Friday, August 28, 2015

Bersaing Dengan Idola


My nieces, Alaina and Arissa.

I remember when they both were still small, kami pernah buat pertandingan menari ke menyanyi-- something like that la. Alaina punyalah seronok dan mula menari beria ia. Sampai giliran Arissa, dia diam je muka masam.

"Asha tak pandai dancing. Aina je pandai. Asha tak pandai.."

Alalala kesiannya diaaaaaa. Rendah diri dengan kakak dia!

Sekarang ini baru aku rasa benda itu adalah normal untuk dua beradik yang sama jantina dengan jarak umur yang agak rapat. Because it happened to both my sons too!


Bila kita ada dua anak yang sama jantinanya dengan jarak umur yang agak rapat, yang kecil tu memang akan sangat menjadikan abang/kakaknya sebagai idola. Segala benda yang kecil tu akan follow, dan yang besar tu akan seronoklah menunjuk ajar.

Bab main memanglah tak ada masalah, tapi untuk Adam Muaz, bab belajar memang dia akan tiba tiba menyendiri, tersipu sipu, termalu malu.


Homework time for Ammar Yusuf.


Homework time for Adam Muaz. -_______-". Mana buku awak hah??

Tadi boleh je berlari ke sana sini bergelak ketawa, bila tiba masa Mummy suruh buat homework, tiba tiba dia diam menyendiri. Biasanya bab homework ni, buat masa ini memang Ammar Yusuf je yang aku serius sikit ajar dia. Adam Muaz ni biasanya lebih pada mewarna dan menconteng je. Kecil lagi kan, aku lebih pada nak biasakan dia cara memegang pensil dengan betul je. Tapi, itulah. Bila benda yang nampak abang dia outstanding, memang tiba tiba dia akan menyendiri. Rendah diri. Kesian okay tengok dia. Biasanya aku akan panggil juga dia, dan pegang tangan dia sama sama tulis A, B, C... tersenyum senyum dia bila aku buat macam itu.

Masa mengaji juga begitu. Bila giliran Abang yang membaca, dia ketawa ketawa ajuk ajuk Abang.


Bila tiba giliran dia.................
..
..


Tersipu sipu! Geram Mummy budak ini. Tadi macam hero sangat ketawa ketawa ajuk ajuk. Hah mana budak yang suara kuat tadi? Dah hilang dah suara?

Aku rasa memang tipikal anak sulung dan anak nombor dua begini. Anak sulung biasanya lebih serius, lebih berkepimpinan, lebih mudah mengikut arahan. Anak kedua pula usually lebih playful, they are like couldn't care less, lebih banyak main main, but really look up to their elder brother/sister. These two boys of mine, they really compensate and complete each other. Seronok okay anak umur dekat dekat dan sama jantina, rasa macam ada anak kembar yang berlainan sifat dan karakter. Penat memang penat, tapi sangat menghiburkan hati, dua orang ini.

Dah dah. Sekarang ni bolehlah main main macam ni, dah sekolah nanti Mummy suruh siapkan homework awak buat muka comel macam mana pun takkan berkesan okay! Hanger sekali kang.



Wednesday, August 26, 2015

Duit Raya

Keadaan hari tu agak kelam kabut. I took a half day emergency leave as I need to settle some urgent matters that day. Dari pejabat, laju aku drive dan sampai ke rumah around 1 tengah hari. Turun kereta, nampak 5-6 orang budak budak sedang bermain di bawah blok rumah aku tu. Muka muka biasa, setiap hari pun mereka berkumpul bermain di situ.

'Kena park jauh sikit ni, karang calar kereta aku,' ngomel aku dalam hati. These kids, menurut pemerhatian aku yang dah bertahun tahun duduk situ, memang agak luar kawalan bagi aku. Luar kawalan itu, maksudnya tidak berapa terjaga. I feel sorry for their caretaker, whom I believed their grandmother (most of us called her Opah). Kesian, terlalu tua untuk menjaga begitu ramai kanak kanak, and her husband also in a wheelchair. Too much for her I think. Selalu juga aku dengan H berbual tentang betapa anak anak kecil itu berkeliaran dan berlari larian sekitar situ kadang kala sampai lewat malam, agak merisaukan sebab zaman sekarang ni bukan macam dulu yang kita bebas ke mana mana tanpa risaukan apa apa. Mana entah ibu bapa mereka. Tapi, itulah. Kadang kala rasa kesian, kadang kala rasa geram sebab budak budak ni suka calarkan kereta! Selalu dah kami terkena, sampai dah naik lali dah malas nak layan tengok kereta bercalar balar hasil 'lukisan' mereka.

I hastily walked passed through them, when suddenly one of them (whom I don't really recognize, must be new here, bertambah lagi cucu Opah kena jaga) tegur aku,

"Makcik!"

