Thursday, December 31, 2015

Entri Terakhir 2015, Selamat Datang 2016

2015 adalah tahun yang sangat berwarna warni bagi aku. Banyak perkara yang terlalu menggembirakan, banyak yang sedih juga. Biasalah hidup memang begitulah. Aku suka hidup yang penuh dengan peristiwa, ada naik dan turun barulah rasa kehidupan itu lebih bermakna dan banyak perkara yang boleh dikenang. Tapi aku rasa tahun ini memang menarik dan tak mungkin dilupakan, dari segi peribadi, pekerjaan, rumahtangga, keluarga, kesihatan dan juga kewangan. Macam macamlah.

Apa apa pun, moving forward, nak masuk tahun baru ini, biasalah aku akan mula list down azam baru aku, apa yang aku nak ubah, apa yang aku rasa bagus kalau dapat start fresh, mula balik.

Health
Banyak perkara berlaku pada kami dan orang orang terdekat kami berkaitan kesihatan dan ianya memberi tamparan hebat pada kami. Memang takut, memang tersedar terus. Aku rasa gaya hidup dan gaya pemakanan aku pada tahun 2015 adalah tidak berapa 'membanggakan'. Yelah, tahun tahun sebelum itu kami sangat aktif swimming, tahun ini memang dah stop terus lantaran kekangan masa. Pekerjaan aku juga stress dan menyumbang pada pemakanan yang tidak sihat dan masalah kesihatan lain. Bermula tahun baru nanti (in fact I've started today!), I'm going to take my health seriously, start to eat clean and keep fit. But knowing myself, mungkin aku akan buat secara kecil kecilan terlebih dahulu, taknaklah ambitious sangat buat drastik terus nanti mesti cepat give up. Untuk permulaan, aku nak avoid SEMUA fastfood/junkfood, aku nak stop minum SEMUA air manis dan aku akan teruskan minum air kosong 2 liter sehari. Yang terakhir itu senang je, sebab aku memang peminum air masak. Yang fastfood dan air manis tu agak mencabar juga. Tak apa. Kalau mahu, apa pun kita boleh buat.

Financial
Tahun 2016 ini, if everything goes well we will be experiencing our biggest financial leap as we will be having to start to pay for our third house inshaaAllah. Our dream house. The house that we've always wanted all these while. Dengan kos sara hidup yang sangat 'menekan' pada masa ini, many people said that it's not advisable to buy a new house but what the heck, we decided to go for it anyway. In order to do that, there are sacrifices to be made, but we will make sure that we don't sacrifice the wrong things or the wrong person. We were having some pep talk about this last night where H said,

"Ramai yang cakap bila kos sara hidup tinggi, kita kena kurangkan perbelanjaan kita sekarang. But I don't want to be that kind of person. I want to have our dream house and I want to continue having what we already have right now. I want my children to grow up happily having everything that they've wanted.."

I understand what he's trying to say, because that is what I have in mind too. Kami mahu miliki apa yang kami mahukan, tapi dalam masa yang sama kami tidak mahu hidup susah, ikat perut, hujung minggu duduk di rumah saja tanpa bawa anak ke mana mana, catu perbelanjaan, kerja keras keras sampai tiada masa untuk keluarga. No, we don't want to live that way, because it will affect our children's happiness. We will work for it, we will do whatever it takes, to have it all. I believe we can have it all. I believe the universe has everything for everybody. I believe Allah Maha Adil. Semua orang boleh hidup senang dan bahagia at the same time. I have faith in my religion, I have faith in Allah.

Happiness
This is our ultimate goal for 2016. We want to live happy. Happiness is a choice and we will work together to create our own happiness. I said to my husband, whatever it is, kita cuba buat segalanya dengan gembira. Apa pun yang terjadi, kita cuba hadapi dengan senyuman dan gelak tawa. We will work together hand in hand, because we are a team. 'The Awesome Foursome', that is what we called our family HAHAHA biarlah. We will try to live in positivity, we know it will be hard---being positive is hard don't you agree? It is easier said than done, anyone can say "Be positive" but when the time really comes, we forgot everything and negativity is the first thing that comes into our mind. We will try to be as positive as we can, because positive thinking leads to positive outcome.

Itulah serba sedikit azam baru aku untuk 2016. Aku memang suka create azam baru; aku rasa semua orang patut ada azam baru, tak kisahlah daily ke monthly ke yearly ke, sebab azam baru itu biarpun bukan semestinya mampu dipenuhi, ianya memberi kita satu tujuan dan matlamat dalam kehidupan kita. Kita hidup perlu ada matlamat then only we can improve ourselves to be a better person.

So, what is your new year's resolution?






Monday, December 28, 2015

Kerja Dari Rumah

Masa anak aku tak sihat hari itu, otak aku memang dok ligat fikir pasal jadi suri rumah sepenuh masa ini. Bila anak tak sihat ini, memang kita tak dapat nak elak diselubungi parental guilt yang mana kita rasa tak cukup masa dengan anak, kita rasa less of a mom, kita takut anak kita tak banyak memori indah membesar bersama kita. Masa itu memang dok fikirlah macam mana nak generate income tanpa perlu keluar rumah. Zaman teknologi, zaman internet serba laju ini, takkanlah tak ada langsung cara yang kita boleh manipulate situasi ini?

Bila anak dah tidur, pantas aku Google sana sini. Ada banyak cara sebenarnya. Antaranya, kita boleh buat online survey.

Toluna.
AIP Surveys.
Opini.
MOBROG.

Ini yang aku pernah cubalah. Agak menarik juga sebenarnya, you just sign up for this website, from time to time they will email you a link asking you to participate in their online survey and you will be rewarded. Masa aku kat UiTM dulu selalu juga aku participate buat survey ini, tapi bukan online la. Aku ingat lagi aku pernah dipanggil oleh one of a well-known bank institution untuk join survey dalam bentuk discussion regarding Debit Card, masa itu Debit Card tak berapa popular lagi di Malaysia. For 30 minutes of discussion/debating, they paid me RM50. Not bad kan? Satu lagi aku pernah join survey untuk product susu, kita datang satu tempat tu, dia suruh rasa satu satu susu and bagi pendapat. Untuk tiga perisa susu yang aku rasa, aku dapat RM30. Okaylah tu. Ini semua survey secara fizikal la, upahnya pun banyak.

Tapi online survey ni upahnya sikit sikit. Untuk survey yang ada 100 soalan, baru dapat around USD3 camtu. Mungkin sebab buat online yang kita tak perlu bergerak ke mana mana pun kan? Dan tak banyak pun website online survey yang menawarkan upah berbentuk cash money. Kebanyakannya dalam bentuk point yang boleh ditukarkan kepada kupon beli belah (Zalora, Lazada, Parkson etc), kupon makanan (KFC, Pizza Hut), kupon isi minyak Petronas dan sebagainya. Tak best sangat, tapi sometimes aku join je. Benda free. Siapa tak suka benda free kan?

Then, I also found this website.
I signed up, and decided to give a try. In order to participate in this, you have to purchase their E-book with a cost of RM50. Mulanya ragu ragu juga, then baca review kat website lain. Semua letak title JDR ni menipu la scam la, tapi bila baca content blog semua dok cakap puji puji and promote. Hmmmph. So I decided to give a try and purchased the e-book. Bayar online RM50 and I got the book the next day through email. Dalam itu memang disediakan panduan lengkap step by step macam mana cara untuk kita bekerja, website (mostly international) yang menawarkan kerja dan banyaklah. Memang menarik. Macam macam pekerjaan yang boleh dibuat dengan hanya bermodalkan internet line yang laju tanpa perlu keluar dari rumah.

Antara pekerjaan yang boleh dicuba;

Data entry - Copy paste data dari website/link yang diberi oleh majikan ke dalam excel sheet.
Translation - The easiest, sebab bukan guna ayat yang susah susah pun you can just use Google Translate je kalau perlu.
Words typing - Ni memang semua orang boleh buatlah, gunakanlah kemahiran keyboard warrior anda ke saluran yang betul kekeke.


Macam mana pekerjaan pekerjaan yang lain, semua jobs di sini ada deadline juga. So make sure you only apply jobs yang you yakin boleh siapkan as per deadline.

Kalau kita tak apply for the jobs pun, we can join the affiliate program juga. Easy way to make money from home. Sebenarnya job ini sesuai untuk student or housewife, sebab walaupun masa bekerjanya adalah fleksibel tapi masih mengambil masa kita juga, aku kalau dapat satu-satu job tu memang bercinta la juga nak siapkan. Masa tengah semangat memang semangat, tapi bila tengah malas, tak kuasa rasanya. 

