Saturday, February 28, 2015

Jam Hebat

Ammar Yusuf adalah seorang yang sangat appreciative. Berbeza sangat dengan Adam Muaz, yang aku boleh kata, ermm well, maybe he's just too curious hehe. Masa Adam Muaz belum dilahirkan dulu, setiap kali orang datang rumah memang akan amazed betapa eloknya segala permainan Ammar Yusuf. Semua macam baru je, elok sangat tak seperti permainan budak budak lelaki. Sekaranggggg, bola dah penyek sana sini, bola plastik yang berloceng loceng tu boleh pula locengnya sudah terkeluar (tak tahulah macam mana Adam Muaz manage to keluarkan locengnya), lori sampah yang Daddy beli at hundred something kat Toys R'Us tu dah terpatah dia punya tong sampah, dan banyak lagilah kenderaan (bulldozer, tractor, etc) yang sudah cacat sana sini. Sigh Adam Muaz. Lasak betul mainnya. Semua benda dia mahu korek, cabut dan buka, terlalu curious!

Jadi, membelikan barang untuk Ammar Yusuf memang sangat menyeronokkan dan membahagiakan. Sebab dia akan sangat menghargai. Walaupun sekecil kecil figurine yang dapat percuma atas pembelian barang di Tesco tu pun, dia sangat appreciate--setiap masa ada di tangannya, setiap kali bangun pagi benda itulah yang dicarinya, dan akan bersemangat untuk dibawa ke rumah pengasuhnya untuk ditunjuk pada 'abang-abangnya' di sana hehe. Ada sekali pergi rumah Cik Hana dia (my sister), Kakak Asha bagi bawa balik Ninja Turtle 2 biji, berhari harilah benda itu yang jadi perkara pertama yang dicari setiap pagi. Mungkin sudah menjadi lazim anak sulung, memang jenis appreciative, cermat dan tertib begitu. Atau mungkin juga kerana Ammar Yusuf itu semenjak kecil kami tidak berapa memewahkannya dengan harta benda, membuatkan dia lebih menghargai pemberian orang? Heee bagus juga jadi cheapskate ni :p

So last couple of days I bought each of them a watch; 1 warna hitam, 1 warna dark blue. Sebenarnya nak beli untuk Ammar Yusuf sahaja sebagai hadiah atas kepandaiannya menggunakan toilet. You know, something small to motivate him. Tapi mana boleh beli untuk Abang sahaja, kesian pula Adam Muaz nanti takkan nak tengok saja, berebutlah nanti. Jadi terpaksa reka satu alasan untuk beli untuk Adik juga. Okay, a watch for Adam Muaz too sebab pandai makan sayur. Haha. Anything as an excuse.

Jam murah je, RM15 je each tapi awesome okayyy ada lampu ada hari dan tarikh, ada alarm, timer. Awesome kan? Macam nak beli satu lagi untuk Mummy je HAHA. These are not their first watch anyway, sebelum ini pernah je beli tapi yang macam budak budak punyalah ada gambar Batman Spiderman la apa, tapi ini adalah jam pertama yang nampak matang. Something like Baby-G. A cheap Baby-G hehe. Seronoklah masing masing, "Macam jam Daddy," kata Ammar Yusuf hehe.


Seperti dijangka, Adam Muaz sekejap je seronoknya. Lepas tu dah rimas dan tarik tarik nak buka. Tak apalah. Dia 2 tahun pun belum, belum faham apa sangat pun lagi. Cuma bila nampak Abang pakai, mesti dia akan minta juga, just to be the same with his brother. Tapi Ammar Yusuf, memang betul betul pakai taknak buka pun. Tidur pun pakai jam haha.

Tadi selepas mandi, dia terus minta dipakaikan jam. Tiba tiba jam itu berbunyi. Oh, alarm rupanya. Macam mana entah boleh ter'set' alarm. Daddy dia tolong matikan alarm itu. Ammar Yusuf nampak seperti sangat amazed, tapi dia diam saja tersenyum senyum. Kemudian dia baring to take a nap. Hampir hampir tidur, tiba tiba perlahan dia cakap, "Hebat betul jam yang Mummy beli ni...."

Hehehe... Kembang hati Mummy. Mudahnya membahagiakan kanak kanak. This boy... really knows how to make Mummy feels appreciated :')



Friday, February 27, 2015

Menangani Kekecewaan

Eversince Ammar Yusuf has started potty training, he has been so good at it, peeing and pooping in none other than the toilet. We were so proud and relieved that things went smoothly, until yesterday.

Sebaik tiba di rumah pengasuh semalam, Ammar Yusuf ada di belakang. Kami tanya, "Abang tengah main ke?"

Kak Ha jawab, "Dia tengah berak tu..."

Kami tanya lagi, "Oh, Abang dalam toilet la ni?"

Kelihatan serba salah, Kak Ha jawab, "Tak.. dia minta nak pakai pampers......" dan terus sambung, "Dia dah seharian tak berak, Na. Kak Ha rasa perut dia keras betul... Dia minta nak pakai pampers juga untuk berak. Kesian dia.."

I was so disappointed, really. Terus terdiam. H lagilah, langsung tak cakap apa not even look at him. Sebab aku dah pernah berdepan dengan situasi tu dulu yang mana dia insist nak juga pakai pampers dan sanggup tahan seharian tak berak. Tapi aku keraskan hati, tak kira macam mana dia menangis memberontak pun. Tapi yelah.. kita ni ibunya, bolehlah berkeras keras begitu. Tidak adillah mahu mengharapkan perkara yang sama pada pengasuhnya. I have actually anticipated this actually, on last Monday, not after 1 week we trained him.

My husband and I, we were so disappointed that we gave Ammar Yusuf a silent treatment after a long nag in the car. Kalau memang dari awal tidak pandai, tak apa. Ini tidak, dah seminggu dia dah pandai menggunakan toilet kenapa nak back to square one lagi. Kami sebenarnya risau bila sekali pengasuh dah mengalah dengan dia, dia akan terus guna cara itu setiap kali nak berak (means nak pakai diaper setiap kali berak) and makes all the efforts to train him goes to waste.

Selesai solat Maghrib, aku termenung panjang dan berfikir. Baru hal kecil macam ni, kita dah rasa kecewa sangat dengan anak. In future, mungkin ada banyak lagi kegagalan/kesilapan yang akan dilakukan oleh anak anak; markah peperiksaan tidak memuaskan hati, tidak terpilih masuk ke kelas yang baik, tidak berjaya dalam pertandingan yang disertai, bergaduh dengan rakan sekelas dan kami dipanggil ke sekolah... dan mungkin ada yang lebih besar (Nauzubillahiminzaalik, semoga anak anak aku membesar dengan baik baik saja).. Bagaimana kita mahu hadapinya. Selama ini sudah berjanji akan jadi ibu bapa yang akan lebih memahami, lebih bertolak ansur, lebih 'menyokong', tapi baru hal kecil begini kami sudah bagaikan kecewa benar dan berputus asa.

Aku simpati dengan Ammar Yusuf. Dengan anak sulung ni, macam mana kita kata mahu jadi ibu bapa yang lebih rileks pun, kita tetap menaruh harapan yang terlalu tinggi untuknya  supaya dia jadi benchmark yang baik untuk adik adiknya. Baru sekali dia gagal, kami sudah marah benar. Sepatutnya kami lebih berdiplomasi, berbincang, bukan meleteri dan mendenda seolah olah dia tidak pernah berkelakuan baik dan membanggakan kami sebelum ini.

Dulu kami sudah bersetuju sebagai ibu bapa, macam mana anak kita screwed up pun, di hadapan orang lain kita tetap kena berpihak pada anak kita. Nak marah, nak pukul, biar di dalam rumah saja. Hanya kami yang perlu tahu. Siapa lagi yang diharapkan untuk memelihara mereka, menjaga air muka mereka, menyokong mereka dan sama sama mengangkat mereka daripada kegagalan, selain ibu bapa mereka? Ini tidak, baru kesalahan seperti itu, bila nenek Ammar Yusuf telefon semalam, kami sudah mengadu ngadu bercerita kegagalan cucunya itu. 

