Thursday, July 30, 2015

Cheeky Adik

Adam Muaz ni semenjak bayi sampailah sekarang memang sangat aktif dan lasak dan sangat sangat kerap terhantuk kepala hadoi laa... Awal awal dulu aku memang dah risau dengan keadaan itu, apatah lagi bila tengok perkembangan mulut dia agak lambat. Pernah aku suarakan kerisauan aku pada H, "Adik ni asyik jatuh terhantuk je.. B risaulah ada effect kat otak dia...". Sebab kalau nak dibandingkan (tak baik betul membanding bandingkan anak but I just can't help it!), Ammar Yusuf pada usia itu sudah sangat petah berkata kata tak ada dengar pelat langsung dah. 

Adam Muaz memang agak lambat sedikit dari segi percakapan, mungkin sebab dia dah start berjalan pada usia 1 tahun. Cepat berjalan means merangkak sekejap saja, so lambatlah percakapan. Abang dia setahun 3 bulan baru boleh berjalan, so tempoh merangkak lama jadi perkembangan otak lebih baik sebab itulah cepat bercakap. Itulah teori yang aku gunakan untuk menyedapkan hati.

Tapi sekarangggg, aku sudah tidak risau lagi hehehe. Dah petah sangat dah, dah loyar buruk dah. Sejak pandai bercakap ini memang banyaklah ayat dan percakapannya yang menggelikan hati. Adam Muaz tidaklah terlalu becok seperti abangnya, tapi bila sekali sekala dia bercakap, memang boleh buat orang tergelak besar. Spontan dan selamba saja. Cuma masih pelat lagilah.

Macam ada satu hari itu, dari dalam kereta kelihatan anak jiran sebelah rumah babysitter sedang melambai lambai Ammar Yusuf. Then we asked, "Kawan Abang ke tu? Comel je dia kan?"

Tiba tiba dengar suara Adik dari seat belakang.

"Adik pun omey gak"

HAHAHAHAHAHAHA.

Awak memanglah, paling comel di dunia :')

And then, sekarang ni dia tengah musim cakap "Tak awu (Tak tahu)".

Kalau kami tanyakan apa apa pada dia, dia akan fikir kejap dan kemudian akan angkat bahu cakap "Tak awu".

Mummy: Adik suka ke cat tu?
Adik: Suka.
Mummy: Cat tu warna apa?
Adik: Emm... tak awu.

Mummy: Adik tengok TV cerita apa tu?
Adik: Emm.. tak awu.

Senang je awak kan? Not even care to guess.

This morning, when we were all ready to go out, suddenly Ammar Yusuf bagitahu nak kencing. Usually Ammar Yusuf ni kalau baru bangun tidur dia akan cranky mengada ngada sikit, tapi pagi tadi apparently mood dia agak baik pula. So bila dia bangun tidur dan terus minta untuk dibawakan ke toilet tu, H pun pujilah dia.

"Macam inilah pandai. Bangun tidur takde merengek rengek."

Mendengarkan itu, Adam Muaz macam biasalah, tak pernah mahu ketinggalan dan terus bertanya,

"Adik?"

"Adik pun pandai jugaaa.." H layankan saja.

"Daddy?" tanya Adam Muaz lagi.

"Daddy pun lagilah pandai," jawab H tidak mahu kalah -____-'

"Mummy?"

"Mummy pun pandai..."

"Bukanlah!" bantah si kecil tu.

Aku yang sedang bersiap ketika itu berhenti sekejap untuk memfokuskan pada dia.

"Mummy cantikkkkkk!" sambung Adam Muaz budak bertuah dengan cerianya.

Hoi! Tak boleh ke cakap Mummy pandai dan cantik?! 

T_________T


Sunday, July 26, 2015

Tenaga Emak

Baru baru ini ketika berada di rumah ibu bapa, my sister Oyah suddenly said,

"Kak Una perasan tak, emak emak ni macam energetic kan? Semangat lain macam. Macam tak penat penat.."

Then I looked at my mom. Hari ini, Mama masak Nasi Lemak special. Siap dengan sambal sotong segala. Memandangkan semua lauk adalah pedas dan anak aku yang sulung tu diva tak suka telur rebus, Mama bingkas bangun, nak goreng ayam untuk Ammar Yusuf, katanya.