Tapi yelah, zaman sekarang ni dengan kos sara hidup yang tinggi, kita kena cekap, aktif dan kreatif dalam menjana pendapatan, kena berdikari dan kalau boleh jangan bergantung sepenuhnya pada suami. Aku tak suka dan takde masa nak mengeluh merintih kenapa kerajaan buat kita macam ini macam itu, because it won't solve anything! Jangan pasif, jangan terlalu harapkan pertolongan manusia ni, kita tolong diri sendiri. Even duduk rumah jadi housewife pun, macam macam kita boleh buat sebenarnya to earn some pocket money. Aku sekarang target untuk ada sekurang kurangnya 5 punca pendapatan, tapi aku nak yang tidak perlu bekerja keras sangat. I mean, taknaklah ada banyak source of income tapi kena kerja sampai lewat malam buat part time job kat kedai makan ke apa; kerja penat, gaji tak seberapa dan family terumbang ambing entah kemana. 

Gunakan teknologi yang ada je, solat jangan tinggal, sedekah jangan dilupa, doa banyak banyak. Kita miskin atau kaya bukan kerajaan yang tentukan, I mean yes they are bullying us tapi depa bukanlah kuasa terkuat di alam semesta. Depa buat jahat, adalah balasannya untuk depa. Tak kena kat dunia, akhirat tetap takkan terlepas. Kita boleh harapkan kuasa lain yang lebih kuat. Maha Kuat. Doa banyak banyak, usaha sebaik baiknya, tapi jangan work hard blindly, we aim to work smart. Okay?





Sunday, December 27, 2015

Football Talk

These past few days H has been talking a lot about Manchester United, about how bad the team's performance, about sacking the manager and other boring related topics that I actually don't really understand.

So last night, to show my interest in his 'passion', I tried to give my opinion,

"Kenapa bila performance team teruk, mesti nak sack manager? I mean, dah berapa kali tukar manager pun masih teruk. Means bukan salah manager, player yang tak hebat la maknanya kan? Kan??"

Apparently he didn't looked very happy with my brilliant thought -____-"

"Memanglah salah manager! Manager yang beli player, dia yang atur formation, kalau player tak bagus awal awal dia patut dah tukar blablabla..."

Panjang leteran beliau dan diakhiri dengan rungutan,

"Amende la MU ni teruk sangat..."

Mendengarkan itu, I suggested,

"Emmm Daddy sokong team lain jelah camtu. Chelsea ke.........."

He stared at me. Perhaps giving me an imaginary slap on my face. Maybe I should stay out of this topic forever. Me and my big mouth sometimes.....



Saturday, December 26, 2015

Potty Train Adam Muaz

Well, setelah mendapati betapa mendadaknya penurunan perbelanjaan bulanan selepas Ammar Yusuf diaper-free, kami bertekad untuk memulakan potty train Adam Muaz pula dengan lebih awal, iaitu pada umurnya 2 tahun 7 bulan berbanding abangnya yang hanya mula diaperless setelah usia 3 tahun 6 bulan duhh rugi besar -____-"

Of course, untuk memulakan potty-train ini haruslah memilih waktu cuti panjang, dan cuti Maulidurrasul dan Krismas ini menjadi pilihan. Ketika semua rakan dan taulan bercuti ke sana sini, kami suami isteri sibuk mengemop lantai di rumah wuwuwuwu sayunya kisah hidup........ 

Dah dah, enough! Let's get started.

Hari pertama - Failed miserably. 4 kali mop lantai and that's it. Kami give up. Sebab rasa kasihan! Sebab setiap kali selepas bocor di lantai dan dileteri diperjelaskan yang dia perlu buang air di toilet, dia macam terpinga pinga dengan mata bulat terkelip kelip tu, aduh terkena aku! Tak sampai sehari pun, kami sudah pakaikan diaper semula. At night, aku berbincang dengan H, sama ada mahu teruskan atau tidak, and suddenly we realized--- bukan Adam Muaz yang tidak bersedia, KAMI sebenarnya yang tidak bersedia cehhh. So we decided to continue tomorrow, hand in hand together yeah!

Hari kedua - Surprisingly, it was successful!! Daripada graf 2% semalam terus improve ke 80% gurauan apakah ini Adam Muaz??? Apparently, it was easy to train a second child, sebab dia akan TIRU abang dia. Kenapalah tak terfikir idea ini semalam zzzzzz -____-"

So daripada 4-5 kali mop lantai, hari kedua memang tak ada mop lantai langsung! Setiap kali Abang ke toilet, dia akan ikut sekali tapi dia akan masuk toilet di sebelah. SETIAP KALI. Jarak masa ke toilet tidaklah setiap 5 minit seperti Ammar Yusuf ketika awal awal belajar ke toilet dulu, Adam Muaz ni around 20-40 minit baru dia akan ke toilet. Kalau after 40 minutes dia langsung tak minta, aku sendiri akan bawa dan suruh juga cangkung juga. Memang tetap akan keluar juga pee pee dia tu.