Kamilah sebenarnya yang gagal. Gagal mengawal emosi, gagal berfikir dengan lebih tenang dan matang dalam menangani perkara seperti ini. We failed to practice what we preached. Kami penat sebenarnya. Penat bekerja seharian, penat melatih dia sepanjang hari cuti minggu sudah, tambah penat apabila usaha kami seperti sia sia sahaja. Itulah masalahnya. Mendidik anak anak ini, tiada siapa kata ianya adalah mudah. Tiada formula khas untuk memperoleh anak yang baik, bijak, mendengar kata dengan cara yang mudah. Tidak senang untuk senang. Ya Allah, tingkatkanlah kesabaran aku dan bantulah aku dalam membesarkan anak anak ini.


Tuesday, February 24, 2015

Kurus

Sudah menjadi rutin setiap hari Selasa kami akan ke pasar malam berhampiran. Kadang kala berdua, kadang kala berempat. Tadi kami bawa anak anak sekali, saja mahu bagi budak berdua tu tengok suasana pasar malam.

Pulang ke rumah, kami duduk beramai ramai di depan TV, sambil makan yang ringan ringan seperti keropok lekor, chicken wings, etc.

Ammar Yusuf ambil satu keropok, makan separuh, dan hulurkan selebihnya pada aku.

"Laa kenapa tak habis ni? Sikit je Abang makan.." kataku.

Ammar Yusuf diam dan kelihatan seperti berfikir.

"Iyelah, Abang nak bagi Mummy makan je.." jawabnya dengan nada yang sangat matter-of-fact.

"Mummy ada dah Mummy punya ni, Abang makan la. Makan banyak barulah cepat besar.." susahnya nak suruh budak ni makan.

"Tapi.. Abang kan dah besar. Tengok ni perut Abang ni gemuk dah ni," jelasnya sambil mengangkat baju menampakkan perut buncitnya tu, masih tidak berputus asa nampaknya.

"Mummy pun dah besar juga, kenapa Mummy kena makan lagi banyak dari Abang? Orang yang kecil la kena makan banyak banyak," Mummy pun takde maknanya nak mengalah.

Ammar Yusuf terdiam sekejap, dan terus sambung.

"Memanglah Mummy kena makan banyak, Mummy kan kurus. Tengok ni, kuruuuusss je Mummy," sambil tangannya memegang perut aku yang boleh tahan bilangan spare tyre nya itu.

Well played, son. Well played T_______T


"Choose A Job You Love, And You Will Never Have To Work A Day In Your Life"

Ada satu masa yang aku rasa kuat gila yang macam mana teruk orang buat aku pun aku takkan jatuh, takkan terjejas, takkan menangis. Bukan sebab kuat sangat sebenarnya, tapi ego yang terlalu tinggi buat aku rasa sangat tidak mahu membazirkan air mata untuk orang yang tak berbaloi.

Tapi at one point, yeah.. kita ni manusia biasa je. Aku selalunya menangis bukan sebab sedih sangat, tapi more to terlampau marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tambah mengecewakan bila kita nampak macam tak ada apa yang boleh kita buat untuk mengelak dari perkara itu. Hadap jelah.

Lately, aku rasa murung betullah. Murung dalaman, luaran okay lah juga, biarpun kadang kala terlepas juga pada orang terdekat. Siapa lagi, Suami akulah. Memang tak berbaloi untuk bermurung pasal pekerjaan ni sebenarnya, tapi mana boleh tidak terkesan dengan benda yang menekan kita (at least) 8 jam sehari, 5 hari seminggu.

Most of  the time, aku memang cuba elak apa yang berlaku 8-9 jam di luar tu terbawa bawa pada orang yang aku sayangi yang aku hanya spend masa 3-4 jam je di rumah (waktu tidur tak termasuklah). Balik rumah aku cuba layan Ammar Yusuf yang tanya soalan tanpa henti, cuba spend masa keluarkan buku mewarna untuk Adam Muaz dan ajar Ammar Yusuf menulis ABC 123. Khamis malam Jumaat, aku cuba spend masa ajar mengaji. I have to keep myself occupied so that aku lupa benda membencikan yang berlaku sepanjang siang hari.

Apa benda yang aku cari ni sebenarnya.... baca entri Magenta pasal Rat Race tu, memang buat aku termenung panjang. Bila aku nak mula buat pekerjaan yang aku betul betul suka? Bila aku nak berhenti mengadap semua benda bodoh ni? Kerjanya bukanlah susah sangat, tapi karenah orang berkaitan yang..... haih tak tahulah nak cakap macam mana. H, at one point memang suruh aku berhenti je 24 hour-notice, "Kita akan sempit sikitlah, tapi takdelah B macam ni.." Dia yang paling notice betapa besarnya perubahan aku semenjak bekerja di sini. I've become so defensive, I've become an angry person and I've become obnoxious at many situations. I stand strong to my opinion and I make sure that I win each and every argument (be it at Legoland counter, with supermarket's cashier, etc -___-"). Aku macam lepaskan kemarahan aku pada banyak pihak yang tak berkaitan. I'm like, I-had-a-bad-at-my-workplace-today-you-don't-mess-with-me all the time. It is actually good, career-wise. Being vocal is good for your career. But it totally demolished my inner-peace. I've become extra cautious and I expect the worst in everything just so that I'll be well-prepared in every situation.

Aku benci gila sini. You know, bila kita benci sangat kat something, apa pun yang kita buat jadi tak ikhlas. Aku penat, penat sebab simpan all these negativity inside. Bukan penat bekerja pun. What doesn't kill you makes you stronger, they say. Aku dah macam berzikir dah dalam hati ulang ulang "Harap semua ni membentuk aku menjadi manusia lebih baik di masa depan."


Sabarlah. Sikit je lagi nak bertahan ni.


Sunday, February 22, 2015

Potty Train Ammar Yusuf


Dah 3 tahun setengah baru nak potty train, blame it on his parents T__T

Sebenarnya dah lama plan nak potty train Ammar Yusuf ni, in fact aku pernah cuba sekali masa adik dia belum merangkak pun lagi kot. Tapi sekali je dia bocor kat lantai, aku dah give up. Sebab tak prepare physically and mentally kot, lagipun Daddy dia pun tak ada masa tu. Penting okay both Mummy and Daddy ada, tenaga kelelakian amat diperlukan untuk kerja kerja mengemop nanti :')

Tahun ini, Ammar Yusuf akan masuk 4 tahun this August. So dah tak boleh delay lagi dah, tahun depan nak sekolah dah. Aku dan H plan nak mula ajar bila cuti panjang. Sebab kalau boleh biarlah kami yang initiate, pengasuh tinggal nak sambung je. Jadi, cuti CNY 4 hari inilah masa yang paling sesuai. 2-3 hari sebelumnya kami sudah pesan dengan dia awal awal so that he gets some idea.

Hari pertama - 5 kali mop lantai.
Hari kedua - 2 kali mop lantai.
Hari ketiga dan keempat - langsung tak perlu mop lantai wuhuuuuu good job baby!

Nasib baik semuanya mop pee pee je, takde langsung dia buat hal poo poo kat lantai luar toilet. Sebab before this kalau nak berak memang dia bagitahu dulu, cuma dia buang dalam diaper lah. So boleh control la bab berak ni.

Taklah senang pun nak mulakan tu, banyaknyaaa drama along the way! You know, train budak yang dah 'ada akal', banyaknyaaaa dia punya alasan! Bab kencing tak ada masalah, bab berak memang banyak la hal dia awal awal tu.

"Abang takut spider dalam toilet" (mana ada pun)
"Dalam toilet ada zombie" (mana adaaa -___-")

Dia insist nak pakai diaper juga. H dah almost give in dah, kesian dia cakap sebab Ammar Yusuf dah macam sakit perut sangat. Tapi Mummy takde maknanya, awak keras hati nak pakai diaper, Mummy lagi keras hati takkan mengalah. Kan Ammar Yusuf dengan Mummy adalah dua orang yang sama perwatakannya, you wanna be stubborn? Try harder next time :p

Anyway, it takes sooner than expected, he improves a lot at day 4, dah tak perlu ditanya langsung dia dah pandai cakap sendiri (we asked "Abang nak kencing/berak tak?" like every 10 minutes at the first and second day). Masa tidur siang kami still pakaikan diaper, tadi bila bangun diaper dia memang kering and dia terus minta nak pergi toilet. I'm really impressed, yeyeyeye dah boleh pergi school!

