Thursday, April 7, 2016

School Trip

Ammar Yusuf went for his school trip for the first time yesterday to KL Tower, entering Mini Zoo and watching 3D Theatre. It was nice of his teacher to keep sending their photos to keep all the parents updated in our WhatsApp group.


Anak anak beratur sebelum menaiki bas. Ammar Yusuf dua dari kiri, with his friend yang berkasut sama :)))



Dalam Mini Zoo at KL Tower. Banyak gambar lain dalam ni tapi sebab takde gambar anak aku so malas aku nak letak kat blog hahah #biased.



Ready to watch 3D Theatre, Mummy pun tak pernah tengok wayang 3D huhu kesian Mummy.





Observation deck, tengok view dari puncak KL Tower. He actually has been here before when he was smaller, dah tak ingat la tu.


Lunch.



Bergambar beramai ramai sebelum balik, teachers and anak murid.


Dalam bas. Rasanya ini waktu pergi sebab waktu balik teachers cakap semua budak budak tidur kepenatan.

He was really having a good time, macam macam dia cerita and I'm so glad that he got the chance to experience it. Ini adalah kali pertama dia keluar jalan jalan sendiri without us. Tengok dia happy, memang terusik sikit hati. 

I still remember when I was in primary school, masa itu around Darjah 1 ke Darjah 3 tu setiap tahun sekolah ada buat trip tengok dinasour kat Subang Parade, if I'm not mistaken. Dan setiap tahun juga aku adalah termasuk dalam 2-3 orang yang tinggal di dalam kelas pada hari yang rakan sekelas lain pergi ke school trip itu. I don't remember if I even asked my parents to go to the trip, rasanya aku tak pernah tanya pun sebab memang dah sedia maklum takkan dapat pergi. Kami tak mampu. Masa itu kami 8 beradik yang semuanya di bangku sekolah, going for a school trip is considered something yang terlalu mewah dan kami pun macam tak sanggup nak minta.

So I left with the other 2-3 kids, I don't think I was sad for being left behind, sebab rasanya masa itu aku macam seronok duduk di dalam kelas yang hampir tiada orang, tak perlu belajar, cikgu pun suruh buat aktiviti sendiri je so aku main batu serembanlah, tutup botol lah, entah apa lagi aku buat. Bila rakan sekelas lain balik dari trip dan bercerita, aku mendengar dengan penuh minat lepas tu balik rumah aku cerita pula pada adik beradik yang lain apa yang kawan kawan cerita kat aku hehe.

I wasn't sad at that time, if I can recall. Because I was used to it. Bila dah besar besar dan teringat pasal itu, baru ada rasa terusik sikit hati. I believed my parents have done their very best to raise us, to make sure that we eat well--haa one thing for sure, kami memang tidak pernah tak cukup makan nonetheless alhamdulillah. Mungkin dari segi kebendaan memang nampak terlalu banyak yang kekurangan, tapi mungkin juga apa yang mereka telah sediakan untuk kami semua adalah segalanya yang mereka ada ketika itu.


Untuk anak anak kami, jujurnya kami memang tidak memewahkan mereka dengan toys, gadget atau biasakan mereka dengan tempat makan yang mewah; most toys yang mereka ada sekarang adalah hadiah dari keluarga dan babysitter budak budak ini sebenarnya. Anak anak aku pun tidaklah terlalu meminta minta sangat (setakat ini), kalau masuk kedai toys memang both of them akan main main dan bila tiba masa untuk balik, mereka akan letak toys ke tempat asal and go home. Drama nak toys tu memang tidak dinafikan ada juga kadang kala (they are just normal kids anyway), tapi dengan sedikit penerangan, they usually can accept it.

Tapi, sekiranya perkara itu memberi pengalaman baru untuk mereka, contohnya pergi ke tempat baru, experience new skill (perhaps belajar main piano or guitar, or going for art classes in future for example), atau peralatan yang boleh membantu pembelajaran and improves their survival skills, kami sanggup berbelanja tidak kira berapa banyak pun, kami akan cuba sediakan inshaaAllah. There's no price tag for experience, we want them to be adventurous and explore new things, dan kami cuba bawa mereka keluar berjalan tengok dunia luar sekerap mungkin. 

Kami taknak anak anak hidup susah pun, tapi taknak juga dibiar hidup terlalu bermewah mewah. Kami taknak anak anak learn the hard way all the time, tapi taknak diajar mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah. Kami cuba sebaik baiknya untuk hidup secara seimbang, because the truth is, it is never easy to be in the middle. It's not easy to balance between the hardest and the easiest way. Sedangkan nak balance kehidupan sendiri pun sudah penuh dengan cabaran, apatah lagi kehidupan anak anak. We've made too many mistakes, we've done a lot of things wrong in order to raise them. But of course as any other parents out there, apa yang kami buat semuanya adalah kerana kami mahukan yang terbaik untuk mereka. It's a lifelong learning. Semakin banyak yang kita lalui, semakin banyak rupanya yang kita tidak tahu. Kami juga masih dalam tempoh belajar, we learn a lot from other parents, from you, and we will continuously try our best, selagi nyawa dikandung badan inshaaAllah.


No comments: