Monday, May 16, 2016

Ammar Yusuf dan Solat

Ammar Yusuf alhamdulillah dah tahu semua bacaan solat dari mula sampai akhir. Bacaan doa selepas solat pun dia dah hafal tapi ya Allah punyalah panjang aku takut dia penat je sebenarnya. Sebab dia masuk sekali surah surah yang dia hafal dan tak boleh skip pula surah surah tu sebab dia macam perlu ikut turutan kalau tidak dia akan lost track apa yang perlu dibaca. 

Dia juga sudah beberapa kali dilantik menjadi Imam di sekolah, kalau nak diikutkan kebiasaannya hanya pelajar kelas 6 tahun yang dipilih sebagai Imam; Ammar Yusuf baru 5 tahun (mengikut kelas, kalau ikut bulan, Ogos ini baru masuk 5 tahun). Sebagai ibu bapa, sudah tentulah kami berasa senang sekali dengan perkembangan itu, malah hampir setiap masa sama ada sedang bermain atau sedang menunggu atau di dalam kenderaan, mulut dia memang hanya menuturkan bacaan solat dan juga surah surah lazim. Okaylah kan, Ammar Yusuf ni terlalu banyak cakap dan mulut dia macam tak boleh nak berhenti bergerak so daripada cakap entah apa apa baik kau betulkan hafazan sana, ada faedah sikit ;)





Photos sent by his teacher. Kecil je anak aku ni kan compare to saiz badan budak budak lain.

Tapi masalahnya, bila sudah terbiasa jadi Imam yang mana perlu baca dengan suara yang kuat ketika solat, bila di rumah dia hanya nak solat kalau dia yang jadi Imam. Kalau tidak, dia taknak solat. Kalau solat dengan Daddy dan Daddy jadi Imam pun, dia di belakang tetap baca dengan kuat juga adoi macam mana ni? Tak kusyuk Imam sebenar di depan dengar suara makmum yang nyaring di belakang T__T. Jadi untuk tidak meruntuhkan semangatnya yang sedang berkobar kobar tu, setiap kali waktu solat, kami biarkan dia sentiasa jadi Imam, dengan bermakmumkan Adam Muaz :')


Mendidik anak ke arah hidup yang berlandaskan agama ini jujurnya memang tidak mudah, bagi kamilah. Kami ibu bapa perlu jadi contoh yang paling baik supaya dapat menghidupkan suasana agama di dalam rumah. Susah nak didik anak ke arah agama, kalau kita sendiri ke laut. Serious aku cakap, sebab anak anak akan ikut apa yang dia nampak kita buat, bukan ikut apa yang kita nasihat. Kita nasihat panjang berjela tapi kita sendiri tak practice what we preach, macam mana anak kita nak percaya apa yang kita nasihat kan?

Untuk melakukan semua itu, we have to be very very patient. Anak tengah bersemangat nak buat benda baik, kita jangan lemahkan semangat dia. Contohnya Ammar Yusuf ni kadang kala pukul 9-10pm baru nak solat Isyak, masa itu dah tutup lampu semua dah siap sedia untuk tidur dah, dia kata nak solat. Aku jujurnya memang dah ngantuk sangat rasa nak merungut juga, tapi takkan kita nak kata tak payahlah solat, or solat esok jelah. Kita kena juga bangun dan buka lampu, teman dia ke bilik air untuk ambil wudhu, tunggu dia di tepi sambil dia bersolat sampai habis. Ataupun selepas solat Maghrib biasanya aku peruntukkan 10-15 minit untuk aku membaca Al-Quran, masa itu jugalah dia nak suruh aku tengok dia baca Iqra', biasanya memang begitulah dia, bila nampak Mummy mengaji dia pun nak mengaji (which is good actually) cumanya kita kena fokus pada dialah instead fokus pada bacaan kita. Kadang kadang kalau macam penat sangat aku hampir je nak cakap "Abang nantilah mengaji, bagi Mummy mengaji dulu" or "Abang tak payahlah mengaji malam ni, esok jelah Mummy tengok Abang mengaji" tapi memang tak sangguplah nak cakap, karang elok elok dia nak buat benda baik terus taknak buat dah sampai besar, satu hal pula.