Esok adalah cabaran baru untuk dia di rumah pengasuh, harap sangat pengasuh dia boleh teruskan usaha 4 hari kami ni. Lepas ni nak train diaperless at night pula. Gonna be challenging, I've foreseen that. Challenging untuk kamilah, yang jenis tidur mati ni. Kena plan betul betul ni.

Untuk Adam Muaz, kami plan nak train this year, selepas dia 2 tahun nanti ke inshaAllah. Taknak dah tunggu lama lama, lagi lama lagi banyak akalnya, lagi pening nak handle! Dah settle toilet train dua dua nanti bolehlah consider tambah anak lagi okbye.


Saturday, February 21, 2015

Sabar dan Terima #2

Petang semalam, aku sedang melipat kain baju yang sudahpun menggunung tinggi yang telah membuatkan kami terpaksa menggunakan tangga untuk sampai ke puncaknya (ayat hiperbola Mama setiap kali berleter menyuruh anak gadisnya menyelesaikan kain baju). Sambil tangan lincah bergerak, aku ligat berfikir sistem macam mana yang aku perlu buat supaya H tak ulang baju kerja dalam jarak yang terlalu singkat. Kalau ikut prinsip aku, jarak untuk kita ulang pakai baju yang sama ke tempat kerja mestilah tidak kurang dari 3 minggu. Bila berkahwin, aku cuba praktikkan prinsip yang sama untuk H juga. Kalau ikutkan dia, memang he just couldn't care less! Orang lelaki kan, manalah hirau ulang pakai baju yang sama setiap minggu pun -____-"

What I did previously; every Monday morning aku memang akan keluarkan siap siap 5 helai baju dan letakkan di ironing room, asingkan dengan baju baju lain. But it didn't turn out well apparently, at 1 point I tend to get confuse if this shirt had been worn last week, because, you know men's shirt, they are all look just the same don't you agree??

So I decided to change to 'color system'. And I think it's a brilliant idea ever and immediately informed my husband.

"Abang, untuk baju kerja Abang ni B nak buat sistem color tau, for example minggu ni the whole week Abang pakai purple, next week pakai biru, and so on."

H terdiam sekejap seperti sedang berfikir, "Emm so kalau tema purple seminggu la Abang pakai sama je purple?"

"Ala bukan semua sama, kan ada dark purple, light purple, white shirt with purple stripes.... ikut tema warna macam tu takdelah B confuse lagi biar Abang ulang pakai baju yang dah pakai last week." Bersungguh sungguh aku membentangkan justifikasi.

He leaves it to me finally (as expected :p) sebagai orang yang memang bertugas memilih dan menggosok pakaiannya setiap hari. He couldn't be bothered I think, layankan saja.

Itulah. Layankan saja. Kalau entri sebelum ini tentang bersabar dan menerima kekurangan dan kelemahan masing masing, kali ini adalah mengenai sabar dan terima perbezaan minat/obsesi masing masing pula.

Aku dan H, are two completely different person. Banyak perkara yang aku rasa bukannya apa apa, rupa rupanya adalah 'big deal' bagi dia. Begitulah juga sebaliknya. Cara kami berbeza, four and a half years of marriage, dah banyak betul perbezaan yang kami sudah tolerate, dan aku rasa akan ada banyak lagi perkara baru yang akan kami discover dan belajar untuk bersabar dan terima in many years to come, jika kami dipanjangkan jodoh inshaAllah.

Aku rasa setiap orang adalah unik dan mempunyai obsesi yang berbeza. H adalah seorang yang, I can say teratur. Nak kata OCD pun bukan (tak faham kenapa orang suka declare themselves having an OCD, OCD is severe you know?), but he is indeed a neat-freak. But sometimes I think he is a selective neat-freak. For example, dia memang pantang kalau lantai kotor i.e air tertumpah nasi bersepah toys bertaburan, tapi takde masalah pula sangkut towel sendiri kat kerusi meja makan selepas mandi (which is my kepantangan!). Awal awal dulu selalulah aku berleter, sekarang tak ada dah. Kalau nampak je aku terus ambil dan sangkut di tempat yang sepatutnya.

Speaking of tak boleh lantai kotor, setiap kali air tumpah atau nasi bersepah selepas suap anak anak makan, H akan sembur serai wangi dan lap dengan kain. Which initally I found unnecessary sebab.. yelah guna kain basah je kan boleh je?

The way kami jemur baju di ampaian juga berbeza, aku selalunya aku bermula dengan paling belakang sekali, iaitu sangkut baju pada jaring di serambi belakang rumah tu, diikuti dengan palang penyangkut. H pula akan jemur penuhkan di palang penyangkut dulu, kalau tak muat barulah dia selit selitkan di jaring jaring itu. Yang mana aku rasa susah sebab, yelah kena selak selak kain yang sudah dijemur di atas palang itu barulah boleh sangkut. Kau orang faham tak apa aku cerita ni?

Cara mop lantai; aku dari sebelum kahwin kalau mop lantai, memang akan mop sekali je seluruh rumah guna air sabun, tunggu sampai kering and that's it. Tapi H akan mop lantai seluruh rumah dengan air sabun, tunggu sekejap dan mop sekali lagi guna air bersih sebagai bilas katanya. Aku katalah yang kat sabun tu memang cakap 'No Rinse Is Necessary', tapi yelah, kalau ikut common sense memanglah setiap yang bersabun mestilah kena bilas kan? Dah kahwin baru aku terfikir T__T

Muzik kegemaran kami juga berbeza; H is more to heavy metal macam Slipknot, Iron Maiden dan lain lain lagi yang aku describe as lagu orang gila, manakala aku lebih kepada lagu English yang sentimental and slow, Brian Adams, BSB (tapi bila aku pasang BSB boleh je dia sing along), etc. I listen to the lyrics, he listens to the music. But we both love Coldplay (thank God). Tapi bila dah lama kahwin, aku perasan dah jarang dia dengar lagu orang gila lagi. Mungkin menjadi bapa membuatkan beliau sudah kembali ke pangkal jalan kahkah.

Aku tak suka pakaian lusuh. Baik untuk diri sendiri, H mahupun anak anak. So bila lipat baju, dan nampak ada T-shirt dia yang sudah lusuh aku akan terus letak dalam bahagian 'baju rumah' yang mana ianya hanya dibenarkan dipakai sebagai baju basahan sahaja dan dilarang dipakai keluar lagi. Dan kalau aku kemas wardrobe dan nampak kemeja lama yang dah nak kuning kuning dah warnanya, aku masukkan dalam laci kain lap terus (but of course to his knowledge). Dan biasanya dia akan hesitate dan berleter sayanglah nanti in future akan pakailah, but I know damn well that he wouldn't wear it ever pun, kalau dia nak pun takdenya aku nak biar dia pakai baju lusuh lusuh kekuningan macam tu pergi kerja.

Aku ada tabiat yang akan bilas dahulu cawan/gelas/pinggan/botol susu anak/sudu garpu yang diambil dari rak pinggan mangkuk dengan air panas sebelum menggunakannya. Dulu dulu pernah H tegur, "Abang dah basuh lah tu? Tak bersih ke?", bukan, bukan tidak bersih, tapi aku memang tidak boleh tidak, mesti akan alirkan air panas terlebih dahulu sebelum menggunakan apa apa yang akan dimasukkan ke mulut. Tapi bila makan di luar, boleh pula terima padahal kalau ikutkan lagilah geli berkongsi pinggan mangkuk dengan entah siapa siapa -_____-"

Cara sapu Nutella pada roti pun berlainan HAHA. Lantaran hidup susah ketika kecil, aku cenderung untuk berjimat dalam hal ini. Kalau makan roti dua lapis, aku akan sapukan Nutella pada selapis roti sahaja dan tekapkan pada roti yang kedua. Tapi H suka Nutella disapu pada kedua dua roti, sapu sebelah sahaja? Mana rasa Nutella nya! Hujah beliau.

