expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 19, 2016

Sayang Isteri Lebih

Teringat perbualan dengan seorang rakan beberapa hari lepas, perbualan yang aku rasa sangat terkesan di hati dan aku rasa menarik untuk aku kongsikan di sini. Ketika itu kami berbual tentang rezeki. Perbualan spontan je sebenarnya.

Menurut rakan aku tu, suami dia mengkhabarkan yang mungkin tempat kerjanya (si suami) sudah mula terjejas sepertimana kebanyakan syarikat oil and gas yang lain dan akan mula dipotong gaji. Kesian sebenarnya bila perkara itu terjadi pada kaum lelaki, sebab mereka kan tunggak keluarga, punca pendapatan utama sesebuah rumah. Mendengarkan itu, my friend saja cakap dengan her husband,

"You have to love me more, nanti Allah murahkan lagi rezeki kita."

And her husband did show his love more, perhaps more than before, tidak lama kemudian tiba tiba one of their property agent called beritahu yang rumah mereka yang sudah lama diiklankan untuk dijual itu sudah ada pembeli. Alhamdulillah. Rezeki besar, sebab rumah itu dijual dengan harga double dari harga ketika dibeli few years back, syukur! Bolehlah survive untuk beberapa bulan atau mungkin boleh dijadikan modal untuk memulakan apa apa perniagaan jika benar si suami itu akan hilang pekerjaan.

Aku memang sangat kagumlah dengan cerita itu. Suami yang ikhlas menyayangi isteri dan isteri yang redha dengan kemampuan suami memang akan mendatangkan rezeki lebih baik untuk keluarga. Sebab itu jika kita rasa rumahtangga kita tidak aman, sentiasa rasa kesempitan wang, duit banyak tapi sentiasa tidak pernah cukup, kita nilai balik diri kita. Mungkin si suami jenis tidak ikhlas menyayangi isteri dan menyara keluarga, mungkin suami jenis yang terlalu berkira dengan isteri, dan mungkin si isteri jenis yang tidak pernah bersyukur dengan pemberian dan kemampuan suami.

Elakkanlah bergaduh kerana duit, ianya akan membuatkan rezeki kita semakin sempit dari hari ke hari. Sebaiknya suami isteri usaha bersama sama, isteri bagi sepenuh sokongan pada suami dan jadilah pemangkin semangat suami untuk bekerja dengan lebih baik dan suami cuba 'memberi' dengan lebih lagi. Ada sesetengah lelaki ni dengan orang lain bukan main murah hati, tapi sangat sangat sangat kedekut dengan isteri sendiri entah apa yang dia kirakan sangat. Padahal isteri ni kan punca rezeki suami. Dan satu lagi, jangan pandang rezeki itu hanya dari segi duit/kebendaan semata, rugilah kalau kita dalam golongan begitu. Lihat secara meluas. Anak anak yang bijak juga adalah rezeki, ibu bapa dan mertua yang baik baik juga adalah rezeki, dikelilingi kawan kawan yang membawa kita ke arah kebaikan juga adalah rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik juga merupakan rezeki dari Allah. Kadangkala nampak hidup seseorang itu tidaklah mewah, tapi sentiasa gembira dan bahagia kerana keberkatan gaji, itulah rezeki yang paling baik.

So apa lagi, bolehlah tanamkan dalam hati untuk ikhlas menyayangi pasangan kita dengan lebih baik lagi mulai saat ini :)



2 comments: