Monday, September 28, 2015

Perkara Rawak Yang Membahagiakan

H is one of the dads among all other moms who were invited as a member of WhatsApp group by our Anmum promoter hehe comel je join group emak emak. Strangers pula tu.

Saving tips for parents: Get name cards/contact numbers of promoters for your children's diaper and formula milk. You'll be receiving advanced notification should there be any promotion, price deduction, special deal, etc. 

Anyway, eversince our children has started consuming formula milk years ago, we have been closely in touch with our Anmum promoter whom we call, Ms. Wee. A middle-aged Chinese lady, so friendly, so kind.

Setiap kali ada any discount, she will inform us like one week earlier so that we will take note and prepare. Gotta save whenever we can right? Anmum ni, dia punya discount bukan seringgit dua. Berpuluh ringgit okay! Normal price is RM93 for 1.6kg, bila tiba special offer dia boleh jadi like RM83, for Aeon Big members dapat another discount 5% every 28th of the month. It makes total price of RM78 instead of RM93, and our children consumption is 4 tin sebulan. Imagine how much we save??

Okay so kami dan Ms. Wee ni, memang close la. Bila promotion time and kami tak sempat datang awal, kami akan minta dia simpankan 4 tin untuk kami siap siap. Kalau nak travel, dia akan bagi kami few sample packets, because she rather gives the sample to those who will really using it daripada bagi pada orang lain to try which most likely will end up buang je. Membazir kan? Anmum bukannya murah.

Today, as always, kami singgah ke Aeon Big sekejap. Saja tengok kot ada promotion susu formula, sampai sampai nampak Ms. Wee pun ada di sana. Soon after she noticed us, gopoh gopoh dia datang pada kami and tanya,

"You lama ke kat sini?"

"Kenapa?" kami tanya semula.

"I have something for you guys. Tapi dalam kereta. Kejap I turun ambil"

Belum sempat nak tahan, dia dah terus pergi ke escalator and turun ke car park.

For this;


She said that this gift is limited and she purposely saved one box for us in her car. It was so sweet of her it really touch my heart for some reason.. entah... sebab bukannya sikit customer Anmum ni. Yet she prioritized us haih baiklah dia ni terharu rasa..




The kids are so happy. Benda baru kan? Satu malam mengadap benda ni je. Boleh tulis tulis.



Boleh lekat lekat.


Ada jelah toys orang nak bagi. Bila fikir balik, most of the toys kat rumah ni adalah pemberian orang rupanya. Sebab kami kan kedekut bab bab begini hahah kesian. Jarang sangatlah kami beli benda benda untuk budak budak ni. Kalau kami beli pun memang bersyarat; upah berkelakuan baik ke, upah potty train ke... But believe it or not, it makes them appreciate things more. Especially Ammar Yusuf la... sangat menghargai dan menjaga barang.

Little things, but really make my day. Syukur, rezeki anak anak. Hidup kami memang tidak mewah wang ringgit, tapi rezeki diberi dalam pelbagai cara yang lain, syukur alhamdulillah :)





Saturday, September 26, 2015

Fasa Amukan Adam

Manusia ni, jangan cakap sebarang, sebab kita bukan boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Cuba kita muhasabah diri seminit dua dan fikir, berapa banyak benda yang kita sudah ataupun sedang buat sekarang, adalah benda yang satu masa dulu kita pernah cakap kita takkan buat ataupun takkan berlaku pada kita.

Ala takyah nak bohonglah, tipu orang lain bolehlah, tapi diri sendiri tak boleh tipu kan? :)

Apa lagi bila jadi emak ni, banyak sangat benda yang kita buat sekarang adalah benda yang kita pernah pledge takkan buat dulu.

Contoh paling dekat untuk aku adalah, hilang kawalan emosi terhadap anak anak in public.

Adam Muaz sekarang dalam fasa amukan tau. Amukan dia tu bukan calang calang, dia akan baling apa saja yang tercapai dek tangannya ketika sesi amukan berlaku.

