Monday, January 25, 2016

Sehari di Bayu Beach Resort, Port Dickson

Sebenarnya masa bulan November tahun lepas aku dengan H berazam start tahun 2016 ini kami nak explore Malaysia more, our target is to go to one state for each month, so that in 12 months we might be able to explore 12 places from 12 states in Malaysia. Itu rancangan asal kamilah, ketika itu di dalam fikiran kami tahun 2016 nanti takde apa apa major financial commitment pun. That was then, until suddenly kami 'ter'beli rumah yang dah siap dan akan dapat kunci around March or April 2016 HAHAHA boooooo dah start bayar rumah taklehlah nak travel sangat kan???

But we decided to try to continue with our initial plan with whatever we have. Yeah life's too short anyway untuk hidup terperuk sahaja zZzzZz tak fun langsung. Kami teruskan savings macam biasa, we did try to cut cost cumanya kami kurangkan apa yang kami rasa tidaklah penting sangat, seperti membeli baju baru (which used to be my obsession, asal ada event je nak kena ada baju baru -___-" dan for him, beliau mungkin akan botakkan kepala untuk mengurangkan perbelanjaan maintenance rambut bahahahaha kiddinggggg) and we'll try to live with principle "Kalau dah awesome tu pakai baju yang sama ulang 18 kali pun takkan berkurangan ke-awesome-annya" KAHKAHKAH prinsip orang yang kena catu belanja diamlah suka hati akulah.

So this is our first holiday of the year, Bayu Beach Resort at Port Dickson together with my family-in-law. We stayed at a two-room apartment owned by my MIL's work organization where she entitled a staff-rate of RM50 for 3 days 2 nights stay here, best kan? It was a very nice trip, especially for the kids yang dah berhari hari berzikir nak pergi main pasir pantai kesian anak anak aku sendunya kehidupan sobs.





Paling gembira memang dua orang inilah. Sebelum datang ke sini memang ke hulu ke hilir dia bawa beg berisi tools untuk main pasir tu sebagai friendly reminder to both of us to bring them to the beach -_______-"

The best part is, Ammar Yusuf has finally get over his geli-ness towards pasir. Sebelum ini dia memang agak geli sikit sikit dan akan merengek rengek kalau tangan atau kaki dia terkena pasir. 


Kali ini......


.....beliau sangat......


.....berani okay??


Mummy pun tak berani timbus macam ni! Geliiiiii!!! Dan bimbang digigit ketam :/


He called himself Ironman, sebab bila dia bernafas memang berombak ombak pasir tu.


Overcoming his fear. #proudmommoment


Tisha di sebelah turut mencuba untuk menimbus diri sendiri, biarpun telah diberi amaran oleh kakak ipar that it will take the whole day to finish covering her whole body kekeke kakak ipar jenis apakah itu langsung tidak menjaga perasaan adik ipar but don't worry she knows I love her :p


Inilah dia si kakak ipar itu. Kelihatan Adam Muaz sedang meronta ronta untuk melepaskan diri, so much love for your mother right? -___-"


Langsung tidak memberi kerjasama untuk duduk diam sebentar bergambar dengan si ibu. Fine, baby. Pergilah main air sana.


Begini barulah gembira! Eh Tisha dah give up ke timbus diri sendiri tadi kahkah!


Pergi pantai pun nak lilit lilit tudung hijabista what kind of dress code is this? Terlupa bawa tudung lebihlah! Sibuk je tu pun nak tanya.


Masa ni air baru nak pasang, baru masuk dalam laut tak jauh dari pantai pun dah sedalam itu. But the water and the beach cantik tau! Selalu kita dengar laut PD tak cantik kan? This one is an exception. Macam tak percaya that it is only Port Dickson!


The Awesome Foursome :))))))



Bersama adik adik ipar dan MIL. Maaflah gambar tak centre sebab ambil guna HTC RE Camera secara blindly sahaja tak bawa handphone pun :p



Ammar Yusuf with Aunty Nana.


Ammar Yusuf with Aunty Girl. Budak bertuah ini tak berapa berminat sangat nak mandi laut. Almost 80% of the time dia habiskan di pantai sahaja, main pasir.


Emak sedang cuba bawa main air.


Yang baju biru oren tu tak payah cakaplah, kalau boleh dia nak suruh bawa tempat yang lebih dalam. Sudahlah suruh orang bawa dia dalam posisi baring ataupun superman, ingat dia ringan agaknya!


Adam Muaz with Nanny.


Adam Muaz with Daddy.

Haaaaa lepas itu kan, kami beramai ramai naik banana-boat pula! Itu adalah pengalaman pertama untuk kami semua, asalnya berdebar juga tapi tak apalah bukannya selalu. Bila lagi nak cuba kan?


Sedang memakai life-jacket dan menguji sama ada life-jacket ini benar benar berfungsi huhuhu nervous okayy. Ketika ini kami diberitahu yang kami akan dibawa mengelilingi private beach yang berhampiran for sight-seeing, dan apabila boat-driver angkat tangan, banana-boat itu akan diterbalikkan dan kami perlu melepaskan pegangan.




Nervous, but soooo excited! With adik adik ipar, abang sulung depa tak ikut naik, nak jaga anak katanya eleleh takut la tuuuuu kakakaka amboi berlagaknya :p



Mula dibawa ke tengah laut dan kawasan bersebelahan resort kami, the view around here was so beautiful, 


We were lucky sebab masa tu cuaca baik sangat. It was a very beautiful day, tak panas sangat tapi tak mendung pun, it was a perfect weather alhamdulillah...


Kami di bawa ke sini, it looks like a private beach sebab macam agak tersorok dan cantik tempatnya. Masa ini abang yang bawa boat tu berhenti sekejap bagi peluang ambil gambar. Cantik kan?


Lepas habis bergambar dia terus memecut laju pulang ke pangkal jalan tempat kami diambil tadi, bila hampir tiba dia angkat tangan dan aku masa tu berdebar habis dah and he seemed to slowing down.

Kami menunggu dengan penuh debaran.
Tapi tak jadi apa apa.
Terdengar salah seorang adik ipar aku cakap,

"Ala takde apa apa pun..."

Belum sempat aku nak mengiyakan tiba tiba boat direntap dengan kuatnya dan terbalik dan kami semua literally tercampak keluar OMG panik gila HAHAHAHA tak tahu nak gambarkan macam mana kepanikan kami semua. Aku tak nampak apa pun masa tu dan biarkan diri aku terapung dibawa gelombang sebelum kembali ke dunia nyata. Selepas selesai segala kehuru-haraan dan kami semua ketawa sepuasnya adik ipar aku yang duduk depan aku tu cakap "Girl nampak Kak Una terbang depan Girl" HAHAHAHA aku duduk belakang dia macam mana boleh terbang ke depan super power apakah itu?? =)))) Gambar kami jatuh ada juga tapi disebabkan aku kelihatan seperti beruang terdampar mestilah tak mungkin aku nak letak kat sini kahkahkah I won't give you that much of pleasure :p

It was a very fun short trip for all of us. Seronok bercuti ramai ramai macam ni, spending a very quality time with the family. Looking forward our next trip, perhaps with my big family pula one day inshaaAllah. 


2 comments:

Ijah EmoTemo said...

HAHAHAHAHA.. Beruang terdampar tu melampau sgt tau hahahahaha.. Adeslah! Penat gelak baca entri kak una ekekeke

Husna Hadzarami said...

Kalau bagi tengok kat Ijah ni mesti Ijah pun setuju it's like beruang terdampar :))))