Makcik kau panggil aku?? -____-

Memang makcik punnn, cuma tak biasa lagi dipanggil begitu oleh anak anak jiran heheh. Biasa aku dipanggil Aunty :)

"Ada duit raya tak?" Tersengih sengih budak itu menegur sambil menghulurkan tangan. Kelihatan hingus meleleh hampir sahaja mengenai bibir. Budak ini, aku agak dalam 4 ke 5 tahun.

I was a little bit dumbfounded, but I just walked away because I was really in a rush. "Takkan takde duit raya!" Budak itu menjerit. Geram pula aku dibuatnya. I have to be honest that I'm not really good with kids, aku pandai layan anak anak kecil among family members je sebenarnya. Aku teruskan mendaki anak tangga anyway, langsung tidak mempedulikan jeritan itu.

Sampai rumah, switch on the fan and air-conditioner... tiba tiba rasa terusik hati. Aku duduk bersandar di sofa, pejamkan mata, sejukkan badan sebentar. Macam macam dalam fikiran aku, terbayang bayang wajah kanak kanak berhingus tadi, terbayang bayang betapa anak anak aku terjaga rapi...

Tak ada masa nak rehat lama lama, aku bangun, ambil 5-6 keping sampul angpau kosong, masukkan RM3 setiap satu. Siap siap ambil barang barang lain yang diperlukan, turun tangga semula dengan hati yang berbunga bunga. I know I'm doing something right, giving few ringgits to people wouldn't make me poor.

Sampai ke tempat tadi, the kids were no longer there. Aku menjenguk ke dalam rumah Opah, senyap sunyi. Mana pula budak budak ini? Getus aku dalam hati. Rasa macam nak ketuk rumah, tapi macam tak ada motif pula. Bimbang dianggap bukan bukan, aku beredar dari situ. 

Dua tiga hari pun, masih tidak nampak budak yang sama. Sampul duit raya itu masih dalam beg tangan aku. Rasa ralat benar. Patut masa dia minta tu buka jelah terus beg dompet dan bagi jelah terus. Haih.

.
.
.

"Tiada seorang pun anak yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada hanyalah anak yang merasakan dirinya tidak didengari oleh sesiapa.." (unknown)



Monday, August 24, 2015

Pengasuh #4

Ambil anak anak dari rumah Kak Ha (pengasuh) Jumaat lepas, nampak masing masing dok kelek benda ini. 


Robocar Poli. Children's current obsession -____-"

'Hmm.. ada lagi lah ni Kak Ha ni', getusku dalam hati. Aku ambil sekotak, belek belek. Nampak price tag RM80 hoi mahalnya! Roughly 10% gaji yang kami bayar pada Kak Ha ni! Terus aku tanyakan pada pengasuh kesayangan kami itu,

"Kak Ha beli ke ni? Mahalnya alahai.."

"Eh bukan tu harga dia Na, RM30 je, beli borong 6 set. Kalau beli satu set je memang RM80. Saje beli kat budak budak ni.." Kak Ha menjelaskan.

"Nanti kami bayar balik ye Kak Ha," serba salah aku dan H, sebab both of us tak bawa wallet pun masa tu. 

"Eh tak payahlah Na, takpe je. Tak payah tak payah"

Dalam kereta, aku menasihati anak anak, "Janganlah minta Ibu beli beli. Kesian kat Ibu. Ibu bukan orang senang. Kalau nak apa apa, bagitahu je Mummy dengan Daddy.. okay?"

Ammar Yusuf pantas membela diri, "Abang tak minta pun. Betul! Abang tak pernah minta pun. Ibu yang beli". I actually believed him. Sebab ini bukannya pertama kali Kak Ha belikan barang untuk anak anak aku.

Pengasuh anak anak aku ni.... sigh. aku rasa memang satu dalam sejuta agaknya. Kalau you guys ikut blog ni dari dulu, memang banyak entry aku pernah buat pasal Kak Ha ni. Sepanjang menjaga anak anak aku ni, dah terlampau banyak rasanya benda benda yang dia belikan untuk budak budak tu. Terutama bila balik dari Kelantan, atau ada adik dia yang datang dari Kelantan. Kak Ha bukanlah orang senang, suaminya hanya pemandu lori saja. Jadi setiap kali hari raya mereka biasanya akan menyewa kereta untuk pulang ke kampung. You know sewa kereta, sehari RM100, kalau balik 5 hari, dah jadi RM500. Kadang kala mereka terpaksa memendekkan cuti untuk menjimatkan duit sewa. Sudahlah balik Kelantan setahun sekali saja, kesian okay. Mengetahui hal itu, sejak raya tahun lepas aku offer mereka pakai kereta aku saja. Jimat RM500. Sudah 2 kali raya yang mereka pulang ke kampung dengan MyVi tu. Alhamdulillah selamat semuanya, sebab aku memang akan servis dan tukar tayar siap siap supaya perjalanan mereka lebih selamat. I really want them to be safe, if anything happened to them because of my car, I can never forgive myself :(

