Monday, September 21, 2015

Weekend Getaway: Cyberview Resort & Spa

Hello! Assalamualaikum.
Masih mood berbunga bunga, baru balik honeymoon katakan kahkah.

Okay, actually, for our 5th anniversary, kami plan nak pergi Bukit Tinggi dan bermalam di Colmar Tropicale tu. Tapi sebab masa tu tengah jerebu teruk dan Ammar Yusuf pun macam tak berapa sihat, we decided to postpone the celebration. Aku okay je, bila bila jelah. Then, Khamis petang masa nak pergi ambil anak dari rumah pengasuh, H masuk kereta je terus dia,

"B pernah dengar tak Cyberview Resort? Kat Cyberjaya. Abang tengok pool dia macam best juga. Kita pergi weekend ni nak?"

Trust my husband for last minute decision like this -___-". Nak pergi hari Sabtu, Khamis malam baru book, alhamdulillah ada bilik tu pun tinggal last 3 rooms je masa tu. But I actually love spontaneous plan like this, sekali sekala seronok apa. We didn't inform both our children pun, hari nak pergi tu baru bagitahu sebab Ammar Yusuf tu kalau bagitahu awal awal, setiap saat dia akan tanya "Bila nak pergi hotel?" -____-"

Saturday morning, H kerja. Hehe tak pernah pernah pergi holiday masa H kerja. Mentang mentang dekat je dengan rumah. Anyway, check-in time at 3pm, kami gerak dari rumah around 2.40pm camtu. Sampai around few minutes to 3 o'clock. Masuk lobi, perghhhh wangi sangat! Bau macam spa, so relaxing. Lobi dia banyak sofa, memang selesa la. Check-in pun tak perlu beratur panjang, sekejap je dah settle. Masa check-in tu, besides harga bilik, dia akan minta kita bayar deposit (which will be returned during check-out), kalau cash RM100, kalau credit card RM200. So kalau nak guna cash tu sediakan la siap siap.


Room type: Superior Chalet
Price: RM259.60 (Agoda); total price including all taxes: RM309.10.

Masa booking ni kami compare harga between Agoda dengan harga kat website Cyberview Resort & Spa ni, harga kat website dia extra RM20-30, so kami beli dari Agoda je.


Masuk masuk, akan nampak ini. Partition antara katil dengan cermin and dresser.


The room is seriously nice, and H said they are so 'thoughtful'.


Sebab ada Tafseer and sejadah. Then ada tikar getah yang boleh dibentang kalau ada orang yang perlu tidur di atas lantai. Iron dan iron board pun disediakan, penting ni untuk aku yang gemar menggosok tak perlu nak call and request as always.



And pool towel.


Fridge area.


The room is so generous with mirrors. Sana sini ada cermin besar I can't stop taking pictures of myself HAHA.



My love. Thank you for this treat, Sayang.



Masih tak bosan ambil gambar. Gambar anak kabur pun tak apa asalkan diri sendiri nampak vogue kahkah emak siapalah ni.

Ammar Yusuf dah buka baju masa ni, bukan sebab tak sabar nak pergi pool, tapi sebab baju dia terkena air liur dia sikit. Air liur sendiri pun nak geli -___-"


Bilik air dia besar. Ada bathtub and sebelah tu ada shower room. Tapi shower place dia guna glass wall tak bolehlah mak nak mandi sementara anak anak main kan bathtub, kalau bapaknya yang kat bathtub tu lainlah kahkah bye.



The kids were so happy and energetic. Dah lama tak tidur hotel kesian haha. Last tidur hotel bulan 3 hari tu kot, pergi Cherating. Punyalah lama! Kesian anak aku.




This cheeky boy langsung tak duduk diam, panik kami nak kena sorok barang tak bagi dia main. Sampai kena cabut wayar telefon dan sorokkan, karang entah apa dia dial nanti.



My kinda beautiful view. Nothing makes me smile wider than seeing my boys having a good time like this.


