Monday, September 5, 2016

Cerita Sebulan Dua Ini

Pheww sebulan tak update blog. Banyak sangat perkara berlaku dalam hidup aku dalam sebulan ini sahaja sampai tak terkejar rasa! Banyak perkara yang menyeronokkan, tidak kurang juga yang menjengkelkan well begitulah kehidupan takkanlah asyik nak seronok saja kan? :p

1. I quit my job

Yes, finally. Perasaan untuk berhenti itu sudah terlalu lama wujud dalam hati sanubari namun belum pernah ada kekuatan untuk benar benar merealisasikannya. Tiba tiba entah dari mana datang seru, satu pagi itu aku rasa macam nak berhenti kerja, petang itu aku draft surat dan esok tu aku terus submit the letter of resignation. Right after everything has been said and done, terus terasa seakan akan beban besar diangkat dari dada, rasa tenang dan nyaman, rasa aman dan sentosa ewah. Aku tak ada back up steady paycheck lain pun, aku memang ada memulakan pekerjaan lain (will elaborate on that in the next point) but one thing for sure, aku sudah tidak sanggup lagi berada di sini. I've foreseen the dark ahead if I stay, dari segi keperibadian aku, kesihatan dan kebahagiaan  keluarga aku. My husband memang fully support me, dah lama dah pun dia suruh aku berhenti je. Dan agak mengejutkan, right after my resignation tiba tiba banyak rombakan kerja dan pengurusan berlaku di tempat kerja aku, I take it as Allah's sign that I made a right decision. I'm still serving my 2 months notice now, dan apa yang aku sedang dan akan buat untuk melangsaikan bebanan hutang (komitmen kewangan) dan memuaskan nafsu berbelanja tanpa membebankan suami? That will be point number 2.

2. I join CUCKOO! 

Yeay! The best decision ever, so far. Alhamdulillah. Cuckoo ni bukanlah asing bagi aku. Boleh kata satu keluarga kami menggunakan penapis air dan udara Cuckoo di rumah.


Hanya lewat 2-3 bulan kebelakangan ini rasa macam nak join jadi salesperson (we call it Natural Executive) and alhamdulillah my beloved baby sister and her husband really helped me in this with the FB ads and all. It is so much fun, selain online marketing, aku juga promote benda ni dengan semua orang yang aku jumpa, dalam semua meeting yang aku pergi HAHAHA and I believed it enhanced my interpersonal skills too. Nak berniaga mana boleh malu! My first month's commission in Cuckoo is nearly RM7k and frankly speaking it is actually more than my current salary at my soon to be ex-company. Ramai yang cakap, "Kenapa resign? Buat jelah dua dua and dapat gaji dua dua? Cuckoo tu part time pun boleh kan?". Ewah kau. Honestly, aku juga pernah berfikir begitu. Doing both at the same time, and receiving RM12k-RM15k everymonth combining both salaries, tapi memikirkan betapa damaged-nya jiwa aku sepanjang 3 tahun di sini, betapa aku hilang diri aku, betapa aku seakan akan menjadi orang lain yang extremely defensive, full of anger, hatred and resentment, how it kills my inner peace... sigh. I think I'll pass. Tak apalah. Jangan tamak. To get that kind of thing, we have to sacrifice something, and I don't want to sacrifice the wrong thing. Matlamat utama aku bukanlah untuk hidup mewah sangat pun, aku hanya mahu hidup gembira sahaja. Itulah yang aku dan H selalu tekankan selama ini. So since I'm still serving my 2 months notice and receiving salary in this company, aku gunakan semua commission Cuckoo untuk selesaikan segala financial commitment secara full settlement, mana yang boleh. Biar debt free, barulah hidup lebih gembira kan? My life is good, alhamdulillah. Kena sentiasa positif, Mama pun selalu call suruh kawal stress dan setiasa positif. Mama risau, sebab nampak aku macam dah bukan diri aku yang sebenar. Lepas ini boleh bekerja dari rumah sahaja, Adam Muaz pun aku akan jaga sendiri dan tahun depan dah boleh mula bersekolah sama dengan Abang. Bolehlah aku curi masa pergi swimming or gym ke sementara anak anak di sekolah nanti. Banyaknya plan aku ni ya Allah! Penuh kepala otak rancang macam macam once dah jadi #WAHM. Semoga Allah permudahkan.

3. HforHome

Alhamdulillah setakat ini rumah baru kami sudah siap plaster ceilings, pemasangan lampu dan kipas, tinted for all windows and sliding doors dan juga grills.