Hari ketiga juga sama. He is getting better and better alhamdulillah. Hope it's not too early to judge, tadi kami bawa keluar (without diaper) and then dia tertidur dalam kereta jadi kami pun pakaikan dia diaper (around 3pm), balik rumah around 9pm dia masih ber-diaper tiba tiba dia kata dia nak kencing, kami buka diaper dan bawa terus ke toilet, and the diaper is dry and clean! Berbakul bakul pujian kami curahkan tadi, seronok budak bertuah tu. Harap konsistenlah ye anak Mummy.

Untuk tidur malam pula, kami akan teruskan dengan cara yang kami gunakan untuk Ammar Yusuf few months ago;

Biar dia tidur tanpa diaper and take risk? - No.
Beli lapik plastik sebagai alas? - No.
Biar dia tidur tanpa diaper dan kejutkan dia bangun ke tandas setiap 3 jam? - No pleaselah.

We were just too lazy for all those methods. Our life is already too stressful and we don't want to add another reason to be stressful kena basuh tilam pagi pagi lah apa come on la wey. We never train Ammar Yusuf to sleep at night without diaper semenjak awal potty train, kami hanya fokus betul betul train dia tidak memakai diaper pada siang hari SAHAJA. Waktu tidur malam, kami masih pakaikan diaper sehinggalah sampai waktunya kami lihat ketika awal pagi bangun dari tidur diaper dia kering dan bersih untuk seminggu berturut turut. Then only we agreed and accepted that he is totally ready, that he can already controls his bladder system barulah kami mula biarkan dia tidur tanpa diaper.

Cuma apa yang kami buat, sebelum tidur pastikan dia sudah buang air sekali dan bangun pagi terus buka diaper dia dan bawa ke toilet. Alhamdulillah Ammar Yusuf sekarang ni memang dah berbulan bulan tidak memakai diaper langsung siang dan malam and we definitely will do the same for Adam Muaz too. Senang kan? Easy and stress-free. Tak payah ikut cara orang, kita buat jelah apa yang senang untuk kita kan, afterall kita yang kenal anak kita and it's not even a competition pun ;)




Monday, December 21, 2015

It Was Never Between You and Them Anyway


Selalu kan kita dengar,

"Aku buat apa pun orang tak suka, buat baik ke jahat ke, ada je orang tak suka. Baik aku jadi diri sendiri je," lalu meneruskan perbuatan tidak baiknya.

Untuk aku, tidaklah kerana aku berbuat baik, tapi kadang kadang aku tak buat apa apa pun tetap ada orang tak suka. Sifat orang yang membenci orang lain tanpa sebab ini, memang susah juga aku nak faham. Lainlah kalau apa yang orang itu buat memberi kesan pada diri kita. Contohnya kita benci dia sebab dia telah melakukan sesuatu yang mengakibatkan kita dibuang kerja, contoh. Itu pun kita tidak digalakkan membenci, paling bagus kita maafkan saja and be a bigger person, tapi paling bijak kita ignore je orang macam itu sepanjang hidup kita. Sebab itu yang aku selalu lakukan. Ignore bertahun tahun tak ambil tahu tak stalk tak balas tak sebut pasal orang itu tak apa apa. Tahu tahu aku dah move on pun yang bila jumpa lagi di kemudian hari aku dah tak rasa apa apa. Kiranya aku dah maafkanlah tu. 

'Weak people seek revenge, strong people will forgive, intelligent people will ignore'.

Kadang kadang kecewa juga, kita dah buat baik, tapi tetap tidak disukai. The dark side of me akan assume yang orang itu cemburu saja. What else? I believed that the only reason people can hate someone they don't even know, or someone who doesn't do any harm to them, is just a plain jealousy! Nothing else. Haters are a just confused admirers, be denial all you want but that can be a very valid reason. Don't la hate people, kebencian ini memenatkan, destroy your inner peace, consume a lot of energy.. is it worth it?

I found this quote (or maybe it's poem?) on the internet which I think very meaningful, soothing and encouraging;

People are often unreasonable, irrational, and self-centered. Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.
If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies. Succeed anyway.
If you are honest and sincere people may deceive you. Be honest and sincere anyway.
What you spend years creating, others could destroy overnight. Create anyway.
If you find serenity and happiness, some may be jealous. Be happy anyway.
The good you do today, will often be forgotten. Do good anyway.
Give the best you have, and it will never be enough. Give your best anyway.
         In the final analysis, it is between you and God. It was never between you and them anyway.