Belum sempat nak larang Mama goreng ayam, tiba tiba beliau dapat idea lain.

"Haaa Mama nak goreng mee sekali lah, boleh budak budak makan! Anak anak Abang Sepul kau pun suka tau, hari tu Mama masak dua bungkus, licin!"

Alamak. Maaaaaa.... dah banyaklah makanan ni!

Mama goreng ayam, siap goreng ayam dibawanya kuali ke sinki untuk dibasuh, nak goreng mee pula.

"Mehlah sini Dikna basuh kuali," aku menawarkan diri.

"Takyah takyah. Kotor karang baju kau"

Mama ni... T_____T

Cinta dan kasih sayang.

Itulah jawapannya. Kasih sayang membuatkan emak emak ni tak kenal penat. Being a mother, kita akan jadi someone yang kita tak sangka akan jadi. Kasih sayang seorang ibu memang tiada tandingan, mereka mengasihi tanpa syarat, tanpa sebab, dan tanpa mengira ianya dibalas atau tidak. 

They put their children (and grandchildren) first, kerisauan mereka terhadap anak cucu tidak pernah hilang, mereka sentiasa merasakan mereka perlu bertanggungjawab ke atas segala benda malah sentiasa merasakan yang anak anak mereka masih memerlukan bantuan mereka tanpa mengira usia T____T

Mothers are amazing, subhanallah. Mama dah meletakkan satu tahap ukuran yang tinggi, terlalu tinggi rasanya untuk kami contohi. I wonder if I can ever be like my mother. She is 64. Yet so energetic, so passionate to make sure that we're happy being home, so loving.

Jom kita sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu ibu kita, sama ada mereka masih hidup ataupun sudah pulang ke Rahmatullah. Al-Fatihah.



Monday, July 20, 2015

Evolusi 5 Tahun Aidilfitri

2011



Kami berkahwin pada tahun 2010. 3 bulan berkahwin, sudah mengandungkan Ammar Yusuf. Jadinya, tahun pertama menyambut Aidilfitri bukan lagi hanya sekadar suami isteri, tapi sudah terus sebagai ibu bapa.

Aidilfitri 2011, honestly taklah seronok sangat. Masih dalam pantang, Ammar Yusuf is barely 1 month old, banyak benda aku tak boleh makan dan berat badan aku rasanya around 65kg. Baju raya pun kirim dengan Oyah, suruh beli warna hitam je senang tak payah nak describe sangat.  Masa bergambar ni tak adalah rasa sangat kehodohannya, bila tengok balik gambar ni beberapa tahun kemudian, benci pulak aku. I was damn fat, sangat tak berseri sobs :(

Tak apalah, pengorbanan seorang ibu *tibatiba*.

2012



Kali pertama yang betul betul beraya, we chose electric blue as our Raya theme that year. Aku masak soto ayam sebagai juadah hari raya, siap dengan begedil segala okayyy. It tasted good for first timer *ehem*, tapi cerewetnya persiapannya.

Ammar Yusuf is 1 year plus at this time, and I'm one month pregnant. Still fat, ada hati nak pakai kebaya HAHAHA. Baju the boys hantar tempah awal awal lagi, baju Mummy beli last minute. Belasah jelah kebaya asalkan warna sedondon.

2013



Tahun ini, kami memilih warna yang lebih lembut, peach. I love this color, only that I couldn't find my own in exact same color. Mine is a little bit darker, and oh my God what was I thinking pakai inner warna orange tu T_____T

Ammar Yusuf was about two years old, and my second son Adam Muaz was just 3 months plus at this time tapi siap pakai baju Melayu okayy hahaha. Masa ni H sakit mata, macam macam hal la pagi raya. I cooked Nasi Tomato, tapi tak berapa menjadi nasinya but still selamba bagi family makan. Tak apalah, cuba lagi next time (or maybe not :p)

2014



I can say that this is one of my favourite raya theme, emerald green. I think this color is elegant and sophisticated, even until now. Masa ni Adam Muaz is already 1 year plus and Ammar Yusuf baru masuk 3 tahun. Memang dalam fasa permulaan untuk melasak, it was not easy to get a decent family potrait T____T

For the first time, all the boys' baju Melayu kami beli siap je, Aaron Aziz for Jakel. Apparently it fits well, the price is reasonable too and tak perlu nak susah susah hantar tempah. But still, kalau tempah pun ada kelebihannya juga, boleh dapat exactly the same for all 3 of them. 