 Total cost for all is around RM10,300 setakat ini, seperti mana yang kami jangkakan. Hasilnya memang puas hati, tapi kami pun banyak juga bertolak ansur sebab jujurnya kontraktor kami ni agak lambat, considering apa yang kami mahukan simple je bukan complicated pun. Tapi memandangkan kami pun tidak tergesa gesa untuk pindah so kami pun tak adalah pushy sangat. Price-wise pun bagi kami agak reasonable dan kontraktor itu senang nak minta tolong kalau nak tambah sikit sikit without extra charges. Our next budget will be kitchen cabinet.


The design will be something like this; full wall cabinet with breakfast table dan aku suka sangat warna putih jenis kayu nyatoh tu. 

Macam ini. *drooling* 

Based on the first quotation we received it will cost roughly RM14,000. It is a lot of money for both of us since we're solely depending on our savings and salaries, so kena kumpul duit dulu for few months baru boleh proceed. Memang kami dah aware, once dapat je kunci rumah kena ready RM20k to RM30k untuk moving in cost unless you beli rumah yang memang dah siap fully furnished tinggal nak cuci kaki je masuk. Tak apalah, slowly but surely. Biar lambat asal puas hati. Kalau orang tanya tema rumah apa, aku tak adalah set apa apa tema pun sebenarnya tapi nampak macam towards English style, chesterfield... something like that. Tengoklah macam mana.

4. Short vacation to Penang


We went to Penang last week, a short notice plan but one of the best vacation ever! Kids were so happy, dan kami apatah lagi. Ada anak kecil ni kan, mood anak anak ketika bercuti memang mempengaruhi keseluruhan mood holiday. Dan aku boleh katakan yang percutian di Penang kali ini memang sangat menyeronokkan. Penang was awesome and this holiday deserves a separate blogpost later. Terlampau banyak gambar HAHAHA. Tapi tak sabar nak blog about it! Later ya inshaaAllah.

That's pretty much a round up for the past 1-2 months. Macam lajuuu je semua benda berlaku sekeliling aku sampai rasa macam "Eh tak boleh slow down sikit ke hoi!" But I'm really enjoying it. My life is such a roller coaster, full with mixed emotions kadang gembira sangat kadang sedih sangat tapi itulah yang membuatkan kita rasa 'hidup'. It's my life, it's now or never.

Que sera sera, whatever will be, will be.



10 comments:

aisha said...

tahniah..!!
sama la cam kita.. pada hari jumaat yang mulia bulan 4 lepas, took 3 minutes to decide.. tanya HR contoh surat resign, amend sikit, print, masuk sampul surat, simopan, Isnin depannya bagi kat boss..
selama ni la la la.. pikir nak resign tak resign.. some more 13 tahun at the same company.. dari zaman muda remaja lepas U sampai la kahwin anak dua... dah takleh nak menahan dah..

hasrat hati memang nak dok rumah jaga anak je.. but unfortunately i cant be that person.. sad.. sebab bukan seorang mak yang penyabar.. more bad things coming if mummy at home.. sobs sobs..

so, berjaya la duk rumah jadi housewife for 2 months. and datang offer tempat lain tuk kerja.. al-hamdulillah.. near to the house.. more time every day nak spend masa dengan kids.. kalau dulu, keluar sebelum matahari keluar, balik matahari pun dah tak nampak...

i hope you will enjoy your new path coming soon yeah.. and update la selalu!

pureinstinct said...

semoga dipermudahkan segala urusan husna!! camne nak jadi agen cuckoo tu macam menarik je..

Syida said...

Wow tahniah berjaya jadi WAHM..trus excited nk ikut jejak langkah awk..

Bicara Hatiku said...

rindunya dah lama x baca coretan kamu...lepas ni update banyak-banyak pasal rumah baru sebab x sabar nak tengok hehehhe

Husna Hadzarami said...

Thank you, I pun tak rasa I boleh jadi housewife kalau tak ada income lain. I'm trying to improve myself as a mom too, semoga dapat dikurniakan kesabaran yang tinggi. I'm their mom, afterall :')

Husna Hadzarami said...

Thanks, you can whatsapp me at 0162324492 if you're interested to be an agent too ;)

Husna Hadzarami said...

Terima kasih. Jom, take a baby step :)

Husna Hadzarami said...

Hehehe so sweet, ada juga yang rindu :p Okay will do inshaaAllah.

ily♥ said...

Husna... I envy ur guts. I wish I have those guts and courage too. Semoga Allah permudahkan setiap urusan, good luck in everything that u do. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

Husna Hadzarami said...

Ily.. ya Allah thank you. Your time will come, soon. But if you're happy with what you're doing now, just keep up the good work. Because your mood at work reflects your behaviour at home too. Mine was so so bad, so I have to take a necessary action already..