Remote control (paling kerap)
Lego (akan disusuli dengan amukan Mummy sebab.. kau ingat senang nak kemas Lego yang dibaling ke utara selatan timur dan barat??!)
Botol air (sampai terbarai okayy)
Paling sadis adalah handphone dan powerbank T____T

Punca amukan tidak menentu pula tu. Punca paling kerap adalah berebut mainan, tapi kadang kala punca amukan tu tak kukuh langsung. Antara yang sering berlaku;

Adam Muaz: Mummy tengok ayam tu (burung yang hinggap atas jalan raya)
Mummy: Tu bukan ayam la. Tu burung.

Dia diam. Tiba tiba amukan. Sebab malu cakap salah.

Tapi dalam situasi lain, dia boleh pula yang, "Ooo burung. Bukan ayam....."

Masa mood baik, he is a real sweetheart. Really such a darling. Tapi bila datang angin dia, betul betul menuntut kesabaran yang tinggi. Awak ni.... kenapa mood swing mengalahkan Mummy ni T____T

Perangai amukan yang tak menentu ni memang menguji kesabaran sangat. Bila dalam rumah, bolehlah kami biarkan je dia menjerit mengamuk baling barang sampai dia penat dia akan cari kami juga, tapi bila di tempat awam, tak bolehlah nak dibiarkan saja betul tak? Bukan semua orang memahami situasi kita...

Adam Muaz is a very defensive boy, unlike his brother who tends to give in, he really stands for himself. Contohnya bila berada di kawasan permainan, Ammar Yusuf jenis takut nak berebut, akan mengalah bila ada orang yang mahukan permainan yang sama, something like that. 

His little brother on the other hand, never ever give in! Pada awalnya kami rasa lega juga Adam Muaz begitu, sebab kesian okay bila tengok anak asyik mengalah dengan anak orang lain, risau bila sekolah nanti kena buli je nanti so bila tengok si adik jenis berani, rasa best la juga. Kami fikir, maybe he can protect his big brother nanti, since jarak umur mereka pun tak berapa jauh kan.

But apparently, being too defensive has its own downsides too. Things can get out of control that he begins to attack other kids now. I've never experienced that kind of situation with Ammar Yusuf so I'm still learning to handle that, same goes to my husband. Dia bila tengah main dan ada budak lain cuma ambil apa yang dia sedang gunakan, dia bukan saja rampas balik, tapi siap tolak lagi budak tu OMG.

We, or rather I, of course am trying to be like the cool parent, talk nicely hoping (and praying hard) that he will tolerate. But it's not that easy, because he won't. Half of my heart actually knows that he won't (not to be judgemental here but he is my son, I know him).

"Adik, share la dengan friend. Kesian friend. Anak yang baik kena la share.."

It will be very helpful if the other kid's mother is tolerable too, jenis emak yang akan pujuk anak sendiri,

"Rayyan mainlah yang lain, ha tengok ni Mama pegang yang ini. Tu kawan punya.. tak boleh ambil.."

Tapi kalau the other kid's mother tu jenis yang nampak snobbish, jenis muka yang you-better-don't-mess-with-my-son (who am I to judge, I also have that kind of face sometimes -___-"), things can get a litte bit tense and masa tu rasa macam dah tak pasti nak terus berlembut ke nak kena berkeras sikit kang aku terus berlembut orang lain marah anak aku pulak.

Masa tu dah mula la "Stop it Adam Muaz, enough already! Dahlah tu!" and try to pull him away (before my husband came to rescue and salvage the situation). It's really not the kind of parent I would like to be. Or to see. Kita semua tak suka jadi parents yang macam tu, betul tak? But sometimes things don't go the way we want them to be. We're only human, afterall. We make mistakes, we learn and we try improve. That's life.

I really hope that this is just a phase, that he will get over this by age and be a better person. I really hope that I will get over this by age and be a better person too. Our child is the reflection of ourselves. Kita kurang sabar, macam mana kita nak harap anak kita jadi penyabar. Kita pun jenis amukan, kenapa nak terkejut anak kita jenis amukan. But thinking like this makes me being hard on myself as I will end up blaming myself and feel miserable, which is unhealthy. It might be true, but it can be just a phase. 