Sunday, December 20, 2015

Reading Technique Seminar and Parents Briefing

Semalam kami ibu bapa dijemput untuk menghadiri 'Reading Technique Seminar and Parents Briefing' untuk Little Caliph kawasan Puchong. Masa mula mula dapat WhatsApp notification tu, kami planned nak tinggal Adam Muaz kat rumah pengasuh je sebab hanya ibu bapa dan student ke digalakkan datang, tapi last minute tu emmm takpelah bawa jelah. Sebab kesiannnnn... dia yang lagi excited nak pergi school Abang macam tak sampai hati nak tinggal.


It was held at this secondary school's hall. Sampai sampai je, ibu bapa terus dipisahkan dari anak anak, anak anak kena stay kat bawah hall ada coloring contest di bawah pengawasan teachers yang lain. Aku dengan H panik terus sebab anak anak aku ni tinggal dengan nenek depa pun susah, apa lagi nak tinggal dengan orang lain. Risau kat Ammar Yusuf la kot dia nak buang air kecil ke besar ke, dia dahlah pemalu.

Sebelum ke dewan kami ulang ulang kali juga pesan pada dia (and the teachers) pasal pergi toilet tu, huhu risau betul. Harap the teachers can bear with me :/


Best seminar ini, ibu bapa diajar teknik phonic untuk ajar anak anak. Tujuan seminar ini diadakan supaya teknik ibu bapa ajar anak di rumah synchronize dengan teknik teachers di sekolah. Yelah, kalau tak nanti parents ajar anak 'ae (a)', 'bi (b) and si (c), teachers ajar 'a', 'beh', 'cheh' (phonics) kesian anak anak confused susah nak faham. Something new for both of us.



Setiap huruf diajar dengan bunyi bunyian dan gaya yang pelbagai untuk lebih memudahkan pemahaman anak anak. Seronok jugalah belajar benda ini and I'm glad that H is also here sebab boleh sama sama faham dan tolong anak nanti.

After 2 hours, we stopped to have our brunch, laju aku turun bawah nak tengok keadaan anak anak. Turun turun, nampak dua beradik ni baik je duduk setempat ololo anak siapa ni haha. Teacher cakap Adam Muaz menangis kejap looking for us, and dia nampak je kami terus dia sembamkan muka kat peha Daddy dia dan menangis tersedu sedu. Drama betul awak ni -______-"


Budak manja drama king (ehem.... macam emaknya :p). Abang looked good, takde drama apa apa, I guess we were just underestimate him sebab dia nampak okay je ajak orang berkawan.

We had our brunch provided, nampak kami terus ceria dua orang ini. Abang tunjukkan hasil coloring dia. Cantik kot bagi aku. Tapi dia ni memang suka and pandai mewarna, dari kecil lagi.


Lepas makan masuk dewan balik, terus diumumkan list of pemenang coloring contest. Alaaa kenapa Abang tak hantar to teachers?? Kalau hantar mesti menang tau sebab Abang punya lagi cantik dari semua pemenang tu (annoyingly competetive parents kekeke :p). Takpelah, tampal kat bilik jelah.


Kami semua dipanggil masuk ke dalam dewan untuk briefing pasal sekolah, rules and regulations and collection of school uniforms.


Berebut nak pegang plastik uniforms Abang. Nasib baik this time Abang mood baik, mengalah je dengan Adik. 


My ultimate selfie companion with his favourite rabbit face. Geli hati kalau selfie dengan dia ni.

 Besar dah awak Ammar Yusuf.. Masa dengar briefing pasal sekolah tadi, rasa macam bergenang air mata. Cepat sangatlah anak anak ni membesar. Cukup ke masa yang aku spend untuk dia, cukup ke kasih sayang yang aku curahkan pada dia... He is turning 5 next year, I can't help thinking that adakah 5 tahun pertama dia membesar ini berlalu dengan baik dan bermanfaat, atau berlalu dengan sia sia wuwuwuwu sedihnyaaa. Mummy is not perfect, but Mummy's trying my best Sayang. Semoga segalanya baik baik sahaja untuk anak anak Mummy.