Dalam banyak perkara, aku bukanlah rajin untuk buat tetapi apabila sudah cukup bagus dia nak buat, aku mesti akan ada pendapat sendiri dan bila pendapat itu tidak dihiraukan tiba tiba rajin pula aku nak betulkan semula. Basuh toilet contohnya, aku ada cara aku sendiri dan entah mengapa aku ada perasaan yang stress kalau toilet tidak dibasuh dengan sempurna. Maka setiap kali H selesai basuh, aku akan pergi jenguk dan jika tidak berpuas hati, aku akan basuh sekali lagi pula. Bukankah lebih baik kalau aku sahaja yang basuh dari awal kan? Haha. Lebih pada mahu mencari sebab untuk berkelahi saja aku ni kan :p

Itulah orang selalu kata, bercinta bertahun tahun pun belum tentu kita boleh faham pasangan kita selagi kita tidak sebumbung dengannya. Masa awal perkahwinan dulu, banyaknya perkara yang tidak serasi yang kalau nak fikirkan memang boleh buat stress lah. Tapi lama kelamaan, aku rasa tak apalah, biarlah dia buat dengan cara dia, sekurang kurangnya dia memang sangat sangat membantu memudahkan kehidupan aku. Apalah yang aku mahu perbesarkan sangat, selagi ianya tidak mendatangkan apa apa kemudaratan, sepatutnya aku okay sahaja. Sebab terdapat banyak golongan lelaki di luar sana yang sepanjang hidup langsung tidak pernah memegang mop lantai pun, yang langsung tak pernah duduk di belakang asingkan baju cerah dan baju gelap, masukkan dalam mesin basuh dan jemur pun.. Hidup dengan lelaki yang berbeza cara mengendalikan kerja rumah adalah lebih baik daripada hidup dengan lelaki yang langsung tidak ada cara mengendalikan kerja rumah.

Being different can be fun in many ways, kita explore banyak perkara baru yang tidak pernah kita alami sebelum ini. But it can be tricky at the same time. Tersilap langkah pasti mengundang perbalahan. Kami masih belajar. Masih belajar. Darah muda masing masing (umur bakal menginjak 30 tahun, muda apanya!), bertolak ansur adalah perkara yang kami masih lagi terkial kial untuk menguasainya. Even kalau sudah 10 tahun berkahwin pun, belum tentu akan discover tabiat pasangan sepenuhnya. Ada saja perangai baru, minat baru, obsesi baru yang kita kena hadapi. Nevertheless, dia memang mengisi banyak ruang lompong dalam diri aku. Gaya hidup berbeza, harap harap matlamat kami menuju ke arah yang sama, inshaAllah.





Wednesday, February 18, 2015

Tentang Rumah Sewaku

Hampir 3 tahun menyewakan rumah di Shah Alam tu, bermacam macam karakter penyewa sudah aku jumpa. Sebenarnya penyewa aku mostly baik baik je, tak adalah bermasalah sangat. Tapi mana yang bermasalah tu, entah kenapa memang awal awal lagi aku dah ada instinct yang dia akan jadi penyewa yang bermasalah.

You know, memilih penyewa ni macam kau buat tapisan untuk cari pekerja juga. Once you advertise cari penyewa tu, in 1-2 days usually memang akan ada orang call/WhatsApp tanya availability. Dari situ aku macam boleh agak karakter dia macam mana. And mostly aku memang tak salah. 

Antara jenis yang end up bermasalah;

Jenis yang SMS/WhatsApp terus terus "Bilik ada lagi tak?" takde salam takde apa pun.
Jenis yang bila kita dah cakap fully furnished dia minta tambah ASTRO, wi-fi, etc.
Jenis yang awal awal dah tanya penyewa sedia ada tu orang mana, pakai tudung ke tak (terus aku syak mesti dia jenis bawa lelaki balik so nak tengok penyewa sedia ada sporting ke tak).
Dan sebagainya.

Actually harga bilik tu aku okay je untuk negotiate, contohnya bilik kecil sekali aku letak RM300 untuk 2 orang, ada budak call kata dia nak duduk seorang tapi kata dia mampu RM200 saja, so aku kata RM220 last price and she agrees, win-win situation. Tapi bila aku dah insist aku sewa ikut per bilik dia insist nak bayar per kepala tu, haih kau tuan rumah ke aku tuan rumah sekarang? Ada yang aku dah advertise sebilik RM450 dan boleh memuatkan 3 orang, dia kata nak masuk 2 orang dan bayar RM300 je, "Lagi seorang akak carilah orang lain kami okay je." The thing is, memanglah bagi awak tak ada masalah, tapi susah okay nak cari penyewa SEORANG yang sanggup duduk sebilik dengan 2 orang asing, most of penyewa ni memang nak sebilik dengan orang yang dikenali je. Aku dah masak sangat dah dengan dunia sewa menyewa ni, I was a student myself yang menyewa juga dulu.

Bayar lambat, aku okay je, dengan syarat kau kena bagitahu aku awal awal bukan bagitahu HANYA BILA AKU DAH MINTA. Sebab every month aku dah dulukan duit gaji aku untuk bayar pada bank, so budak kalau bayar lambat pun inshaAllah kewangan aku untuk bulan itu masih boleh survive, biasalah student kan. Ada yang depends pada gaji parents, ada yang depends JPA/PTPTN, ada yang buat kerja part time dan hanya boleh bayar once gaji dia masuk. Bayar lambat is okay, asalkan bayar pada bulan yang sama. But please let me know. Ni aku senyap, kau pun senyap amboi ingat aku lupa?

Tapi bukan semua jenis bayar lambat, kalau ikut Tenancy Agreement kena bayar before 3rd of everymonth, sekadar lambat sehari dua tu biasa je. Tapi ada kes yang ada masalah kewangan (ayah sakit, emak baru bersalin, parents duduk Kelantan rumah banjir, etc), dia bagitau siap siap akan bayar lambat sikit, aku inshaAllah bolehlah terima. Siapa yang tak pernah ada masalah kewangan kan? I just want to make things easier for everybody, selagi benda tu tak menyusahkan aku, inshaAllah aku okay je.

I have my own system to keep track on this. Guna Excel sheet je pun.


Sebab budak budak ni students, habis belajar memang akan keluar biasanya. Paling lama sewa pun 2 tahun, paling sekejap 6 bulan. So penyewa ni come and go, dan setiap kali keluar kena pulangkan deposit masing masing. Kalau tak manage betul betul memang boleh lost track mana yang dah return duit, mana yang baru masuk duit, etc. Nampak tak ada column Next of Kin? Berani kau nak bawa lelaki balik rumah, kantoi kalu, aku call terus parents kau heh. Tak adalah, benda tu penting, kalau penyewa lari tanpa dikesan, aku call je parents dia. Tapi tak pernah terjadi pun, so far.

Ada juga family yang nak sewakan rumah tu, which I preferred more. Senang nak handle family ni berbanding students, and usually family akan stay lama sikit takdelah bertukar tukar orang. Tapi rumah tu dah set up macam hostel, setiap bilik ada katil, wardrobe dan meja/kerusi study. Kalau family nak duduk, kena buat major changes la untuk semua perabot situ. Susah pula. Tapi itu masih juga dalam perancangan, inshaAllah bila ada masa I will look into that matter seriously.

Sekali sekala kalau datang Shah Alam aku akan singgah rumah tu, tengok keadaan. Setakat ini memang dijaga dengan baik, dari padangan mata kasar la. Aku plan nak tukar sofa kat rumah tu, tak berkenan betul aku dengan sofa yang owner lama tu tinggalkan. Sakit mata tengok. Nak buat susun atur baru sikit, kalau ada rezeki letak TV baru ke. InshaAllah.

Kadang kala aku terfikir juga macam nak jual rumah tu, iyalah mengadap macam macam ragam penyewa, kita pula memang dah ada banyak benda lain untuk di-stress-kan, jadi serabutlah juga. Tapi sayang, sebab rumah itu memang hot cake, rumah yang tak pernah putus penyewa sebab kedudukannya yang strategik. Sangat dekat dengan UITM/Uniten, easy access for public transport, dekat dengan supermarket, etc. Sangat bagus untuk investment la, for future. Tengoklah macam mana, kalau harga dah best, most probably aku jual je. And rolling duit tu untuk beli rumah lain. Hmm besar cita cita. Tapi okay juga plan tu kan? :)


Tuesday, February 17, 2015

Adam Muaz dan HFMD

So Adam Muaz is currently down with HFMD, tak tahu berjangkit dari siapa. Balik je rumah Ahad malam baru ni, tiba tiba badan dia panas. Sangat. Terus bagi ubat. Good thing that Adam Muaz ni senang makan ubat, legalah sedikit.

Since nampak macam demam biasa, Isnin pagi tu Mummy pergilah juga kerja dengan sangatlah berat hati. Sebab ada benda urgent perlu diselesaikan di tempat kerja. It was so not me, kalau dulu, urgent lah macam mana pun, kalau anak sakit takdenya aku nak masuk office. Tapi kat sini, haih nanti nantilah cerita.

Adam Muaz ni, bila sakit dia akan jadi super manja. Sangatlah clingy. Bukan dengan Ammi je, dengan Daddy pun sama. Dia nak dua dua ada depan mata setiap masa. I called Kak Ha during lunch time, tanya keadaan dia macam mana. Dia taknak makan langsung. "Akit," katanya.

I was so heartbroken, aku assume tonsil bengkak saja. Kemas kemas, handover kerja urgent tu pada rakan sekerja, dan terus cabut balik. Apa nak jadi, jadilah.

Sampai rumah Kak Ha, aku masuk je tengok Adam Muaz melepek atas bantal, langsung tak bersemangat seperti biasa. Nampak je Mummy terus bangun datang dan peluk. Anak manja Mummy ni.

Balik rumah, tengok kaki tangan dan keliling bibir ada ruam merah kecil kecil. Sahlah ni HFMD. HFMD tak apa, aku asalnya risau denggi, sebab ada jiran bawah rumah baru meninggal dunia sebab denggi :(

Pukul 3, H insisted nak balik. Aku cakap tak payah pun takpe rugi je dah pukul 3 pun. Sekali dia balik juga, terus ke klinik. Doktor sahkan memang HFMD. Bagi ubat dan antibiotik. Ubat ubatan okay lagi Adam Muaz telan, antibiotik tu... punyalah busuk baunya. Sekali bagi dia makan, lepas telan terus muntah semua. So I decided to just stop bagi. Sebab antibiotik ni bila dah bagi, kena habiskan. Kalau kena bagi 4 hari, 4 hari la kena bagi tak boleh bagi sehari dua lepas tu stop, sebab antibiotik yang diberi secara tak sempurna akan melemahkan lagi sistem imunisasi badan. Ini apa yang aku fahamlah. So kalau tak konfiden boleh habiskan, better jangan start langsung.

Isnin malam (last night), was really a miserable night, for Adam Muaz especially. Dia tak tidur langsung.

"Akit" (Sakit)
"Amuk" (Nyamuk)

Tergaru garu kaki tangan. Dia ingat gatal sebab nyamuk gigit. Kesian okay, innocent dia bagitau nyamuk banyak. It really breaks my heart. Mummy pun berjaga sekali.

Dia minta susu, Mummy buatkan. Lepas susu nak roti dengan Nutella, Mummy buatkan terus. Kesian dia lapar sebab sebelum tu dia makan poteto wedges dengan mashed potato je, tak lalu makan. Dia makan roti sesuap je, pedas dia kata. Terkena ulser la tu. Dia minta main Lego, ini tak bolehlah sebab gelap. Dia minta tengok TV. Mummy on la TV tengok sama sama. Dari pukul 2 pagi sampai 4 lebih agaknya. Sambil tengok TV sambil dia minta ubat, Mummy bagi dia makan ubat tahan gatal tu kemudian sapu calamine lotion. Dah sapu, dia minta lagi. Tak cukup untuk hilangkan kegatalan dia agaknya. Banyaklah Mummy lumurkan, untuk puaskan hati Adik.

Sama sama tengok TV, tertidur terus. Sekejap je tidurnya. Bangun awal. Daddy kena kerja, nak keluar hantar Ammar Yusuf pergi rumah Kak Ha, Adik menangis sayu pilu nak ikut. Hantar Ammar Yusuf, Daddy balik rumah, tak jadi pergi kerja. Lega Mummy, Mummy gelabah sikit handle anak sakit sorang sorang.

Hari ni, demam agak surut. Tapi rashes naik banyak especially kat tangan. Kesian anak Ammi. Dia minta apa pun, semua Mummy bagi. Daddy mandikan macam biasa, Mummy masak sup ikan tenggiri. Tak tahulah boleh makan ke tak. Lepas mandi, Mummy suap makan, tersengguk sengguk dia makan tapi mulut tetap buka dan kunyah. 5-6 suap, memang tak tahan sangat dah mata. Terus tidur. Okaylah tu. Badan bersih, perut terisi.

My main concern is just to keep him hydrated je. So dia nak susu ke fresh milk ke vitagen ke ribena ke semua Mummy bagi. Sebab sakit ni budak biasanya taknak makan minum, so akan jadi dehydrated, lagi bahaya nanti kena warded masuk air, lagi patah hati Mummy.

Doktor suruh bagi benda yang sejuk je so aku dah prepare la benda sejuk yang agak agak dia boleh makan macam yogurt buah buahan, vitagen, ice-cream.. tapi tengok dia boleh je makan nasi dengan sup, okaylah tu. Syukur.





Nak main Lego lah, nak color lah, nak tulis lah. Mummy ikutkan je, anything to distract him from his itchiness. Tapi bila dia tergaru garu cakap nyamuk gigit tu, helpless la juga rasa.

Bila dah bosan tak tahu nak buat apa, dia tanya Abang mana. Ulang ulang kali tanya Abang. Jaranglah dua orang ni berpisah pisah. Adam Muaz ni dahlah memang menjadikan Ammar Yusuf sebagai idola. So Mummy tunjuklah video video Abang dalam phone. Ketawa ketawa dia, lepas tu kiss handphone Mummy alala sayangnya kat Abang dia :')

Ni Adik tengah tidur. Baru lepas mandi dan dinner. Samalah macam lunch tadi, tersengguk sengguk masa makan juga. Agaknya dah mandi, dah selesa badan baru boleh tidur agaknya.

Cepat sembuh ya anak Mummy. Mummy sedihlah tengok Adik tak ceria macam ni. Mummy nak Adik lasak lasak jadi Ultraman Neos and tag team dengan Ultraman Mebius (Abang) lawan dengan raksasa Daddy. Cepat sembuh ya Sayang..


Sunday, February 15, 2015

Kereta Warna White

Kalau you guys memang mengikuti blog aku ni daripada awal, mesti you tahu betapa 'awesome' nya kondisi kereta MyVi kesayangan aku tu semenjak dari awal pembelian lagi.

1. Terlanggar (lari) kereta yang illegally parked di selekoh jalan sempit di Jalan Pudu - kemek bumper depan. Aku pergi betulkan anyway, awal awal dah terbang RM120.

2. Terhimpit motor polis di jalan raya dan dia terjatuh dan aku bawa ke klinik end up bertukar nombor telefon lepas tu dia yang konon bukan main garang masa di klinik tiba tiba bukan main mesra dalam SMS -__-'

3. Dilanggar kereta polis dari belakang ketika berhenti di traffic light, dia bayar ganti rugi untuk kos membaiki reverse sensor, tapi bukan untuk bumper yang bercalar (I didn't asked for it anyway, sebab rasanya calar tu bukan disebabkan dia, semua marah aku masa ni sebab tak pandai ambil kesempatan).

4. Tersalah estimate jarak tiang dalam parking lot office SGS di Damansara, bercalar teruk dan kemek sedikit bumper depan.

5. Disagat lori besar yang tiba tiba reverse untuk U-turn berhampiran tempat kerja baru di Seri Kembangan, aku pasrah betul dah masa ni langsung tak berminat nak minta ganti rugi, partly because maybe I was scared (tiba tiba orang kulit hitam turun 2-3 orang), partly because I thought I was at fault too sebab ekor dari belakang terlampau rapat.


Hasil 'sagatan'. Tanya kedai kalau repair around RM400, kalau tukar pintu baru kat Perodua it cost me RM600. H suruh repair je, sebab bila bawa laju dalam hujan lebat air boleh terpercik masuk sedih gila haha tapi dok bertangguh repair berbulan bulan, sebab malas dan tak ada masa nak pergi hantar.

