Thursday, August 13, 2015

Jubah Talk

Baru baru ini stalk scroll through Instagram Fynn Jamal, ternampak kempen #sehariseinci yang dia tengah buat. Aku dengan FJ ni, macam love-hate relationship. Kadang suka kadang tak. Dulu macam tak berapa, sekarang rasa macam suka pula tengok dia. Memanglah ada benda yang aku tak berkenan, tapi kalau dia buat benda baik, apa sebab kita nak terus tak berkenan? Dah lama tak tengok IG dia, baru tahu yang sekarang dia dah berjubah, dan berbisnes dengan jubah. Bagusnya. Aku memang mencemburui orang yang macam mudahnya berubah ke arah kebaikan ini. But of course, nampak macam mudah, tapi kita tak tahu dia punya struggle macam mana kan?

Anyway, sehari seinci. Seinci ke arah kebaikan. Tak kisahlah dari segi apa pun. Hidup kita ini, biarlah hari ini lebih baik dari semalam. Improve sikit pun tak apa, asalkan ada improvement. Biar kecil, tapi istiqomah. Berterusan. My biggest challenge is, fashion. To be perfectly honest, my life is constantly torn between looking appropriate and looking good because of my body size. We can have both, if we know how to rock it. Aku memang sangat mencemburui orang yang berbadan kecil, sebab dia akan nampak sopan dan comel bila berpakaian besar dan labuh. Manakala orang yang berbadan sederhana ataupun besar, pakai baju besar akan nampak badan lagi besar, pakai baju kecil lagilah nampak menyakitkan mata. Aku ini kategori badan sederhana, so.. you know..

I want to dress appropriately, but I don't want to look like makcik, or look like I'm pregnant or even worse, looking older than my husband T________T. Banyaknya alasan. Takpelah jujur jelah nak pura pura buat apa. But I believe memang ramai yang mengalami dilema yang sama. Nasib baiklah sekarang ini dah trend orang berjubah, jadi jubah boleh didapati dengan mudah di mana mana. But often people get confused between jubah and dress. Bagi aku, jubah ni tak sepatutnya ada cutting. Dia terus lurus ke bawah. Kalau ada cutting di pinggang or jahitan dart di depan/belakang, itu bukanlah jubah namanya. Itu adalah dress. Dan bagi aku pakai dress ini masih lagi tidak dikira menutup aurat sepenuhnya. 

Lagi satu, aku perhatikan perempuan yang pakai jubah ni memang bahaya kalau material jubah itu nipis dan jarang, kalau tak pakai kain dalam memang nampak terus bentuk kaki ke atas. Paling tak berkenan bila tengok orang berjubah tapi nampak visible panty line dari belakang OMG. It's just inappropriate, baju dah sopan tapi nampak garis panty. Jadi kena berhati hati bab membeli jubah ini, sebab sekarang ini jubah memang dah berlambak lambak dijual di merata tempat, kalau nak murah memang boleh dapat, tapi jenis kain itu kena pandai pandai pilih lah.

Bercakap pasal jubah, I think my sister is the Queen of Jubah. Kalau pergi rumah Kakna and buka wardrobe dia oh my God, banyak gila jubah!! From Calaqisya to Bella Ammara to Radiusite to MM to Ariani segala mak nenek jubah dia ada. Dah banyak kali juga dia mahu hand down jubah jubah dia pada aku mahupun Oyah, tapi aku rasa segan nak terima sebab entah.. maybe takut merugikan kalau aku tak pakai on daily basis. Entah. Haish rugi pula tak ambil. Kakna, janganlah boring nak offer lagi okay :p

Setakat ini, aku baru ada 5 helai jubah. 3 daripadanya berwarna hitam dan bagi aku memang cantik (pemberian Abang Saiful yang dibeli di Dubai dan ibu mertua yang dibeli di Mekah), 1 aku beli online dan 1 lagi aku beli dari satu butik kecil dalam Aeon Big just because when I entered the boutique, the sales person terus cakap "Akak perhati je awak masuk tadi, dalam hati akak kata cantiknya perempuan ini, mesti cantik kalau pakai jubah" amboi pickup line dia HAHAHA terpaksalah aku beli jubah dia. Makan puji betul =D

Lima helai itulah yang aku rotate every Friday ke pejabat. Semua jubah tu aku suka but the one I like the most so far is yang aku beli online ni.






Dahlah tak payah iron langsung, kain dia berat so bila pakai jatuh terletak je. Lepas tu bila berjalan dia macam flowy sangat sebab bahagian bawah dia lebar dan kembang. Macam princess! Rugi beli satu je, patut beli semua color sebab harganya taklah mahal sangat. Dah sold out rasanya haih.

Sehari seinci. Perlahan lahan aku nak ubah mana yang perlu. Sebelum ini aku pakai baju kurung every Friday sahaja, sekarang aku anjakkan pakai baju kurung every Thursday dan pakai jubah every Friday. Improve sikit ada 2 hari seminggu yang pakai sopan tehehe sabarlah sayang :p Aku tak berapa minat baju kurung sangat, dari dulu lagi. Not suitable for my body type. Maybe I should buy more jubahs, so that I can wear it more often.

Niat dah ada, tinggal nak execute the plan je. Tak apalah, perlahan lahan kayuh. Sehari seinci. Slowly, but surely inshaaAllah.




4 comments:

Kak Vit said...

nice colour junah ni :))

Unknown said...

You should wear jubah everyday. Memang sesuai sangat tau. Serius ni ^_^

Husna Hadzarami said...

Terima kasih :))

Husna Hadzarami said...

That's so sweet, thank you. I planned to actually, tengah slowly beli for collection :)