This evening I said to my husband,

"B seriously tak dapat bayang orang yang ada anak kecil lebih dari 2 orang. Sebab parents kan 2 orang je, so bolehlah jaga seorang satu. Kalau anak lebih dari 2 orang macam mana eh?"

Maybe having another child at this moment is not a good idea for us. At least for the time being, for this coming one or two years. For the greater good. Tapi aku ni pun bukannya consistent, bila anak mengamuk dan kita pun mengamuk rasa macam cukuplah dua orang je, tapi bila tengok baby orang lain, terus lupa segala pening stress handle mood swing anak dan meronta ronta rasa nak tambah baby. Moms will always be moms -____-"




Wednesday, September 23, 2015

HTC RE Camera


For the past few months I've been receiving this kind of questions many times actually; thru Facebook Messenger, emails, comments on the photos I uploaded, and this one is via Instagram Direct Message (DM). First time okay dapat DM from IG, jakun aku HAHA baru tahu Instagram pun ada DM.

So to answer the questions, no. It's not GoPro. Belum mampu lagi, or maybe belum perlu pun lagi unless bila kami dah mula travel/doing outdoor activities more often then maybe we can consider having a GoPro.

Kamera yang kami gunakan itu adalah..............


This! HTC RE Camera!

Ours is the white color one, ni gambar  dari Google je, aku Google tadi baru tahu ada warna lain. The navy blue looks nice though hmmph. Well initially aku pun tak pernah dengar camera ini, tak pernah tahu pun, tiba tiba H balik kerja dia tunjuk dah beli siap comel je. Sebab dia ni bukan jenis bergambar sangat, bini dia yang gila bergambar HAHA tiba tiba dia pula yang beli kamera. It was end of last year kot, and the price at that time was around RM699 kalau tak silap. Ke RM600 je. Tak ingat dah.


 Camera ni dia link dengan handphone pemilik sahaja (or anyone yang ada install apps RE ni dalam handphone). It is connected by Bluetooth and/or wireless. Masa ambil gambar tu imej kita boleh dilihat dari handphone dan kamera itu dihalakan pada objek yang ingin di-capture.


Macam ini (image from Google)

That's why dalam most pictures yang kami ambil, korang nampak aku tengah pegang handphone kan? Kalau orang tak tahu mesti ingat minah ni manjang pegang henponnnnn je takde life langsung cubalah bawa bersosial sikit inilah anak muda zaman sekarang potpetpotpet *tetiba*.


You see the above photo. I put the camera in front of us, adjust kedudukannya by viewing thru my phone, and klik the blue button in the middle (dalam phone tu).


At Sunway Lagoon with my colleagues. I put the camera on top of the dustbin near the bench.


With my bestfriends. You have to put the camera at the nearest possible, sebab dia wide angle kalau letak jauh sangat nanti kita akan jadi kecil je kat tengah tengah.



With my family and family in-law during Aidilfitri. Patut letak kamera ni tinggi sikit and tundukkan kamera ke bawah, baru nampak cantik, otherwise tengok yang paling depan je nampak besar, yang belakang nampak halus je.


Like this! Kamera letak tinggi and tundukkan ke bawah, nice photo with my family in-law on my MIL's side. For this photo, I asked my cousin-in-law yang taknak masuk dalam gambar untuk berdiri diam diam pegang kamera HAHA sape suruh taknak masuk. Hmmph I really looked like si antisosial yang asyik pegang handphone je -___-"


With sisters and mom. This time Oyah yang jadi si antisosial :p


With my colleagues.


With H's colleagues. 

Orang yang paling tinggi bak galah seringkali menjadi mangsa untuk pegang kamera :D


Memang takdenya aku nak jadi watak pegang camera ni, untuk mengelakkan kelihatan seperti gergasi di hadapan =))))


With mertua dan adik adik ipar. Girl jadi gergasi HAHA.


With my bestriends again, this time at Teluk Cempedak. Walaupun aku hodoh, aku tetap suka gambar ni. Sebab nampak luas laut kat belakang tu and laki aku duck face kahkahkah mesti dia tak sedar buat mulut cenggitu.


My carefree children at playground.


Lunch date. This time kami suruh orang meja sebelah pegangkan kamera HAHAHA tak tak tipu je buruk benau perangai gitu. Kami letak je kamera ni kat meja sebelah yang kosong tu and snap.