Niat aku, supaya dia tak perlu membazir duit untuk sewa kereta dan ada duit lebih untuk berbelanja di kampung nanti. Balik jarang jarang kan. Tapi setiap kali balik dari kampung, banyak betul dia belikan benda benda untuk anak anak aku, segan okayyyy. Baju lah, toys lah, makanan lah. Kami bagi duit raya pada anak anak Kak Ha seorang RM20 dari dulu sampai sekarang, dan sedikit bonus raya untuk Kak Ha. Dan biasanya Kak Ha akan balas pada anak anak aku dengan jumlah yang sama juga. Tapi tahun ini, balik rumah tengok tengok dia bagi duit raya kat anak anak aku seorang RM50 wuuu segannyaaaa bila masa pula dah naik ni... T_____T

Setiap tahun juga, setiap kali birthday anak anak aku, memang Kak Ha mesti akan bagi hadiah, without fail. Aku sendiri pun jarang bagi birthday present kat anak anak aku, saje taknak biasakan (padahal kedekut :p). Dengan Kak Ha ni, dari awal dulu kami tak pernahlah berkira. Memang Mama dan ibu mertua selalu berpesan jangan berkira dengan orang yang menjaga anak kita. Like it or not, mereka merupakan second parents for our children, they spend time with our children more than we do. Jadi kami memang tak pernah berkira soal bayaran, bila berbual dengan orang lain semua cakap sepatutnya makin anak membesar, bayaran makin kurang, tapi bayaran yang kami berikan pada Kak Ha makin naik pula haha. Kak Ha tak pernah tetapkan bayaran pun, since day 1 lagi. Tak apalah. Kos sara hidup pun makin naik kan sekarang. Kesian dia. Rezeki aku, dapat Kak Ha yang langsung tidak berkira juga. Dah banyak sangat kami rasa terhutang budi dengan Kak Ha.

Ammar Yusuf tu, tahun depan nak ke sekolah dah. Macam manalah agaknya. Sekarang ini pun hampir setiap malam memang kena berdrama nak pujuk balik. Unlike Adam Muaz tu, Adik tu memang manja dengan kami. Ammar Yusuf dah memang selesa sangat di sana, yelah kat rumah Kak Ha tak kena marah, kat rumah Mummy Daddy takdenya tak kena marah. Someone has to discipline them, kan?

Alhamdulillah dikurniakan pengasuh yang baik, dan dipermudahkan banyak perkara berkaitan penjagaan anak anak. Dunia dah makin menakutkan, orang jahat terlalu ramai sekarang menyebabkan ramai yang ragu ragu untuk berbuat baik lantaran terlalu berhati hati. Berbuat baiklah, apa yang orang lakukan pada kita, itu adalah atas tanggungan mereka sendiri di akhirat nanti, tapi kita bertanggungjawab atas apa perlakuan kita pada orang lain.



Saturday, August 22, 2015

Lipat Baju

Malam minggu, kalau tidak sibuk dengan undangan majlis dan aktiviti futsal/badminton, adalah merupakan masa untuk menyelesaikan kerja rumah. Benda seperti lap perabot dan vakum lantai sudah diselesaikan awal pagi sebelum keluar rumah. Untuk malam, biasanya aku akan buat something yang lebih rileks dan menenangkan minda. Seperti melipat dan menggosok kain baju.

Dua kerja ini adalah terapi untuk aku. Emak emak betul sampai lipat kain dan iron baju pun dah jadi terapi. Anyway, malam ini adalah giliran kain baju anak anak untuk dilipat. Ye, haruslah ikut giliran, patah pula pinggang kalau nak selesaikan lipat kesemuanya dalam satu malam. 

Dan seperti selalunya, Ammar Yusuf bila nampak Mummy keluarkan bakul baju dia dan Adik, memang cepat cepat offer diri untuk membantu. Aku okay saja. Tak pernahlah aku halang kalau dia offer diri untuk tolong apa apa. Nak tolong masak nasi, aku bagi dia cedokkan beras masuk dalam periuk. Nak tolong angkat baju, aku suruh asingkan hanger ikut warna. Whatever reasonable for him to do. Sementara dia nak, baik aku ajar cepat cepat, takut halang halang sangat menyesal pula bila besar nanti dia malas buat.

Cuma masalahnya Ammar Yusuf ini, dia jenis mudah kecewa. Salah sikit, dia akan merengek rengek sebak sebak bersuara "Kenapa tak boleh ni Mummy, tak boleh!". Contohnya, nak terbalikkan baju. Stress betul suara dia bila tak dapat terbalikkan baju dan seluar. Maka Mummy terpaksalah bersabar dan menuturkan kata kata motivasi;

"Jangan cepat putus asa!"
"Sekarang memanglah lipat tak kemas, lama lama nanti mesti akan cantik!"
"Anak yang baik takkan bersungut bila kerja tak menjadi!"
Bla bla bla.

Kerja yang sepatutnya boleh siap setengah jam, jadi 2-3 jam.

