expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 16, 2015

Bercuti di Cameron Highlands

Hello! Masih mood holiday hehe, maklumlah duduk Selangor, Jumaat dah cuti, Isnin cuti lagi untunglahhh haha janganlah marah.

So last weekend we went to Cameron Highlands, by we means the whole family-in-law were there. It was so fun, so relaxing and so chilly at the same time. Selalu dengar orang cakap Cameron Highlands ni dah tak sejuk sangatlah apa la, tapi 2 kali kami pernah ke sini, ke dua dua kali itu pun sangatlah sejuk. Mungkin kebetulan kami pergi tu hujan come and go that's why sejuk lain macam.




We stayed at my sister-in-law's (Nadia) house at Tanah Rata. Nadia is marrying to a Cameronian (ada ke perkataan ini??) so memang nampaknya tiap tiap tahun mesti akan ada sekali kita pergi sana to visit her. I love being here, my children love being here, sebab sejuk! Budak budak ni memang suka sejuk sejuk ni, kalau panas memang asyik meragam je.



They were indeed, so happy :')

Last 2 years ke sini, takde berjalan sangat, but this time we managed to explore more interesting places here. Seronok juga.

200 Seeds Cafe


Hari pertama kami sampai tu dah pukul 3 macam tu, lepas check-in (haha) kat rumah Nadia, kami terus ke cafe owned by her husband, 200 Seeds Cafe. What so special about this cafe is, they served Nasi Lemak with Sambal Strawberi Ikan Masin which is the first invention ever in Malaysia (and perhaps in the world)!


Our family.



You really should try this sambal, it brings strawberries to a whole new level. Makan dengan nasi panas kosong pun dah sedap dah. I recommend the Extra Hot flavour, memang pedas kena dengan tekak Melayu kita.





Yang menariknya at the back of the cafe, there's strawberry farm for strawberries self-picking. Tapi masa kami datang ini tak banyak dah strawberry yang boleh dipetik. Takpelah, just to make my children happy sebab bagi Ammar Yusuf, kebun strawberi inilah Cameron Highland, kalau pergi Cameron Highland tapi tak masuk kebun strawberi maka sibuklah dia tanya, "Bila nak pergi Cameron Highland??". Adoi kesian awak ni :')

Steamboat & Snack Corner

Malam itu, we have our dinner kat kawasan steamboat ni. Awalnya nak booking, tapi tak boleh sebab cuti sekolah kena walk-in je tak boleh booking rupanya. Nadia cakap sini memang ramai orang, weekdays pun orang beratur nak masuk so kami lepas Maghrib laju laju datang sini, alhamdulillah tak ramai orang sangat masa ini.



Puas hati makan, sampai terduduk. I'm not a steamboat person actually (padahal sebab jarang cuba :p), lepas cuba kat sini terus timbul minat pula. Around pukul 9 macam tu, orang dah sangat ramai sampai ada orang dah tanya tanya kita dah habis makan ke belum, so cepat cepatlah berangkat. Tak larat nak habiskan, kami cuba habiskan lauk lauk je, balance daun daunan memang tak larat dah. Kenyang, alhamdulillah.

BOH Plantation Tea Centre

On the second day, my biras brought us to BOH Tea Centre, Sungei Palas. Kena gerak awal pagi kalau tidak memang jammed nak ke sana, public holiday kan. Rasanya dah gerak awal dah, still banyak juga kereta. Perjalanan ke sana agak mencabar, sebab jalan sempit tapi kenderaan dua hala, so kena give and take. Serammmm, kalau pergi sendiri ni memang takdenya kami nak pergi sebab memang kereta ngam ngam je dengan garisan jalan dan tepi tu dah gaung dah. Scaryyy.

Sampai sampai, kena mendaki untuk ke kilang BOH tu. Mencabar juga, sebab baru lepas hujan so jalan ada sesetengah tempat yang agak licin dan berlecak.



 Adam Muaz baru bangun tidur masa ni, Daddy bertabah je dukung dia naik bukit huhu.



My family. Yang depan sekali inilah Uncle Boy Rotiboy hahaha.





