Monday, July 11, 2016

Cerita Raya 2016

Nak juga update cerita raya kat blog walaupun dah post gambar berderet deret kat Instagram and Facebook kekeke. Blog ni penting, macam diary. Kalau nak rewind balik kenangan lama memang aku search kat blog je senang, kalau kat IG tu lebam ibu jari nak scroll gambar lama lama unless kalau letak hashtag. Tak kuasa. Eh panjangnya explain :p

Raya tahun ni agak tak bersedia sangat. Dahlah baju raya aku semua beli last minute, duit raya pun tak sempat tukar so terpaksa keluar kat ATM RM40 sebanyak 10 kali untuk duit raya anak anak buah T__T. Duit raya parents dengan adik adik tak payah risau sebab duit RM50 senang je nak dapat.

Raya Pertama

So first raya ni, pagi raya kami beraya di Kampung Batu dulu. Dah 2 tahun dah pagi raya di Kampung Batu rasa bersalah pulak aku, tahun depan nak pagi raya kat Sungai Merab (kampung husband) pulak lah. Kahwin dekat dekat pun ada dilema juga tahu tak, dilema nak berpagi raya kat mana haha. Nak juga drama berebut pagi raya taklah gurau je.


Our raya theme this year is supposed to be nude color, tapi susah nak jumpa baju melayu ready made warna nude so we settled for sand color. Baju aku beli last minute, semua baju raya aku beli last minute sehari dua sebelum raya herghhh tiap tiap tahun macam ni! H dah berleter "Tahun depan beli baju B dululah, kitorang ikut je color baju B.." tapi susah juga sebab aku selalu berubah fikiran haha so memang kena beli baju melayu dulu baru beli baju aku. Perks of being the only girl in the house.

I don't really like the baju to be honest, aku panggil baju ni baju nenek haha. Yelah dahlah corak harimau, pastu tangan kembang kembang ingat ni zaman Saloma ke apa?! I bought this at Bangi Sentral, masa tu dah give up dah malas nak cari ingat nak pakai jelah apa yang ada, dah nak masuk kereta tu tengok butik depan kereta aku parking tu gantung baju nenek ni eh matching kot ni dengan baju Melayu the boys hah belasah jelah.


Nenek tengah gubah bunga. 

Baju by Bianca Mimosa, harga RM500 offer 70% sebab last day kedai buka sebelum cuti panjang katanya, so dapat RM150. Eleh ye ye je harga asal RM500, ada ke orang nak beli baju nenek ni harga RM500 -____-". 

Raya pertama tu, kami awal awal dah plan nak datang rumah Mama pagi pagi, cepat cepat salam mohon ampun lepas tu bergambar family cepat cepat, sebab based on previous experience rumah Mama ni pukul 10 saudara mara dah datang beraya, sebab Mama kan kakak sulung so memang adik adik Mama datang sini dulu. Tapi nan hadooo, pukul 10 baru kami adik beradik sampai, 10 minit kemudian orang dah datang beraya non-stop sampai tengah hari. Alhamdulillah tetamu ramai datang, tetamu kan pembawa rezeki :')


Disebabkan tetamu tidak putus putus, kami membuat keputusan untuk bergambar jelah dengan siapa yang ada depan mata. Masa gambar ini diambil pun kat ruang tamu bahagian sebelah tu ada ramai tetamu tengah makan HAHAHA. Hampir sahaja kami nak minta tolong tetamu ambilkan gambar =))) Bila tengok je gambar ni, adik lelaki aku sorang marah, "Kenapa ambil gambar masa aku tengah basuh gelas kat dapur?!". Kakak aku sorang lagi pun bising, "Orang tengah potong ketupatlah masa ni!". Mama Baba pun sedang berbual dengan tetamu so kesimpulannya dalam gambar ini adalah semua warga curi tulang =)))))

Dalam pukul 1, ingatkan nak terus ke Sungai Merab, sekali anak anak aku tidur pula. H cakap bagi diorang puas tidur dulu baru geraklah. Nanti meragam pula. So we girls decided untuk beraya di rumah jiran sahaja, kebetulan salah seorang anak jiran aku tu baru bersalin so kira melawat newborn baby sekalilah.


Jiran dari kecil membesar sama sama. Cantik cantik depa ni! Makan Nasi Dagang kat sini, sedap gila rasa macam taknak bangun je dari meja makan =))

Around pukul 2 petang, kami terus gerak untuk beraya dengan family husband pula.


Gambar lengkap satu keluarga. H ada 6 adik beradik and he is the eldest one, on my husband's side baru ada 3 orang cucu. Mungkin tahun depan akan bertambah lagi.............. #berangan.


Bersama adik adik ipar. Hoi berlengasnya muka nenek!


Sisters again.


Bersama saudara mara belah bapa mertua. 



Ammar Yusuf sejak bersekolah memang sangat sangat suka berkawan. Sebelum ini orang datang nak berkawan dengan dia pun dia malu, sekarang ni dia pula yang approach kawan sebaya untuk bermain :')




Malam tu pergi beraya dengan Nek Tua yang merupakan kakak kepada arwah nenek H. Masa raya inilah waktu terbaik untuk kita mengenali saudara mara kita dengan lebih dekat. Kalau belah aku memang mostly straightforward je, belah husband ni nak kena faham betul betul ini siapa, sebab kadang boleh keliru dia ini nenek kepada bapa saudara yang merupakan anak angkat kepada mak tiri hahaha macam itulah. Kena tulis notes kat dalam handphone about who is who and what is the relationship hehe. 