-______-"






Nampak tak betapa stressnya muka beliau. Mummy yang tengok pun boleh jadi stress tahu tak?

Dengan Ammar Yusuf ini memang kena banyak bersabar dan perlu dorongan yang berterusan. Perlu diyakinkan yang dia boleh buat, perlu diingatkan agar tidak mudah berputus asa. Kalau tengah free macam tadi bolehlah bersabar, kalau tengah kelam kabut nak habiskan kerja rumah, boleh jadi Mummy Monster juga nak melayan. 

Setelah siap beberapa helai, bangga dia tunjukkan pada Daddy dia,

"Daddy tengok Abang lipat banyak dah! Tengok! Abang punya yang tinggi tu!"

Bapak dia pun tengoklah hasil kerja anak sulung dia tu.

"Oh yang tu ke Abang buat!"


"Don't discourage him," cepat cepat aku bagi amaran pada H yang obviously sedang menahan ketawa. Susah susah describe dia punya yang tinggi tu, macamlah orang tak boleh teka hehehe :p

Tak apa, practice makes perfect. Practice lebih lagi ye Ammar Yusuf, cepat sikit Mummy boleh handover kerja yang bagaikan terapi ni :)))




Friday, August 21, 2015

Random Jumaat: Of Being Kind

1. Bila makan di restoran dan halfway makan tu dah rasa macam takkan boleh habis dan tak mahu bungkus bawa balik, asingkan siap siap makanan yang belum disentuh tu di tepi pinggan/minta pinggan bersih lain untuk letakkan makanan itu. Sebab mungkin ada orang yang menunggu kita selesai makan untuk mengutip lebihan makanan itu untuk dijamah (I learnt this from Syed Azmi, you should really follow him on Facebook!)

2. Charity begins at home. If you donate a lot while your parents are still living a hard life, it means nothing. Senangkan keluarga, terutama ibu bapa, diikuti dengan jiran jiran sekeliling. Pandang orang yang paling dekat dengan kita terlebih dahulu, sebelum berbakti kepada orang orang lain.

3. Memenuhi undangan. Benda nampak mudah, malah menguntungkan kita juga, still ada yang berat memenuhi undangan. Aku semenjak H habis belajar, memang dah plan nak memenuhi setiap undangan yang kami terima. Weddings, birthday parties, akikah cukur jambul etc. It was so fun having to meet each other, sebab kalau tak ada event macam tu bukan senang nak jumpa our family and friends kan? Jomlah kita cuba memenuhi setiap undangan yang diterima, sebab orang takkan jemput kita kalau kehadiran kita tidak menggembirakan mereka kan? Let's make people happy, dapat mengeratkan silaturrahim, dapat pahala, dapat mengenyangkan perut lagi! Nikmat macam ni, rugilah kalau dilepaskan ;)

4. Jaga lidah. Lidah adalah part of our beings yang paling ringan, tapi paling banyak menyumbang dosa pada kita. Kita pahala sudahlah tak banyak, lagi nak sumbangkan pada orang (kerana mengumpat). Tahu tak di akhirat nanti bila pahala kita dah habis, kita terpaksa ambil pula dosa orang yang kita umpati tu? Takut kan? Benda ini susah, masih susah untuk aku juga. Kadang kadang kita mengata orang tanpa sebab, contohnya bila berselisih dengan orang berpakaian pelik. Cepat betul mulut kita menuturkan, "Apa benda la dia tu pakai, tak panas ke?". Sia sia. Sia sia sangat. Tak ada motif langsung tiba tiba pahala kita dah beralih atas timbangan pahala orang asing yang tak ada kaitan dengan kita pun. If you don't have anything nice to say, don't say anything at all. Simple.

5. Cari 'kecantikan'. Dalam pada dunia sibuk menggali keburukan orang untuk didedahkan, kita ikutlah haluan lain. Pandang kebaikan orang. Lihat perkara yang baik pada orang lain. Begitu juga bila mengalami situasi yang buruk, Pandang dari sudut lain bila. Look at the bright side. Mesti ada hikmah atas setiap kejadian. Mesti ada.

6. Sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang tidak disukai. Aku... dalam hati aku tak ada rasanya sesiapa yang aku benci. Annoyed sikit sikit mungkinlah ada. Tapi kalau sampai tahap benci itu, memang tak ada. Because hating people takes a lot more energy than loving, so why choose hatred? Anyway, we're not perfect. Kita kadang kadang akan ada rasa marah, sakit hati. And this is what I practiced recently. Bila rasa marah, sakit hati, dan hampir timbul rasa benci pada sesiapa, aku akan cepat cepat sedekahkan Al-Fatihah pada orang itu. Kalau ternampak aku terkumat kamit mulut masa tengah marah tu, jangan ingat aku tengah baca jampi serapah pula haha. It's Al-Fatihah and it works wonders, trust me. It actually benefits you even more than that person. Cubalah.