2015



I super duper love this photo! By far, the most decent family potrait we ever had for Hari Raya :'))) Mungkin sebab anak dah besar, dah boleh behave sikit depan kamera hehe. This year, we opt for Color of The Year 2015, marsala. It's a little bit like maroon and burgundy, but it's more to reddish instead of purplish. Eh entah apa aku describe ni. Dalam gambar nampak sangat merah, but it's actually darker in person. Semua pun beli ready made je, takde tempah tempah dah :)

2015, I think is the best Aidilfitri we ever had so far, alhamdulillah. Malam raya kami spent with my family and kami sekeluarga bermalam di rumah my sister, rumah Mama dah penuh! Pagi raya, sebelum pukul 9 semua orang dah siap. Takde stress langsung. Ammar Yusuf sempat ikut Daddy pergi sembahyang raya lagi. The kids were happy, same goes to the parents. Mungkin akan mengekalkan rutin yang sama for future hari raya, inshaAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my blog readers. Maaf zahir dan batin.



Tuesday, July 14, 2015

3 Hari Menjelang Syawal

Cepat betul masa berlalu. Seram kalau nak fikir betapa cepatnya masa berlalu sekarang ni.


Ramadhan tahun ini, for some reasons, rasa macam indah sangat. Indah luar biasa. Orang lain mungkin dah merasai perasaan ini bertahun tahun dulu, kesian aku baru nak rasa. Dosa banyak sangat agaknya sebelum ini.

I wake up at around 4am every morning, preparing sahur for my husband and I. Setakat ini tak pernah lagi yang anak anak bangun sama, kepenatan sangat agaknya budak budak tu macamlah puasa hari sebelumnya ;p Our sahur is very simple, sama ada aku panaskan lauk iftar semalam yang memang sengaja aku lebihkan untuk sahur, atau masak lauk baru yang sangat simple. Kami berdua memang mesti bersahur, dan mesti ambil something heavy. Something with carbs and protein. Tapi tak perlu lauk bombastik pun, kadang kadang nasi panas dengan ayam goreng panas beserta kicap pun dah cukup berselera. May Allah bless my husband for being so simple, makes my life easier :')

Waktu sahur itu juga merupakan waktu untuk kami catching up with each other. Sambil makan sambil bercerita. It feels so nice, you know, berbual dengan insan tersayang di keheningan pagi yang sangat sunyi. Just the two of us. Bercerita hal anak anak, isu semasa yang hangat diperkatakan, perancangan untuk keluarga kami. We have a good talk, we have a good laugh. I love those moment. A moment where we really focus on each other instead of work and children.

Around 5 am, time for Tafseer Al-Quran. Baca beberapa muka surat, fahami maksudnya. Ya Allah guys, you really have to try reading the Quran together with the Tafseer. Kisah kisah dalam tu sangatlah menusuk ke hati, sangat menenangkan. Baca janji janji Allah, memang buat kita rasa nothing else is matter. I love reading the Tafseer, sampai macam tak sabar nak baca kisah seterusnya ;)  Tahun ini kami ada acara khatam  Quran beramai ramai, together with my ex-colleagues (aka my good friends) and my sister Oyah. Seronoklah keep on updating what juzuk we are now, what juzuk we are already finished, through WhatsApp je. We really should start this earlier! It really motivates us to read Quran more often than usual because you know, sometimes kita macam sibuk (sibuklah sangat) sampai nak baca satu page sehari pun susah. Sedihkan life kita ni? Syukur sangat dikelilingi orang yang baik baik, yang sering mengingatkan kita ke arah kebaikan. 

Selepas Subuh, aku akan take advantage untuk selesaikan kerja kerja rumah. Doing the dishes, the laundry. Lipat kain baju. Waktu itu memang rasa sangat aman damai. Rasa tenang. It's like having a therapy at your own home! Patutlah orang selalu tekankan untuk bangun awal, jangan tidur selepas Subuh, it really affects you psychologically. Kita rasa lebih cergas, lebih energetic dan lebih gembira. Sebab ada sehari tu aku tertidur selepas Subuh, sepanjang hari tu memang rasa lesu sangat so lepas tu memang langsung tak berani nak tidur selepas Subuh lagi.