Ammar Yusuf dipimpin Aunty Nana, bising dia tiap kali terpijak lecak, dia ni memang penggeli. Yang belakang bersweater hijau itulah biras aku, suami Nadia. Seronok Fawwaz duduk atas Daddy dia.





Almost there, Sayang. Almost there.


Sampai sampai terus bergambar. The view is absolutely breathtaking mashaaAllah.



Ammar Yusuf masih stress dengan kasutnya yang kotor terpijak lumpur -___-"



Dari pandangan atas. Nampak tak betapa jauhnya kami mendaki, tapi tak terasa jauh pun (untuk akulah haha sebab tak pegang baby), sebab seronok.



Us with our parents.



Suka gambar ni. Taken by my father-in-law hehe awesome kan Abah aku?



Di sini kami juga berpeluang melihat sendiri pemprosesan daripada daun teh sampai jadi serbuk teh, masuk kilang BOH tu free je tapi sekejap je dalam tu. Boleh tengok video juga, tapi anak anak tak berapa interested sangat nak tengok sebab dalam tu kuat sangat bau serbuk teh. Macam bau inai pun ada. Gambar dalam kilang malas ah letak sebab tak cantik pun kekeke.



Ammar Yusuf dan Adam Muaz.



Eh tiba tiba ada satu lagi kepala kat atas hahaha comel je. Ammar Yusuf, Adam Muaz dan Fawwaz. 3 beradik.



On the way turun bukit.


Dah sampai bawah, cantik betul view kat sini... My advice kalau nak datang sini better datang sekali dengan orang yang biasa dengan route yang sempit and meliuk lentok, sebab kalau kami saje memang takkan datang kot. Tak berani, jalan terlampau sempit memang scary la especially masa nak balik. And kalau boleh datang dengan 4WD la, jangan datang dengan kereta biasa. Unless kalau tak sayang kereta la kuikui.

Cameron Lavender Garden

Daripada ladang teh BOH tadi, kami terus ke Lavender Garden. Bayaran masuk adalah RM6 untuk dewasa, RM4 untuk kanak kanak 7 - 12 tahun. Below 7 years old adalah percuma.


Sini memang mostly for sightseeing je, ada juga jual ice-cream, strawberry picking, dan juga cenderahati.



Sabar jelah anak anak dapat parents suka bergambar ni (padahal aku sorang je gila bergambar saje nak palit laki sekali kekekee).



Di sebalik gambar ini..........


..........kelihatan seorang ibu sedang mengatur anaknya untuk duduk diam diam bergambar -___-"


Kids... manalah nak duduk diam diam. Ada saje aksi masing masing sabar jelah aku -___-"



Hehehehehe.. kasi chancelah....



Tiga beradik tengah amazed tengok ikan.



Paling suka tempat yang berupa kolam kolam, memang lamalah dua orang ini berhenti.



Masih di sini.



Masih.... T__T



Sini boleh juga petik bunga sendiri ikut suka (tapi kena bayarlah) dan bawa balik. Tapi takdenyalah aku nak petik. Not so much into flowers. Unless kalau orang bagilah *hint*.

Masa nak turun tu, terus hujan lebat. Memang sepanjang kat sini hujan come and go, dan banyak kali juga anak anak aku bermandi hujan tapi alhamdulillah takde demam demam, sebab udara bersih kot atas ni so hujan pun air bersih. Samalah macam kat Phuket dulu, Ammar Yusuf banyak kali kena hujan tapi tak demam pun, mungkin sebab udara kat sana bersih, berbeza dengan udara kat tempat kita ni kan..



Singgah 200 Seeds Cafe lagi untuk makan tengahhari. Thanks Am!



Anak soleh Mummy.



Anak soleh Mummy juga.



Kepenatan, makan satu dua suap terus pengsan. Habis ni balik rumah, dua orang ni tidur sampai ke senja kot. Betul betul penat naik turun bukit agaknya.