Salam Jumaat semua.


Wednesday, August 19, 2015

Lari Dari Sistem

Suka atau tidak, memang inilah sistem yang kita amalkan sejak zaman dulu lagi, entah entah sejak zaman ibu bapa kita lagi. Kesian kan. Ada orang tak genius dalam math, tapi gempak dari segi arts; pandai melukis, pandai berkarya.

Ada orang tak lepas SPM pun, tapi ada soft skills yang mungkin tak ada pada orang lain. Contohnya tengok sajalah artis yang jadi pengacara TV, Nabil Ahmad ke, Zizan ke, belajar tak tinggi mana tapi boleh bercakap dan berjenaka di hadapan puluhan ribu orang. Sesuatu yang belum tentu Degree holder or even PHD holder pun boleh buat. Nak buat lawak depan mertua pun segan segan, apa lagi di hadapan thousands of stranger. Gila nervous.

Dan ramai sangat orang yang berjaya dan kaya raya sekarang, belajar takat sijil/SPM je. Sebab mereka ada bakat lain. Bakat berniaga, tak ada perasaan malu (ramai yang takut nak start business sebab segan nak promote, segan nak suruh orang beli ehemm macam aku la antaranya), tak mudah putus asa, etc.

Kita tak boleh nak ubah sistem pendidikan di negara ini, tapi mungkin kita boleh ubah sistem ini dalam membesarkan anak anak. Kesian budak budak ini. Kita akan rasa perkara ini bila kita dah mempunyai anak yang lebih dari seorang bilamana anak anak kita dibandingkan sesama mereka, kalau dah sekolah lagilah dibandingkan dengan kawan kawan/anak orang lain pula. Kesian betul.

Itulah yang pernah aku bincangkan dengan H. Aku harap sangat aku boleh lari dari stereotaip ini. Aku harap sangat kami tidak akan hanya memandang akademik sebagai ukuran kebijaksanaan anak anak. Aku harap sangat kami berdua tidak akan terjerumus dalam golongan competetive parents yang akhirnya menyeksa anak anak demi kepuasan diri sendiri. Aku harap sangat aku tidak terpengaruh dan terjejas dengan kata kata orang yang membanding bandingkan. Aku harap sangat, betul betul berharap yang apabila tiba masanya nanti, aku mampu untuk 'melihat' beyond their academic achievement dan memanfaatkan bakat mereka sepenuhnya ke saluran yang betul. Setiap insan adalah unik dan tersendiri, setiap anak ada keistimewaan masing masing. Tolonglah ingatkan aku untuk baca semula post ini, bila mana aku lupa dan naik hantu melihat pencapaian akademik anak anak satu hari nanti :( 


Thursday, August 13, 2015

Jubah Talk

Baru baru ini stalk scroll through Instagram Fynn Jamal, ternampak kempen #sehariseinci yang dia tengah buat. Aku dengan FJ ni, macam love-hate relationship. Kadang suka kadang tak. Dulu macam tak berapa, sekarang rasa macam suka pula tengok dia. Memanglah ada benda yang aku tak berkenan, tapi kalau dia buat benda baik, apa sebab kita nak terus tak berkenan? Dah lama tak tengok IG dia, baru tahu yang sekarang dia dah berjubah, dan berbisnes dengan jubah. Bagusnya. Aku memang mencemburui orang yang macam mudahnya berubah ke arah kebaikan ini. But of course, nampak macam mudah, tapi kita tak tahu dia punya struggle macam mana kan?

Anyway, sehari seinci. Seinci ke arah kebaikan. Tak kisahlah dari segi apa pun. Hidup kita ini, biarlah hari ini lebih baik dari semalam. Improve sikit pun tak apa, asalkan ada improvement. Biar kecil, tapi istiqomah. Berterusan. My biggest challenge is, fashion. To be perfectly honest, my life is constantly torn between looking appropriate and looking good because of my body size. We can have both, if we know how to rock it. Aku memang sangat mencemburui orang yang berbadan kecil, sebab dia akan nampak sopan dan comel bila berpakaian besar dan labuh. Manakala orang yang berbadan sederhana ataupun besar, pakai baju besar akan nampak badan lagi besar, pakai baju kecil lagilah nampak menyakitkan mata. Aku ini kategori badan sederhana, so.. you know..

I want to dress appropriately, but I don't want to look like makcik, or look like I'm pregnant or even worse, looking older than my husband T________T. Banyaknya alasan. Takpelah jujur jelah nak pura pura buat apa. But I believe memang ramai yang mengalami dilema yang sama. Nasib baiklah sekarang ini dah trend orang berjubah, jadi jubah boleh didapati dengan mudah di mana mana. But often people get confused between jubah and dress. Bagi aku, jubah ni tak sepatutnya ada cutting. Dia terus lurus ke bawah. Kalau ada cutting di pinggang or jahitan dart di depan/belakang, itu bukanlah jubah namanya. Itu adalah dress. Dan bagi aku pakai dress ini masih lagi tidak dikira menutup aurat sepenuhnya. 

