Thursday, September 17, 2015

5 Tahun

What 5 years of marriage makes us...................


HAHAHAHAHAHA.

Ini barulah betul betul candid. Bukan tipu tipu macam ini :p


Tidur pun senyum kahkah!

Well, 2-3 hari lepas, sedang kami berdua bersiap siap di hadapan cermin (sejak buat fesyen rambut baru, tiba tiba pagi pagi perlu berebut cermin dengan beliau pula), aku saja saja ajak berbual,

"Dah nak 5 tahun dah kahwin kan Bang"

H balas, "Aah, rasa macam 5 minit je baru."

Romantiknya jawapan -____-"


5 tahun.

Sekejap je dah 5 tahun. Sekejap je dah anak 2. Ala bukan patutnya dah anak 5 ke? Ha ha. Orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan, ibarat probation period. Tempoh untuk kita belajar mengenali pasangan masing masing, tempoh untuk kita set a ground rule for our marriage. Tetapan peraturan dan undang undang. Kiranya, kalau kita gagal untuk menetapkan sesuatu peraturan itu pada 5 tahun pertama perkahwinan, bukanlah sudah terlambat, tapi mungkin agak susah untuk kita mulakan semula, to start from zero. Ianya tidak mustahil, tapi mungkin susah sedikit, sebab tabiat 5 tahun itu sudah agak sebati dengan diri.

Aturan kerja rumah.
Aturan kewangan.
Aturan disiplin, attitude, etc.

Just imagine, sejak awal berkahwin kita tidak pernah tetapkan peraturan, bila sudah bertahun tahun kahwin, barulah kita mahu berbunyi serba sedikit,

"Awak ni tak pernah tolong saya buat kerja rumah.."

"Awak ni, saya tak sukalah awak guna duit saya untuk itu dan ini"

"Saya tak sukalah awak balik kerja lewat malam"

Kadang kala, peraturan itu tidaklah perlu dinyatakan secara terang terangan, it is more to unspoken rule. Depends on the individual. Ada orang boleh faham faham sendiri. But most people not. Bagi aku, memang adalah amat penting untuk kita set a ground rule sejak dari awal perkahwinan lagi dan we work the relationship together based on the rules. But again, what do I know, I'm only being married for 5 years, masih merangkak rangkak lagi :')



It has been 5 years, but indeed, rasa macam baru je lagi kami berumahtangga. Bukanlah sebab aura pengantin baru sangat HAHAHA, but you know, setiap masa ada je perkara baru yang kita belajar tentang pasangan kita. Like for me, only this year aku tahu yang H tak berapa gemar roti yang berunsurkan savory, contohnya roti tuna, roti sardin, dan sebagainya. Patutlah kalau kami masuk bakery, dia mesti akan beli roti yang manis manis. Aku rasa, walaupun sudah 10-20 tahun kahwin pun, mesti ada juga perkara perkara baru yang kita akan discover tentang pasangan kita. Mungkin hobi baru, tabiat baru. Manusia berubah kan? Sedangkan diri kita sendiri pun berubah...



Last couple of days I casually asked my husband to list 5 reasons to be thankful for our marriage.
It didn't take so long for him to reply;


Ala dia dah ambil semua point yang aku nak cakap! Yes, my five reasons are basically just the same as his. I'm so touched that he feels that way, because he is not the type who speaks a lot about his feelings, you know lah orang lelaki kan bukan jiwa jiwa sangat macam orang perempuan. Kadang kala tertanya tanya adakah dia bahagia hidup bersama aku yang leceh and demanding ni :(



Thank you for putting up with me all these years. Kesian sebenarnya jadi H, having two children and a wife is like having three children, isteri sama manja dengan anak anak haha. No one can ever love me more than him and no one can be a better father for my children. Walaupun dia sangat menyayangi anak anaknya and both my children are so attached to him, dia juga yang akan memarahi "You don't talk to your mother like that!" dan menasihati anak anak untuk sentiasa menghormati ibu mereka. Tak pernah sekali dalam hidupnya yang cuba menarik anak anak to be at his side dan membelakangkan aku :')



Happy 5th anniversary, my love. I think it is fairly obvious now how much I love you. Semoga perkahwinan kita diredhai Allah, dicukupkan segala keperluan dan dipanjangkan jodoh hingga ke Jannah. To more and more anniversaries (and ehem... babies :p) to come! InshaaAllah.




8 comments:

aNgAh_aLiFaH said...

beberapa hari selepas anniversary saya yg ke5 baru tau suami tak makan ikan selar. selama ni dok beli ikan kembong je, skali try la ikan selar sbb seakan2 je (tapi murah sket). dah la beli byk buat stok freezer. jenuh kena abiskan ngn anak2. hahaha.

humble.yat said...

alhamdulilah tahniah husna..tumpang bahagia bila tegok orang bahagia..^_^..
setuju sgt..skrg ni masih fasa pertama lagi..baru nak kenal itu dan ini hehe

Erna Nordiana Zamri said...

alhamdulillah....tahniah kak husna.
setiap hari pun masih belajar kenal husband kan..

Azirahman said...

tahniah ..moga kekal ke jannah...aminn

Husna Hadzarami said...

Eh ada beza ke kembong dengan selar? HAHA saya kalau teringin nak ikan kembong goreng tapi takde, I beli je selar and goreng. Rasa macam sama je hehe :p

Husna Hadzarami said...

Alhamdulillah. Terima kasih. Just enjoying it, akan ada banyak benda yang buat kita surprise nanti, just have fun :)

Husna Hadzarami said...

Alhamdulillah, terima kasih. Ya setiap hari pun belajar, tapi itulah yang 'menghidupkan' suasana rumahtangga. Kalau perkara sama je bertahun tahun, bosan juga kan ;)

Husna Hadzarami said...

Thanks, terima kasih. Ameen..