Car selfie. Letak atas dashboard kereta.


Another car selfie. Or is it wefie? Hoh I looked chubby and pale mesti tak sempat mekap masa ni.




BANYAKNYA CAR SELFIE KAU NI DAH KENAPA?! Should've create one album just for car selfie -___-"


Kekasih yang sentiasa bersabar jadi watak pemegang kamera, kalau aku yang pegang memang korang hanya akan nampak gajah purple di hadapan je T__T

Anyway kalau taknak guna handphone pun boleh, sebab RE Camera ini dia ada shutter kat belakang kepala dia and gambar itu still akan keluar kat handphone, means kau tinggal handphone kat rumah and bawa kamera ini pun boleh je. Tapi gamble jelah gambar tu jadi macam mana. H pandailah bab ini, kalau aku yang pegang memang akan menghala ke muka aku je tak nampak dah orang lain HAHAHA tak guna. Tak pandai lah nak budget kalau tak nampak imej kan?


Like this. Ini tak berapa centre sangat. Yelah dalam pool takkan nak bawa handphone untuk adjust kan. Oh, this camera boleh bawa masuk dalam air juga tau! We never tried that before so tak bolehlah nak tunjuk (actually we did, but I look like a whale swimming around jangan harap aku nak tunjuk).


This one is perfect. Aku rasa H lah raja selfie yang sebenar, tak nampak imej pun pandai aim :p

I super love this camera, I think most our friends also do. Sometimes when there is an event and H couldn't make it, mesti ada yang, "Alaaa kau tak join keee orang nak pakai kamera kau laaa kau takyah datang pun takpeeee but we need your cameraaaaa". Annoying tak aku exaggerate ayat HAHA. Lebih kurang macam itulah. But this camera has its own limitation too; kamera ini tak berapa cantik untuk bergambar indoor atau tempat yang mana sumber cahaya tak berapa mencukupi. Nampak kelam je gambar. Tapi untuk outdoor memang perfect la. 

We are interested in GoPro too, but for the time being, maybe this one is not so bad afterall. Dah banyak sangat berjasa ini, sampai SLR aku pun dah tak terguna dah pun. Tak tahulah sekarang ada jual lagi ke tidak, or maybe dah upgrade to latest edition we don't know. But this camera is definitely worth buying :)





Tuesday, September 22, 2015

Generating Income Through Blogging

I have read somewhere, that everyone should begin with 3 sources of income;

1) Active income
Income yang diperoleh secara tetap setiap bulan, menuntut komitmen kerja yang berterusan dalam waktu yang tetap setiap hari, minggu dan bulan. Biasanya income yang diperoleh secara makan gaji.

2) Passive income
Income yang diperoleh dengan kerja yang one-off. Sekali je kita kena bersusah payah, dan kemudian the income will be generated everymonth tanpa kita perlu bekerja pun.
Eg: Beli rumah dan sewakan dengan harga sewa melebihi bayaran bulanan pada bank, beli kereta dan sewakan. Tapi other expenses tetap ada, maintenance rumah, maintenance kereta, etc.

3) Side income
Kerja yang lebih kepada hobi untuk menambah pendapatan dan tidak memerlukan komitmen pada waktu kerja dan tidak terikat dengan apa apa peraturan oleh pihak lain.
Eg.: Online business, doing something crafty, jadi model tudung, and any other hobbies that generate money.

Later when the amount of passive and side incomes beat the active income, then we can quit the job yang makan gaji tu and focus on passive and side income--and these two incomes will turn into our active income.

So far, I think I managed to have all three of them alhamdulillah.

Active income - kerja tetap aku setiap bulan.
Passive income - rumah sewa di Shah Alam, now consider to add another one, still under discussion with my property agent.
Side income - BLOGGING.

