Saturday, January 30, 2016

Annual Girls Day Out 2015

Annual girls day out, konon.
Setahun sekali, konon.
First time buat pada tahun 2014, tahun 2015 dah bulan December baru kelam kabut nak atur masa itulah semua nak balik kampunglah, cuti kena beku lah, cuti dah habislah. Mana janji manis kau orang hah???

Ni kenapa masuk masuk dah berleter HAHAHA.

Selepas gagal mengotakan janji yang telah dimeterai 2 tahun sudah untuk ambil cuti on weekdays dan hangout beramai-ramai sebagai single ladies setahun sekali, kami bersepakat untuk compensate #annualgirlsdayout 2015 pada awal tahun ini, dan untuk yang 2016 akan dibuat pada hujung tahun ini juga. We will! Ehem. InshaaAllah. 

This time we went to IOI City Mall. Macam biasa, aku yang pertama sampai zzzzzzzzz benci. Sebenarnya pagi itu aku ada appointment doktor tak sangka terhabis awal pula so it wasn't entirely their fault hihi.


Nana adalah orang kedua yang sampai. Exactly like previous year.


Letak gambar lama sebagai bukti :p


Diikuti dengan Nor. Gambar atas tu guna handphone Nana yang sangat terkini oleh itu gambar sangat jelas langsung tidak perlu diedit, gambar yang ini pula menggunakan handphone aku yang tidak berapa terkini maka terpaksa edit secara berlebihan -____-"

Tema reunion kali ini adalah makanan hipster. Kesian warga tua baru nak merasa makanan hipster wuwuwu biasalah kalau keluar dengan anak mana nak merasa benda benda hipster ni, balik balik Nando's je.

Our first stop was at Tappers Cafe, IOI City Mall. Ini takdelah hipster pun sebab Nana kata kat Terengganu pun ada hahah. Tapi makanan dia reasonable dan sedap, lunch set inclusive of drink around RM16.90 je maklumlah keluar masa belum gaji kenalah cari kedai yang murah nyaris nyaris kami masuk KFC saje hahaha.  Sini memang bestlah, makanan dia big portion dan semua yang kami cuba memang sangat sangat sedap!


Suasananya cosy pula tu, tenang dan damai je sesuailah nak berbual panjang. Oh seorang lagi itulah Jaa, datang last sekali malas aku nak selfie dengan dia padan muka dia rugi besar hahaha big deal. Nasib baik ibu mengandung maka dimaafkan. Kalau tidak memang akan kuleteri sampai esok pagi.

Kat sini kami lebih pada berbual panjang catching up, last last baru perasan takde gambar sangat pun kat sini. This cafe is highly recommended, will definitely come again in future.

Lepas makan, tiada hala tuju pula maka kami pun berpeleseran seperti gadis remaja pergi berjalan jalan membeli belah. Ingat nak pergi karaoke memandangkan semua kawan kawan merindui suaraku yang merdu HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA *ketawa sampai esok pagi*. Sekali baru tahu, IOI City Mall takde tempat karaoke booooo what kinda lame place is this (orang tua tak sedar diri nak karaoke).

Tiada pilihan lain, maka terpaksalah bergambar di toilet.


:)))))


Dan memaksa kawan baik ambil gambar dengan posing yang sama berulang kali (hanya berpuas hati selepas gambar yang ke-16).

Selepas memarahi Nana yang asyik membeli belah dan seakan melupakan tujuan asal berjumpa iaitu menjalin ukhuwah dan silaturrahim, kami singgah to have our desserts at Sangkaya and the best part is, Nana belanja woohooo rejeki jangan ditolak bala jangan dicari ewah berperibahasa pula kau bila ada orang belanja.



Maafkanlah kami. Baru pertama kali makan. Eh ke aku je baru first time makan wakaka who's the loser now.


Tak tahulah sedap sangat sebab ianya memang sedap atau sebab makanan free orang belanja :))))

Selepas makan, salah seorang dari kami mencadangkan untuk bermain bowling malangnya ditolak mentah mentah. Maklumlah warga tua, urat semua dah lari tak larat nak main bowling hahaha dasar pemalas.

We end up doing something more fun and interesting. Dan langsung tidak mengeluarkan peluh apatah lagi membakar lemak kekeke :p

Photobooth session!


Gembira masing masing yang tertipu dengan imej bola mata yang besar persis artis Korea yang membuatkan kami kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia hahaha kasi chancelahh.


HAHAHA Neelofa ke tu comelnya kau Nor :)))





It was soooooo much fun okayyy despite of panas berpeluh dalam itu. Dah bergambar boleh edit edit pula ololo comelnya letak love love ingat kau umur 16 tahun ke haha kesian tak pernah main benda ni orang kampung mana ni.


Ni masa awal awal masuk tak tahu nak pandang kamera mana HAHA ingat dah pandang kamera yang betul dah sekali keluar gambar semua pandang atas jakun betul itu pun tak tahu.



And these are the final outcome after it got printed out. 


Semua orang dapat 2 keping seorang untuk disimpan sehingga ke anak cucu :')

Menjelang petang, kami pun sudah mula kembali kepada dunia sebenar dan duduk berehat minum petang, at Boat Noodle.




Sebelum makan.




Selepas makan. Cheap and satisfying. Makan tiga mangkuk seorang pun rasa dah senak sangat dah perut kekenyangan, and it was only RM1.90 per bowl. And this time was Jaa's treat! Thanks Jaa! Untung ada kawan kawan pangkat Manager ni :p

Here, our topics were more serious; about our family, our shortcomings, our plans for future, our hopes for our friendship huhuhu sedihnya part ini. Gosh I love these girls. It feels so good to see these faces after quite a long time, last jumpa lepas raya tahun lepas rasanya yang they dropped by my office to have lunch together.

I have a very big hope for our friendship, sebab persahabatan kami ini... inshaaAllah (dan mudah mudahan) sukar untuk digugat. Jika mungkin suatu hari nanti salah seorang dari kami didatangi sesiapa dan disampaikan berita yang tidak benar tentang seorang lagi di antara kami, rasanya tidak mungkin untuk kami fall for that inshaaAllah. Because we know each other too well! We have our own downsides as well, pernah bergaduh tidak bertegur sapa (masa zaman hingusan dululah, come on -___-"), but we got over everything because our bonding is too strong. We have faith in each other, I have faith in them. I truly am. Semoga Allah memberkati mereka mereka ini, semoga Allah memudahkan perjalanan hidup mereka, semoga persahabatan kami diberkati dan jalinan silaturrahim kami berkekalan inshaaAllah, ameen..