Lagi satu, aku perhatikan perempuan yang pakai jubah ni memang bahaya kalau material jubah itu nipis dan jarang, kalau tak pakai kain dalam memang nampak terus bentuk kaki ke atas. Paling tak berkenan bila tengok orang berjubah tapi nampak visible panty line dari belakang OMG. It's just inappropriate, baju dah sopan tapi nampak garis panty. Jadi kena berhati hati bab membeli jubah ini, sebab sekarang ini jubah memang dah berlambak lambak dijual di merata tempat, kalau nak murah memang boleh dapat, tapi jenis kain itu kena pandai pandai pilih lah.

Bercakap pasal jubah, I think my sister is the Queen of Jubah. Kalau pergi rumah Kakna and buka wardrobe dia oh my God, banyak gila jubah!! From Calaqisya to Bella Ammara to Radiusite to MM to Ariani segala mak nenek jubah dia ada. Dah banyak kali juga dia mahu hand down jubah jubah dia pada aku mahupun Oyah, tapi aku rasa segan nak terima sebab entah.. maybe takut merugikan kalau aku tak pakai on daily basis. Entah. Haish rugi pula tak ambil. Kakna, janganlah boring nak offer lagi okay :p

Setakat ini, aku baru ada 5 helai jubah. 3 daripadanya berwarna hitam dan bagi aku memang cantik (pemberian Abang Saiful yang dibeli di Dubai dan ibu mertua yang dibeli di Mekah), 1 aku beli online dan 1 lagi aku beli dari satu butik kecil dalam Aeon Big just because when I entered the boutique, the sales person terus cakap "Akak perhati je awak masuk tadi, dalam hati akak kata cantiknya perempuan ini, mesti cantik kalau pakai jubah" amboi pickup line dia HAHAHA terpaksalah aku beli jubah dia. Makan puji betul =D

Lima helai itulah yang aku rotate every Friday ke pejabat. Semua jubah tu aku suka but the one I like the most so far is yang aku beli online ni.






Dahlah tak payah iron langsung, kain dia berat so bila pakai jatuh terletak je. Lepas tu bila berjalan dia macam flowy sangat sebab bahagian bawah dia lebar dan kembang. Macam princess! Rugi beli satu je, patut beli semua color sebab harganya taklah mahal sangat. Dah sold out rasanya haih.

Sehari seinci. Perlahan lahan aku nak ubah mana yang perlu. Sebelum ini aku pakai baju kurung every Friday sahaja, sekarang aku anjakkan pakai baju kurung every Thursday dan pakai jubah every Friday. Improve sikit ada 2 hari seminggu yang pakai sopan tehehe sabarlah sayang :p Aku tak berapa minat baju kurung sangat, dari dulu lagi. Not suitable for my body type. Maybe I should buy more jubahs, so that I can wear it more often.

Niat dah ada, tinggal nak execute the plan je. Tak apalah, perlahan lahan kayuh. Sehari seinci. Slowly, but surely inshaaAllah.




Tuesday, August 11, 2015

Delicate Ammar Yusuf

Malam tadi, sedang kami semua berbaring baring, tiba tiba Ammar Yusuf menjerit lalu menumbuk dada Adam Muaz berkali kali. We were all so shocked that we screamed at him and pulled his crying brother away.

"Kenapa Abang ni? Kenapa Abang ganas sangat ni? Kenapa Abang pukul Adik sampai macam tu? Abang nak Adik masuk hospital ke?!" bertalu talu aku dan H bertanya.

Ammar Yusuf balas, "Adik gigit kaki Abang laaaaa.."

We ignored him and focused on his brother. Dalam hati aku berkecamuk fikir macam mana someone so little can have so much anger in him? What is wrong with him? Tak cukup lagi ke apa yang sudah kami berikan pada dia?

After things had settled down dan keadaan sudah kembali tenang, I took a deep breath and came to Ammar Yusuf, slowly rubbing his leg.

"Adik gigit kaki Abang ke tadi, sakit ke?"

He ignored me. But I can see that he was holding his tears. Aku teruskan usap kaki dia perlahan. 

"Mummy bukan saje saje nak marah Abang. Mummy terkejut sangat tadi. Abang pukul kuat tau tadi. Abang nak Adik masuk hospital ke?"

Dia menggelengkan kepala.

"Mummy sayang Abang, Mummy terkejut tengok Abang ganas ganas tadi. Adik gigit Abang kuat sangat eh? Kesian Abang.. Mummy sayang tau kat Abang," ulang ulang aku sebut betapa aku sayangkan dia.

 Slowly he said dengan air mata bergenang,

"Dulu Mummy jaga Abang kat hospital.."

"Mummy belikan Abang pistol.."

"Mummy bawa Abang jalan jalan..." (we used to have our Mummy-Son moment before, only two of us)

"Mummy sleep hug Abang.."