And that is exactly my plan; one fine day when the passive and side incomes exceeded the active income, I will consider to quit my steady job inshaaAllah. For the time being, masih belum lagi. Masih jauh lagi. Blogging is the source of income that I love the most, but it generates the least profits compared to my other two incomes. Masih tiga angka setiap bulan, belum empat angka lagi, apatah lagi lima angka. Memang ada tau blogger yang generates income up to RM10k sebulan. Aku memang jauh lagilah, maklumlah, blogger picisan. Tapi aku tetap bersyukur, in fact kalau dapat RM50-RM100 sebulan pun aku tetap bersyukur juga. Untung bersih kan? Takde cukai takde GST tak payah tolak duit minyak, toll dan sebagainya. Siapa nak bagi? Ada orang baca blog kita pun dah cukup best dah rasa.

Blogging is fun, it is actually my passion. Walaupun sekarang most people dah lebih kepada Instagram dan Facebook, blog is still a social medium that really close to my heart. Dari kecil aku memang suka menulis. I think everyone should blog. What is better than doing something you love and earn money out of it?


I don't actually love my steady job, but I'm doing the best I can while I'm at it. I take my job seriously, I do what I can to accomplish the targets set by my higher management, because I was pay for it. Macam mana tak minat pun dengan kerja, aku nak gaji aku diberkati. Berapa banyak pun sumber pendapatan memang takkan ada makna kalau tak berkat. Tanpa keberkatan, kita tetap akan rasa yang ianya tidak mencukupi. No matter what, I keep my professional development continuous and it's safe to say that my KPI is quite outstanding alhamdulillah. Because regardless of my lack of interest in my job (siapa je yang suka makan gaji sebenarnya?), I do take my job seriously.

Andddd, I didn't blog during office hours. What I usually do is, I draft the blog post at night after everyone is sleeping, and I scheduled the entry to be posted automatically at around 11am to 12pm on the next day. You know why? Because that is the time where the traffic is at the highest, massive, pengunjung paling tinggi. We can call it as my strategy. Lebih tinggi traffic (pengunjung blog), lebih banyak advertisement yang akan masuk, and that's how bloggers generate income. Kalau tak sempat nak buat at night, aku akan taip during lunch time using my own smartphone and post it straightaway. 

Blogging is fun, but if you do it the right way, you can earn some pocket money while still having fun. Be sincere, you can write just about anything and it doesn't have to be informative all the time, sebab aku suka je baca blog yang fun dan tak berapa informative sangat, kalau blogger tu pandai mengolah ayat.

Some blogging tips for beginners;
1. Guna ejaan penuh dan betul, jangan guna shortform atau bahasa pasar. No one likes to read shortforms and bahasa pasar. Bila ejaan penuh, blog kita akan lebih mudah dijumpai dalam Google search engine.
Contoh: "Cara buat kek coklat" adalah lebih mudah dijumpai berbanding "Care buwat kek cklat".

2. Guna font yang simple; jangan guna font yang terlalu romantik atau tulisan kartun untuk nampak cantik, annoying nak baca. Kita bukan nak blog yang bertulisan fancy, kita nak blog yang mudah dibaca. Paling senang, guna default font, normal size je.

3. Background biar cerah, dan tulisan mesti warna gelap. It looks easy in the eyes compare to background gelap tulisan cerah. 

4. Gambar biar besar dan terang. Everyone is having a smartphone nowadays, so boleh edit bagi terang  dan jelas dulu before attached in the blog. Tak perlu edit gempak gempak pun, aku pun biasanya edit brightness je, tak kuasalah nak edit benda lain. Gambar biar terang, ianya membuatkan blog itu lebih menarik untuk dibaca.

5. Be yourselves, jangan cuba jadi orang lain. Guna ayat sendiri, olah ayat sebaiknya biar orang yang baca tu rasa macam mendengar kita bercerita. Avoid tiru ayat orang, tiru entry orang. No one likes a copycat. A blogger who keeps his/her own identity akan mendatangkan followers yang lebih loyal dan tegar. Biar followers tak ramai, tapi setia. Cewah. Kita tak nak one-off followers yang singgah sekali then tak singgah singgah lagi dah, kita mahu followers tegar. Siapa follower tegar Kak Una sini, angkat tangan! Haha. Love you.

6. Nama blog dan blog link biar mudah dan senang diingati. Kalau boleh, letak nama sendiri.

7. Letak satu je medium iklan. Kalau dah letak Nuffnang, jangan letak Google Ads etc dah, and it's vice versa. Jangan tamak. Selain nampak serabut, it will reduce your income as well because the advertisers have to compete with each other.

