Friday, December 4, 2015

Kahwin Dua Kali

Teringat cerita hari tu masa on the way ke tempat kahwin Oyah, Ammar Yusuf sibuk bertanya kenapa Acu (Oyah) kahwin dua kali. He was referring to Henna Night pada malam sebelum itu, dia ingat masa Henna Night tu Acu dah kahwin dah -___-

So kami pun explain lah, sebelum tu malam pakai inai, yang lukis lukis kat tangan tu, yang macam Mummy pakai ni (tunjuk dua dua tangan berinai). Lepas itu kami pun gurau guraulah tanya,

"Mummy boleh ke kahwin dua kali?"

"Mana boleh!" jawabnya pantas. Ketawa ketawa kami tanya kenapa pula tak boleh?

Dia jawab, "Mummy kan dah kahwin dengan Daddy!"

Lepas tu Daddy pun tanya pula,

"Daddy? Daddy boleh ke kahwin dua kali?"

Dia jawab tak boleh juga, sebab dah kahwin dengan Mummy, jawapan yang sama. Then Daddy mengada-ngada lagi tanya, "Dah kahwin dengan Mummy tak boleh ke kahwin dengan orang lain?"

Ammar Yusuf berfikir sekejap,

"Mana boleh.. Sebab Daddy dah tua. Mummy pun dah tua"

Apa kaitannya entah -_____-"
Sedap je cakap aku dah tua.

We have a good laugh about it, until tiba tiba dia sambung,

"Tapi kalau dah lama lama nanti, bolehlah kahwin dua kali"

HOI!!!! >___<


12 comments: