Friday, February 19, 2016

Tudung Lilit Lilit Dan Solat

Baru baru ini aku terbaca someone RT (RT is Retweet, if you don't know) about perempuan yang bertudung pusing sana pusing sini lepas tu bermekap tebal, di mana persoalan yang dilontarkan adalah, "Yang pakai tudung lilit sana sini dan bermekap tebal ni, rajinnya kau orang nak buka tudung dan lilit semula lepas tu apply make up semula setiap kali nak solat, ke kau orang tak solat?" Amboi sangat soalan itu hmmphh. Aku tak salahkan dialah, sebab aku dulu berpersepsi begitu juga, sebab masa fresh grad dulu aku kenal ramai juga orang yang jenis bertudung dan bermekap tebal, yang unfortunately, liat solat. Sebab yelah, nak kena buang mekap tanggal pin tudung satu persatu, malas kan? Masa itu aku jenis pakai tudung biasa biasa dan tidaklah bermekap sangat. 

Tapi persepsi itu berubah sejak aku bekerja di sini. Di sini aku masih tidaklah bermekap sangat, masih seperti dulu cuma lately dah tambah eyeliner jelah, tapi cara aku bertudung agak berubah dan kini aku pula yang dilontarkan soalan, "Tak leceh ke nak solat pakai tudung camtu??" Tipulah kalau cakap tak leceh, tapi of courselah aku bersolat jahatnya cakap aku tak solat. Dan di tempat kerja aku sekarang, memang ramai perempuan yang bercantik cantik, bertudung lilit sana sini, dan bermekap, dan kesemua mereka memang jaga solat. Dalam toilet office memang ada pencuci muka siap dengan berus gigi lagi.


Sebenarnya kalau kita ada keinginan, anything is possible. Tahu tak apa keyword-nya?

DETERMINATION.


Haha. Determine untuk kelihatan cantik, dalam masa yang sama masih menjaga solat. Kena rajin. Kena pantas. Betul pun, tiada perempuan yang tidak cantik, yang ada hanyalah perempuan yang malas. Perempuan semuanya cantik, kalau malas rupa yang cantik pun jadi tak cantik. Itu bagi akulah. Sebab rupa aku masa malas memang tak ubah macam Hantu Kak Limah juga kuikuikui.

So aku cerita sikit cara aku dan betapa determine-nya aku hehe.

Pagi pagi selepas selesai solat Subuh dan siapkan baju sendiri, husband dan anak anak, sebelum mandi aku dah salam H siap siap, dah hug and kiss habis habis kekeke. Lepas mandi, aku terus berwudhu', bersiap dan bermekap terus dalam keadaan berwudhu' itu. Masa ini memang kena jagalah. Sampai office, first thing aku buat terus masuk surau sarung telekung (tak cabut tudung pun) for Dhuha then only breakfast. Jaga wudhu' ini memang agak stress, tapi ianya secara tidak langsung membuatkan kita sentiasa menjaga pergaulan dan batasan. Saspen lah pagi pagi kalau ternampak my boss (Chinese man) dia ni jenis salam salam memang cepat je aku lambai lambai dari jauh dan zasss melencong ke tempat lain (masih belum berani untuk tolak salam boss sebab taknak jatuhkan air muka dia huhu my bad padahal kalau bagitahu tak boleh salam entah entah dia okay je. Will improve on this inshaaAllah doakanlah aku hoi!).


Untuk Zuhur, memang takde option mesti kena cabut tudung ambil wudhu' baru. Kau gila nak tahan wudhu' dari Dhuha sampai Zuhur? Birulah muka aku tahan angin tak bagi keluar nanti kahkahkah bodo. Kalau aku Zuhur awal, sometimes aku lilit balik tudung kalau rajin, kalau malas tu aku pakai je tudung spare (tudung awning) yang memang ada kat surau tu so memang 2 jam la aku rupa macam makcik dalam office tu sementara nak tunggu Asar. Aku memang rasa rendah diri sikit kalau pakai tudung awning ni, nampak tua. Kalau aku Zuhur dalam pukul 2.30-3pm tu, aku jaga wudhu' sampai Asar. Otherwise, memang ambil jelah wudhu' lain. Lepas Asar, aku tak mekap dah, cuma apply sunblock and lipstik je. Aku kalau takde lipstik memang kusam dan pucat sangat, macam berpenyakit je muka.


Sebenarnya jaga wudhu' kat office ni taklah susah sangat, jaga wudhu' kat rumah or kalau keluar berjalan jalan dengan family lagi susah. Selalu terlupa terpegang tangan husband lah terpeluklah lepas tu marah marah HAHAHA padahal sendiri yang salah. Memang most of the time aku yang tak ingat, H yang selalu ingatkan "Eh B kan ada wudhu'???".


Pasal mekap ni, depends pada masing masing la. Ada orang cakap tak elok bermekap mekap ni sebab isteri kan hanya boleh bercantik cantik untuk suami sahaja. So one day aku cubalah keluar tanpa mekap, dah siap pakai tudung semua, aku pusing ke H.