Oh my God. I almost forgot how delicate this boy is. I was too occupied with everything that happened in my life nowadays perhaps he was feeling left out and ignored. Or perhaps he just missed the moment when he was getting our full attention instead of having to share our love with his little brother now.  I feel so bad after that he feels that way and thank God that the living room was so dark or else he would see me cry together with him :'(

Ammar Yusuf ini, memang jiwa jiwa orangnya. Ehem. Like mother like son :p It struck me good that he remembers all those tiny details of our moment together. Dia betul betul simpan dalam hati rupanya. I'm so glad that he opened up and speak up to me instead of keeping everything to himself and I hope that he will stay the same so that I can always aware of what he feels. I need that kind of 'reminder', always.

Aku terus peluk Ammar Yusuf, usap rambut dia sambil mengingatkan dia betapa aku bertuah memiliki dia, anak yang bijak, anak yang soleh, dan bercerita betapa comelnya dia sewaktu kecil. It went on for several minutes, until finally he smiled. I'm sorry, my son. Mummy is still trying to be the best for both of you, I really hope that you can see how much I love both of you equally, unconditionally.


Friday, August 7, 2015

Satu Unit

Suatu petang, one of my good friend bercerita,

"Ada sorang my friend ni. Dia memang dari zaman belajar sangat sangat berkira. Every single thing dia akan very calculative. Nak makan dia kira dulu, nak shopping memang apatah lagi. Bila dah kerja, habit dia masih macam tu. Sangat berhati hati dalam membelanjakan duit dia sendiri. Later she met a man, and got married."

Aku menyampuk, 

"Habislah suami dia dapat isteri kedekut dan berkira macam tuuuu.."

My friend terus sambung,

"Taklah! Bila dah kahwin, both of them dah jadi satu unit tau. Diorang bekerjasama teruskan perangai berkira, sangat berjimat cermat dan kedekut tu pada orang lain, sekarang ni diorang dah duduk rumah besar, pakai kereta best best.."

Wow.

It really got me thinking. Suami isteri memang perlu macam itulah kan? Bila berkahwin, kita bukan lagi dua orang yang berbeza, okay fine kita memang dua orang yang berbeza, tapi kita sepatutnya combine dan jadi satu unit yang mempunyai haluan dan matlamat hidup yang sama.

Segala benda kita lakukan bersama, atas persetujuan bersama. Sebab kita kan dah jadi satu unit, kita bergerak maju bersama, kita jatuh tersungkur bersama. Susah salah seorang, seorang lagi pasti akan turut sama merasai kesusahannya. Dan bila salah seorang gembira, seorang lagi juga akan merasai bahagia. Macam satu unit kereta. Mana boleh dibelah dua bila kita perlu ke haluan yang berbeza? Betul tak?

Suami dan isteri adalah satu unit. Bukan dua 'organisasi' berbeza.
Jom kita?
Me and you, against the world. 



Wednesday, August 5, 2015

Nak Dengar Satu Cerita Tak?


Aku sejak kebelakangan ini sedang dalam usaha untuk cuba tidak marah marah, terutama pada anak anak. You know, kita bekerja 8 jam sehari, tidak termasuk travelling time, kerja lebih masa, 6-7 jam waktu tidur, maka masa berkualiti yang boleh dihabiskan dengan anak anak tinggal berapa jam saja. Nak cakap pasal dilema ibu bekerja ni, memang tidak akan berkesudahan dan aku rasa tidak perlulah kita nak meratap nasib atas apa yang kita rasa tak boleh nak diubah, at least buat masa ini.

Jadi aku cuba tanamkan dalam hati, yang tidak adil untuk kita lepaskan penat lelah dan kekecewaan pada apa yang berlaku di tempat kerja terhadap anak anak. They are so innocent, so pure. Kesian, berapa jam je dengan kita, takkan itu pun kita nak habiskan dengan marah marah. Kan?

But of course, it is always easier said than done. Balik kerja ambil anak, masa itulah si Abang buat hal taknak naik tangga sendiri (minta didukung), masa itulah si Adik nak berguling guling lalu terhempap si Abang lalu mereka bercakaran, masa itulah kedua duanya mahu berebut permainan yang sama padahal ada 1,879 lagi permainan lain yang lebih menarik grrrrrr kamu berdua ini dah kenapa??

Aku jenis kurang sabar. 
Suami juga jenis kurang sabar.
Or perhaps, we were just too tired.

Tapi tahukah anda, yang memarahi anak itu membuatkan kita akan rasa lebih penat? Do you know that it takes a lot more energy to be angry than to be happy? So I decided to change the way I react to them. By telling them short stories.

It started one day, bila Abang menjerit berebut permainan dengan Adik dan Adik terus menjerit menangis. I was just beside them reading something on my phone (bad example, don't follow). I straightaway put down my cellphone anyway, dan terus berkata dengan suara yang hampir hampir berbisik.