Meanwhile, being the only girl in the family.... duduk bersendiri di atas balkoni berjiwang jiwang melayan perasan....... :p

Baru nak bersentimental, datang pula si sibuk ni -_____-"





My little explorer. Semua benda dia nak explore.

Around pukul 5, selepas hampir 2 jam dengar Ammar Yusuf berzikir "Nak pergi pool, nak pergi pool" kat telinga, okaylah kita pergi pool. Pukul 5 tu pun masih panas lagi sebenarnya, aku dahlah tak bawa sunblock budak budak ni, nanti berbelang lagi kulit anak anak aku. Belang yang pergi Desa Waterpark hari tu pun tak hilang lagi. Terpaksa sapukan sunblock muka aku ke badan anak anak T___T


Pool dia ada 3 stage. Stage bayi dan toddler sangatlah ke-bayi-an, paras buku lali aku je! Punyalah bosan, maklumlah anak anak aku kan bukan bayi lagi tehehe. Walaubagaimanapun... Ammar Yusuf.... sangat menggemari pool ini, dia takut air T___T



This boy on the other hand, too adventurous! Apa pun tak takut, malah tidak mahu dipegang macamlah pandai berenang!



Selepas diyakinkan berulang kali oleh si bapa, barulah si sulung berani turun ke pool stage ke dua. Pool yang kedua ini ada level kedalaman dia tersendiri, tepi bahagian yang paling cetek pun paras bahu Adam Muaz; Adam Muaz is around 95cm height. Kiranya both my children tak boleh duduklah, memang akan tenggelam.

Mula mula aku tak join pun mandi kolam ni, ingatkan nak duduk ambil gambar and acting pretty kat tepi je, sekali H panggil suruh turun sekali. Baru 10 minit main, tiba tiba hujan turun lebat, kelam kabut kami lari balik bilik. Jauh pula tu.

I think this is something they should improve. Sepatutnya dia buat 1 laluan khas untuk ke kolam, at least susur gajah ke. So that kalau tiba tiba hujan tak adalah nak berlari dalam hujan, kalau berdua duaan dengan kekasih bolehlah kira romantik, ini berlari sambil dukung anak, memang mengundang betul.


You see, we stayed at Block 13, and the pool is not supposed to be so far sebab nampak macam dekat je kan boleh cross the Cindai Ballroom tu je kan, tapi rupanya tak ada laluan short cut pun. Memang kena pusing ikut tepi baru sampai kolam.

Tak apalah, hope they'll improve later.

Sampai bilik, sambung berendam dekat bathtub pula. Empat empat orang pula tu HAHA sanggup tu bersempit sempit.



Lepas mandi, kelaparan, sementara nak tunggu waktu dinner, makan roti dengan Nutella dulu. Seorang makan 2 keping, betul betul lapar nampaknya. Dah jadi ibu bapa ni, memang kalau ke mana mana akan bawa bekalan untuk standby, budak budak ni kena sentiasa kenyang, baru mood baik. Being parents, our happiness depends on our children happiness, setuju tak? Bila anak anak happy, mood kita macam automatic akan happy juga. Kan? :)

Later we had our dinner at one of our favourite restaurant at Bangi, but if you want to have a dinner at the hotel itself, the rate is around RM86++ per pax rasanya, that one is for buffet dinner. They also have ala carte tapi tak tengok pun menu apa yang ada.

Balik hotel around 10.30 malam, berguling gulingan dengan anak anak bergelak ketawa, kami pun tidur.

The next day, kami turun breakfast around 8.45pagi. Tunggu anak anak bangun, diorang ni kalau tidur lebih pukul 10 memang kalau tak kejutkan pukul 10 pagi pun belum tentu bangun.

The breakfast is good, in fact it was awesome kot.


Nasi lemak. Usual hotel food.


Various flavors of yogurt. Usual hotel food.


Desserts. Usual hotel food.


Pancake and waffle. Usual hotel food.


