Thursday, January 7, 2016

Ammar Yusuf Bersekolah

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan Ammar Yusuf, tapi Ammar Yusuf bukanlah kali pertama ke sini in fact hari ini merupakan hari keempat Ammar Yusuf datang ke sini. Tapi sebelum sebelum ini datang untuk suai kenal dan day care sahaja, tak pakai uniform pun jadi semangat itu masih belum ada.

First 3 days Ammar Yusuf di sini, the starting were disastrous! Hari pertama, dia tak menangis pun masa hantar ke sekolah, cuma nampak terpinga pinga sikit dan Mummy yang sebak kat dalam kereta but I didn't cry because I don't want to ruin by eyeliner and mascara hahaha. Tapi bila ambil tu nampak mata bengkak baru lepas menangis. Teachers cakap dia okay je seharian, tapi masa nak tidur tu dia menangis "Nak Adik, nak Adik." Haih. Macam itu pulak? Selalu kalau dengan Adik asyik bergaduh je -____-"

Hari kedua, bersiap di rumah semua okay, bila dah dekat sampai ke sekolah dia menangis cakap tak nak school. Nak pergi rumah ibu. Letih memujuk, dia cakap taknak tidur kat school, taknak mandi kat school. Pujuk pujuk, dia menangis teruk tapi kami tinggalkan juga. Sebak hati Mummy, sampai dalam hati dah consider nak home-schooling je anak aku sampai besar hahah amboi banyak duit makpak kau?! Petang tu ambil, teacher cakap dia menangis lama juga, sampai kena bawa jalan jalan keliling school nak bagi tengok yang Daddy Mummy dah tak ada. Tapi dari segi pembelajaran, he catches up fast. Dia join semua aktiviti, main pun elok, makan pun elok.

Balik tu kami ambil Adam Muaz di rumah Ibu budak budak ini, Abang nak ikut naik ambil Adik. Nak tunjuk school bag kat Ibu, katanya. Kami pun bawalah dia naik, and the first thing dia cakap masa jumpa Ibu dia adalah, "Abang rindu Ibu..." Sedih okayyyyy! Dua dua orang bergenang air mata. Kami sangka bila bawa ke rumah Ibu tu terubatlah rindu sikit, big mistake, man. BIG MISTAKE!

Hari ketiga, dari malam hari kedua tu dia dah cakap taknak school. Pagi pagi dia dah mengamuk sampai pagar sekolah, teachers kena dukung dia dan terus bawa naik atas. That was when we realized, dia bukan tak biasa tempat baru, dia bukan tak suka sekolah; he loves all the activities there, dia seronok buat benda baru dan setiap kali balik sekolah memang banyaklah yang dia cerita apa yang dia buat seharian, but he was just missing his Ibu. Sebab dia ulang ulang cakap, "Masa jumpa Ibu tu Ibu suruh datang rumah Ibu," adoilah. Memanglah Ibu suruh datang, that is only when the school is close! We then decided not to let him seeing his Ibu for a while, aku cakap dengan H, "Macam kita nak lupakan ex la, mana boleh jumpa dah, susahlah nak get over nanti." Amboi analogi emak dia :p

Jadi, malam semalam, kami tukar taktik pula. Kami gunakan Ibu untuk menaikkan semangat dia.

"Abang kena school. Abang kena jadi pandai, nanti boleh tunjuk kat Ibu. Ibu suka bila Abang pandai, nanti Abang boleh ajar Ibu.."

Sedih tak kena guna emak orang lain untuk console anak sendiri? Wuuuu... But we're running out options already and we have to use whatever we have to build his spirits.

The trick works today. Or maybe sebab hari ini dah boleh pakai uniform baru. He looks happy in the morning.







Dah sampai sekolah, berdebar debar juga Mummy takut dia start crying. Kat tangan dia tu homework teacher bagi semalam, his most favourite thing to do; coloring! Semangat dia siapkan malam tadi. Semalam teacher cakap dia pandai pegang pensil, pandai mewarna, pandai color coordination. Senyum senyum dia dengar, but I guess the teacher is saying the same thing for all students there hehe. Still, alhamdulillah.