Raya Kedua

Raya kedua seperti biasa kami akan beraya dengan saudara mara (ke bau bau bacang entah??) di kawasan Sungai Merab Luar. Yang sini aku tak kenal sangat tapi memang setiap tahun kami akan ronda ronda satu kampung sini so dah boleh tahu rumah ini masak spagetti rumah sana masak lauk Minang pedas gila tapi sangat sedap then rumah satu lagi itu masak laksa hahaha. Tak senonoh perangai fikir makan je.


Cousin belah ibu mertua ni memang terlalu ramai perempuan so faham faham jelah kegilaan bergambar tu macam mana.


Eceh eceh eceh.


Untuk beraya di kawasan ini memang lesson learnt; anak anak kena pakai yang paling selesa sebab tahun tahun lepas budak budak ni pakai smart smart memang meragam sepanjang masa sampai kena masuk kereta duduk dalam aircond! Diva sangat. Tapi memang panas pun raya kali ni, nasib baik anak anak aku pakai selesa, walaupun si Ammar Yusuf tu masih juga naik ruam merah penuh kat leher sampai at one time kena buka baju, still they were so happy this time! Memang raya kali ini kami beli banyak T-shirt and short pants je untuk baju casual anak anak, takpelah nampak macam anak apek pun asalkan selesa dan kami pun happy nak beraya puas puas ;)


Budak budak ni semua K-Popers, dan ini adalah posing terkini untuk K-Pop sekarang zzZZzz layan je aku -___-"


Coincidentally in green. Baju raya last minute yang tak plan pun nak beli, teman si Oyah pergi Jakel tengah tunggu tu tiba tiba dengar orang Jakel jerit jerit bagitahu ada Happy Hour untuk row yang aku tengah berdiri tu. Harga kat price tag, RM280. Harga Happy Hour, RM150. Ambil tak try pun terus pi bayar. Nasib baik muat -___-"

Raya Ketiga

Eh tak panjang sangat ke sambung terus ke raya ketiga ni? Malas pula nak buat entri raya banyak banyak :p

Raya ketiga kami decide nak berkumpul di rumah Mama lagi, sebab tauke bunga api (Moman) dah balik so terkinja kinja la anak aku tu nak main bunga api.


With our baby nephew, Akid yang selalu malas nak layan Antina.


Eh tadi kata anak yang terkinja kinja?? I was wearing a wrapped kebaya yang dipadankan dengan skirt yang dah lama sangkut kat almari tak pernah pakai sebab macam over sangat untuk pakai pergi kerja haha. My most uncomfortable outfit, sebab satin shawl ni panas dan buat telinga rasa pekak and wrapped kebaya ni kalau tak ikat dengan kemas akan membuatkan kita nampak gemuk pendek sabar jelah.


So much fun!


Ni entah mercun apa, tapi dia macam tembak ke udara 20 das macam itu. Buat serentak dengan adik beradik, awesome gila!


Our first family potrait for Aidilfitri 2016. Tu pun Baba takde (dah tidur) dan family Lah 3 beranak tak dapat datang. Memang susah nak dapat complete family photo ni kalau dah adik beradik berderet deret kan? Gambar ini pun, after all the sweat, blood and tears T____T. Susah gila nak atur warga kenit kenit tu duduk setempat.

Raya Keempat

Sambung beraya lagi. Cuti panjang kann. Untuk beraya ni kami tak ada specific target, mana yang invited or open for guests kami datang je dulu inshaaAllah. Bukan nak diva sangat tunggu jemputan baru nak datang, tapi kalau boleh taknaklah serbu je rumah orang, takut tuan rumah tak bersedia untuk menerima tetamu nanti menyusahkan tuan rumah pula kan?


Super love this kurung. Also bought at Bianco Mimosa for 70% discount, sebab dia kata ni stok lama punya.  Berapa entah last price hari tu, RM120 tak salah. Cutting best kain best, berbaloi sangat beli ni! Aku ni bukan jenis ikut trend sangat; aku ikut apa yang cantik bila aku pakai, bukan cantik bila model pakai huhu. Macam tahun ni nampak macam trend printed dress tapi bila aku cuba nampak macam menggeleber sangat, perhaps tak cantik dengan badan aku yang sangatlah pear-shape ni, aku so taknaklah ikut. Tak kisahlah stok lama pun, sayang nak beli baju mahai mahai, aku suka beli murah tapi banyak boleh buat tukar tukar hehe.


Favourite aunties and cousins.


What girls do best ;)

Raya Kelima

Raya kelima ni dah malas nak bergambar sebab baju raya dah habis so pakai baju recycle sebab crowded sangat dan Adam Muaz pulak buat hal je sepanjang masa sebab mengantuk grrr. Open house at my Aunt's, Cik Zam. Makanan semua homemade and it was the bomb! Sedap gilaaaaaa nasi kerabu nasi lemak kambing bakar and jeruk mangga dia buat aku mengulang ulang macam perempuan mengandung! Nasib baik takde orang usap usap perut buncit aku sambil tanya "Ada isi ke?" #jangancaripasal.


Recycle baju kebaya zaman belajar 10 tahun dulu. Takyah nak kagum sangat, aku zaman belajar dulu lagi gemuk dari sekarang so mestilah muat kuikuikui.

Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my friends here, mohon maaf atas salah silap dari segi percakapan, perbuatan mahupun penulisan. Kalau ada yang buat open house tu jangan lupa jemput aku datang, inshaAllah nampaklah muka aku kat buffet table nanti hahahaha bye. 


6 comments:

ily♥ said...

Selamat Hari Raya Husna :)

mawar said...

Best baca..and your baju raya semua cantik2...

Ros said...

cantik-cantik baju raya awak =)

Husna Hadzarami said...

Selamat Hari Raya Ily ;)

Husna Hadzarami said...

Terima kasih awak :)

Husna Hadzarami said...

Hehe thank you :)