8. Reply the comments that you received. It will encourage people to come again to see if you responded to their comments. Because I am that kind of person, bila aku komen pada blog orang, biasanya aku akan datang semula untuk tengok if there's any feedback on my comment. Replying comments is something I'm also trying my best to do. I do (really do) appreciate all the comments, but sometimes my life is too hectic I forgot to reply, my apologies. I'll improve on that :)

9. Blogging more often, at least once or twice a week. Bila kita jarang update, we will be losing our followers. If you noticed, this is something I try to do recently. I actually intended to document my life journey for my kids to see someday, that's my true intention. And it's also my motivation to push myself to write something, sebab kadang kadang kita bukan ada masa sangat and bila ada free time kita dah takde mood pula nak menulis. Ala Vivy Yusof lagilah busy, boleh je update blog everyday. Kan?

That's all for now, from me the blogger picisan. Ini adalah based on apa yang aku rasa, dan apa yang aku minat untuk tengok pada blog orang lain. Lain orang lain citarasa kan, everyone should blog actually. Easy money. Tapi jangan kejar duit sangat sampai mengabaikan kualiti blog, takut lama lama orang muak nak baca.






Monday, September 21, 2015

Weekend Getaway: Cyberview Resort & Spa

Hello! Assalamualaikum.
Masih mood berbunga bunga, baru balik honeymoon katakan kahkah.

Okay, actually, for our 5th anniversary, kami plan nak pergi Bukit Tinggi dan bermalam di Colmar Tropicale tu. Tapi sebab masa tu tengah jerebu teruk dan Ammar Yusuf pun macam tak berapa sihat, we decided to postpone the celebration. Aku okay je, bila bila jelah. Then, Khamis petang masa nak pergi ambil anak dari rumah pengasuh, H masuk kereta je terus dia,

"B pernah dengar tak Cyberview Resort? Kat Cyberjaya. Abang tengok pool dia macam best juga. Kita pergi weekend ni nak?"

Trust my husband for last minute decision like this -___-". Nak pergi hari Sabtu, Khamis malam baru book, alhamdulillah ada bilik tu pun tinggal last 3 rooms je masa tu. But I actually love spontaneous plan like this, sekali sekala seronok apa. We didn't inform both our children pun, hari nak pergi tu baru bagitahu sebab Ammar Yusuf tu kalau bagitahu awal awal, setiap saat dia akan tanya "Bila nak pergi hotel?" -____-"

Saturday morning, H kerja. Hehe tak pernah pernah pergi holiday masa H kerja. Mentang mentang dekat je dengan rumah. Anyway, check-in time at 3pm, kami gerak dari rumah around 2.40pm camtu. Sampai around few minutes to 3 o'clock. Masuk lobi, perghhhh wangi sangat! Bau macam spa, so relaxing. Lobi dia banyak sofa, memang selesa la. Check-in pun tak perlu beratur panjang, sekejap je dah settle. Masa check-in tu, besides harga bilik, dia akan minta kita bayar deposit (which will be returned during check-out), kalau cash RM100, kalau credit card RM200. So kalau nak guna cash tu sediakan la siap siap.


Room type: Superior Chalet
Price: RM259.60 (Agoda); total price including all taxes: RM309.10.

Masa booking ni kami compare harga between Agoda dengan harga kat website Cyberview Resort & Spa ni, harga kat website dia extra RM20-30, so kami beli dari Agoda je.


Masuk masuk, akan nampak ini. Partition antara katil dengan cermin and dresser.


The room is seriously nice, and H said they are so 'thoughtful'.


Sebab ada Tafseer and sejadah. Then ada tikar getah yang boleh dibentang kalau ada orang yang perlu tidur di atas lantai. Iron dan iron board pun disediakan, penting ni untuk aku yang gemar menggosok tak perlu nak call and request as always.



And pool towel.


Fridge area.


The room is so generous with mirrors. Sana sini ada cermin besar I can't stop taking pictures of myself HAHA.



My love. Thank you for this treat, Sayang.