"Nak dengar satu cerita tak?"

And like a miracle, both of them stopped yelling/crying dan laju datang duduk sebelah Mummy sebab ingatkan Mummy nak cakap pasal hantu hahahahah. 

"Cerita apa? Cerita hantu ke?" Ammar Yusuf bertanya, tidak sabar sabar.

"Bukan, cerita pasal dua adik beradik yang taknak berkongsi mainan," kataku, menahan ketawa.

Kedua-duanya tersipu sipu terasa disindir, dan meminta aku untuk terus bercerita.

"Pada zaman dahulu kan (hehehe permulaan yang sangat stereotaip), ada seorang budak. Nama dia..... emmm.. nama dia Ameng (I started to giggle at this, so did my boys). Dia ada adik, nama dia Adeng (all three of us laughed hysterically at this, couldn't take it anymore HAHAHA I really should be more creative in naming the characters in my stories)."

Habis ketawa, baru aku sambung.

"Ameng ni kedekut. Selalu taknak kongsi toys dengan Adeng. Sebab dia kedekut, bila dia pergi school, semua friends taknak kawan dengan dia. Friends cakap, "Jangan kawan dengan Ameng, dia tak suka kongsi kongsi. Kita nak kawan dengan orang yang suka kongsi kongsi je." Lepas tu Ameng takde kawan. Ameng pun cry..."

Ammar Yusuf tersenyum lebar mendengar, "Lepas tu?"

"Lepas tu, Ameng balik rumah, Ameng pun kongsilah toys dia dengan Adeng. Hari hari Ameng main dengan Adeng sama sama. Lepas tu Ameng tiba tiba dapat hadiah toys lagi. Sebab Allah sayang orang yang berkongsi. Bila kita berkongsi, Allah akan bagi laaaaagi banyak kat kita.."

It worked. It really worked. It was so miraculous that they really listen when we talk softly and gently, compare to yelling and screaming. I was such a screamer, I loss my patience so easily that I yelled a lot to them to get the things done. It was so tiring, menjerit dan memarahi memang membuatkan kita lebih penat. 

Seeing that it was such a successful attempt to get them to behave, I tried again days after that, when they both were fighting over toys (again -___-). I tried my luck and said, "Nak dengar satu cerita tak?"

Alhamdulillah, I think it has been several times already aku guna cara itu and it really do wonders. It was so easy, less tiring, the kids were happy and same goes to the parents. Only that I have to be really creative and really crack my head to come up with one interesting story that would win their attention. The keyword is, be patient. Cara ini mungkin tidak sentiasa berkesan. Membesarkan anak ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi kan. Jadilah role model yang baik. Kita taknak anak menjerit terhadap satu sama lain, kita pun janganlah menjerit pada mereka juga. As the saying goes, "You don't want your kids to steal, don't teach them how to do it." Betul tak?

So guys, why don't your try it at home when your kids are out of control. Just five magic words;

"Nak dengar satu cerita tak?"

;)


Monday, August 3, 2015

Ammar Yusuf Turns 4

You know, being the first born, we are very sorry that you have to be our real life experiment;

of how to hold, wrap, clean, and feed a baby,
of the right position to breastfeed so that you won't get choke up (after we brought you to the hospital and doctor claimed that you're having a flux due to breastfeeding in totally flat position-should've put a pillow below your head so that the milk will flow down to your belly instead of going up to your nose!),
of how we need to make sure the house is clean and dust-free (after you've been warded due to bronchiolitis),
of what suitable clothes to wear in cold weather so that you won't catch a flu (again, after you've been warded due to bronchiolitis),
of how to avoid falling from the bed (after you've already fell),
of what kind of foods that caused diarrhea (after you've pooped like non-stop that it hurts your bum),
of what fever medicine that affects most and hurt you less (after we've tried butt medicine and you really cried saying, "Sakit bontot.. sakit bontot" oh my God I can never forgive myself for that..),
of effective ways to learn ABC 123 (Mummy's still learning, couldn't find the best way, yet),
of how to talk and listen to children (after countless of screaming and yelling that never works),
of how to be patient, compose, and how  to be kind.....

It was all started with you. For all the trials and errors, I want you to know that those are the reasons of how special you are to both Mummy and Daddy. Being the first born, you've placed countless of unforgettable memories in our hearts and a lot of priceless experience that makes how we are now.

I am so lucky to have you, and I pray that Allah will grant you non other than happiness and well being. Should you face any difficulties in life, I pray that Allah will give you the strength, guide you to the right path, and protect you from any harm.

I'm so grateful to have a son like you, I hope you're happy having me as a Mom too. I'm far from perfect, I messed up many times but I want you to know that I have really (and will continuously) try to be the best for you, your brother and our family.


Happy 4th birthday, Ammar Yusuf. Mummy, Daddy and Adam Muaz love you so very much. Keep asking "Why?", it (surely) gives us headache most of the time but it is indeed something that I really missed about you when you're not around.