Thursday, December 17, 2015

Star Wars

It is Star Wars fever this week! Which I couldn't be bothered at all! Haha. My husband is a big fan of Star Wars anyway, he has been following Star Wars series dari awal dan tahu setiap watak, setiap jalan cerita dan sebagainya. I'm the other way round however, aku tak pernah ikut dan tak tahu sangat pasal this series except watak Stormtrooper, itupun sebab tengok How I Met Your Mother. But no worries, I just asked my husband to download the whole series of Star Wars for me to watch, just to understand his interest, sweet tak aku? :B


Recently he has been collecting this Star Wars keychains from Subway. As of now dah ada dualah, Rey and Stormtrooper. Satu hari tu, anak anak nampak keychain tu dan melompat lompat minta mahu pegang seorang satu. Biasalah benda baru, keychain macam itu pun boleh mendatangkan keterujaan -___-"

H looked quite nervous already and started to repetitively reminding the boys that the keychains are his, not theirs. Langsung taknak mengalah -____-"

Knowing how much it means to H, I also helped him to remind our sons. It was easy for Ammar Yusuf, sebab dia dah besar dan dah faham kan. But it was quite.... emm... challenging for his little brother.

Mummy: Ini Daddy punya tau. Adik pegang je okay? Cannot bawa pergi rumah Ibu tau (knowing that these kids loved to show-off new things to their Ibu -___-")

Adam Muaz: Okay.

Mummy: Okay ulang balik. Ini siapa punya?

Adam Muaz: Daddy punya.

Good.

The next morning, sedang bersiap siap nak ke rumah pengasuh.

Adam Muaz: Nak bawa Star Wars...... (muka sedih, mata bersinar sinar seperti Himawari.. Ala Himawari tuuuu ? Kau orang ni tak pernah tengok Sin Chan ke??)

Mummy: Ehh. Kan dah kata tak boleh bawa pergi rumah Ibu kan semalam?

Adam Muaz: Tapi Adik nak pinjam kejap saje.... (ayat tipikal dia untuk meraih simpati, I won't fall for it this time)

Mummy: Tapi Star Wars ini siapa punya?

Adam Muaz: Emm. Entahlah.

Tiba tiba pula awak dah lupa kan???!

Malam tadi, dia pegang je keychain itu sepanjang masa. Masa tengah baring baring, tiba tiba dia bangun kelam kabut dan tengok ke sana sini sambil mumbling.

Adam Muaz: Mana? Daddy ambil ke?

Daddy: Ambil apa?

Adam Muaz: Star Wars Adik. Mana?

STAR WARS ADIK??
BILA MASA DAH JADI STAR WARS ADIK HAHH????


Adam Muaz the mushroom haired. The one who gets 'free passed' for almost everything.


Wednesday, December 16, 2015

Bercuti di Cameron Highlands

Hello! Masih mood holiday hehe, maklumlah duduk Selangor, Jumaat dah cuti, Isnin cuti lagi untunglahhh haha janganlah marah.

So last weekend we went to Cameron Highlands, by we means the whole family-in-law were there. It was so fun, so relaxing and so chilly at the same time. Selalu dengar orang cakap Cameron Highlands ni dah tak sejuk sangatlah apa la, tapi 2 kali kami pernah ke sini, ke dua dua kali itu pun sangatlah sejuk. Mungkin kebetulan kami pergi tu hujan come and go that's why sejuk lain macam.




We stayed at my sister-in-law's (Nadia) house at Tanah Rata. Nadia is marrying to a Cameronian (ada ke perkataan ini??) so memang nampaknya tiap tiap tahun mesti akan ada sekali kita pergi sana to visit her. I love being here, my children love being here, sebab sejuk! Budak budak ni memang suka sejuk sejuk ni, kalau panas memang asyik meragam je.



They were indeed, so happy :')

Last 2 years ke sini, takde berjalan sangat, but this time we managed to explore more interesting places here. Seronok juga.

200 Seeds Cafe


Hari pertama kami sampai tu dah pukul 3 macam tu, lepas check-in (haha) kat rumah Nadia, kami terus ke cafe owned by her husband, 200 Seeds Cafe. What so special about this cafe is, they served Nasi Lemak with Sambal Strawberi Ikan Masin which is the first invention ever in Malaysia (and perhaps in the world)!


Our family.



You really should try this sambal, it brings strawberries to a whole new level. Makan dengan nasi panas kosong pun dah sedap dah. I recommend the Extra Hot flavour, memang pedas kena dengan tekak Melayu kita.





Yang menariknya at the back of the cafe, there's strawberry farm for strawberries self-picking. Tapi masa kami datang ini tak banyak dah strawberry yang boleh dipetik. Takpelah, just to make my children happy sebab bagi Ammar Yusuf, kebun strawberi inilah Cameron Highland, kalau pergi Cameron Highland tapi tak masuk kebun strawberi maka sibuklah dia tanya, "Bila nak pergi Cameron Highland??". Adoi kesian awak ni :')

Steamboat & Snack Corner

Malam itu, we have our dinner kat kawasan steamboat ni. Awalnya nak booking, tapi tak boleh sebab cuti sekolah kena walk-in je tak boleh booking rupanya. Nadia cakap sini memang ramai orang, weekdays pun orang beratur nak masuk so kami lepas Maghrib laju laju datang sini, alhamdulillah tak ramai orang sangat masa ini.