Masih tak bosan ambil gambar. Gambar anak kabur pun tak apa asalkan diri sendiri nampak vogue kahkah emak siapalah ni.

Ammar Yusuf dah buka baju masa ni, bukan sebab tak sabar nak pergi pool, tapi sebab baju dia terkena air liur dia sikit. Air liur sendiri pun nak geli -___-"


Bilik air dia besar. Ada bathtub and sebelah tu ada shower room. Tapi shower place dia guna glass wall tak bolehlah mak nak mandi sementara anak anak main kan bathtub, kalau bapaknya yang kat bathtub tu lainlah kahkah bye.



The kids were so happy and energetic. Dah lama tak tidur hotel kesian haha. Last tidur hotel bulan 3 hari tu kot, pergi Cherating. Punyalah lama! Kesian anak aku.




This cheeky boy langsung tak duduk diam, panik kami nak kena sorok barang tak bagi dia main. Sampai kena cabut wayar telefon dan sorokkan, karang entah apa dia dial nanti.



My kinda beautiful view. Nothing makes me smile wider than seeing my boys having a good time like this.


Meanwhile, being the only girl in the family.... duduk bersendiri di atas balkoni berjiwang jiwang melayan perasan....... :p

Baru nak bersentimental, datang pula si sibuk ni -_____-"





My little explorer. Semua benda dia nak explore.

Around pukul 5, selepas hampir 2 jam dengar Ammar Yusuf berzikir "Nak pergi pool, nak pergi pool" kat telinga, okaylah kita pergi pool. Pukul 5 tu pun masih panas lagi sebenarnya, aku dahlah tak bawa sunblock budak budak ni, nanti berbelang lagi kulit anak anak aku. Belang yang pergi Desa Waterpark hari tu pun tak hilang lagi. Terpaksa sapukan sunblock muka aku ke badan anak anak T___T


Pool dia ada 3 stage. Stage bayi dan toddler sangatlah ke-bayi-an, paras buku lali aku je! Punyalah bosan, maklumlah anak anak aku kan bukan bayi lagi tehehe. Walaubagaimanapun... Ammar Yusuf.... sangat menggemari pool ini, dia takut air T___T



This boy on the other hand, too adventurous! Apa pun tak takut, malah tidak mahu dipegang macamlah pandai berenang!



Selepas diyakinkan berulang kali oleh si bapa, barulah si sulung berani turun ke pool stage ke dua. Pool yang kedua ini ada level kedalaman dia tersendiri, tepi bahagian yang paling cetek pun paras bahu Adam Muaz; Adam Muaz is around 95cm height. Kiranya both my children tak boleh duduklah, memang akan tenggelam.

Mula mula aku tak join pun mandi kolam ni, ingatkan nak duduk ambil gambar and acting pretty kat tepi je, sekali H panggil suruh turun sekali. Baru 10 minit main, tiba tiba hujan turun lebat, kelam kabut kami lari balik bilik. Jauh pula tu.

I think this is something they should improve. Sepatutnya dia buat 1 laluan khas untuk ke kolam, at least susur gajah ke. So that kalau tiba tiba hujan tak adalah nak berlari dalam hujan, kalau berdua duaan dengan kekasih bolehlah kira romantik, ini berlari sambil dukung anak, memang mengundang betul.


You see, we stayed at Block 13, and the pool is not supposed to be so far sebab nampak macam dekat je kan boleh cross the Cindai Ballroom tu je kan, tapi rupanya tak ada laluan short cut pun. Memang kena pusing ikut tepi baru sampai kolam.

Tak apalah, hope they'll improve later.

Sampai bilik, sambung berendam dekat bathtub pula. Empat empat orang pula tu HAHA sanggup tu bersempit sempit.



Lepas mandi, kelaparan, sementara nak tunggu waktu dinner, makan roti dengan Nutella dulu. Seorang makan 2 keping, betul betul lapar nampaknya. Dah jadi ibu bapa ni, memang kalau ke mana mana akan bawa bekalan untuk standby, budak budak ni kena sentiasa kenyang, baru mood baik. Being parents, our happiness depends on our children happiness, setuju tak? Bila anak anak happy, mood kita macam automatic akan happy juga. Kan? :)

Later we had our dinner at one of our favourite restaurant at Bangi, but if you want to have a dinner at the hotel itself, the rate is around RM86++ per pax rasanya, that one is for buffet dinner. They also have ala carte tapi tak tengok pun menu apa yang ada.

