Sunday, April 10, 2016

Lain Anak Lain Ragam




Perbezaan dua orang ini apabila waktu belajar -____-"

Ammar Yusuf ni setakat ini aku nampak dia memang jenis suka belajar. Kalau beli exercise book untuk dia memang berbaloi sebab dia memang sangat bersemangat untuk buat latihan sambil ulang ulang cakap, "Lepas habis Abang buat ni nanti Mummy beli buku baru kan?". Bila menghampiri cuti sekolah dan teachers bagi homework untuk disiapkan dalam masa seminggu tu, dia akan terus siapkan pada hari yang sama dia terima homeworks tu juga. Bab homeworks memang semangatlah dia tu, tak payah suruh pun.

Betul betul tipikal anak sulung. Tapi Ammar Yusuf ni senang kecewa. Salah sikit dia padam sampai menipis kertas tu, segalanya perlu sempurna dan cantik. Aku lagi suka dia melukis berbanding menulis. Bila melukis dia lebih 'bebas', dia nampak lebih gembira, dia tidak terikat dengan apa apa peraturan, anything can be drawn. Bila menulis, segalanya perlu mengikut spesifikasi, nak nak jenis latihan yang perlu ikut tracing titik titik membentuk huruf ni, sebab dia tu mesti nak segalanya sempurna.

Tidak cukup dengan itu, apa yang dia sudah mulakan, dia akan paksa diri untuk siapkan walaupun kami dah suruh dia sambung lain kali je. Bila dipertengahan jalan sudah mula kepenatan dan jari kebas kebas, dia akan merengek minta aku habiskan pula. Sebab dia nak tengok page tu siap sampai habis amboiiiii Mummy pula yang kena siapkan??? Homework Mummy masa sekolah pun Mummy tak buat sangat, takde maknanya nak buat homework awak! (Will edit this paragraph later once he can already read my blog :p)

Adam Muaz on the other hand, is free and easy type of person. Dia nampak Abang buka buku, dia pun ambil juga buku latihan dan tulislah conteng conteng. 5 saat kemudian dia dah bosan dan beralih ke perkara lain hahaha senang je dia. Aku memang tak pernahlah nak memaksa pun, kecil lagi kan dia. Umur macam tu children tend to learn more through playing so biar jelah dia main puas puas. Cuma setiap kali dia dengan buku dan minta aku tolong buat apa apa aku terus tolong. Contoh dia nak aku lukis binatang, cepat cepat aku lukis binatang.

Sebab aku notice setiap kali aku join dia lukis apa apa, dia perhati je cara aku lukis, cara aku pegang pensil. And before I know it, tak lama lepas tu dia akan tiru apa aku buat. Contohnya ada satu hari tu dia suruh aku lukis Baymax.


Mummy's Baymax ;p. Kau orang jangan banyak cakap, anak aku kagum tau tengok hasil lukisan aku ni!

Few minutes later aku nampak dia lukis ini, which I believed he was trying to copy me.


Adik's Baymax :)))))) Tak baik tau ketawakan dia, aku sendiri pun ketawa dalam hati je (hahahhaha). Macamlah lukisan aku tu cantik sangat.

I cannot lie that I'm actually impressed with him. I mean, come on, he's barely 3 years old! Tambahan pula Adam Muaz ni bukanlah jenis minat buku sangat macam Abang dia kadang aku risau juga kalau dia tak dapat nak keep up dengan Ammar Yusuf who's happened to be a very fast learner. Adam Muaz ni banyak sangat belajar melalui pemerhatian. Dengan dia aku tak sempat pun nak ajar cara pegang pensil yang betul sepertimana aku ajar Ammar Yusuf dulu, tahu tahu dia dah pegang pensil dengan betul. 

Kelebihan anak kedua (dan seterusnya) begitulah. Mereka lebih cepat belajar sebab belajar dari someone yang lebih kurang umur mereka. Berbeza tau belajar dengan parents berbanding belajar dengan siblings. Dengan ibu bapa ni lebih pada teori, dengan abang/kakak ni takde teori sangat, terus ke praktikal je hehehe. Kesian Adik, kecil kecil dah berdikari belajar sendiri je, dan kesian juga dengan anak sulung, sebab mereka sentiasa perlu menjadi contoh yang baik pada adik adik so they cannot mess up. Haih.

Setiap anak adalah unik dan tersendiri. Aku baru ada 2 orang, dan 2 orang ini saja pun sudah sangat berbeza karakter masing masing. Masing masing ada keistimewaan masing masing, dan both of them ada sifat tersendiri yang memeningkan kepala juga. Whatever it is, satu perkara yang pasti, karakter masing masing yang berbeza itulah yang melengkapi satu sama lain, dan mengisi setiap ruang kosong dalam jiwa kami ibu bapa mereka :')



1 comment:

Dilah said...

salam..

sama mcm anak sy yg sulung, everything dia nak perfect.. kalau salah sikit or tak betul dia try utk buat jugak, tp kalau tak boleh mula la dia stress dan nak mengamuk.. kadang2 kite tengok pun boleh stress jugak.. huhu.. anak ke-2 lebih rilek dan byk tiru kakak dia..

jemput singgah blog sy; http://ceriteraibu.blogspot.sg/ thanks..