6. Dan paling baru, terlanggar akar kayu besar masa park tepi jalan bawah pokok, haaa ni salah H ni salah H (first time bukan salah sendiri beria bagitau HAHA). Terkopak bumper depan.

Selain itu banyaklah lagi calar balar lain, tergesel lah, digesel lah, memang tak cantik betullah kereta tu. H couldn’t take it any longer. Sebab kereta tu bahagian dalaman (engine and interior) memang tiptop dan cantik, aku servis memang tak pernah kat tempat lain selain Perodua semenjak beli sampailah sekarang, dan H memang jaga dalaman kereta aku so dalam memang cantik bersih macam kereta baru. Sayanglah bila luaran teruk macam itu.

So sementelah H baru dapat bonus, dia offer belanja repair bumper depan sekali dengan repair pintu yang berlubang sekali dengan cat seluruh kereta tu whoahaha bulat mata aku of course la aku setuju terus. The best part is, he managed to get it done at a reasonable price (his officemate punya kawan, so he gets a special 'harga kawan kawan'). Sebelum ini kami pernahlah juga tanya kos untuk cat seluruh kereta dengan repair pintu sekali di tempat lain; cat kereta saje dah RM2500, tambah dengan repair pintu RM400, dah dekat RM3000. But this one, all in sekali dengan polish lampu semua, tak sampai RM2000 pun!

Kereta tu baru je siap dan dihantar ke rumah kami Khamis baru ni, it looks soooo good! Exactly like a brand new car! Alhamdulillah kami sangat berpuas hati, sangat bersyukur dengan hasil kerjanya. Aku konon konon plan lepas dah cat kereta tu nak jual je, tapi bila dah dapat dan dah tengok, rasa sayang pula nak jual. Pakai jelah sampai habis bayar :')

Itulah kisah kereta aku yang macam macam hal tu. Well, apparently bukan aku sahaja yang realize betapa berbezanya kereta aku sebelum dan selepas dicat baru.

This morning we were all about to go out for breakfast. H ajak guna kereta aku, sebab dia nak pergi bersihkan tahi burung  (padah park kereta bawah pokok) dan hantar pergi vakum kat luar (he takes care of my car even better than I do now, most probably sebab dia yang bayar 'renew' body kereta tu :p).

Masuk je kereta, Ammar Yusuf terus tanya.

"Kita naik kereta siapa ni Daddy?"

Kami tak jawab sebab tersibuk dengan hal lain ketika itu (tak ingat kenapa).

Turun kereta masuk restoran, dia perhati je kereta tu dari dalam restoran.

"Kita naik kereta siapa tadi Mummy?"

"Kereta Mummy lah," aku jawab.

"Tapi..... kereta tu warna white.........." katanya, dengan nada tidak puas hati.

Dah tu selama ini Abang ingat kereta Mummy warna apa hah????





Thursday, February 12, 2015

Sabar dan Terima

Pagi ini agak menenangkan bagi aku, sebab bangun awal sedikit daripada biasa. Selesai solat, aku menjalankan rutin harian setiap pagi, gosok pakaian kerja kami, mandi dan bersiap. Sambil melilit lilit tudung, sambil layan Adam Muaz yang sibuk keluarkan semua kad dari my wristlet dan hulurkan pada aku (as if I'm asking for it), "Ammi, nah!". Budak ini kannn... I asked my husband (yang ketika itu sedang membutangkan baju) to get my wristlet back from Adam Muaz.

"Abang tolong tengok Adam Muaz tu karang habis semua kad B dia keluarkan.."

Sambil acah acah Adam Muaz, H took my wristlet, simpan dalam my handbag dan dukung bawa Adik tengok TV di ruang tamu sementara aku teruskan bersiap.

Selesai mekap, selesai setting tudung, sembur perfume....

"Alamak Adik berak ke?" kedengaran suara H dari ruang tamu.

Alamak. Seperti entri sebelum ini, Adam Muaz tu kalau benda benda macam tu mestilah nak dengan Mummy. Nak Mummy mandikan, nak Mummy basuh berak. Tapi.... Mummy dah bersiap dah ni. Tudung dah lilit lilit, dahlah pakai palazo meleret leret ke lantai T____T

I looked at my husband, memohon pengertian (hehe).

"Daddy basuh eh? Seluar B ni labuh nanti basah kena lantai toilet..."

Knowing me too well, H terus ambil Adam Muaz dan bawa ke toilet. Riang gembira saja kedengarannya di dalam bilik air. Selesai basuh, Mummy hanya tinggal pakaikan diaper dan seluar.

.
.
.
.

Well, you guys kalau baca ini pun mesti akan rasa amboi diva betul perempuan ini, macam mana entah suami dia boleh tahan.

I don't blame you, aku pun berfikiran yang sama juga terhadap diri sendiri T__T

It got me thinking. Perangai aku ini, sigh. Siapa saja yang boleh bersabar dengan aku. 

Well, I believe kita semua ada sekurang kurangnya satu tabiat buruk, perangai tak semenggah, yang hanya orang yang pernah duduk serumah tidur sekatil sahaja yang tahu, dan terima (sama ada terima seadanya atau terima secara terpaksa, that's another story). For me, I have A LOT of it. Banyak.

Contohnya apabila pulang dari bercuti, naik je rumah aku akan lebih pada nak berehat baring baring dulu, 2-3 jam kemudian barulah mula mengemas unpack segala. Tapi tidak bagi H, masuk je rumah dia akan terus buka semua luggage, keluarkan baju kotor masuk dalam mesin basuh, susun baju bersih masuk dalam almari, simpan luggage ke tempat asal, keluarkan makanan yang dibawa pulang, masuk dalam fridge/kabinet dapur dan sebagainya. Dan aku di tepi hanya pandai merungut penat, macamlah aku yang drive berjam jam.

Ada beberapa perkara lagi yang rasanya tak perlulah aku ceritakan di sini. Dengan perangai short-tempered aku ni, dengan perangai degilnya lagi.. What I'm trying to say is, kita ni (myself, to be specific) sentiasa mencari kesempurnaan dalam pasangan. Dia kena begini, bila keluar bersama kena begitu. Dan bila apa yang kita inginkan itu tidak diperoleh, kita mulalah kecewa, beralih arah dan sebagainya. Tapi pernah tak kita terbalikkan situasi dan menilai betapa dia bersabar dengan tabiat kita yang rasanya mungkin tidak boleh diterima oleh orang lain.

Hidup dalam zaman sekarang ini, tidak mudah untuk bersyukur kalau kita tidak benar benar berusaha untuk mengira nikmat dan bahagia yang kita ada sekarang. We keep on counting others' blessing instead. Perbandingan sangat mudah dibuat apabila kita memandang pada mereka yang melebihi kita. Tapi sebenarnya ada banyak kualiti pada pasangan kita tu yang langsung tak ada pada pasangan orang lain pun. 

Dengan perangai aku yang macam macam ni, bukan senang untuk orang lain terima dan bersabar. Begitu juga dengan H anyway, dia bukanlah lelaki sempurna dan dia juga memiliki tabiat tersendiri yang aku rasa hanya aku yang boleh bertahan. Isn't that marriage is all about? Putting up with each other's imperfections without compromising the love for each other? Sabar, syukur, sabar, syukur. Dalam masa yang sama kita cubalah ubah slowly mana habit yang rasa boleh diubah, sabar setiap orang pun ada hadnya juga.

2015, tahun yang bermula dengan banyak dugaan. But inshaAllah, what doesn't kill us makes us stronger; it indeed, has strengthen our relationship. Awak.. saya harap awak boleh bersabar lebih sedikit dengan saya. I know that it wouldn't be easy, but I promise it will be worthwhile...


Saturday, February 7, 2015

Nak Ammi


Memang aku sedari, perihal Adam Muaz memang tidak banyak diceritakan dalam blog ini. Kalau Ammar Yusuf dulu, every single development langsung tak pernah miss untuk dicoretkan di sini. First smile, first tooth, first crawl, first step-- every single thing. Iyalah, ketika itu memang dia seorang sahaja tumpuan utama kami. Rutin aku ketika mengandungkan Adam Muaz, banyak perkara yang aku tidak dapat lakukan secara konsisten seperti ketika mengandungkan abangnya; membaca Al-Quran setiap malam, membuat latihan Matematik ketika masa terluang, Sudoku, menjaga pemakanan. Sudah tentulah berbeza, kita sudah ada seorang lagi anak kecil yang turut memerlukan perhatian. 


