Monday, February 15, 2016

Sabar dan Redha

Semalam berbual dengan H pasal sabar dan redha. Jujur aku cakap, nak sabar dan redha tu memang super duper susah. Kita cakap pasal positivity, kita tweet pasal be positive, kita post Facebook status pasal berfikiran positif, kita blog on how we should be positive, tapi bila tiba saat yang menduga emosi dan akal fikiran, bukan senang untuk kita practice what we preached. Aku mengaku jelah, dalam banyak situasi aku bukanlah positif sangat, terutama pada awal awal kita diduga tu my first reaction was never positive. 

Biasanya aku akan mula dengan rasa marah dan kecewa, aku akan start to overthink, aku bayangkan segala yang tidak baik sahaja. Selepas beberapa ketika, selepas menarik nafas panjang and having some deep thoughts, baru aku boleh mula berfikiran positif. Selalunya selepas solat, selepas membaca Al-Quran, atau selepas scroll Facebook timeline dan nampak ada banyak lagi orang di luar sana yang diduga dengan lebih hebat lagi.

Aku ni jenis perlu sentiasa diingatkan dan sentiasa mengingatkan diri untuk berfikiran baik. Aku bukan naturally positive, bertuahnya sesiapa yang sentiasa dalam mode positive tidak kira apa dugaan yang melanda. Aku ni mudah kecewa, biarpun aku rasa diri aku sekarang sudah berubah jauh dari diri aku pada zaman lagho dulu, still aku rasa masih lagi jauh untuk aku menjadi manusia yang benar benar baik. Apa yang aku selalu buat untuk mengekalkan momentum 'bersifat baik' ni, adalah membuang apa sahaja perkara/manusia yang boleh membuatkan aku 'bersifat tidak baik'. 

Tapi aku nak cakap kat sini, bila aku berjaya paksa diri untuk bersabar (ye, perlu paksa diri, perkara baik perlu dipaksa sehingga ianya menjadi rutin yang menyenangkan) dan akhirnya mulai redha, mesti akan berlaku sesuatu yang sangat indah dan menggembirakan. Allah ini baik betul, terlalu baik yang aku rasa tak layak untuk manusia seperti aku untuk terima kebaikan itu. Sebab balasan untuk kesabaran dan keredhaan itu..... cepat betul aku dapat rasa. 

Hari ini for some reasons, aku rasa gembira betul, bersyukur sangat atas segala yang aku terima. Rasa nak terus sujud syukur. Life's good, Allah makes it good. Alhamdulillah. Semua ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik dan menyenangkan. Meanwhile I'll still continue to preach about being positive, sebab apa yang aku cakap/tuliskan itu sebenarnya bukanlah untuk menasihati sesiapa, tapi jujurnya ianya memang lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.


No comments: