Saturday, December 26, 2015

Potty Train Adam Muaz

Well, setelah mendapati betapa mendadaknya penurunan perbelanjaan bulanan selepas Ammar Yusuf diaper-free, kami bertekad untuk memulakan potty train Adam Muaz pula dengan lebih awal, iaitu pada umurnya 2 tahun 7 bulan berbanding abangnya yang hanya mula diaperless setelah usia 3 tahun 6 bulan duhh rugi besar -____-"

Of course, untuk memulakan potty-train ini haruslah memilih waktu cuti panjang, dan cuti Maulidurrasul dan Krismas ini menjadi pilihan. Ketika semua rakan dan taulan bercuti ke sana sini, kami suami isteri sibuk mengemop lantai di rumah wuwuwuwu sayunya kisah hidup........ 

Dah dah, enough! Let's get started.

Hari pertama - Failed miserably. 4 kali mop lantai and that's it. Kami give up. Sebab rasa kasihan! Sebab setiap kali selepas bocor di lantai dan dileteri diperjelaskan yang dia perlu buang air di toilet, dia macam terpinga pinga dengan mata bulat terkelip kelip tu, aduh terkena aku! Tak sampai sehari pun, kami sudah pakaikan diaper semula. At night, aku berbincang dengan H, sama ada mahu teruskan atau tidak, and suddenly we realized--- bukan Adam Muaz yang tidak bersedia, KAMI sebenarnya yang tidak bersedia cehhh. So we decided to continue tomorrow, hand in hand together yeah!

Hari kedua - Surprisingly, it was successful!! Daripada graf 2% semalam terus improve ke 80% gurauan apakah ini Adam Muaz??? Apparently, it was easy to train a second child, sebab dia akan TIRU abang dia. Kenapalah tak terfikir idea ini semalam zzzzzz -____-"

So daripada 4-5 kali mop lantai, hari kedua memang tak ada mop lantai langsung! Setiap kali Abang ke toilet, dia akan ikut sekali tapi dia akan masuk toilet di sebelah. SETIAP KALI. Jarak masa ke toilet tidaklah setiap 5 minit seperti Ammar Yusuf ketika awal awal belajar ke toilet dulu, Adam Muaz ni around 20-40 minit baru dia akan ke toilet. Kalau after 40 minutes dia langsung tak minta, aku sendiri akan bawa dan suruh juga cangkung juga. Memang tetap akan keluar juga pee pee dia tu.

Hari ketiga juga sama. He is getting better and better alhamdulillah. Hope it's not too early to judge, tadi kami bawa keluar (without diaper) and then dia tertidur dalam kereta jadi kami pun pakaikan dia diaper (around 3pm), balik rumah around 9pm dia masih ber-diaper tiba tiba dia kata dia nak kencing, kami buka diaper dan bawa terus ke toilet, and the diaper is dry and clean! Berbakul bakul pujian kami curahkan tadi, seronok budak bertuah tu. Harap konsistenlah ye anak Mummy.

Untuk tidur malam pula, kami akan teruskan dengan cara yang kami gunakan untuk Ammar Yusuf few months ago;

Biar dia tidur tanpa diaper and take risk? - No.
Beli lapik plastik sebagai alas? - No.
Biar dia tidur tanpa diaper dan kejutkan dia bangun ke tandas setiap 3 jam? - No pleaselah.

We were just too lazy for all those methods. Our life is already too stressful and we don't want to add another reason to be stressful kena basuh tilam pagi pagi lah apa come on la wey. We never train Ammar Yusuf to sleep at night without diaper semenjak awal potty train, kami hanya fokus betul betul train dia tidak memakai diaper pada siang hari SAHAJA. Waktu tidur malam, kami masih pakaikan diaper sehinggalah sampai waktunya kami lihat ketika awal pagi bangun dari tidur diaper dia kering dan bersih untuk seminggu berturut turut. Then only we agreed and accepted that he is totally ready, that he can already controls his bladder system barulah kami mula biarkan dia tidur tanpa diaper.

Cuma apa yang kami buat, sebelum tidur pastikan dia sudah buang air sekali dan bangun pagi terus buka diaper dia dan bawa ke toilet. Alhamdulillah Ammar Yusuf sekarang ni memang dah berbulan bulan tidak memakai diaper langsung siang dan malam and we definitely will do the same for Adam Muaz too. Senang kan? Easy and stress-free. Tak payah ikut cara orang, kita buat jelah apa yang senang untuk kita kan, afterall kita yang kenal anak kita and it's not even a competition pun ;)




6 comments:

Erna Nordiana Zamri said...

sama macam apa yang ibu ajarkan. ibu erna pesan, malam jangan nak stress lapik atau bangun kejut naka pi toilet bagai. ummi ni belum tentu sedar nak ajak anak ke toilet T___T walaupun ada kawan-kawan yang buat macam tu. ikut kemampuan kita lah kan ibu cakap. so malam, iman still pakai diapers lagi anak erna ni 3y 9m. so far memang basah je lagi diapers dia bila bangun pagi.

untuk 2nd ni, plan nak ajar awal juga.

good luck utk anak-anak kita. mak pak nya juga. hihihi

Husna Hadzarami said...

Takpe biar je dia pakai diaper masa tidur, tapi before tidur tu make sure dia dah buang air dulu. Kalau masa siang dia memang dah master the technique, lama lama memang tidur malam dia boleh control/tahan kencing juga sampai pagi. Provided dia takde minum apa apa before tidur.

Nursaila Norman said...

dlm byk2 tips potty train yg saya baca, saya rasa kak Una punya tips lebih dkt dgn saya. maybe sbb ikut cara n kemampuan sendiri tu kot.

Husna Hadzarami said...

:)

Thanks. Jangan stress stress okay? Buat dengan gembira, ikut kemampuan kita je.

Unknown said...

Hi husna.. First time kte comment ni.. I'm ur silent reader.. ��
Nk tanya, adam start potty train ni susu da stop ke blum? Sbb ade org ckp stop kan susu dlu br blh start dgn potty train.. Thanks

Husna Hadzarami said...

Hi Razinah, thank you for drop by :)

Well, Adam Muaz belum stop susu pun lagi, dia minum susu macam biasa je takde kurang kurangkan ke apa. Actually saya first time dengar nak potty train kena stop susu dulu hehe, kelakar juga sebab even dah stop susu pun anak still akan minum air masak dengan jumlah yang banyak juga so in my personal opinion nak potty train anak ni it doesn't have anything to do with the milk consumption pun :) Selamat mencuba!