Taman Agroteknologi MARDI

Hari ketiga, pagi pagi selepas breakfast kami terus ke sini. Asalnya nak pergi ke pasar area Brinchang tapi macam malas nak redah jem. Cuti cuti memang jem je kat Cameron ni, tapi still acceptable lagi kata Am, kalau cuti Krismas nanti akan lagi teruk jem.


Bayaran masuk adalah RM3 untuk dewasa, RM1.50 untuk kanak kanak 5 tahun ke atas. Biasanya orang masuk MARDI ni kalau nak beli secara pukal la, fresh strawberries, dried strawberries, bunga bungaan, sayur sayuran...


Nampak kat belakang tu ada macam pasar malam, macam macamlah dijual kat sini.





Dalam taman bunga.



Terjumpa Adam Muaz doppelgänger hahaha. Aku tak perasan pun budak tu sampailah tengok gambar ini HAHAHA. Dahlah rambut sama, sweater sama, KASUT PUN SAMA ni kembar terpisah ke apa??? Nasib baik tak tersalah grab tangan bawa masuk dalam kereta :)))


Sibuk nak naik benda alah ni, macamlah tak pernah jumpa kat Puchong -____-"


Kena paksa bergambar.


Jumpa air terjun buatan manusia. Memang lamalah bertapa kat sini. Pantang nampak air.

Dalam sejam kat sini, kami pun beransur balik, hujan lebat lagi, berlari lari kami dalam hujan. Tapi budak budak ini sambil berlari sambil ketawa, seronok agaknya main hujan, bukannya selalu dapat peluang ini hehe.

Lata Iskandar

On the way balik ke Puchong, kami lalu Tapah instead of Simpang Pulai. Tapi road condition throughout Tapah tu teruk juga, berlubang sana sini memang boleh rosaklah alignment tayar kereta. Dalam kereta, H cakap kalau cuaca elok kita singgah Lata Iskandar ni, bagi chance kat budak budak tengok waterfall secara dekat. Masa on the way datang ke Cameron Highlands hari tu kita tak berhenti pun, sekadar lalu je. Alhamdulillah cuaca cantik sangat masa tu, cepat cepat kami parked kereta kat tepi dan turun.


Yang kecil tu tengah merengek rengek nak turun. Tak beranilah. Aku ni penakut sikit bab air terjun ni. Lagipun tak bawa baju mandi pun. Tapi bawa jelah turun sekejap celup celup kaki je hehe.







Tunggu Abang dengan Adik besar sikit, kita datang lagi okay? Bengang je dua orang ni tak puas main air, nantilah kita datang lagi ye.

Overall, it was a very nice holiday for all of us. Anak anak happy, kami apatah lagi. Seronok sebab this time kami explore banyak tempat di sini berbanding dulu, lagi enjoy sebab anak anak dah besar kan. Dah faham banyak perkara, dah boleh jalan sendiri.

Azam kami, 2016 ni nak explore lebih banyak tempat di Malaysia. Bahagian utara Malaysia aku tak explore lagi, bahagian selatan dan timur macam dah selalu juga pergi sebab belajar kat Jengka dulu dan ramai kawan kawan tinggal di kawasan Pantai Timur, Sabah pun aku dah pergi banyak tempat juga sebab first job dulu site kat sana, Sarawak tak pernah pergi lagi. Tak apa, perlahan lahan kayuh, perlahan lahan dedahkan anak dengan dunia luar. It doesn't have to be a luxurious vacation all the time, murah murah pun okay je asalkan anak dapat pengalaman baru kan? InshaaAllah mudah mudahan.


5 comments:

  1. Wahhh banyaknya gambar.. suke2! Bestkan ke sini.. tapi dah tak sejuk cam dulu2 kannn.. anyway, nice pics!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! Tak taulah dulu sejuk macam mana tapi dua kali kami pernah pergi memang sangat sejuk juga..

      Delete
  2. ahhh seronoknya! comel betul budak dua org tu!

    ReplyDelete
  3. memang jam pun kak una time krismas..kitorang baru balik. bayangkan 13 jam seremban-cameron. pegi german dah smpai dah T_T

    anyway, baru tahu Abang Strawberry tu family member kak Una heheh - great invention ^_^

    ReplyDelete