expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 12, 2016

Perempuan Mahal

"Kesian juga, dia beli kereta untuk laki dia pakai. Minyak kereta semua dia isi, duit servis kereta dia yang bayar. Ni sekarang kereta tu dah accident pulak, dia tengah pening kepala fikir mana nak dapat duit untuk repair."

Entah kenapa bila terdengar ayat sebegini tak adalah timbul rasa kesian pun. Aku tak suka perempuan yang meletakkan diri sendiri terlalu murah sebegitu. Aku tak suka baca kisah perempuan yang berkorban segala galanya demi lelaki kemudian meraung merempan bila lelaki buat hal. Terlalu banyak dah kisah ini berlaku zaman sekarang, sampai dah jadi macam perkara biasa bila suami hidup disara isteri.

Come on. Jadilah perempuan yang mahal. Apa yang aku perasan, perempuan yang terlalu murah hati memberi biasanya memang akan menghasilkan suami yang haprak. Perempuan jenis itulah yang menyebabkan lelaki tidak tahu berdikari, tidak tahu susah, tidak tahu tanggungjawab, segalanya boleh didapatkan dengan terlalu mudah. Ada perbezaan besar antara cinta agung dan kebodohan. Cinta tak sepatutnya membuatkan kita hidup susah sedangkan pasangan kita hidup senang lenang. Biar susah sama sama, senang sama sama.

Kerja orang lelaki, biar dia buat. Kita bekerja biarlah kerana kepuasan kita sendiri, untuk menyenangkan ibu bapa kita, untuk memuaskan nafsu berbelanja kita yang kiranya tidak adil kalau kita mahu mengharapkan suami semata, untuk selesaikan hutang piutang yang kita bawa sebelum berkahwin dulu; sekurang kurangnya itulah niat aku bekerja. Dan kalau niat memang ikhlas untuk bantu suami dapat pahala. Bukan bekerja untuk memanjakan suami sampai suami hidup mewah pakai kereta besar baju baru berganti ganti tapi isteri terus menerus hidup susah dan berhempas pulas bekerja sampai kesihatan, kecantikan dan emosi diri sendiri tak terjaga. That is not love, that is stupidity.

Apa yang aku nampak berdasarkan pemerhatian aku, perempuan yang menghormati diri sendiri akan menarik lelaki yang turut menghormati dirinya juga. Kita hormat diri kita, sayang, jaga, dan manjakan diri kita, inshaaAllah kita akan 'tarik' lelaki yang hormat, sayang, jaga dan manjakan diri kita juga. Jangan 'jual' kebahagiaan kita semata mata untuk memenangi cinta lelaki. Kalau dia lelaki yang baik dan menyayangi kita, dia takkan sanggup biarkan kita hidup susah kerana dia. Kita adalah orang yang paling kenal diri kita, kalau kita sendiri meletakkan maruah kita pada tahap paling rendah, how can we expect other people to treat you the best? Sebab itu kalau baca kes suami main kayu tiga, suami kaki pukul, suami penagih dadah dan peras duit isteri, mesti akan ada ayat luahan dari si isteri lebih kurang begini, "Saya berkorban segala galanya untuk dia..." atau "Sudah banyak kali saya beri peluang pada dia untuk berubah tapi...". Si isteri sendiri tidak menghormati dirinya sendiri. Dia sendiri yang membiarkan dirinya dimanipulasi sebegitu. Siapa suruh berkorban segalanya? Kalau kau pernah baca The Secret by Rhona Byrne, this Universe has enough for each and everyone of us thus no one needs to sacrifice her/his own happiness for others.

Please do not sell yourselves short. Jadilah perempuan yang mahal, Islam dah letakkan tahap wanita itu pada tempat yang tinggi tapi kita sendiri yang downgrade kan diri kita. Janganlah begitu, hormatilah diri sendiri, jagalah kebajikan diri sendiri, tugas lelaki cuba biar lelaki yang buat, kita tahulah awak kuat tapi jangan melangkaui tugas suami. Apa yang awak nak buktikan pun? Jangan 'asuh' suami kita jadi suami yang tak guna, jangan biasakan suami kita bebas dari tanggungjawab, cuba fikir semula kadang kadang apa yang terjadi dalam rumahtangga tu mungkin disebabkan kesilapan kita sendiri.


2 comments:

  1. Betul cakap kak Una. Agaknya perempuan yang kuat sangat ni dah terbiasa kot duduk adventurous masa single2 dulu hahah

    ReplyDelete
  2. Hi.ive been your silent reader in a while.absolutely agree with u. u should treat yourself with respect first than others will follow.

    sincerely,
    amira

    ReplyDelete