"B tak mekap hari ni. Macam malas je. Okay tak?" and expecting my husband to say, "Haa okaylah tu natural beauty" kahkahkahkah angan angan tak boleh blah.

But instead, dia terdiam kejap dan dengan takut takut (takut aku marahlah tu) dia cakap, "Ermmm pakai bedak sikit lah kot. Boleh?"

Wuuuuuuu where is my natural beauty T_______T

So aku rasa, it depends on your husband. Bagi aku, kita buat jelah ikut apa yang husband KITA suka, bukan husband orang lain or husband in general. HUSBAND KITA. Ada suami memang jenis tak suka isteri pakai mekap, ada yang tak kisah langsung mekap atau tidak, ada yang memang nak isteri cantik cantik dan bermekap. Asalkan bukan berlebih lebihan. Semua benda pun perlu berpada pada. Aku mekap nipis je pun, bukannya ada shading shading hidung mancung lengkap dengan bulu mata palsu siap. Eye-shadow pun tak pernah pakai, tak reti. Aku rasa orang lelaki ni suruh bermekap or bercantik cantik bukan sebab nak tayang tayang kecantikan isteri pun, tapi lebih kepada supaya kita nampak presentable, takdelah nampak macam miserable-nya rupa bini aku ni sejak kahwin dengan aku huhu. Biarlah, aku nak husband aku gembira dengan aku, kau buatlah apa yang husband kau gembira dengan kau.


Itulah lebih kurang cara aku berlilit lilit tudung tanpa perlu korbankan solat. Sedih okay kalau tahap korbankan solat, kita keluar cari rezeki yang datang dari Allah, tapi kita lupakan Allah. Kita cantik pun Allah yang bagi, lagi nak ketepikan Allah sebab malas nak buang mekap cabut tudung. Tapi sebenarnya, aku harap sangat ada instant shawl yang pakai pakai je, terus jadi macam shawl yang aku pakai sekarang huhu. Style yang aku pakai sekarang ni memerlukan 4 brooches dan 5 jarum okay, tabah tak aku cabut pakai cabut pakai berulang kali? Beauty is pain sangat. Banyak yang ada di pasaran sekarang ni tak cantiklah dengan muka bujur aku ni. Ataupun aku sendiri yang tak yakin kot. Or, maybe I should produce myself?






Note: All six colors of basic shawl above are produced by yours truly. Puas hati dan murah pula itu. Untuk sendiri pakai sahaja buat masa ini :)


11 comments:

Suria Amanda said...

dah lama cuba belajar shawl lilit2 ni..x reti2...caner la korang pakai cantik je..

Syaffiqah Rahman said...

pernah gak pakai lilit2 tu. PAstu husband tegur, yg bawal je takde? Baru je rasa nk berfashionista sikit. Huhuhu..

aNgAh_aLiFaH said...

husna, sy bilang basic shawls semua ada tujuh.. so, yg mane satu bukan produk sendiri? ke husna salah kira? hehehehhe saje gurau.. satu saya kena contohi awak ialah solat dhuha.. terima kasih share ayat "dhuha dlu baru bfast" akan cuba diamalkan...

Husna Hadzarami said...

Hehe awal awal je susah. Dulu 10-20 minit gak depan cermin masa baru baru belajar tu. Sekarang 3-4 minit je dah boleh siap :)

Husna Hadzarami said...

Hahahaha. Okaylah tu husband suka pakai bawal je. Kita dulu biasa pakai bawal juga, dah lama tak pakai bila cuba nak pakai balik jadi tak reti dah.

Husna Hadzarami said...

Hahaha kira pulak dia. Aahlah ada 7 gambar, sebab warna hijau tu ada 2 gambar hehe. Alhamdulillah, kita pun tengah nak biasakan diri dengan rutin Dhuha ni, orang cakap kalau biasa buat lama lama kita rasa macam solat fardhu yang tak biasa dah nak tinggal :)

aisha said...

er 4 brooch? letak kat ne? leher, bahu kiri kanan, and lagi satu? kalau pin tu logik skit.. boleh je letak mana2..

Husna Hadzarami said...

Ada satu I letak kat belakang nak bagi kemas kat leher tu sebab I tak pakai inner neck, panas. Actually brooch/pin ni depends kat individual, ada yang pakai less brooch/pin pun dah okay tapi I suka kemas dan 'terletak' tu yang ada additional brooch tu.

TY said...

Pernah tak u baca blog pastu cakap dalam hati..oh my dia ni sebijik macam aku...haha that happens all the time when I read your blog.. u sama macam I dari jaga wudhuk utk solat dhuha kat opis sampai balik dah tak mekap (unless nk pg date ngn husband or best friend lpas tu sekali sekala).. just I mmg lepas amik wudhuk untuk zuhur I tetap akan gigih lilit shawl n solat macam tu.. basically I mmg gigih lilit shawl balik every time lepas amik wudhuk hahaha

Husna Hadzarami said...

Hahahaha samalah! Kalau balik nak pergi jumpa kawan or dating dengan husband baru mekap lepas solat =)))

Mama Lily said...

semua color cantik.berapa lebar n panjang shawl ni dear