expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 28, 2015

Kerja Dari Rumah

Masa anak aku tak sihat hari itu, otak aku memang dok ligat fikir pasal jadi suri rumah sepenuh masa ini. Bila anak tak sihat ini, memang kita tak dapat nak elak diselubungi parental guilt yang mana kita rasa tak cukup masa dengan anak, kita rasa less of a mom, kita takut anak kita tak banyak memori indah membesar bersama kita. Masa itu memang dok fikirlah macam mana nak generate income tanpa perlu keluar rumah. Zaman teknologi, zaman internet serba laju ini, takkanlah tak ada langsung cara yang kita boleh manipulate situasi ini?

Bila anak dah tidur, pantas aku Google sana sini. Ada banyak cara sebenarnya. Antaranya, kita boleh buat online survey.

Toluna.
AIP Surveys.
Opini.
MOBROG.

Ini yang aku pernah cubalah. Agak menarik juga sebenarnya, you just sign up for this website, from time to time they will email you a link asking you to participate in their online survey and you will be rewarded. Masa aku kat UiTM dulu selalu juga aku participate buat survey ini, tapi bukan online la. Aku ingat lagi aku pernah dipanggil oleh one of a well-known bank institution untuk join survey dalam bentuk discussion regarding Debit Card, masa itu Debit Card tak berapa popular lagi di Malaysia. For 30 minutes of discussion/debating, they paid me RM50. Not bad kan? Satu lagi aku pernah join survey untuk product susu, kita datang satu tempat tu, dia suruh rasa satu satu susu and bagi pendapat. Untuk tiga perisa susu yang aku rasa, aku dapat RM30. Okaylah tu. Ini semua survey secara fizikal la, upahnya pun banyak.

Tapi online survey ni upahnya sikit sikit. Untuk survey yang ada 100 soalan, baru dapat around USD3 camtu. Mungkin sebab buat online yang kita tak perlu bergerak ke mana mana pun kan? Dan tak banyak pun website online survey yang menawarkan upah berbentuk cash money. Kebanyakannya dalam bentuk point yang boleh ditukarkan kepada kupon beli belah (Zalora, Lazada, Parkson etc), kupon makanan (KFC, Pizza Hut), kupon isi minyak Petronas dan sebagainya. Tak best sangat, tapi sometimes aku join je. Benda free. Siapa tak suka benda free kan?

Then, I also found this website.
I signed up, and decided to give a try. In order to participate in this, you have to purchase their E-book with a cost of RM50. Mulanya ragu ragu juga, then baca review kat website lain. Semua letak title JDR ni menipu la scam la, tapi bila baca content blog semua dok cakap puji puji and promote. Hmmmph. So I decided to give a try and purchased the e-book. Bayar online RM50 and I got the book the next day through email. Dalam itu memang disediakan panduan lengkap step by step macam mana cara untuk kita bekerja, website (mostly international) yang menawarkan kerja dan banyaklah. Memang menarik. Macam macam pekerjaan yang boleh dibuat dengan hanya bermodalkan internet line yang laju tanpa perlu keluar dari rumah.

Antara pekerjaan yang boleh dicuba;

Data entry - Copy paste data dari website/link yang diberi oleh majikan ke dalam excel sheet.
Translation - The easiest, sebab bukan guna ayat yang susah susah pun you can just use Google Translate je kalau perlu.
Words typing - Ni memang semua orang boleh buatlah, gunakanlah kemahiran keyboard warrior anda ke saluran yang betul kekeke.


Macam mana pekerjaan pekerjaan yang lain, semua jobs di sini ada deadline juga. So make sure you only apply jobs yang you yakin boleh siapkan as per deadline.

Kalau kita tak apply for the jobs pun, we can join the affiliate program juga. Easy way to make money from home. Sebenarnya job ini sesuai untuk student or housewife, sebab walaupun masa bekerjanya adalah fleksibel tapi masih mengambil masa kita juga, aku kalau dapat satu-satu job tu memang bercinta la juga nak siapkan. Masa tengah semangat memang semangat, tapi bila tengah malas, tak kuasa rasanya. 

Tapi yelah, zaman sekarang ni dengan kos sara hidup yang tinggi, kita kena cekap, aktif dan kreatif dalam menjana pendapatan, kena berdikari dan kalau boleh jangan bergantung sepenuhnya pada suami. Aku tak suka dan takde masa nak mengeluh merintih kenapa kerajaan buat kita macam ini macam itu, because it won't solve anything! Jangan pasif, jangan terlalu harapkan pertolongan manusia ni, kita tolong diri sendiri. Even duduk rumah jadi housewife pun, macam macam kita boleh buat sebenarnya to earn some pocket money. Aku sekarang target untuk ada sekurang kurangnya 5 punca pendapatan, tapi aku nak yang tidak perlu bekerja keras sangat. I mean, taknaklah ada banyak source of income tapi kena kerja sampai lewat malam buat part time job kat kedai makan ke apa; kerja penat, gaji tak seberapa dan family terumbang ambing entah kemana. 

Gunakan teknologi yang ada je, solat jangan tinggal, sedekah jangan dilupa, doa banyak banyak. Kita miskin atau kaya bukan kerajaan yang tentukan, I mean yes they are bullying us tapi depa bukanlah kuasa terkuat di alam semesta. Depa buat jahat, adalah balasannya untuk depa. Tak kena kat dunia, akhirat tetap takkan terlepas. Kita boleh harapkan kuasa lain yang lebih kuat. Maha Kuat. Doa banyak banyak, usaha sebaik baiknya, tapi jangan work hard blindly, we aim to work smart. Okay?





3 comments:

  1. uhu... zaman ekonomi skrg ni, memang patut pikir macam2 back up kerja. teringin jugak kerja dari rumah utk jaga anak2. moga dimudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Memang kena buat kerja lebih tapi taknaklah korbankan masa dengan family. Semoga semuanya dipermudahkan.

      Delete
  2. Today, many of us want to back in our jobs and go to work for ourselves. However, the difference between those who want it and those that actually do it is staggeringkerja kosong

    ReplyDelete