Tiga hari menjelang Syawal, bahang rindu terhadap Ramadhan sudahpun terasa. Aku harap sangat aku dapat teruskan rutin sepanjang Ramadhan ini untuk bulan bulan yang seterusnya juga. I love Ramadhan, it really brings the best out of me. Syukur atas peluang ini ya Allah, Kau memang Maha Baik. Semoga segalanya dipermudahkan.


Monday, July 13, 2015

What You Give, You Get Back

Seeing this quote this morning really make my day. 
Berilah apa yang paling kita ingin terima.

Mahukan kebahagiaan, berilah bahagia pada orang lain.
Mahu suami yang terbaik, jadilah isteri yang terbaik.
Mahu kaya, berilah kekayaan pada orang lain.
Mahu didoakan yang baik baik, kita perlu mendoakan yang baik baik untuk orang.

Satu yang aku rasa perlu untuk ditekankan. Tentang sumbangan harta benda (pakaian, peralatan, etc) kepada yang memerlukan. Aku rasa penting untuk kita sedar, yang mereka juga adalah manusia seperti kita. Jadi berilah apa yang kita sendiri ingin terima. Pakaian contohnya, berilah pakaian yang elok. Elok bagi aku adalah bermaksud pakaian yang sangat elok tapi mungkin dah tidak lagi up-to-date, ataupun baju yang masih sangat elok tapi tidak lagi padan dengan aku. Contohnya baju kurung lengan puff di siku yang bagi aku sudah ketinggalan zaman tapi baru dipakai sekali dua ketika sedang in-trend, contoh saja. Atau baju kurung yang sudah tidak dapat lagi dikancingkan kainnya *sobs*. Daripada aku simpan dan terus berhalusinasi akan pakai setelah kurus kelak, baiklah aku sumbangkan pada orang. Baju yang elok ya. Baju yang aku sendiri sanggup untuk pakai. 

Janganlah bagi pakaian 'elok' sekadar tidak koyak tapi sudah lusuh, warna sudah tidak semenggah, dengan beranggapan "Masih elok lagi ni, alah untuk orang miskin kira dah okay lah ni". Jangan. Niat kena betul, kita mahu menggembirakan orang atau sekadar mahu membersihkan wardrobe? Sumbangan untuk perkahwinan juga, janganlah kita beli sesuatu yang for the sake of bringing a gift. Berilah sesuatu yang kita sendiri akan gembira menerimanya. Dah jadi satu hal pengantin nak kena recycle hadiah itu pada orang lain pula :p Paling senang, sumbangkan duit sahaja. Ataupun cukup kita menghadiri majlis dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin.

Berilah sesuatu yang baik pada orang, ikhlas lillahita'ala. InshaAllah kita juga akan dibalas dengan sesuatu yang baik berkali ganda.


Thursday, July 9, 2015

Tentang Memalukan Secara Halus

Baca entri Ladynoe hari ni, memang buat aku rasa macam "Exactly!". Dah lama aku nampak benda ni. Dari zaman awal awal main Facebook, and deactivated Facebook for 2 years, and activate balik recently (for some reason), perkara ini nampaknya masih lagi berlaku.

Jenis orang yang suka share benda benda sebegini di Facebook.

"Hargailah Pengorbanan Isteri"
"Kesusahan Seorang Bernama Isteri"
"Jasa Seorang Isteri"

Okay itu memang hak masing masing, but isn't that embarassing to ask people to appreciate you? We earn the appreciation, not we ask for it. Earn it. 

That's one story, another story yang aku nak highlight sekarang is, isteri jenis yang suka tag suami masing masing pada artikel yang menjurus pada pembentukan peribadi seorang lelaki.