Adam Muaz, memang ramai yang mengatakan wajahnya lebih mirip kepada bapanya. Ye keeeeeee.... aku rasa macam lebih kepada muka Mummy saja :p 


Unlike his big brother who's more attached to his father, Adam Muaz memang anak manja Mummy. Mummy's boy. Segalanya nak dengan Mummy. Nak tidur, cari Mummy. Bila terjatuh sakit, menangis cari Mummy. Bila ambil dari rumah babysitter, walaupun Daddy yang depan pintu dia akan berlari ke tepi cari Mummy juga hehe. Setakat ini begitulah (tapi dalam hati aku tetap berharap akan tiba satu hari nanti yang bila dia berak dia akan cari Daddy hehehehe :p).




I remember when I was at my second job, the big boss there once told me that the longer your child sleeps on your chest, the fonder he/she will be with you. He told us about his daughter who sleeps a lot on his chest when she was a baby, growing up so attached to him until now. Tak tahulah apa kaitannya, mungkin bila anak tidur dengan mendengar degupan jantung kita, dia merasa lebih dekat dengan kita. Begitulah juga dengan Adam Muaz. Dengan Ammar Yusuf dulu seawal 5 bulan bila di dalam kereta sudah di ajar duduk di babyseat sendiri, tapi Adam Muaz kalau duduk belakang memang sekejap je dia boleh, later mesti akan ke depan juga. "Nak Ammi," he said :') 

Selalu sebelum masuk kereta sambil berjalan dukung dia aku sudah pesan, "Adik nanti duduk belakang ye, duduk dengan Abang, okay?"

Sambil tersenyum senyum dia geleng kepala, "Nak Ammi"

Mummy of course lah cair terus, kendong la budak gemuk ni di depan duduk atas peha, tidur atas dada, kalau perjalanan jauh berjam jam memang boleh senak dada tahu, berat! 

Nak naik rumah pun begitu juga. Memandangkan Ammar Yusuf sekarang sudah berjalan naik tangga sendiri ke tingkat 4, Mummy baru je berangan nak lenggang kangkung bak diva dan biar Daddy dukung Adam Muaz pula. Awal awal dalam kereta dah cakap dengan dia, "Nanti sampai rumah Adik naik dengan Daddy okay? Daddy dukung, okay?" Takde maknanyaaaaaaaa.

Still, "Nak Ammi" 

Diva Mummy? Lupakan jelah T___T



Paling suka bergambar. Lepas bergambar, terus "Nengok!" nak tengok terus gambar dia. Macam gadis gadis -___-

Adam Muaz belum petah dan fasih berkata kata lagi, tidak seperti Ammar Yusuf ketika umur yang sama. Mungkin sebab adik mula berjalan agak awal, sebelum usianya setahun lagi. Ammar Yusuf setahun 3 bulan baru boleh berjalan. Tapi mulutnya bukan main petah lagi, itulah orang kata, kalau lambat berjalan akan cepat bercakap, sebab tempoh merangkak yang lama akan meransang perkembangan otak dengan lebih baik. Gitulah gamaknya wallahualam, Mummy okay je mana mana pun.

Adam Muaz ni, walaupun mulut diam, tapi pergerakannya ya Allah, semput aku! Dia hanya akan diam masa tidur je, seriously. Buka je mata, takdenya nak stretching ke termenung ambil mood dulu ke, tengah mamai mamai terus pergi dapur kecilnya (dapur mainan) dan terus tangtungtangtung mula memasak fish carrot jagung dan sebagainya =))


Adam Muaz adalah total opposite to his big brother. Sangat sangat opposite. They really compliment each other. Ammar Yusuf jenis tertib dan tersusun, Adam Muaz jenis belasah dan redah je. Dulu kami selalu rasa setiap anak boleh dikawal, terutamanya di tempat umum. Dengan Ammar Yusuf, tak pernah sekali pun yang dia buat hal di tempat umum, sangat mudah dijaga, sangat mendengar kata. Bila dikata jangan, memang dia akan ikut. Bila mahukan sesuatu tetapi tidak dipenuhi, sedikit pujukan sudah mampu meredakan keinginannya. Bila tengok anak orang lain menjerit meraung mahukan sesuatu di khalayak ramai, aku dan Suami akan berpandangan sambil tersenyum, and I know in his mind was exactly like what's in mine; "Nasib baik anak kita tak macam tu...". Baru anak sorang, ada hati nak cakap macam tu, terlalu awal untuk berasa lega okayy.

Sebabnyaaaaaa, dengan Adam Muaz ni? Sigh. Menangis dari North to South Court shopping mall? Mengamuk berbaring bergulingan di lantai lobi hotel? Sebutlah apa yang kami belum lalui... sampai rasa macam dah biasa je sekarang ni menjadi perhatian ramai di tempat umum disebabkan adik ni T___T

He is adorable, when he is in a good mood. Completely adorable. So cheeky, so charming. But when something goes wrong, beware! HAHAHA. Haihh my son. I love you nonetheless, sebab Mummy tahu dari mana Adam Muaz dapat perangai ni :p 


He is indeed, a very good boy. So helpful, sangat ringan tulang terlebih lebih ringan dah rasanya sebab terlampau suka tolong orang (mostly tanpa diminta -____-"). Contohnya bila nampak handphone Mummy tengah charge di soket yang mampu dicapai, dia akan susah susah cabut kemudian "Ammi, nah" bagi pada tangan Mummy kemudian berlalu dengan muka yang sangat berpuas hati seolah olah sudah melakukan pertolongan besar -___-

Setiap kali ambil dari babysitter, kelam kabut dia lari ambil beg baju dia dan pass pada Daddy, ini sudah menjadi tugas tetap Adam Muaz dan orang lain DILARANG AMBIL ALIH TUGAS INI kalau tidak memang mengamuk terus sampai kena letak semula beg itu ditempat asal, biar Adik yang bagi sekali lagi -___-"

Setiap kali masuk kereta, perkara pertama dia akan buat adalah buka dashboard ambil bekas sunglass Daddy, buka lipatan sunglass (saat paling mendebarkan untuk semua orang, takut patah!) dan hulurkan pada Daddy. Without fail. Setiap masa, siang mahupun malam, sampaikan Daddy terpaksa memandu dengan memakai sunglass di atas dahi pada malam hari demi memuaskan hati beliau T__T

Bila Abang sebut "Nak air", tak kiralah Adam Muaz tengah buat apa memang dia tinggal terus dan bergegas cari botol air Abang dan hulurkan, kesian betul tengok sebab dia betul betul look up to his brother, bersungguh sungguh berusaha agar dirinya disukai Abang T__T


Saat paling best bila pagi pagi mahu keluar dari rumah dan Mummy tanya, "Siapa nak Mummy dukung diaaaa?" dan Adam Muaz akan menjerit angkat tangan, "Aye!!!"

Paling comel di dunia :')

Paling seronok bila ditanya, "Adik sayang Ammi ke tak?", dia akan cakap "Anyak! (banyak!)" sambil kembangkan kelima lima jari. Dan kemudian mesti Daddy akan sibuk tanya juga "Adik sayang Daddy tak?" dan Adam Muaz jawab... "Hmmm.."

HAHAHAHAHAHA.

Yelah yelah dia akan jawab dengan cara yang sama juga kalau Daddy tanya dulu dan Mummy tanya kemudian. 

"Sayang Daddy tak?"

"Anyak!"

"Mummy? Adik sayang tak Mummy?'

"Hmmm.."

Obviously tak berminat nak jawab soalan yang sama berulang ulang, sabar jelah Adik layan clingy parents macam ni.


Sigh, Adam Muaz. So manja. Tengok Mummy dukung baby orang lain pun dah marah marah, macam mana nak jadi abang ni?




Wednesday, February 4, 2015

From Mama With Love

Selepas hampir sebulan tidak pulang ke pangkal jalan, semalam kami membuat keputusan untuk pulang melawat ibu bapa di Kampung Batu.