The usual beverages.


Usual....


And usual.... wait a minute, is that.....


IKEA meatballs???? Who serves IKEA meatball at buffet breakfast??! From usual breakfast terus upgrade jadi awesome breakfast HAHAHA. Aku ulang 16 kali kot IKEA meatballs ni, okay tak tak. 2-3 je, the taste is exactly like IKEA meatballs okayyyy emmm dapnya rasa meleleh air liur pula sekarang.


This boy baru developed ulser kat lidah masa ni, kesian. Sebab jerebu hari tu la kot, badan panas dalam. Dahlah dia ni jenis makan banyak, tapi sebab ada ulser dia boleh telan yogurt and banana je. Diet terus anak aku. Emaknya bila entah nak diet.


Yang abang ni baru sembuh ulser, selera makan membuak buak. Asyik lapar je. Okaylah tu, aku suka anak anak makan banyak, sebab dia ni biasanya susah makan.

Habis makan, terus pergi pool.


View from Verandah Restaurant tempat kami breakfast tadi.


The boys, amboi yang depan tu siap silang kaki =)))


View from the bridge. 


HAHAHA kasi chance laaaaa ;) Ni dekat kolam yang first stage, tak sesuai untuk bayi dan toddler, Adam Muaz kalau berdiri kat tempat yang paling cetek pun dah paras dagu. Tapi dia tu bukannya kira apa, nak juga turun sabar jelah aku.

Dah letih main kat kolam dewasa sebab kena carry 2 orang tu, kami pun kembali kepada realiti yang anak kami masih kecil, dan mainlah di kolam bayi bayi ini T__T



Adam Muaz looked so bored already hehe. Tak sedar kecik budak ni.



Tak tahu nak buat apa, dia duduklah belakang Abang dia and tiru Abang dia buat apa haha.


Ini barulah seronok. Dia jelah seronok, tak tahu orang lenguh nak kena pegang badan dia buat aksi superman ni, dahlah kena ulang 16 kali pula tu T__T


Bapa dah penat, ibu terpaksa ambil giliran. Asalkan anak gembira :')


Last pose before naik atas.

Overall, it was a very nice short getaway for all of us. Anak anak happy sangat, ibu bapa apatah lagi. Mungkin sebab lokasi yang tidak jauh membuatkan kami lebih relax dan badanpun tidak penat, sebelum ini kalau travel jauh jauh memang akan ada masa yang anak buat hal sikit sebab letih kan duduk lama lama dalam kereta. Bila anak buat hal, kita yang sama sama penat ini pun akan berasa tidak gembira juga. Young parents kan, masih belajar untuk bersabar lagi. This time segalanya berjalan dengan lancar, tak ada hiccup langsung alhamdulillah. We planned to do it more often on the weekends inshaaAllah, sebagai upah untuk diri sendiri dan keluarga selepas penat bekerja. Afterall, itulah tujuan kita bekerja kan, supaya kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik betul tak?


Mandatory family potrait seperti biasa sebelum check-out. Untuk bilik hotel, servis dan makanan yang disediakan, kami rate 4/5, and recommended for those who stay around Klang Valley yang mencari tempat yang sesuai untuk berehat dan bergembira seisi keluarga tanpa perlu memandu jauh.

Definitely will come again, thank you Daddy!



2 comments:

KAK RAINBOW said...

seronok suami awak sporting bab bergambar. suami kita kan time zaman tunang kemain sporting bergambar. Bila dah ada anak-anak ni dia selalu tak bagi kerjasama bila bergambar. stress mak okeh. hahaha.

faktor dah tua bangka ke apa entah suami kita tu. kahkahkah

Husna Hadzarami said...

Hahaha dia pun dulu mengomel juga "Asyik bergambar je!". Biasalah orang lelaki ni mana minat sangat bergambar, tapi maybe sebab kita terlalu suka bergambar lama lama dia terpaksa accept kot HAHA so dia layankan je :D