Monday, January 18, 2016

Kawan Abang

Hari ini sudah masuk minggu ketiga Ammar Yusuf bersekolah, dan beliau masih belum betul betul gembira dengan hakikat yang hidupnya kini sudah berubah -_____-"

Setiap kali ambil dari sekolah, memang muka dia masam je sebab Mummy ambil lambat katanya. Mummy ambil awal lah! Pukul 6.10pm sudah berada di depan sekolah, kira awallah tu kan? Rupa rupanya dia bandingkan dengan kawan kawan yang separuh hari, yang tak ambil daycare session. Lergh. Memanglah.

"Kawan Abang ramai yang Mummy dia ambil cepat. Tak tidur kat school pun. Kenapa Mummy datang lambat?"

"Mummy work la Sayang. Mummy ambil awal lah ni, tengok tadi Mummy ambil Abang ramai lagi kawan Abang tak balik lagi kan?"

"Tapi ada Mummy kawan Abang ambil lagi cepat. Mummy ambil lah cepat juga.."

Bila di rumah, memang banyak yang dia cerita pasal school. Nampak macam gembira je bersekolah. Bila pagi pagi nak ke sekolah, ada je akal dia untuk tidak ke sekolah. Ada satu malam tu ketika Awesome Foursome semua berbaringan bersama (bila entahnya nak asingkan tempat tidur anak anak ni -____-"), H cuba ajak Ammar Yusuf berbual bual. Cuba cubalah bertanya, kenapa taknak sekolah. Yelah kotlah ada apa apa berlaku ke, kena buli ke, kena marah ke.... Ammar Yusuf pun berceritalah.

"Abang taknak kawan dengan budak gemuk yang pakai spek mata tu...."

"Kenapa? Dia ada buat Abang apa apa ke?"

"Takde pun...."

"Dah tu?"

"Abang taknak kawan dengan dia. Abang taknak duduk sebelah dia.."

Aku pun menyampuk perlahan,

"Tak elok saje saje taknak kawan orang.. Kesian dia. Kita kena buat baik dengan semua orang.."

Aku taknak dia belajar mendiskriminasi rupa paras dan saiz badan seseorang, tapi dalam masa yang sama aku risau mungkin budak gemuk berkaca mata itu ada buat apa apa yang dia takut nak beritahu kami. Haih dilema betul. Kami cuba cara lain pula, dengan harapan dia akan bercerita, tapi dia tetap insisted yang budak itu tak ada buat apa apa pun, cuma dia tidak mahu berkawan dengan dia.

Kami tanya pula pasal kawan kawan,

"Kawan Abang nama Ammar (aku kenal budak ini, handsome boy), Amin (pun aku pernah jumpa juga), Ijat, Ikhwan, dengan Aisha," katanya.

"Abang kawan dengan girl girl juga ke?" asked H.

"Taklah, Aisha tu boy boy la." Hahaha. Ashraf kot.

Dalam masa yang sama kami cuba nasihatkan dia, berbual dengan dia, buka lagu lagu yang dimainkan di sekolah at Youtube, supaya dia teruskan mood gembira dan positif untuk ke sekolah tu. Kami cungkil dia suruh bercerita pasal kawan kawan sekolah, siapa yang paling rapat. Yang kami tahu dia memang rapat dengan budak Ammar tu dari hari pertama lagi.

"Tapi Ammar suka tarik tarik baju Abang masa nak sleep," adu Ammar Yusuf.

"Yeke? Nanti Daddy bagitahu kat teacher la.." kata H. Saje saje je cakap, takdenya nak bagitahu teacher benda remeh temeh macam tu -___-"

Ammar Yusuf terdiam. After a while, he said,

"Janganlah bagitahu teacher... nanti esok mesti Ammar jadi budak baik."

Hehehe tahu pun. Haihlah anak. Sekolah Abang tu seronok tahu tak? Mummy dulu pra-sekolah langsung tak menarik, sebab dalam kawasan sekolah kan. Teachers Abang pun semua baik baik, harap sangat yang Abang akan lebih gembira untuk ke sekolah. Ini baru kindergarten, nanti Darjah 1 lagilah susah, murid yang ramai, teachers pun belum tentu nak layan setiap pelajar attentively.