Puas hati makan, sampai terduduk. I'm not a steamboat person actually (padahal sebab jarang cuba :p), lepas cuba kat sini terus timbul minat pula. Around pukul 9 macam tu, orang dah sangat ramai sampai ada orang dah tanya tanya kita dah habis makan ke belum, so cepat cepatlah berangkat. Tak larat nak habiskan, kami cuba habiskan lauk lauk je, balance daun daunan memang tak larat dah. Kenyang, alhamdulillah.

BOH Plantation Tea Centre

On the second day, my biras brought us to BOH Tea Centre, Sungei Palas. Kena gerak awal pagi kalau tidak memang jammed nak ke sana, public holiday kan. Rasanya dah gerak awal dah, still banyak juga kereta. Perjalanan ke sana agak mencabar, sebab jalan sempit tapi kenderaan dua hala, so kena give and take. Serammmm, kalau pergi sendiri ni memang takdenya kami nak pergi sebab memang kereta ngam ngam je dengan garisan jalan dan tepi tu dah gaung dah. Scaryyy.

Sampai sampai, kena mendaki untuk ke kilang BOH tu. Mencabar juga, sebab baru lepas hujan so jalan ada sesetengah tempat yang agak licin dan berlecak.



 Adam Muaz baru bangun tidur masa ni, Daddy bertabah je dukung dia naik bukit huhu.



My family. Yang depan sekali inilah Uncle Boy Rotiboy hahaha.





Ammar Yusuf dipimpin Aunty Nana, bising dia tiap kali terpijak lecak, dia ni memang penggeli. Yang belakang bersweater hijau itulah biras aku, suami Nadia. Seronok Fawwaz duduk atas Daddy dia.





Almost there, Sayang. Almost there.


Sampai sampai terus bergambar. The view is absolutely breathtaking mashaaAllah.



Ammar Yusuf masih stress dengan kasutnya yang kotor terpijak lumpur -___-"



Dari pandangan atas. Nampak tak betapa jauhnya kami mendaki, tapi tak terasa jauh pun (untuk akulah haha sebab tak pegang baby), sebab seronok.



Us with our parents.



Suka gambar ni. Taken by my father-in-law hehe awesome kan Abah aku?



Di sini kami juga berpeluang melihat sendiri pemprosesan daripada daun teh sampai jadi serbuk teh, masuk kilang BOH tu free je tapi sekejap je dalam tu. Boleh tengok video juga, tapi anak anak tak berapa interested sangat nak tengok sebab dalam tu kuat sangat bau serbuk teh. Macam bau inai pun ada. Gambar dalam kilang malas ah letak sebab tak cantik pun kekeke.



Ammar Yusuf dan Adam Muaz.



Eh tiba tiba ada satu lagi kepala kat atas hahaha comel je. Ammar Yusuf, Adam Muaz dan Fawwaz. 3 beradik.



On the way turun bukit.


Dah sampai bawah, cantik betul view kat sini... My advice kalau nak datang sini better datang sekali dengan orang yang biasa dengan route yang sempit and meliuk lentok, sebab kalau kami saje memang takkan datang kot. Tak berani, jalan terlampau sempit memang scary la especially masa nak balik. And kalau boleh datang dengan 4WD la, jangan datang dengan kereta biasa. Unless kalau tak sayang kereta la kuikui.

Cameron Lavender Garden

Daripada ladang teh BOH tadi, kami terus ke Lavender Garden. Bayaran masuk adalah RM6 untuk dewasa, RM4 untuk kanak kanak 7 - 12 tahun. Below 7 years old adalah percuma.


Sini memang mostly for sightseeing je, ada juga jual ice-cream, strawberry picking, dan juga cenderahati.



Sabar jelah anak anak dapat parents suka bergambar ni (padahal aku sorang je gila bergambar saje nak palit laki sekali kekekee).



Di sebalik gambar ini..........


..........kelihatan seorang ibu sedang mengatur anaknya untuk duduk diam diam bergambar -___-"


Kids... manalah nak duduk diam diam. Ada saje aksi masing masing sabar jelah aku -___-"



Hehehehehe.. kasi chancelah....



Tiga beradik tengah amazed tengok ikan.



Paling suka tempat yang berupa kolam kolam, memang lamalah dua orang ini berhenti.



Masih di sini.