Aku memang plan nak bergambar kat sekolah tapi segan segan sebab tengok takde parents yang bergambar pun, sekali H yang "Jom jom ambil gambar jom cepat cepat nak tunjuk kat Nanny (his mother)" HAHAHA semangat laki aku.



Annoying parents. Kasi chance laaaa anak first kan.... Harap harap Ammar Yusuf tak malu bersama kami :p

Tak sampai 10 minit di situ, kami segera beransur pulang takut lagi lama kami di situ ada drama air mata lagi pula.

Overall, 4 hari bersekolah ini aku dah nampak banyak perubahan sikap pada Ammar Yusuf;

1. Bacaan solat - Hari pertama malam tu masa all the boys sedang bersolat Maghrib, masa sujud tiba tiba dengar dia baca bacaan sujud itu dengan lengkap dan lancar seakan akan sudah lama belajar, punyalah kuat suara dia mengalahkan imam HAHAHA. Masa itu memang rasa kagum sangat dengan his teachers at school, rasa macam pandainya diorang ajar murid murid ni sebab selama ini Daddy dia dah selalu juga ajar bacaan solat tapi tak pernah pun dia tunjuk yang dia dah hafal. Tapi petang semalam jumpa teacher, teacher tanya, "Kat rumah memang ada ajar solat ke? Sebab kami ajar sekejap je dia dah boleh ikut.." Then only we realized, education begins at home, kiranya apa yang Daddy dah ajar dia selama ini memang dia dah dapat tangkap, bila perkara yang sama diulang di sekolah, it enhances his knowledge further alhamdulillah. Kami sedang mencuba banyak perkara, try and error mana yang boleh untuk educate anak anak kami because we believe education begins at home.


2. Sejak bersekolah, Ammar Yusuf jadi lebih tolerable dengan adik dia. Bila ada buat salah, memang cepat dia minta maaf tanpa disuruh. Begitu juga dengan Mummy dan Daddy, selalu bila dia buat salah memang salah seorang dari kami perlu bercakap dengan dia, "Tak elok buat macam itu dengan Mummy/Daddy, pergi minta maaf cepat.." tapi lately dia minta maaf tanpa disuruh. I guess absence makes the heart grow fonder. Dengan Mummy Daddy selalu dah dia minta maaf, tapi dengan Adik memang terlalu jarang dia minta maaf, sebab itu aku impressed bila tengok dia minta maaf pada adik dia syukur alhamdulillah.

It's a very long way to go, our main objective of sending him to school is actually more to building his self-esteem, pembentukan peribadi dan akhlak dia as well as to improve his social skills, and if he excels in his academics that will be a bonus to him. Kami mahu anak yang berakhlak baik, yang berperibadi mulia, because at the end of the day hanya itu yang penting sebenarnya. Keep up the good work Abang, jadi anak yang baik okay!


3 comments:

ily♥ said...

Handsome lah abang ! Semoga diberi kelapangan hati dan minda utk terima ilmu, jd khalifah yg soleh dan bertaqwa.

Husna Hadzarami said...

Thanks for the du'a Ily. Semoga Ily sekeluarga dirahmati Allah swt :)

Ideologi Hidayah said...

OMG Husna.. anak I pun nangis.... hari pertama survive.. hari kedua.. bangun tidur dia dah pesan "IBU jangan pergi mana2 tau!! duduk je dengan abang dalam kelas.." so I iyekan jer for the sake of nak suruh dia bangun..mandi dan pergi sekolah. Sampai sekolah, dia tarik I masuk dalam kelas, teacher tarik tangan dia n I tinggalkan dia.. Hari ke tiga.. dia mula mengamuk sebab ckap I tipuu.. but still survive..

Hari keempat.. cabarann!! dia menangis mengamuk.. nak masuk dalam kereta sampai kena angkat.. kebetulan ada lori sampah tengah kutip sampah depan rumah... alahaiii.. terpaksa guna alasan.. "Kalau abang tak sekolah.. abang kena kerja kutip sampah macam uncle tadi tu" teruk kan kitorang.. hahaha..