dalam hati masih belum habis mempertimbangkan kewajaran RM90 dihabiskan di sini. Mujur Daddy yang belanja, tapi melihat keseronokan anak anak melihat perkara yang jarang dapat ditemui di tempat lain ini, I think it's kinda worth it. Bawalah anak anak ke sini jika berkesempatan, duit boleh dicari, pengalaman itu yang lebih penting cewah!

Dan hampir pukul 3 petang selepas makan tengah hari, kami terus ke destinasi penginapan kami yang kedua. Hard Rock Hotel Penang yeay!


Masuk masuk si Muaz terus susun selipar atas rak TV HAHAHA tak sampai hati pula nak larang. Berdaulat sungguh selipar sampai kena susun sebaris dengan air minum.


Aduh emaknya.... Harap pembaca dapat bersabar :p


One for the album. Pandai Daddy setting RE Camera. Really love this photo :)


Masa check-in tadi kanak kanak dua orang ini dapat buku mewarna setiap seorang, sangat teruja masing masing!


Well, Adam Muaz pastilah hanya teruja selama 2 saat sahaja, sebab mewarna adalah kegemaran Ammar Yusuf.




Tidak puas hati selagi tidak dihabiskan kesemuanya. Kalau diturutkan kehendaknya, alamatnya sampai dinihari nantilah kita akan terperuk di dalam bilik hotel.





Hard Rock Hotel
Deluxe Hill View with breakfast = RM514 nett.

Biliknya memang cantik, tapi saiznya aku rasa biasa biasa sahaja untuk harga sebegitu. Aku bandingkan dengan Legoland Hotel yang berharga lebih RM100 sahaja, tapi saiz 2 kali ganda dari bilik ini. Keistimewaan Hard Rock Hotel ini sudah tentulah waterpark-nya!


Bersedia untuk berbasahan.


Pandangan dari atas jambatan.







Sudah tidak lagi takutkan air. Dulu Ammar Yusuf ini sangat trauma kalau air laju datang dari atas kepala, sampaikan nak shampu pun susah!


Emaknya yang gagah perkasa.



My fearless son. Slide kanak kanak ke slide budak besar ke selamba je dia beratur naik. Tengok di atas alahai dia seorang je yang kenit beratur di situ sampai beberapa kali budak besar beri laluan pada dia :')



Mummy juga turut serta menumpang keseronokan. Adalah 18 kali juga turun naik gelongsor ini HAHAHA seronok okayyy.


Si sulung juga telah banyak mengatasi ketakutan dan lebih adventurous kali ini.


Si bapa yang cemburu melihat keseronokan kami, turut sama mempergunakan anak untuk mengaburi mata pihak lain :))


Anak yang dipergunakan. Hakikat sebenar, si kecil inilah yang mempergunakan kami tanpa batasan, sebab naik gelongsor bersama orang dewasa lebih lajuuuu, sebab orang dewasa lebih berat HAHAHA. Adam Muaz kalau naik sendiri di pertengahan jalan perlu mengesot sampai ke bawah sebab terlalu ringan sampai tak bergerak T___T


Geram je tengok budak ini posing macam macam.


Abang dan Adik.


Mummy dan anak anak.


Mummy dan Daddy. #tiljannah.


Penat dan puas hati.


Balik bilik, sambung mandi dalam bath tub di dalam bilik air pula. Selesai semua mandi, Daddy ajak keluar jalan jalan cari makan, hmmphh memang tak ada maknanya lah. Adam Muaz belum apa apa sudah pengsan keletihan. Ammar Yusuf pula lebih gembira tinggal di bilik sambung mewarna, Plan dengan Daddy kalau anak dua dua dah tidur nanti nak pergi tengok live band berdua, ini lagi satu angan angan mat jenin. Lepas dinner belum pukul 9.30 Mummy dah sama sama pengsan dengan anak anak HAHAHA. Penat sangat hoi! Tapi sangat sangat seronok, Sambung part 3 esok ya, hari terakhir di Pulau Pinang. 



5 comments:

Bicara Hatiku said...

gambar atas katil berempat tu macam kakak bergambar dengan adik dan abang je hehehheh serius husna nampak muda dan sangat cantik

Engku Artini said...

Nice sharing!
Kami dah beberapa kali ke penang.. part toys museum ni dah berkali-kali jugak pikir.. mahal dan berbaloikah? Akak ni dah la 4 gegels + 2 dewasa.. lagilah terasa mahalnya.. Dan rasenya memang tpt ni lebih sesuai untuk boboy kan.. tak brape xcited sangat untuk gegels kan? Sekali tengok macam.. alahai boringnya (for me la).. tapi its worth bila your kids sangat2 happy! barulah gempak jumpa reall super hero!
Anyway...bab susun selipar tu memang lawak.. kah kah kah.. bagus betul diorang ni .. dan betul la.. tak sampai hati nak suh letak bawah semula kan..
hehe.. waiting for next entry yea.. :)

Husna Hadzarami said...

Alahai tinggi sangat pujian, biasa biasa sahaja sebenarnya. Terima kasih :)

Husna Hadzarami said...

Yes exactly Toys Museum tu sangat tak berbaloi untuk budak perempuan, tak payahlah bawa HAHA. My children memang obsessed dengan superhero, so rasa macam tak apalah bukannya selalu :)

chiku the chucuru said...

mummy napa kurus sgt ni jeles ai~~