"Ciri-ciri Suami Yang Baik"
"Suami Perlu Menjadi Imam Pada Keluarga"
"Rasulullah Tolong Isteri Buat Kerja Rumah"
"Kesan Merokok Dalam Rumahtangga"
"Hukum Menggunakan Gaji Isteri"

Tak dinafikan langsung artikel artikel itu memang bagus, tapi bila you tag your husband to that kind of article in your Facebook timeline, you are actually telling your whole Facebook community that your husband is not up to that level. Janganlah begitu, it's humiliating. If you really like the article and really want your husband to read it, why don't you just copy the link and WhatsApp/email to your husband personally? Because if it was me, I will be extremely embarrassed if my husband tagged me to articles like,

"Rahsia Che Ta Mengekalkan Bentuk Badan"

atau

"Petua Memikat Suami Melalui Masakan"

You know, perkara perkara yang mana aku tahu ianya bukan my strongest point. Faham kan? So wives out there, please... Stop tagging your husband to that kind of articles. Macam aku pernah baca hari tu, derhaka pada suami ini ada banyak jenis, embarassing your husband in public can be of them. Media sosial ni bahaya, banyak perkahwinan yang berantakan gara gara medial sosial. Kita jangan hanyut sekali dengan orang lain. There are a lot of things that's better to be kept among yourself and your spouse only. Semoga Allah lindungi kita semua dari kemudaratan ini.


Wednesday, July 8, 2015

'Menjemput' Rezeki

Aku sejak 2-3 bulan ini memang diduga dengan masalah kewangan yang agak luar biasa. Dengan company lambat bayar gaji, dengan penyewa rumah dah habis contract (not their fault anyway), dan beberapa perkara lagilah. Memang 2-3 bulan inilah sokongan (kewangan dan moral) dari Suami adalah diperlukan lebih dari biasa, kesian juga H. Dia pun ada komitmen dan tanggungjawab lain juga.

Masalah kewangan tempat kerja aku memang meruncing, yelah pasaran oil and gas kan sedang tenat. Kami ini dibayar gaji lambat, tempat lain ada yang dah diberhentikan kerja pun. Setakat ini, bolehlah survive lagi. Bukanlah di tahap papa kedana pun tapi yelah, kita dah biasa ada certain amount setiap bulan, tiba tiba jumlah itu berkurangan. Aku tak suka keadaan begini, bab kewangan ni aku kena berdisiplin, tarikh ini mesti bayar ini, tarikh itu mesti bayar itu. Bila jadi begini, keadaan jadi haywire. Gaji lambat, kena korek segala mak nenek simpanan untuk dahulukan duit. Banyak benda jadi tak tersusun, banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan, dan itu memang membencikan.

Bila terjadi perkara ini, mulalah aku bermuhasabah diri. Rezeki ini, Allah yang bagi. Kita usaha macam mana pun, Allah juga yang menentukan. Kalau ianya milik kita, memang akan jadi milik kita. Kalau Allah bagi lambat tu, adalah sebabnya tu, yang mungkin berpunca dari diri kita sendiri. Jadi aku rasa perlu sangat to back to basic. Dan jaga perkara perkara ini.

1. Solat di awal waktu

Cakap pasal solat, semua orang bersolat. Tapi pernah tak kita terfikir, sepanjang hidup kita, ada atau tidak satu solat kita yang diterima Allah? Takut kan? Solat cukup 5 waktu, tapi tak diterima Allah. Apatah lagilah kalau tak cukup solatnya. Macam mana nak expect rezeki dari Allah datang cepat kalau solat Subuh kita pukul 7, Zuhur pukul 4, Asar pukul 6, Maghrib pukul 8... Macam mana pun kita tetap kena solat juga anyway, kenapa tak boleh solat tepat pada waktunya? Haih Husna.. Ini memang perkara paling utama, bukan hanya kita perlu bersolat, tapi kena solat dengan sempurna. JAGA SOLAT.

2. Lebih banyak memberi

What you give, you get back even more. Selalu kita dengar kan? Kita ni cenderung untuk memberi hanya apabila kita rasa kita mampu. Maksudnya, bila ada lebihan duit sikit baru memberi. Padahal ianya elok dilakukan setiap masa. Kalau baca Rich Dad Poor Dad by Robert T. Kiyosaki, dia pun ada cakap Rich Dad akan memberi pada bila bila masa, Poor Dad hanya memberi bila dia rasa ada lebih lebihan duit dia. Padahal dalam setiap rezeki kita memang dah ditetapkan ada bahagian untuk orang lain.

So what we can do is to give constantly walaupun jumlahnya sedikit, istiqomah. Bukan donate sekali RM100 dan kemudian langsung tak bersedekah bertahun tahun. Nak bersedekah senang sangat sekarang. Kalau tengok Facebook tu berderet deret gambar bayi sakit yang memerlukan bantuan untuk pembedahan, keluarga miskin yang memerlukan biaya untuk pendidikan anak anak, cuba kita tetapkan setiap kali nampak perkongsian seperti itu, kita terus click Maybank2U/CIMBClicks/RHBNow etc dan terus transfer RM1, minimum, instead of share and like semata. Kalau dapat menyumbang lebih banyak, lebih baiklah. Kita buat setiap hari. Ya jumlahnya sedikit, tapi kalau semua pengguna Facebook di Malaysia contohnya 50,000 orang buat perkara yang sama serentak, dengan hanya RM1 setiap orang maka RM50,000 dapat dijana setiap hari, banyak nyawa dapat diselamatkan, banyak keluarga akan memperoleh manfaatnya. Sedekah, walaupun RM1, tapi istiqomah setiap hari. Jom?

3. Bersyukur atas rezeki rezeki lain.

Selain rezeki kewangan dan kebendaan. Yes, benda ini yang aku perlu sangat tetapkan dalam hati. Kadang kadang rasa macam dah buat sehabis baik dah, dah jaga solat, dah bersedekah, tapi financially still tak improve. Kita lupa nak pandang rezeki rezeki lain. Anak yang sihat dan bijak, kesihatan diri sendiri, dilindungi dari malapetaka (kemalangan, bencana alam, fitnah dan penganiayaan dari manusia lain, etc.), keupayaan untuk bekerja, suami yang rajin membantu, even rakan sekerja yang baik baik... semua itu rezeki. Kita mungkin miskin harta, tapi mewah dalam perkara lain. Cuba untuk bersyukur, syukur dan syukur. Sejujurnya, cakap memang senang, tapi susah untuk dilaksanakan. I'm no angel, banyak kali tersasar. Merungut, mempertikaikan rezeki. Tapi alhamdulillah aku ada orang orang yang sentiasa mengingatkan; my family, my husband, my bestfriends. Itulah perlunya kita dikelilingi orang yang baik baik, sebab diri kita ini memang tak baik mana dan kita perlu sentiasa diberi peringatan sebegitu.


Okay 3 perkara dulu buat masa ini, again, biar sedikit tapi istiqomah. Aku pernah baca, kalau kita jaga perkara perkara ini, kita takkan lagi 'mencari' rezeki. Sebaliknya kita 'menjemput' rezeki. Mudah mudahan Allah tetapkan hati dan iman aku.


Monday, July 6, 2015

Mama Turns 64

Setiap kali tiba Ramadhan, memang teringat kenangan bersahur dan berbuka di rumah Mama. Mama kalau gerak sahur, memang akan gerak sampai bangun. Sebenarnya tak susah pun nak bangun sahur, sebab aku rasa semua lauk sahur Mama memang sedap, yang kalau tak bangun tu bila pagi pagi buka tudung saji nampak lauk tu akan menyesallah hingga ke petang. Jadi seingat aku Mama Baba sangat menitik beratkan bersahur, dan kami sekeluarga memang semua dah terbiasa makan berat berat untuk sahur.

Ada satu hari tu, entah kenapa aku memang terlampau tak larat nak bangun sahur. Mama gerak macam nak roboh katil pun, memang beratnya nak bangun. Tiba tiba terdengar bunyi kaca berlaga dekat telinga. Rupanya Mama bawa segelas air, kurma dengan ayam goreng seketul. Letak tepi katil suruh makan. Macam itu sekali nak anak dia bersahur T____T

Kalau berbuka pula, untuk dessert memang ada satu signature dish Mama yang digemari anak anak hingga ke cucu. Buah tembikai yang dipotong dadu, dimasukkan dalam bowl yang sangat besar, ditambah ais, sedikit air dan susu manis. Jadi macam bandung tembikai. Simple tapi sangat sedappp emmm meleleh air liur teringat.

My mother, my awesome mother.

Happy 64th birthday, Mama. I want to grow old gracefully just like you, you are truly an amazing mother. May every tear that has ever fallen from your tired eyes on my behalf will become a river for you in Jannah.