Friday, March 11, 2016

Bila Adam Muaz Berkata-kata....


Adam Muaz ini dulu tidaklah sepetah Ammar Yusuf. Dia jenis diam, jenis yang perhati je conversation kami dengan abang dia, jenis yang ketawa je bila abang dia buat lawak. Aku rasa somehow dia rasa intimidated nak bercakap banyak sebab the talking department has been conquered by his talkative big brother huhu kesiannn. Lepas tu Adam Muaz ni kami perasan dari dia mula belajar bercakap lagi dia macam stuttering, or orang Melayu cakap, gagap. 

Kami memang risau jugalah bila dia selalu sangat stuttering ni, sebab sometimes bila macam susah sangat nak sebut sesuatu perkataan dia akan frust dan sedih cakap "Susahlah nak cakap Mummy". Kesian okayyyy. Kami pun banyaklah baca pasal anak gagap ni, antara cara untuk mengatasi gagap ni; kena biarkan anak kerap melompat atas katil, or lagi bagus kalau ada trampoline sebab ianya akan membantu 'melonggarkan' rahang mulut tu, kemudian kena biarkan dia banyak menyanyi sebab menyanyi boleh melancarkan pertuturan dan meningkatkan keyakinan diri, kemudian setiap kali nampak dia susah nak bercakap tu kami akan urut badan dia sambil minta dia tarik nafas, "Takpa, adik cakap perlahan lahan, Mummy Daddy tunggu". Means jangan interrupt or habiskan ayat dia, nanti dia kecewa. Kami dah plan nak bawa dia join speech therapy, tapi tak dapat buat appointment lagi sebab slot kat hospital yang kami nak tu selalu penuh. One day, inshaaAllah.

Apa apapun, sejak kebelakangan ini amboi bukan main banyak lagi bercakap, dan semua ayat dia memang menggelikan hati sebab keluar dari mulut dia selamba je eeeee geram aku rasa nak cubit cubit je pipi.

Situasi 1
Dia merengek rengek nak tengok cerita Ultraman Saga kat TV. Nak Saga, nak Saga. Kami semua tengah kepenatan jadi tiada siapa hirau. Tiba tiba dia terdiam kejap, dan dengan muka penuh persoalan, dia tanya, "Kenapa semua olam (orang) tak dengar, Mummy??"

HAHAHAHA.

Bukan orang tak dengar, Adik. Orang malas nak layan awak! =))))

Situasi 2
Jalan jalan di luar, dia taknak balik. Puas dipujuk pun dia kata taknak balik. Jadi aku pun cakap,

"Kalau Adik taknak balik pergilah jalan jalan dengan Uncle (tunjuk orang lain sebarangan). Pergi rumah Uncle. Nak?"

"Nak," dia jawab. Geram aku. "Hah kalau nak pergilah"

"Mummy hantarlah pergi rumah Uncle..."

T___T

Macam itu jugalah kalau suruh kemas Lego. Bukan main liat nak kemas selepas main, bila Daddy ugut nak buang Lego, dengan muka serius seolah olah benar benar mempertimbangkan cadangan Daddy itu, dia berkata,

"Emmm. Buang jelah Lego ni Daddy..."

MENTANG MENTANG BUKAN AWAK YANG BELI!!

Situasi 3
Nak pergi klinik bawa Abang yang demam. Adam Muaz insisted nak pakai swimming suit -_____-". Daddy pun cakap,

"Kalau Adik pakai swimming suit, nanti kat klinik doktor nak pinjam macam mana? Doktor takde swimming suit"

Dengan selamba dia jawab, "Doktor pinjamlah Abang punya, eleh"

Suka suka je petik nama Abang.

Situasi 4
Baru lepas dimarahi Daddy, after a few minutes dia minta susu. Belum sempat Mummy nak bangun pergi buat susu, Daddy yang kebetulan ada di dapur pun melaung, "Takpe, Daddy buatkan susu Adik".

Tiba tiba dengan muka masam muncung muncung si Adam Muaz ni mumbling, "Eleh tadi Daddy marah Adik..."

Padahal orang nak buat susu dia, tu pun nak eksyen hahahadoiii sabar jelah aku dengan Adam Muaz ni.


Budak baik yang full of surprises :')


2 comments:

aisha said...

hahaha yang last sekali sama.. padahal kita bukan marah dia pun.. pastu bila ajak main sama2, dia jawab "eleh.. tadi marah/taknak kawan anas".. cam eh bila masa pulak la marah dia.. kena pulak la pujuk..

Husna Hadzarami said...

Kannn. Bukan main lagi ayat dia tu sabar jelah =)))