So the key point is, kita memang kena banyak bersabar, and obviously being patient is not really my best talent.

Aku sebenarnya tengah sedih sikit ni. Pagi tadi adalah kali pertama Ammar Yusuf bangun untuk solat Subuh, dari malam tadi sebenarnya lepas solat Isyak aku bagitahu dia, 

"Esok pagi kalau Abang bangun awal, boleh solat Subuh. 2 rakaat je"

Masa tu dia tanya, "Macam sunat Dhuha ke 2 rakaat?"

"Ye sayang, macam sunat Dhuha. Tapi ni solat Subuh."

Ammar Yusuf is not really a morning person jadi untuk bangun pagi itu memang satu kesukaran bagi dia, kena berkelahi, ugut itu ini baru dia bangun. So aku mulakan pendekatan baru, malam tadi aku cakap dengan dia esok kena bangun awal, tapi bukan sebab Abang perlu ke sekolah, tapi SEBAB ABANG KENA SOLAT SUBUH. 

Agak berkesan jugalah, sebab pagi tadi dia bangun awal sedikit, sedikit je dari biasa taklah awal sangat. Semangat nak mandi, dan sedia untuk solat Subuh. Masa itu dah pukul 7 lebih dah pun. Subuh gajah, tapi tak apalah dia kecil lagi harap harap esok esok boleh improve. Tapi bila tiba waktu untuk solat, dia insist nak baca niat sunat Dhuha. Sebab dia kata niat rak'ataini tu untuk sunat Dhuha. Aku pagi pagi memang perlu segalanya berjalan dengan lancar so aku dah geram sikit berulang kali ajar dia niat solat Subuh pun dia insist nak baca niat sunat Dhuha. It's like he didn't trust me, teacher je betul Mummy ajar tak betul stress okayyy. Di sekolah memang tak ada belajar niat solat Subuh, dia hanya belajar untuk solat sunat Dhuha, solat Zuhur dan Asar sahaja. Solat Maghrib dan Isyak kami sendiri ajar di rumah, cuma untuk Subuh ini adalah kali pertama untuk dia.

Aku sudah bersiap untuk ke tempat kerja, dan jenis aku ni kalau aku dah bangun awal and make sure everything is in order, I don't want anything to spoil it. My morning has to be perfect, because it reflects my mood for the whole day. Kalau mood pagi aku jahanam, sampai ke petang aku akan badmood. Jadi untuk tidak merosakkan suasana, aku biarkan je dia berdiri terpinga pinga atas sejadah, refusing to recite niat for Subuh but didn't have the confidence to carry on with Dhuha in case it might be wrong. Ammar Yusuf begitulah dia, dia perlu diyakinkan dengan bersungguh sungguh, dipujuk dengan kelembutan dan diberi sepenuh perhatian untuk dia baru dia boleh bergerak. It's so time consuming and I don't have that much of a time this morning. Ianya berakhir dengan I stormed out of the house, not even salam and kiss him as usual because I was so upset that he refused to listen to me.

Later at the office I called his father and asked whether he performs the Subuh prayer, H said he didn't, sampai ke sudah dia taknak solat. I feel so guilty. I mean, he already had the intention and the understanding about it, we just have to be more patient! We should be more patient. Sigh. Tak apalah, we'll try again tomorrow. Perhaps we should wake up a little bit earlier than usual so that we have enough time for him alone. Ya Allah permudahkanlah urusan aku dan tingkatkanlah kesabaran aku dalam mendidik anak anak. Ameeen..


1 comment:

mother is a verb said...

Keep on writing sis Una.
Suka bc psl ur family and anak2 semua.
Boleh jd inspirasi utk sy & kwn2 lain.