Malam tadi masa anak anak tidur, kami suami isteri tengok Ammar Yusuf ni kurus sangat. Hati memang rasa hiba betul, dia ni makan ke tidak kat sekolah ni haih. Bila tanya teachers, memang dia elok je makan. Bila tanya dia sendiri pun, dia cakap dia makan kat sekolah. Ammar Yusuf ni jenis peminum air masak tegar, dia minum air masak tu memang berbotol botol sehari, aku ulang ulang kali juga bagitahu dengan teachers dia pasal ni. Yelah takut botol air diasingkan dari dia dan dia takut nak bagitahu teachers yang dia nak minum air. Aku rasa dia memang kurang minum air, sebab bibir dia kering dan tiba tiba ada ulser dalam mulut. Tak pernah pernah mulut dia naik ulser tau.. Lepas tu setiap kali ambil dia petang petang tu, dalam kereta memang laju dia sedut air dalam botol dia tu. Allah anak aku ni. Dia takut nak bagitahu teachers la tu...

Aku harap sangat Ammar Yusuf boleh belajar berkomunikasi, belajar berkawan, belajar bersosial, belajar berkongsi. Sebab so far itulah yang aku nampak kelemahan dia tapi aku yakin semua itu boleh diatasi. Ammar Yusuf ni jenis yang perlu diberi motivasi secara berterusan, perlu diberi kata kata semangat dan galakan sentiasa, kalau tidak dia akan cepat down and demotivated. Kami Mummy Daddy dia memang tak boleh give up langsung; biarlah dia nak give up dengan diri sendiri tapi kita as parents memang tak boleh putus asa dengan anak anak. I know him well, because he is exactly like me! Tak apalah, perlahan lahanlah. Dalam masa yang sama Mummy Daddy memang kena banyak bersabarlah. Dengan Ammar Yusuf ni, tahap kesabaran itu perlu ada 200% rasanya, sebab dia terlalu banyak akal dan cara berfikir macam orang besar. Tapi macam aku pernah baca kat mana entah, anak anak ni cerdik, tapi kita kenalah jadi lagi cerdik dari dia. Haihlah Ammar Yusuf. Semoga semuanya baik baik sahaja...





3 comments:

TY said...

Husna...my son dulu pun mula2 start school botol air die x sentuh langsung..biasala tu awal2..still takut2 nak cakap ngn teacher..sekarang ni mmg asyik cerita fasal apa die makan kat school je..selera makan pun bertambah..don't worry.just keep in touch with the teacher/ principal..all the best Ammar Yusuf!

FAA said...

Kak Una, Nuh pon dah start sekolah kat Miri ni. 1st week memang menangis je la kerja dia. Setiap kali ambil daripada sekolah pon macam happy gila bila I ambil and masuk kereta dah cakap awal2 taknak sekolah. Then last Saturday teacher dia ada nak jumpa parents untuk kenal2. Terkejut jugak la teacher bagi positive respond pasal dia kat sekolah yang happy and bergaul dengan kawan-kawan semua.

I pon baru lah tahu dia seronok kat sekolah semua. Kalau tak asek risau je sebab dia taknak share langsung camane sekolah dia. Soooo conclusion dia InshaAllah he's doing well kat sekolah dia. It just bila dengan kita dia nak attention je la macamtuh.

All the best to Ammar Yusuf and mummy dia jugak! ;)

Husna Hadzarami said...

Ilyana AS:
Itulah harap harap dia memang makan la kat sekolah. Kesianlah anak lapar ni, mood pun teruk kalau lapar :(


Farah: Weh Nuh sekolah kat Miri??? Nanti pandailah dia cakap Sarawak haha! Memang pun Ammar Yusuf tu pernah sekali I nak ambik dia I datang awal dari biasa and tengok dia dari jauh, seronok je dia main dan berkawan. Yelah, dengan kita je dia nak attention. All the best to both of us hehe :)