Balik hotel around 10.30 malam, berguling gulingan dengan anak anak bergelak ketawa, kami pun tidur.

The next day, kami turun breakfast around 8.45pagi. Tunggu anak anak bangun, diorang ni kalau tidur lebih pukul 10 memang kalau tak kejutkan pukul 10 pagi pun belum tentu bangun.

The breakfast is good, in fact it was awesome kot.


Nasi lemak. Usual hotel food.


Various flavors of yogurt. Usual hotel food.


Desserts. Usual hotel food.


Pancake and waffle. Usual hotel food.


The usual beverages.


Usual....


And usual.... wait a minute, is that.....


IKEA meatballs???? Who serves IKEA meatball at buffet breakfast??! From usual breakfast terus upgrade jadi awesome breakfast HAHAHA. Aku ulang 16 kali kot IKEA meatballs ni, okay tak tak. 2-3 je, the taste is exactly like IKEA meatballs okayyyy emmm dapnya rasa meleleh air liur pula sekarang.


This boy baru developed ulser kat lidah masa ni, kesian. Sebab jerebu hari tu la kot, badan panas dalam. Dahlah dia ni jenis makan banyak, tapi sebab ada ulser dia boleh telan yogurt and banana je. Diet terus anak aku. Emaknya bila entah nak diet.


Yang abang ni baru sembuh ulser, selera makan membuak buak. Asyik lapar je. Okaylah tu, aku suka anak anak makan banyak, sebab dia ni biasanya susah makan.

Habis makan, terus pergi pool.


View from Verandah Restaurant tempat kami breakfast tadi.


The boys, amboi yang depan tu siap silang kaki =)))


View from the bridge. 


HAHAHA kasi chance laaaaa ;) Ni dekat kolam yang first stage, tak sesuai untuk bayi dan toddler, Adam Muaz kalau berdiri kat tempat yang paling cetek pun dah paras dagu. Tapi dia tu bukannya kira apa, nak juga turun sabar jelah aku.

Dah letih main kat kolam dewasa sebab kena carry 2 orang tu, kami pun kembali kepada realiti yang anak kami masih kecil, dan mainlah di kolam bayi bayi ini T__T



Adam Muaz looked so bored already hehe. Tak sedar kecik budak ni.



Tak tahu nak buat apa, dia duduklah belakang Abang dia and tiru Abang dia buat apa haha.


Ini barulah seronok. Dia jelah seronok, tak tahu orang lenguh nak kena pegang badan dia buat aksi superman ni, dahlah kena ulang 16 kali pula tu T__T


Bapa dah penat, ibu terpaksa ambil giliran. Asalkan anak gembira :')


Last pose before naik atas.

Overall, it was a very nice short getaway for all of us. Anak anak happy sangat, ibu bapa apatah lagi. Mungkin sebab lokasi yang tidak jauh membuatkan kami lebih relax dan badanpun tidak penat, sebelum ini kalau travel jauh jauh memang akan ada masa yang anak buat hal sikit sebab letih kan duduk lama lama dalam kereta. Bila anak buat hal, kita yang sama sama penat ini pun akan berasa tidak gembira juga. Young parents kan, masih belajar untuk bersabar lagi. This time segalanya berjalan dengan lancar, tak ada hiccup langsung alhamdulillah. We planned to do it more often on the weekends inshaaAllah, sebagai upah untuk diri sendiri dan keluarga selepas penat bekerja. Afterall, itulah tujuan kita bekerja kan, supaya kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik betul tak?


Mandatory family potrait seperti biasa sebelum check-out. Untuk bilik hotel, servis dan makanan yang disediakan, kami rate 4/5, and recommended for those who stay around Klang Valley yang mencari tempat yang sesuai untuk berehat dan bergembira seisi keluarga tanpa perlu memandu jauh.

Definitely will come again, thank you Daddy!