Monday, February 22, 2016

To KLCC With Love

Amboi tajuk dia.

KLCC ni adalah antara tempat nostalgia percintaan kami cewah. Dulu kami sama sama kerja di Jalan Pudu, nak ke KLCC memang senang naik train je sampai, jadi agak keraplah ke sini. Bajet orang kaya, tapi balik balik lepak food court dan Kinokuniya je pasangan nerd manakah ini kahkah. Ingat lagi dulu H pernah cakap, "Nanti kahwin dengan awak ni mesti anak pandai pandai sebab emaknya rajin membaca.." HAHAHHAHAHA pick-up line tak boleh nerd lagi ke?? Sebelum kahwin memang rajin membaca, dah kahwin ni susah nak cari time untuk membaca, rasa macam selfish pula balik kerja anak rindu kita, kita dok melepak dengan buku. Buku memang dah penuh almari, H lah rajin beli, entah bila nak sambung membaca. Tunggu anak besar sikitlah.

So last week, Ammar Yusuf tiba tiba tanya, 

"Mummy pernah tak pergi KLCC?"

Alamak macam kesiannya soalan. Dia tak pernah pergi, yelah tak kuasalah nak ke KL on weekends, pening kepala bersesak sesak, dengan parking yang mahal lagi. Then tiba tiba dia buat Lego berbentuk Twin Tower tu pula, tengok dari gambar kot. Jadi semalam, lepas siap masak dan had our late breakfast, sajelah ajak H bawa anak anak naik train. H okay je, siap ajak adik adik dia dan anak buah. Tak decide lagi nak ke mana, dah nak naik train, baru H cakap kita ke KLCC. Tak plan nak ke situ pun sebenarnya, ingat nak round area KL Sentral je. Kalau tahu nak ke KLCC aku pakai lagi vogue okayy huhuhu ini pakaian macam bibik je takpelah, biar baju tak cantik, tapi berhati mulia kahkah tetiba.

Naik train dari Kelana Jaya. Kids were so excited. Kelana Jaya tu first station so senanglah dapat seat. Aku perhati sekeliling, memang orang semua baik baik nampak je orang tua ataupun ibu yang dukung anak memang ramai yang bangun offer seat. Masa nak balik tu aku dukung Adam Muaz, orang ramai tapi aku masuk je terus ada orang offer seat. Alhamdulillah.




Sampai KLCC, turun train lalu Rotiboy. Confirm 200% kena pau. Memang setiap kali lalu Rotiboy, memang tiba tiba anak anak akan mengadu lapar mengada tau padahal baru lepas makan.

After that, we went for lunch, kat foodcourt je. Senang.


Dah lunch, takde apa apa plan pun dan lebih kepada berlari larian mengejar budak budak je. Tiga beradik ini kalau dah bergabung memang ibu bapa akan ketandusan tenaga. Lari sana lari sini semput nak kejar.




Nampak benda ini semua berebut nak naik. Nasib baik Daddy si Fawwaz ni baik masukkan coins RM2 bolehlah bergerak gerak benda ini, nak harapkan kami berdua memang jangan haraplah nak bagi bergerak haha #cheapskate.



Lepas tu masuk kedai Lego dan bermain dengan percuma. Anak anak aku ni senang je, masuk kedai bagi main main sekejap okay dah, tak pernahlah yang berguling gulingan minta dibelikan Lego lagi. Setakat inilah. Taknak cakap besar HAHA bukan boleh jangka budak budak ini. Setakat ini, alhamdulillah lah.







Duduk dalam ini selagi tak ajak keluar memang sampai ke malamlah kat sini je. Anak anak aku terlampau suka Lego, tapi tak pernah lagi aku beli yang betul betul jenama Lego. Mahal sangatlah. Merepek je, kedai DIY boleh dapat jauh lebih murah with the same quality. Takpelah anak anak, jenama itu tidak penting, sebab kalau kita awesome, main Lego jenama Leego pun tetap tidak akan berkurangan ke-awesome-an nya =)))))



Lalu kedai Auntie Anne's, confirm kena pau juga. Rotiboy dan Auntie Anne's adalah obsesi beliau. Tak makan nasi tak apa, tapi mesti makan Rotiboy dan Auntie Anne's -______-"

Dah petang sikit, bawa anak anak ke kawasan luar pula. KLCC ni menarik betul persekitarannya, dah terlampau lama tak datang. Ingat lagi masa remaja dulu selalu ikut Kakna bawa anak anak mandi kat pool luar KLCC, tapi lepas itu confirm demam budak budak, it's either sebab terlampau terdedah dengan cuaca panas atau air yang tidak bersih.

Lalu kawasan kolam tu, rasa geli sikit pun ada. Terlampau ramai foreigners!



Dan ini antara foreigners yang ada kahkahkah! Tourist betul bergambar depan KLCC ni. Kasi chance lahhhh anak anak aku excited.



Paling teruja tengok menara berkembar inilah. Kagum betul Ammar Yusuf. Selama ini tengok dalam gambar je.



Teruja betul. Aku pun sama sama teruja dan teringin sangat nak naik tapi bimbang pula ditiup wisel hahaha. Sini memang 12 tahun ke bawah je boleh main. Hampir sahaja aku mahu menyamar sebagai kanak kanak berumur 12 tahun namun memandangkan tubuh badan seperti 40 tahun maka hasrat itu kulupakan saja.



Cinta hati aku tiga orang ini.


Fawwaz ini langsung tak takut apa. Memerlukan pemantauan yang berterusan.






Semakin adventurous sejak bersekolah. Sebelum ini nak buat apa pun takut takut, sekarang sudah semakin berani mencuba dan berkeyakinan diri. Sayanglah Mummy kat awak ni.

Around 5.30 petang, kami pun beransur pulang. LRT dari KLCC penuh sangat sangat kesian Abang kena berdiri dengan Daddy for a few stations. Tapi sekejap je pun berdirinya, dan budak budak ini pun nampak seronok sangat!


A shameless wefie in the train hehe. Things you do for your loved ones :')


Keletihan masing masing.

 Sampai Kelana Jaya, masuk je kereta terus pengsan dua dua. Mummy pun rasa nak pengsan juga memang penatlah naik train ni! Tapi seronok betul, aku suka bila badan aku betul betul penat, barulah terasa hari kita berlalu dengan lebih bermakna, full of activities. Paling penting, anak anak dapat merasai pengalaman baru hari ini, jauh perjalanan luas pemandangan kan? ;)


2 comments:

Suria Amanda said...

mesti seronok diorang kan...budak- budak selalunya teruja bila ajak jalan2...

Husna Hadzarami said...

Aah memang happy sangat budak budak ni :)