Masih.... T__T



Sini boleh juga petik bunga sendiri ikut suka (tapi kena bayarlah) dan bawa balik. Tapi takdenyalah aku nak petik. Not so much into flowers. Unless kalau orang bagilah *hint*.

Masa nak turun tu, terus hujan lebat. Memang sepanjang kat sini hujan come and go, dan banyak kali juga anak anak aku bermandi hujan tapi alhamdulillah takde demam demam, sebab udara bersih kot atas ni so hujan pun air bersih. Samalah macam kat Phuket dulu, Ammar Yusuf banyak kali kena hujan tapi tak demam pun, mungkin sebab udara kat sana bersih, berbeza dengan udara kat tempat kita ni kan..



Singgah 200 Seeds Cafe lagi untuk makan tengahhari. Thanks Am!



Anak soleh Mummy.



Anak soleh Mummy juga.



Kepenatan, makan satu dua suap terus pengsan. Habis ni balik rumah, dua orang ni tidur sampai ke senja kot. Betul betul penat naik turun bukit agaknya.

Taman Agroteknologi MARDI

Hari ketiga, pagi pagi selepas breakfast kami terus ke sini. Asalnya nak pergi ke pasar area Brinchang tapi macam malas nak redah jem. Cuti cuti memang jem je kat Cameron ni, tapi still acceptable lagi kata Am, kalau cuti Krismas nanti akan lagi teruk jem.


Bayaran masuk adalah RM3 untuk dewasa, RM1.50 untuk kanak kanak 5 tahun ke atas. Biasanya orang masuk MARDI ni kalau nak beli secara pukal la, fresh strawberries, dried strawberries, bunga bungaan, sayur sayuran...


Nampak kat belakang tu ada macam pasar malam, macam macamlah dijual kat sini.





Dalam taman bunga.



Terjumpa Adam Muaz doppelgänger hahaha. Aku tak perasan pun budak tu sampailah tengok gambar ini HAHAHA. Dahlah rambut sama, sweater sama, KASUT PUN SAMA ni kembar terpisah ke apa??? Nasib baik tak tersalah grab tangan bawa masuk dalam kereta :)))


Sibuk nak naik benda alah ni, macamlah tak pernah jumpa kat Puchong -____-"


Kena paksa bergambar.


Jumpa air terjun buatan manusia. Memang lamalah bertapa kat sini. Pantang nampak air.

Dalam sejam kat sini, kami pun beransur balik, hujan lebat lagi, berlari lari kami dalam hujan. Tapi budak budak ini sambil berlari sambil ketawa, seronok agaknya main hujan, bukannya selalu dapat peluang ini hehe.

Lata Iskandar

On the way balik ke Puchong, kami lalu Tapah instead of Simpang Pulai. Tapi road condition throughout Tapah tu teruk juga, berlubang sana sini memang boleh rosaklah alignment tayar kereta. Dalam kereta, H cakap kalau cuaca elok kita singgah Lata Iskandar ni, bagi chance kat budak budak tengok waterfall secara dekat. Masa on the way datang ke Cameron Highlands hari tu kita tak berhenti pun, sekadar lalu je. Alhamdulillah cuaca cantik sangat masa tu, cepat cepat kami parked kereta kat tepi dan turun.


Yang kecil tu tengah merengek rengek nak turun. Tak beranilah. Aku ni penakut sikit bab air terjun ni. Lagipun tak bawa baju mandi pun. Tapi bawa jelah turun sekejap celup celup kaki je hehe.







Tunggu Abang dengan Adik besar sikit, kita datang lagi okay? Bengang je dua orang ni tak puas main air, nantilah kita datang lagi ye.

Overall, it was a very nice holiday for all of us. Anak anak happy, kami apatah lagi. Seronok sebab this time kami explore banyak tempat di sini berbanding dulu, lagi enjoy sebab anak anak dah besar kan. Dah faham banyak perkara, dah boleh jalan sendiri.

Azam kami, 2016 ni nak explore lebih banyak tempat di Malaysia. Bahagian utara Malaysia aku tak explore lagi, bahagian selatan dan timur macam dah selalu juga pergi sebab belajar kat Jengka dulu dan ramai kawan kawan tinggal di kawasan Pantai Timur, Sabah pun aku dah pergi banyak tempat juga sebab first job dulu site kat sana, Sarawak tak pernah pergi lagi. Tak apa, perlahan lahan kayuh, perlahan lahan dedahkan anak dengan dunia luar. It doesn't have to be a luxurious vacation all the time, murah murah pun okay je asalkan anak dapat pengalaman baru kan? InshaaAllah mudah mudahan.