"Waaah dah tinggi cucu Grandmaaaa rindunyaaa kenapa dah lama tak datangggggg!" 
(ayat Mama menyambut cucu)

"Baju baru ke? Kenapa kau berisi ni? Kenapa kulit muka kau jadi macam tu?" 
(ayat Mama menyambut anak perempuan. Thanks, Ma. I miss you too -____-")

So after having my favourite Gulai Telur Itik as my lunch and hi-tea (that explains my sudden increase in weight), we (Mama, my sisters and I) talked about how women should take care of themselves.

Mama told us about one of his friend who has been mistakenly addressed as a 'mother' of her own husband, sedihnyaaaaa sedangkan jalan dengan suami disangka kakak dan adik pun sudah cukup merentap perasaan, apatah lagi disangka emak kepada suami kita T____T

Mama, my beautiful mother, really takes care of herself, her skin, her health. Mama bukan jenis bersolek, atau berpakaian fancy seperti para ibu yang bekerjaya, but at the age of 64 this year, she really doesn't look like it! Her skin, mashaAllah, aku tak nampak any wrinkles pun, apatah lagi parut jerawat or whatnot. Mama tak ambil sebarang collagen pun, atau apa apa produk kecantikan yang merepek-repek. Apa yang aku tahu, Mama hanya ambil Vitamin C (500-1000mg sehari), minum air kosong secukupnya dan mengamalkan green tea hampir setiap hari. 

You know what else is her routine? WORK OUT! Semenjak zaman remaja Mama memang obsessed dengan work out. She told us how every morning she will run around his neighbourhood, lari naik turun tangga rumah kosong yang still under construction in front of her house, she really loves getting sweat! That routines stopped when she got married and giving birth one after another (she gave birth 8 times, all SVD, mind you), but I guess taking care of her children is one way of working out too, that keeps her healthy and growing old gracefully. Dan bila anak anak dah besar that she finally have time for herself, Mama kembali memulakan rutin itu semula. If you have been to my parents', you can see betapa banyaknya peralatan bersenam yang available there, dah macam gymnasium! Bila balik rumah Mama and she sees you duduk saje saje tu mesti Mama akan suruh lari atas treadmill la, cycling atas benda macam basikal itulah, ataupun paling senang, duduk atas kerusi urut bagi pecah lemak segala. I always opt for the last one HAHA, paling tak berpeluh, duduk je situ takyah buat apa :p Bila tahu aku pergi swimming last couple of years, she was so proud and kept saying that swimming is the best exercise ever as it involves the whole body, and later keep planning to send my other sisters to swimming class as well.

Semalam Mama turut ajar beberapa senaman untuk perut dan lower body (bahagian badan aku yang paling bermasalah). Cara yang betul untuk push up, plank, side plank, and squat. Sebenarnya aku lately sedang undergo 30-Days Squat Challenge tu, setiap pagi aku buat dalam toilet sebelum mandi untuk panaskan badan, kalau tidak memang sejuuuukk nak mandi! Tapi kemudian rasa sakitnya lutut nak turun tangga, dah macam orang tua sakit sakit lutut. Rupanya cara aku squat tu salah! Terus Mama demonstrates cara squat yang betul. Patutlahh. Nasib baik cepat betulkan, kalau dah habis 30 hari buat dengan cara yang salah, kurusnya tidak, tapi lutut jadi bermasalah pula. Awesome okay Mama ni, boleh jadi gym instructor :p

Her favourite show (other than telenovelas, so typical housewife this lady -____-") is The Doctors, dan rancangan apa entah yang ada aerobik bagai tu dan Mama akan kerah all of us to join in. She loves to read anything concerning health, majalah RAPI lah, SIHAT lah, apa benda entah lagi dan akan simpan any articles yang dirasakan berguna untuk kami. Health is everything for her, you boleh mekap all you want but if you're not healthy, if your skin is not healthy, you tetap takkan menyerlah. 

Unfortunately, none of her daughters inherited her obsession HAHAHA. We're all too lazyyyyy, we think that we're still very younggggggg no need to work out whatsoever HAHAHA so silly. We tried anyway, or at least I tried :p Tapi tak dapat nak keep up with the routine lah. Mama sangat mementingkan penampilan anak anak perempuannya. Mama akan tegur kalau nampak kami naik badan sangat, atau kulit muka nampak bermasalah. Orang perempuan kena jaga benda benda ni, sebab orang perempuan senang nampak tua, katanya. Apatah lagi bila anak anak perempuannya mostly berpasangan dengan lelaki yang tidak jauh beza umur pun, unlike herself and Baba, beza 17 tahun! Mama suka bila kami dress welll, you know everytime nak balik rumah Mama, aku akan duduk depan wardrobe fikir nak pakai apa macamlah nak pergi dating ke apa. I have to look presentable in front of her, it makes her happy, and seeing her happy makes me happy too.

Mama discouraged all her daughters to become housewives. Tak galakkan langsung. Eventhough she is a housewife herself. A woman should earn her own money, she says. Should be independent (no offense to all housewives out there). Aku sendiri, macam tak berapa minat pun nak jadi housewife, and aku pernah cakap dengan H kalau aku jadi housewife pun aku nak jadi housewife yang ada aktiviti sendiri, seperti girls' outing at least once a month, yang ada exercise regime once a week (yoga/zumba class, aerobic, gym, etc) yang masih ada social life dan boleh berpakaian cantik. Or at least be a WAHM, instead of SAHM (maybe it's just me as I was brought up this way, don't we all have different family upbringings?)

As we ended the conversation, I looked at my husband. Wow. He looks so young. So handsome. And I looked at my face in the mirror. Wow. With all the collagen I consumed, what happened to my face T___T. I just don't look healthy, I look so dull and boring. I really should take care of my health more (physically). It's not easy juggling between my career and my family, yes. Tapi kalaulah kesihatan aku tidak memberasangkan (nauzubillahiminzaalik), segala perkara penting dalam hidup aku akan turut terjejas. Health comes first.

A woman should really take care of herself more than anything, so that she can take care of others more.
Thanks Mama! 



Monday, February 2, 2015

Bantal Anak Mummy

We were all ready to sleep last night, when suddenly Adam Muaz yang hampir melelapkan mata di sebelah Mummy, woke up and walked towards his father. 

"Alaaa.. semua nak sleep dengan Daddy, takde siapa sayang Mummy dah.." I said, in a very sad voice.

Semua diam, tiba tiba Ammar Yusuf, sambil tersenyum-senyum menghulurkan sebiji bantal.

"Nah. Bantal je sayang kat Mummy." 

His face.... He really thought that it was the funniest thing ever and started to burst out laughing.

"Mummy kan anak bantal," dia berterusan ketawa, lepas tu berhenti sekejap bila tersedar dia cakap terbalik.

"Eh salah, bantal kan anak Mummy. Inilah anak Mummy, nama dia bantal," still laughing -____-

"Mummy cakaplah dengan bantal, bantal kan anak kesayangan Mummy," lebih lebih pula budak ni loyar buruk.

But seeing that he's really enjoying the situation, I decided to join his 'game'.

"Oh yeke? Ini rupanya anak kesayangan Mummy. Okaylah, nanti Mummy nak bawa bantal pergi hotel la jalan jalan.."

Ammar Yusuf yang sedang ketawa beria-ia terus terdiam. 

"Mana boleh," dia kata.

"Bestnya pergi hotel dengan bantal. Boleh mandi swimming pool, main dekat Lego room."

"Eh ada Kit Kat kan dalam fridge, Mummy nak makan dengan bantal la. Bantal suka makan Kit Kat.." aku seronok menambah-nambah.

Ammar Yusuf ketawa semula, dan terus berkata dengan nada yang sangat matang seolah olah merasakan hanya dirinya sahaja yang make sense in this house -____-"

"Mummy, inikan bantal. Bantal ni untuk sleep, mana boleh makan Kit Kat. Bantal mana ada mulut, tengok ni, mana ada mulut!"

Oh. Iye ke. Barulah Mummy tahu. Ingatkan bantal ada mulut, boleh makan Kit Kat. Awak seorang jelah yang paling pandai dalam dunia ni.. T___T